Chereads / Pages Of My Lying Youth / Chapter 4 - PAGE.4 : Bergaduh

Chapter 4 - PAGE.4 : Bergaduh

" Cikgu akan bahagikan kumpulan untuk projek slide sains ya, baiklah untuk kumpulan 1, Amir, Ahmad, Fatihah dan Siti.." guru sains kami, Cikgu Rozi sedang mengumumkan kumpulan-kumpulan untuk aktiviti membuat slide tentang subjek sains.

" Kita tak sama kumpulan, hah…" Keluh Amir sambil memandang aku.

" Heh…pernah ke Amir sama kumpulan dengan aku dan kau, Aiman?" Soal Syakir, Amir menyandarkan kepalanya didinding.

" Kumpulan seterusnya kumpulan 2, Aiman, Syakir, Nur dan Mairah.." Kata Cikgu Rozi, mata aku terus terbeliak, nama aku, Syakir, Nur dan Mairah tertulis dihadapan whiteboard, biar betul?!

Syakir berpeluh selepas mendengar kata Cikgu Rozi tadi, Nur kelihatan terkejut manakala Mairah mengeluh lama, apakah nasib aku?

Tak boleh ke sekali je aku tak terfikirkan pasal Mairah?!

***

" Ahem! Baiklah..kita akan bahagikan tugas sekarang.." Syakir berdehem untuk mendapatkan perhatian kami, aku diam sambil tertunduk sahaja manakala Nur dan Mairah tidak memandang sesama sendiri. Kami sedang berada didalam Pusat Sumber dan tiada sesiapa pun lagi didalam bilik ini kecuali kami.

" Korang….janganlah masukkan drama TV3 korang dalam hal kerja sekolah." Tegur Syakir.

" Kau menyibuklah, Syakir." Balas Mairah.

" Betullah apa Syakir cakap tu…bila kau nak matang dan mula dengar pandangan orang?" Soal Nur sambil menjeling Mairah. Mairah mengembangkan pipinya dengan wajah geram, Syakir kelihatan suram.

" Apalah nasib aku.." Keluh Syakir.

" A..Aku buatkan slide..Aku tak bagus present.." Pinta aku, Syakir menoleh kearah aku.

" Betul jugak…Aku presentlah. Okay, siapa nak present dengan aku?" Soal Syakir, Mairah dan Nur diam sahaja.

" Bagilah kerjasama…please?" Syakir tersenyum tetapi matanya kelihatan marah.

" Aku malas nak bekerja untuk kumpulan yang langsung tak boleh pandang muka aku.." Keluh Mairah, aku terkaku, dia maksudkan aku sekali ke?

" Kau ingat aku nak kerja dengan kau jugak ke?" Nur mengenggam tangannya, Mairah mengetap giginya.

" Kau tahu tak Nur? Kau sebenarnya sengaja cari pasal betul tak? Semua yang berlaku ni sebenarnya hal aku dengan Aiman je, asal kau menyibuk?" Bertubi-tubi soalan Mairah acukan kepada Nur. Hal dia dengan aku je? Apa maksud dia?

" Masalah aku jugak..sebab Aiman kawan kita." Balas Nur.

" A..Aku?" Aku sebab mereka bergaduh? Aku tak faham..Aku tahu yang mereka tengah dalam bad term tapi aku tak sangka aku sebabnya..

" Janganlah bergaduh sekarang perempuan-perempuan semua.." Tegur Syakir.

" Kau diam, Syakir!" Nur dan Mairah serentak menoleh dan menjerit dihadapan Syakir.

" Perempuan menakutkan, Aiman~" Syakir meletakkan kepalanya dibahu aku.

" Aku faham kau, Syakir…" Kata aku.

" Tch! Kau memang nak sangat aku baik dengan Aiman walaupun palsu kan? Baiklah! Aku akan buat slide dengan Aiman!" Kata Mairah, dia mula menaikkan suaranya.

" Hah?! Aku takkan benarkan kau dekat dengan Aiman lagi..Aku buat slide dengan dia!" Balas Nur.

" Aiman..apa rasanya ada dua perempuan nakkan kau?" Soal Syakir.

" Aku…aku betul-betul keliru sekarang.." Balas aku. Syakir mengambil nafas yang panjang, dia menumbuk meja dengan kuat, Nur dan Mairah terus menoleh kearahnya.

" Boleh tak diam!? Kita nak buat kerja sekolah! Takde orang kisah pasal drama korang!" Marah Syakir, aku terkejut, pertama kali aku nampak Syakir betul-betul marah.

" Sudahlah..aku tak nak harapkan korang…aku dengan Aiman akan buat slide dan aku akan present sorang..Aku letakkan nama korang serta Aiman sebagai orang yang siapkan slide..Itu sahaja, muktamad!" Marah Syakir, matanya nampak menakutkan, Mairah dan Nur terdiam, wajah Nur serba-salah manakala Mairah hanya tidak puas hati sahaja..

Hebat Syakir, aku tak sangka dia boleh jadi seserius ni, aku sendiri pun jarang nampak dia marah..Dia boleh diamkan dua perempuan yang sedang bergaduh macam tu je?

Aku takkan seberani macam Syakir..Adakah itu apa yang aku perlukan? Keberanian? Aku mula tersedar, aku tak berani dan sentiasa takut untuk ambik tindakan tetapi Syakir berani buat tindakan dia sendiri tanpa berfikir tentang fikiran atau pandangan orang lain..aku rasa cemburu sangat.

***

" Syakir..Aiman, aku sorry.." Kata Nur perlahan sambil tertunduk, aku dan Syakir memberhentikan langkah kami dan memandang Nur.

" Lepaklah..aku tak nak korang bekerja dalam keadaan macam tadi..Aku dengan Aiman boleh settlekan slide..Aku takde masalah present sendiri.." Balas Syakir.

" Aku..present sekali. Kita tak boleh minta Mairah buat apa-apa dalam situasi macam ni..Dia takkan dengar cakap kita..tambahan pulak kau marah dia tadi Syakir, mesti dia akan pulaukan diri dia daripada kita.." Terang Nur, aku perhati sahaja Nur, dia ialah kawan baik Mairah, mesti dia banyak kali juga bergaduh dengan Mairah, sebab itulah dia boleh tahu tindakan dan perangai Mairah semasa mereka bergaduh…

Aku tak pernah sangka, Mairah dan Nur boleh bergaduh sebegitu, aku pernah nampak mereka bergaduh tetapi tak pernahlah seteruk macam tadi, Nur marah Mairah pasal sesuatu yang berkenaan dengan aku betul tak?

" Nur? Kenapa..aku sebab korang berdua bergaduh?" Tanya aku. Nur menoleh kearah aku.

" Kau tak perlu risaukannya Aiman..Bukan salah kau." Balas Nur. Itu bukan jawapan yang aku nak kau tahu…

" Aku datang rumah kau petang ni Syakir..aku tengok korang buat slide sama-sama..supaya aku ready untuk present.." Kata Nur.

" Ikut kaulah.." Balas Syakir, Nur tersenyum pahit.

***

Syakir dan Nur, mereka suka hati sahaja masuk campur hal aku dan Aiman, mereka hanya kawan sahaja, mereka takde hak nak paksa aku berfikiran dan ikut cara mereka…Di mata aku, apa yang aku lakukan pada Aiman haritu patut berikan dia pengajaran..

Jangan kejar orang yang tak mampu kau capai…Kalau dia masih suka dengan aku walaupun selepas semua tu..Bukan masalah aku!

Mereka tak nak berkawan dengan aku? Aku tak kisah! Aku ada banyak lagi kawan, didalam dan luar sekolah, aku ada boyfriend, banyak orang suka dengan aku..Aku tak perlukan mereka!

Aku…ada banyak orang lain..yang nak kawan dan suka pada aku!

" Kenapa dengan kau, Mairah? Nampak stress semacam.." Tegur Aswad, dia berjalan masuk kedalam kelas tuisyen sambil membawa begnya, aku datang awal kemudian dia juga datang jadi hanya kami berdua sahaja yang sedang berada didalam kelas yang kecil ini..

" Takde apa.." Balas aku, Aswad mengambil tempat duduk dihadapan aku.

" Daripada muka kau pun aku dah tahu..cerita jelah, ada apa-apa terjadi ke?" Tanya Aswad lagi, aku memuncungkan mulut aku.

" Kawan-kawan sekelas aku..diorang semua tiba-tiba marah dekat aku.." Kata aku, Aswad memandang sahaja aku kemudian mengeluh kecil.

" Kenapa pulak jadi macam tu? Kenapa bergaduh?" Soal Aswad.

" Pasal haritu punya kejadian..pasal aku bagitau tentang hubungan aku dengan kau..Nampaknya salah aku pulak budak yang suka aku tu depressed.." Keluh aku, Aswad tergelak kecil, dia gelak? Apa yang lawaknya?

" Siapa suruh kau tak jujur daripada awal? Tambahan pulak, kau boleh je bagitau lelaki tu dengan baik dan dia akan terima..Kau, sengaja sakitkan hati lelaki tu betul tak?" Terang Aswad, aku menjeling Aswad.

" Kau..berpihak pada dioranglah ni!" Kata aku.

" Tak, Mairah..aku tak berpihak pada sesiapa..Aku cuma boleh nampak salah kau sebab aku kenal kau, aku tak kenal diorang..Tapi kau tak rasa ke, kalau ada banyak orang marah dan benci kau, mesti ada sesuatu yang kau lakukan memang salah?" Aswad tersenyum pahit, aku terus menutup wajah aku dengan beg.

" Sudahlah! Kau..pun sama je.." Kenapa aku rasa frust sangat yang Aswad tak berpihak pada aku? Kenapa penting sangat kalau dia berpihak pada aku? Aku tak pernah terasa sebegini, sebelum ini, semua lelaki yang couple dengan aku dengar sahaja cakap aku tapi Aswad, dia berani melawan dan tegur aku balik? Dia ni!

Aswad memerhati sahaja aku.

***

Aku couple dengan seorang budak perempuan yang comel.

" Mairah? Kau couple dengan Mairah sekarang?" Kawan aku, Zakir terkejut selepas aku beritahu dia yang aku couple dengan Mairah sekarang.

" Ha..aku confessed semalam dan dia terima aku.." Balas aku, Zakir mengeluh kecil.

" Mairah tu..dia sama tuisyen dengan kau betul tak? Sebab tu korang kenal?" Tanya Zakir. Aku mengangguk perlahan.

" Aku bukan apalah, ini cerita aku dapat daripada ex-ex Mairah dengan mulut orang daripada sekolah dia…Mairah tu hanya bagus dibuat kawan sahaja bukan girlfriend..Banyak orang cakap dia tu ego tinggi dan suka main-mainkan orang..Talam dua mukalah.." Keluh Zakir, aku tersenyum.

" Aku tahu semua tu…" Kata aku.

" Jadi, kenapa kau masih nak couple dengan dia?" Soal Zakir.

" Aku..akan buat dia jatuh cinta dengan aku..Aku akan tunjukkan dia apa yang lelaki boleh buat." Itulah sebabnya, aku suka wajah Mairah yang comel tapi aku benci ego tinggi dan sifat narcissistnya.

" Eh? Kau kedengaran macam orang jahat sekarang.." Tegur Zakir.

" Tak..ini hanyalah man's pride aku sahaja..Aku pastikan yang Mairah akan jatuh cinta dengan aku..dan simpan dia untuk aku sahaja.." Aku mengenggam tangan aku erat.

" Se..semoga berjaya.." Zakir tersenyum pahit.

Mairah, memang bagus hanya sebagai kawan sahaja tetapi bukannya kekasih, dia sentiasa pastikan diri dia sebagai seseorang yang mengawal hubungan kami, dia sentiasa ingin menang, dia sentiasa ingin betul..

Tapi aku takkan mengalah, aku akan buat dia pandang dan ikut cara aku walaupun dia tak nak, kalau dia salah, aku akan tegur, kalau dia betul, aku akan sokong, kalau dia buat silap, aku akan betulkan..Aku akan buat apa-apa sahaja untuk kawal Mairah, permainan ini baru bermula Mairah jadi…

Janganlah senang sangat kalah…

***

" Patut ke kita letak bahagian ni dalam slide?" Tanya Syakir, aku dan Nur memerhati buku teks yang sedang dibuka oleh Syakir, kami sedang berbincang dan membuat slide untuk presentation kami yang akan diadakan semasa kelas sains minggu hadapan.

Mairah tidak bekerja dengan kami disebabkan hal yang terjadi disekolah tadi, Nur datang membantu walaupun dia juga diarahkan untuk tak lakukan apa-apa, mungkin sebab dia rasa bersalah, dia ingin present slide ini bersama dengan Syakir.

" Oh, Nur pun buat kerja bersama ya.." Tegur Makcik Hadirah, ibu Syakir.

" Hum..dah lama tak datang rumah ni dengan jumpa makcik, maaflah.." Balas Nur sambil tersenyum, Syakir dan Nur ialah kawan sejak kecil, jadi mereka kenal dari dulu lagi, daripada cara Nur bercakap dengan ahli keluarga Syakir, mereka memang nampak rapat.

" Itulah..Tapi makcik fahamlah..busy kerja sekolah semua.." Balas Makcik Hadirah. Syakir menghirup air teh yang berada diatas meja.

" Aiman..letaklah bahagian ni dalam slide tu.." Arah Syakir sambil menyerahkan buku teks kepada aku.

" Ah, baiklah.." Balas aku sambil mula membuat slide untuk bahagian yang diberikan Syakir tadi.

Sehingga sekarang, aku masih tertanya kenapa aku sebab Nur bergaduh dengan Mairah, Syakir pun tadi,walaupun dia marah Nur dan Mairah pada masa yang sama, dia hanya memandang Mairah sahaja pada masa itu..Kenapa?

Ada apa-apa terjadi ke semasa selepas aku keluar daripada bilik Pusat Sumber haritu, ada sesuatu yang dikatakan oleh Mairah kepada Nur yang buatkan dia marah ke?

Aku..nak tahu sangat.

" Oi, Aiman..tengok yang kau tulis ni..Banyak typo tu." Tegur Syakir sambil menunjukkan jari telunjuknya kearah bahagian yang aku tersalah tulis.

" Sorry-sorry.." Aku membetulkan bahagian itu semula. Syakir memerhati aku membuat kerja, Nur dan Makcik Hadirah sedang bersembang.

" Ada apa-apa menganggu kau ke, Aiman?" Soal Syakir.

" Tipulah kalau aku cakap takde.." Balas aku.

" Aku..tak pandai bagi pesanan apa-apa..tapi aku just boleh cakap, bersabarlah ya.." Pesan Syakir, aku menoleh kearahnya, dia masih memandang sahaja skrin laptop yang aku gunakan, aku tersenyum sedikit, walaupun Syakir jenis yang suka main-main, dia masih serius pada masa yang tepat..dia memang seorang kawan yang boleh diharapkan semasa kau perlukan dia..

" Terima kasih, Syakir.." Kata aku kemudian sambung menaip.

Sementara itu, kumpulan Amir masih belum mula membuat slide mereka…

" Aku nak main game jelah..Tak boleh datang rumah Syakir nanti ganggu diorang buat kerja pulak.." Keluh Amir sendirian, dia sedang terbaring diatas sofanya sendiri sambil membuka permainan video ditelefonnya.

***

Aku sedang berjalan kearah tangga sekolah, kami masih setengah jalan sahaja nak siapkan slide kami tapi mungkin hari dan esok kami dapat siapkannya, terasa penat sikit sebab cari bahan untuk slide.

Langkah aku terhenti, Mairah sedang menuruni tangga, dia juga memberhentikan langkah selepas melihat aku, kami memandang sesama sendiri agak lama, Mairah mengalihkan pandangannya dan terus menggerakkan kakinya semula, dia lalu ditepi aku tanpa berkata apa-apa.

" Mairah.." Panggil aku, Mairah terhenti sekali lagi dan menoleh kearah aku.

" Kenapa..kau dan Nur bergaduh sebab aku? Apa jadi?" Soal aku.

" Hah?" Mairah kaget.

" Nur ada cakapnya betul tak? Aku sebab korang bergaduh..Kenapa? Aku tak fahamnya.." Keluh aku, Mairah menjeling aku, aku terdiam.

" Kau fikir kau siapa?" Mairah kedengaran marah.

" Aku..Aku just tak suka..kawan-kawan aku..bergaduh, itu je..Aku harap korang, elok balik secepat mungkin.." Kata aku.

" Aku tak nak dengar tu daripada orang yang tak layan dan pulaukan aku selama seminggu, Aiman.." Balas Mairah, aku terkaku, Mairah berjalan pergi.

Aku tak boleh nak tengok muka Mairah betul-betul tadi…Bukan itu sahaja, aku masih tak dapat jawapan yang aku mahukan..Apa yang terjadi, Nur? Mairah?

Kenapa diorang sorokkannya daripada aku

PAGE.4 TAMAT