" Amir..aku..aku masih suka dengan dia..aku nak dia.." Kata Aiman dengan air mata mengalir daripada matanya. Aku tak fahamnya..kenapa kau tak mengalah je, macam orang lain..
Kenapa kau suka dengan aku sangat? Aku tak fahamnya..
Bila orang yang suka dengan aku selama ni tahu yang aku berpunya, mereka terus mengalah dan cari orang lain..
Aku memerhati sahaja Amir dan Aiman, nampaknya Amir sedang cuba tenangkan Aiman, aku tak boleh nak faham dengan Aiman tu..Dia masih tak mengalah..dia masih suka dengan aku?
Dia tu bodoh dan pelik.
***
Aku lupa sejak bila aku suka dengan Mairah tetapi yang pastinya, aku ingat semua perbuatan baiknya kepada aku…
Semasa aku tingkatan 1, aku budak yang tak banyak kawan sangat, Mairahlah orang yang pertama dekati aku dan jadi kawan aku..Sejak tingkatan 1 juga aku tahu, yang Mairah ada banyak kawan didalam dan luar sekolah..
Aku kagum dengan dia..dia inspirasi aku..Dia buka mata aku tentang betapa indahnya ada banyak kawan..
Dulu dia banyak bantu aku dalam belajar juga..Dia sentiasa pesan aku macam-macam, semasa kami tingkatan 2, perangai sebenar Mairah ada keluar dari semasa ke semasa tetapi dia masih baik dan banyak kawan, aku juga tahu, yang dia bertukar boyfriend ke boyfriend..
Tapi pada masa itu aku tak fikirkan dia lebih daripada kawan dan tak pernah masuk campur tentang hal-hal itu tetapi semestinya aku tertanya, kenapa bertukar-tukar?
Semasa aku tingkatan 3, aku rasa pada masa itulah aku sudah mula jatuh cinta dengan Mairah tetapi semasa ini jugalah, dia makin agresif, banyak marah aku..ada sahaja benda yang aku buat tak kena..
Dia masih baik dengan aku tetapi aku terasa kurang sikit..Aku pernah terfikir juga, mungkin dia bertindak macam tu pada aku sebab dia perasan yang aku suka dia..Pada masa ini dia masih bercouple dengan seseorang, mungkin sebab itulah dia tak nak lelaki rapat sangat dengan dia…
Sekarang kami tingkatan 4 dan dia kurang agresif dan marah aku tapi masih ada masa mood dia kelaut dan aku menjadi mangsa dan buat pertama kalinya, aku sedih sebab dia couple dengan seseorang..
Walaupun macam tu, sekarang aku ada kawan rapat yang lain selain Mairah..Di sudut hati aku, aku masih sukakan dia..tetapi aku kena belajar untuk move on juga..
Itulah apa yang aku harapkan..tapi..susahnya nak move on!
" Haih.." Aku memandang wajah aku dicermin tandas, aku memang budak yang pelik dan menyedihkan…
" Selesai pun..nasiblah tandas tak teruk hari ni.." Amir keluar daripada tandas sambil membetulkan bajunya, aku pula membasuh muka aku.
" Aiman..kita kena ke kelas semula..cepat." Amir membasuh tangannya disingki, aku mengangguk faham kemudian menutup air paip yang aku gunakan tadi. Kami berdua keluar daripada tandas.
" Petang ni nak lepak tak, Aiman..Aku nak tunjuk kau satu skin baru ni.." Ajak Amir tetapi aku sedang tenggelam dalam fikiran aku..
Hubungan aku dengan Mairah menjadi agak renggang juga dua kemenjak ni, walaupun kami duduk bersebelahan, aku langsung tak tegur dia dan dia juga tidak tegur aku..
Lagi sekali, aku tertanya kenapa dia tak layan aku seperti biasa..Dia tahu aku suka dia dan sengaja beritahu aku tentang hubungan dia dengan lelaki tu ke?
Susah bila kau terfikir tentang apa yang bermain dikepala orang lain..Aku terlalu obvious ke apa? Mungkin dia dapat tahu sebab aku keluar terus masa hari dia bagitau aku tu..Nur bagitau dia? Boleh jadi jugak..
***
" Nur..kenapa dengan kau? Tiba-tiba je marah dengan aku.." Tanya Mairah sambil mengejar Nur ketandas perempuan, Nur menghentikan langkahnya dan menoleh kearah Mairah, dia kelihatan marah, Mairah terkejut.
" Aku..just tak boleh faham kenapa kau buat Aiman macam tu haritu..aku masih marah pada kau, Mairah." Balas Nur.
" Kenapa pulak? Kau berpihak pada dia? Aku buat macam tu supaya dia betul-betul mengalah pada aku je.." Kata Mairah, Nur mengetap giginya.
" Perlu ke..buat macam tu? Kenapa tak beritahu sahaja dia?" Soal Nur, Mairah terdiam.
" Mairah..aku kenal kau..Berapa kali kita bergaduh? Berapa kali jadi macam ni? Aiman bukan macam kawan-kawan kau yang lain kau tahu, dia rapat dengan kita dan dia suka kau lama dah.." Terang Nur, Mairah bengang.
" Salah dialah..mana adil untuk paksa aku ada perasaan yang sama macam dia pada aku." Balas Mairah.
" You missing the point, Mairah..kalau nak reject dia sekalipun..just cakap baik-baik pun dah cukup tak perlu buat dia macam haritu." Kata Nur, Mairah terdiam.
" Aku tak pernah faham kau..seronok ke sakitkan hati orang, Mairah?" Soal Nur, matanya kelihatan sayu, dia mengalihkan pandangannya dan berjalan pergi, Mairah pula hanya menjeling sahaja dia.
" Tch.."
Jangan paksa mentaliti kau pada aku..Kau ingat aku siapa?
Mereka semua sentiasa paksa aku ikut mentaliti mereka, itulah yang paling aku benci pasal orang-orang macam Nur, mereka hanya nampak 'kebaikan' mereka sahaja, mereka tak boleh terima pandangan dan tindakan orang lain yang nampak 'jahat' dimata mereka..
Menyampah,aku tak perlukan kau, Nur..aku banyak kawan lain disekolah ni, ditempat tuisyen aku, followers aku…Tak perlukan kau!
***
" Yo, Nur.." Tegur Syakir, Nur menoleh kearahnya dengan wajah malas, Syakir hanya tersenyum sahaja.
" Apa kau nak?" Soal Nur.
" Janganlah bagi aku treatment cold shoulder kau." Keluh Syakir, Nur menutup pintu Pusat Sumber dan menguncinya, dia diam sahaja.
" Kau nampak marah, asal? Kau marah dekat aku ke, orang lain?" Tanya Syakir.
" Aku memang tengah marah sekarang…tambah tengok muka kau.tambah panas sahaja.." Balas Nur.
" Eh? Salah aku jugak? Kenapa doh, bagitahulah.." Pinta Syakir, Nur mengeluh kecil.
" Pasal Mairah.." Kata Nur.
" Kenapa korang? Bestfriend bergaduh?" Soal Syakir.
" Dia buat aku benci dia.." Nur kelihatan geram, Syakir terkejut.
" Woah-woah, chill.." Pesan Syakir, Nur menghembuskan nafas yang panjang.
" Kau jangan bagitau sesiapa ni..aku just nak lepas apa yang aku rasa saja sekarang.." Kata Nur, Syakir memberi tanda hormat.
" Roger!" Balas Syakir, Nur menyiku perut Syakir perlahan-lahan.
" Kau ni.." Nur menjelingnya.
" Sorry-sorry." Syakir tersenyum pahit, Nur tertunduk, matanya nampak sedih, Syakir memandang Nur lama.
***
Aku kenal Mairah sejak kami masuk sekolah menengah jadi aku memang tahu perangai buruk dia tetapi aku tak pernah faham dia..
Dia selalu diminati ramai orang, Humairah ialah seseorang yang comel dan pandai, aku sentiasa berada dibayang dia. Tetapi ada sesuatu pasal diri dia yang aku tak fahami, dia selalu permainkan perasaan orang..
Dia couple dengan banyak orang, disekolah dan diluar sekolah, daripada orang yang aku kenali sehingga ke orang yang aku tak kenali, tetapi semuanya sekejap sahaja, tiada pun hubungan dia yang bertahan lebih daripada 2-3 bulan.
" Aku..tak sanggup nak reject diorang..so aku bagilah diorang masa couple dengan aku, kalau diorang nampak padan dan ok dengan aku..aku teruskan couple.." Terang Mairah kepada aku.
" Tak penat ke? Kalau kau tak nak diorang reject jelah.." Balas Nur.
" Kau ni Nur..Kau tak faham betapa seronoknya ada orang yang mahukan kau.." Kata Mairah. Pada masa itu, aku kurang faham apa yang dia katakan..
Semasa kami tingkatan 3, Mairah tidak banyak couple seperti dahulu tetapi dari semasa ke semasa dia masih couple dengan seseorang, setiap kali aku tanya dia, dia akan kata 'aku kesian' ataupun 'aku nak try'.
Aku perasan yang Aiman sukakan Mairah sebab kami sekelas tahun ini, dia nampak sangat, seperti seseorang yang sedang jatuh cinta..daripada senyumannya semasa memandang Mairah dan cara dia layan dan bercakap dengan Mairah..Aku nampak banyak orang macam dia..
" Aku tak rasa..Mairah rasa sama macam kau..tambahan pula..couple dengan dia..agak menyusahkan..Kau takkan dapat bertahan kalau kau kenal diri sebenar Mairah." Aku tak tahu apa patut aku buat, Aiman ialah seseorang yang baik tetapi tak mungkin dia serasi dengan Mairah, bukan sebab perangai Aiman yang kadang-kadang terlalu serius, tetapi perangai Mairah yang terlalu ego dan suka permainkan perasaan orang lain..
" Jangan risau..kawan dengan dia pun dah cukup menyusahkan sebenarnya.." Kata Aiman sambil tersenyum, aku pelik, kenapa kau suka seseorang jika kau selalu nampak point negatif lebih daripada point positif mereka.
" Kalau kau suka dia…aku boleh tolong kau, dia mungkin tak serasi kadang-kadang tapi dia masih ok…aku rasalah." Balas aku. Mungkin Aiman ialah seseorang yang Mairah perlukan juga, seseorang yang sedia menerima dia seadanya, mungkin Aiman orang yang betul.
" Terima kasih, Nur." Aiman kelihatan gembira yang aku bakal tolong dia, aku betul-betul harap semua berjalan lancar.
Tetapi, Mairah buat satu tindakan yang aku tak fahami, dia buatkan aku betul-betul marah dan geram pada dia.
" Aku nak Aiman tanya aku sendiri.." Mairah tersenyum namun matanya kelihatan sinis. Aku terasa marah sangat dengan jawapan Mairah.
" Apa maksud kau? Kenapa nak Aiman yang tanya kau?" Aku mengenggam tangan aku dengan erat.
" Dia suka aku betul tak? Aku nak dia mengalah untuk bersama dengan aku..ini sahaja caranya, sekarang dia takkan berharap pada aku.." Terang Mairah. Kau tahu dia suka kau, tapi perlu ke buat sebegitu, selama ni, kau tak pernah reject sesiapa dan beri mereka ruang dan masa tetapi kenapa, bila kawan baik kau, yang rapat dan sentiasa bersama suka dengan kau..kau reject dia dan sakitkan dia sebegitu?!
Pada masa itu aku pasti, Humairah hanyalah perempuan narcissist yang hanya kisah pasal dirinya sendiri dan bukan perasaan orang lain, dia hanya ingin mengisi masanya dan kebosanannya dengan lelaki yang boleh dia permainkan..
***
" Aku..takkan terima diri Mairah yang sebegitu.." Keluh Nur, dia kelihatan sedih dan marah pada yang sama, Syakir memerhati sahaja Nur.
" Itulah apa yang terjadi rupanya..Aku tak tahu pun.." Balas Syakir. Nur mengeluh kecil.
" Kesian Aiman..tapi salah aku jugak sebab bagi dia expectations.." Nur rasa serba-salah.
" Bukan salah kau, Nur..biasalah kita nak bantu kawan kita bahagia, kau tak salah..Lagipun, aku dah lama tahu perangai teruk Mairah tu, aku kenal seorang ex dia yang paling tak suka dia.." Terang Syakir, Nur menoleh kearah Syakir.
" Ada saja yang kau kenal, Syakir.." Kata Nur.
" Susah jadi popular macam aku ni.." Syakir kelihatan bangga, Nur buat muka jijik. Syakir tersenyum kearah Nur, dia menoleh kearah langit.
" Aiman akan okay..dia ada aku dengan Amir..kalau kau nak tolong dia pun, mesti dia akan gembira.." Pesan Syakir, Nur mengangguk faham, dia menghembus nafas yang panjang.
***
Semua orang ada sisi buruk mereka, kau boleh jadi terlalu jahat dan sakiti seseorang tetapi kau juga boleh jadi terlalu baik dan sakiti juga seseorang, semua orang memandang tindakan kita daripada perspektif mereka bukan kita..
Sebab itulah, kau harus balancekan kebaikan dan kejahatan diri kau…
" Apa?!" Roznam keliru dan marah, aku menggaru kepala aku dengan perlahan.
" Ya..aku nak kau cerita sikit kenapa kau dengan Mairah berpisah.." Kata aku lagi kepada Roznam, dialah ex Mairah yang aku kenal, bukan itu sahaja, dia anti sangat dengan Mairah.
" Tch! Teringat muka perempuan tu pun dah cukup naikkan angin aku." Balas Roznam, aku boleh nampak kenapa Mairah tak suka dia sangat tetapi, Roznam ialah seseorang disukai ramai orang sebab walapun dia marah dan agresif pada kau, dia sebenarnya tak betul-betul marah ataupun tak suka kau pun, hanya Mairah sahaja yang betul-betul buatkan Roznam marah.
" Ada seorang kawan aku ni suka dengan Mairah..aku tahu sikit perangai teruk dia daripada cerita kau tetapi aku tak tahu sebab korang berpisah.." Keluh aku, Roznam menjeling aku.
" Kawan kau tu, baik dia give up dengan perempuan tu, Syakir.." Kata Roznam.
" Cepatlah cerita Roznam..perlu ke dramatik macam ni?" Soal aku dengan memandangnya pelik.
" Aku dengan perempuan tu berpisah sebab dia cakap dia dah tawar hati dengan aku sebab perangai aku…tapi, esok harinya, aku dapat satu screenshot daripada kawan aku, perempuan tu cakap dengan orang lain, dia kata dia dah bosan dengan aku..itu sahaja cerita macam mana kitorang berpisah.." Cerita Roznam, aku mengalihkan pandangan aku.
" Aku tak sangka macam tu sahaja ceritanya.." Balas aku.
" Entah kenapa, lepas aku dapat tahu perangai sebenar perempuan tu, aku mula buat penyiasatan aku sendiri..Aku nampak betapa bitchynya perangai dia..sebab tulah aku benci dia.." Kata Roznam lagi.
" Well, dia memang agak bitchy.." Keluh aku.
" Dia hanya couple dengan orang untuk berseronok dan sakitkan hati orang lain untuk rasa diri dia lebih daripada yang lain…Jangan biarkan kawan kau rapat sangat dengan bitch tu.." Pesan Roznam, dia memang benci betul si Mairah tu, hah…Daripada cara pandangan dan percakapannya, kau tahu yang dia memang dah hafal perangai sebenar Mairah.
" Terima kasihlah Roznam..Kau memang membantu kali ni.." Balas aku.
***
Sudah berapa hari berlalu sejak hubungan aku dengan Mairah menjadi renggang?
Aku terasa seperti tidak cukup, aku tidak mesejnya seperti biasa, kami tidak bermain game bersama lagi, kami takde call untuk bercakap pasal benda-benda bodoh dan cerita panjang dia..
Aku hilang sesuatu yang selama ni mengisi hati dan masa aku…Selama ni, aku terlalu berharapkan Mairah untuk sentiasa ada dan bersama dengan aku, sekarang, aku terasa sangat berseorangan walaupun kawan yang lain masih berada bersama dengan aku..
" Aiman, kamu takde main game dengan kawan kamu dah ke?" Tanya ayah sedang kami berada dimeja makan, kuah yang berada disudu aku tertumpah.
" Eh?" Aku kaget.
" Kamu kan biasanya ada kawan sama-sama main game..Dah lama tak dengar korang bercakap dan game sama-sama, jadi ayah tertanya jelah..ada apa-apa terjadi ke?" Soal ayah, dia kelihatan tertanya, aku menoleh kearah mee sup aku sambil mengeluh kecil.
" Kami…Takde apa yang berlaku." Balas aku, sikit sahaja lagi aku nak beritahu ayah pasal masalah aku.
" Baiklah kalau begitu..kalau takde apa-apa, baguslah.." Kata ayah, dia kembali menjamu nasi goreng kampungnya.Iman memandang aku seketika sambil menghirup teh aisnya, aku tertunduk seketika.
Aku tak faham diri aku..walaupun dia buat benda yang teruk pada aku, aku masih suka pada Mairah, aku masih hanya teringat memori-memori indah kami sahaja..Aku dah lupa apa dia buat pada aku ke?
Bunga yang aku pegang ini, durinya bertambah tajam dan pertama kalinya sejak aku memegang bunga ini, aku terduduk kerana kesakitan, racun bunga ini telah merosakkan hati aku dan minda aku…Aku betul-betul terasa racunnya sekarang..
Rasa sakit ini…takkan hilang dengan cepat..
PAGE.3 TAMAT