Chereads / Pages Of My Lying Youth / Chapter 2 - PAGE.2 : Hubungan

Chapter 2 - PAGE.2 : Hubungan

Apabila seseorang mahukan kau, kau terasa seperti berharga, kau penting, kau disukai, kau diminati..

Semua perasaan ini indah tetapi lama-kelamaan semuanya terasa kosong, aku terasa kosong, walaupun ada orang minati aku, walaupun ada orang suka dengan aku..Aku tak boleh nak rasa yang sama seperti mereka..

Dari seorang ke seorang lagi ke seorang yang lain..perasaan aku kepada mereka kosong dari hari ke hari, aku terima luahan mereka sebab aku rasa bersalah tetapi hubungan kami takkan lama..paling lama pun mungkin hanya 3 bulan…

Kemudian kami akan putus dan semua berjalan seperti tiada apapun yang berlaku..Itulah hubungan couple aku.Cinta sekolah menengah katanya hanyalah cinta monyet, sebab itulah tak bertahan, kami hanya bercinta seketika sahaja kemudian pindah ke orang lain pula selepas bosan dengan yang sekarang..ataupun mungkin..

Perasaan kosong ini..Adakah aku terlalu ego dan self-centered hingga aku tak boleh jatuh hati dengan orang lain?

Hubungan aku dengan semua orang sentiasa akan berakhir dengan cara sama, kami akan tawar hati dan mula berjauhan diri. Dia, dia dan dia, takde beza pun..Aku pun dua kali lima sahaja.

***

Siapa lelaki tu?

Persoalan ini bermain dikepala aku hampir seminggu sekarang, Mairah ada beritahu pada Amir yang lelaki tu hanyalah kawan, tapi tak mungkinlah Mairah beritahu hubungan sebenarnya dengan sesiapa pada Amir..

Syakir pun ada kata tak mungkinlah mereka hanya kawan sahaja sebab Mairah asyik hantar gambar lelaki itu..

Kenapa aku terasa macam ni? Aku terlalu terdesak ke?

" Bodoh betul.." Keluh aku sambil membasahkan kepala aku, aku meletakkan kepala aku betul-betul dibawah air pancut, aku tak boleh berhenti fikirkannya.

Mairah, siapa lelaki tu?

Korang nampak rapat..

Dia boyfriend kau ke?

Aku tak boleh nak tanya sendiri sebab aku takut, kalau Mairah anggap aku seseorang yang suka menyibuk tentang hal dan hubungan orang lain..

" Ergh…" Aku menyandarkan kepala aku didinding.

" Lamanya kau dalam bilik air, abang.." Keluh Iman. Aku keluar daripada bilik air dengan hanya memakai seluar dalam dan mempunyai tuala diatas kepala aku.

" Maaflah..tapi kau tak perlulah ketuk-ketuk banyak kali.." Balas aku, Iman mengalihkan pandangannya dan terus memasuki bilik air. Kenapalah semua perempuan selalu cari sebab untuk marah aku, malah adik aku sendiri..

***

" Peliknya…." Keluh aku sendiri sambil memerhati telefon aku, Aiman lihat status aku tetapi dia takde cakap apa-apa pun pasal aku dan Aswad berkenaan status-status yang aku hantar..

Dia pelik…biasanya orang akan terus tanya aku..

Aku tahu, bahawa Aiman ada perasaan pada aku tetapi ada sesuatu pasal dia yang pelik, dia tak pernah bertanyakan hubungan aku dengan orang lain ataupun luahkan perasaan dia..kami dah kenal lama dan aku dah tahu lama dia suka aku tetapi..dia tak pernah meluahkan perasaan dia..

Tunggu, kenapa aku nak sangat dia luahkan perasaannya?

Tak-tak..aku bukannya suka dengan dia sebegitu..aku just nak reject dia supaya dia berhenti berharap. Dalam banyak-banyak orang, Aimanlah orang yang paling tak serasi dengan aku…

Kami takkan serasi langsung..Aiman terlalu over tentang semua benda, dia senang risau dan tak pernah percayakan orang lain..Aku tak suka perangai dia tu sangat..dia agak annoying dari semasa ke semasa..Good point dia sentiasa dikaburi oleh bad point dia sebab hanya bad pointnya sahaja yang sentiasa terpapar..dia tu pelik.

" Humairah..tolong masakkan nasi.." Pinta Papa, aku menoleh kearahnya.

" Kejap.." Balas aku sambil menutup telefon aku.

Aiman..cepat-cepatlah tanya aku..sebelum aku tak mahu fikirkan tentang perasaan kau lagi..Aku takde masa untuk lelaki yang pengecut…

***

" Kalau kau nak tahu..tanya jelah dia sendiri.." Keluh Nur, dia memandang aku dengan wajah keliru dan pelik.

" Senanglah kau nak cakap.." Aku tertunduk, Nur meletakkan buku yang dibawanya tadi diatas meja.

" Aku memang cakap aku akan tolong kau tetapi..kau pun kena usaha sendiri..Macam mana korang nak berhubung kalau tak boleh berkomunikasi dengan baik?" Soal Nur, betul jugak apa dia cakap..

" Hum…" Aku memandang sahaja kasut aku dan mengetuk kedua-dua lutut aku beberapa kali.

" Kau lelaki kau tahu..janganlah kecut sangat." Nur memandang aku pelik lagi.

" S..Sabarlah..Aku kena bertenang.." Balas aku, Nur tiba-tiba tergelak.

" K..Kenapa?" Soal aku.

" Takdelah..First time aku nampak seseorang jatuh cinta macam kau..pelik.." Balas Nur, wajah aku terasa panas dan kemerah-merahan.

" Ah! Takpelah..lupakan!" Aku berdiri dan berjalan keluar daripada Pusat Sumber, Nur memerhati sahaja aku pergi sambil tersenyum, aku membuka pintu Pusat Sumber dengan perlahan, aku terkaku, Mairah berada dihadapan aku.

" Oh, Aiman.." Kata Mairah.

" Ergh..Mairah." Aku kaget.

" Alright, Aiman..kau bukan ada benda nak tanya Mairah ke?" Soal Nur, ka..kau sengaja perangkap aku, Nur!

" Eh? Ada apa?" Mairah kelihatan tertanya, malunya nak tanya, susahnya nak tanya! Tapi pada masa, ini peluang aku..

" Uhm! Mairah..aku..aku..aku.." Wajah kami terasa dekat, Mairah juga diam sahaja, aku..Aku tak boleh..Aku melangkah kebelakang kemudian menumbuk wajah aku sendiri.

" Aiman, apa kau buat?!" Mairah terkejut.

" Aku nak tenangkan diri aku.." Kata aku, darah mengalir perlahan daripada hidung aku, Nur dari jauh cuba menahan gelaknya, kau sengaja betul tak?

" Cepatlah..apa yang kau nak tanya?" Soal Mairah. Aku mengeluh kecil.

" Mairah..siapa lelaki yang selalu ada kat status kau tu?" Tanya aku sambil mengalihkan pandangan aku, Mairah tersenyum.

" Dia..boyfriend akulah..sebab tulah aku selalu hantar gambar kami di status aku.." Balas Mairah, aku terkaku, Nur juga kelihatan terkejut dengan jawapan Mairah. Tiba-tiba aku terasa janggal sangat, kenapa..kenapa dada aku terasa berat sangat sekarang?

" Boyfriend kau?" Nur mendekati kami.

" Ya..aku baru nak bagitau korang sebenarnya.." Kata Mairah, dia masih tersenyum. Nur kembali menoleh kearah aku.

" B..Begitu. Aku tak terkejut…kau popular, mestilah kau ada boyfriend betul tak?" Keluh aku sambil tertunduk.

" Kenapa kau nak tahu sangat Aiman?" Tanya Mairah.

" Aku..just tertanya je.." Balas aku.

" Seriuslah? Tertanya je?" Mairah memandang aku pelik. Apa jawapan yang kau nak aku cakap? Kenapa tengok aku macam tu? Kau tak puas lagi ke?

Main-mainkan hati aku?!

" Oklah..aku pergi dululah..lapar pulak rasanya.." Aku kembali kearah pintu Pusat Sumber dan membukanya, Nur kelihatan serba-salah manakala Mairah tersenyum sahaja, aku berjalan keluar daripada Pusat Sumber.

Aku rasa teruk sangat sekarang..aku nak pergi tandas..

" Mairah, seriuslah?" Nur ragu-ragu, Mairah menyilang tangannya.

" Iya..dia BF aku.." Balas Mairah.

" Kenapa kau tak bagitau kitorang selama ni?" Soal Nur.

" Aku nak Aiman tanya aku sendiri.." Mairah tersenyum namun matanya kelihatan sinis. Nur kelihatan marah.

" Apa maksud kau? Kenapa nak Aiman yang tanya kau?" Nur mengenggam tangannya.

" Dia suka aku betul tak? Aku nak dia mengalah untuk bersama dengan aku..ini sahaja caranya, sekarang dia takkan berharap pada aku.." Terang Mairah.

" Dia tahu selama ni yang Aiman suka dengan dia? Kalau kau nak buat dia mengalah pun..kenapa harus sakiti dia sebegitu, Mairah? Kenapa kau tersenyum macam tu?!" Monolog Nur, dia rasa bersalah.

***

Akhirnya Aiman tanya aku sendiri, sekarang dia pasti akan mengalah..

Maaflah Aiman, tapi kau kena hadap realiti, aku takkan dapat suka kau macam mana kau suka aku..

Aku perasan lama dah yang dia suka pada aku selama ni, cara dia bertindak, cara dia tengok aku, cara dia bercakap..Terlalu obvious. Banyak orang pernah confess dan suka dengan aku, semestinya aku sudah hafal cara dan gerak geri mereka..aku dah terlalu tahu..

Aku memandang Aiman seketika, dia langsung tidak memandang aku lagi, dia hanya memerhati sahaja buku teks dihadapannya. Ini pengakhiran hubungan kami betul tak?

3 tahun ni aku kawan dengan kau tetapi sikit pun pasal kau tak istimewa bagi aku Aiman, kau nampak biasa..terlalu biasa, kau hanya pandai BI, aku boleh harapkan orang lain untuk itu..aku tak perlukan kau lagi..

Aku tak perlukan Aiman..

***

Hubungan kita dengan seseorang sentiasa akan berubah, serapat mana pun kau dengan seseorang, hubungan kau dengan dia boleh rosak hanya kerana satu kejadian sahaja.

Hubungan ialah sesuatu yang kuat tetapi pada masa sama terlalu rapuh…sesuatu yang penting tetapi juga remeh, hubungan ialah sesuatu yang paling pelik dan misterius..tiada sesiapa memahami apa itu hubungan sebenarnya..

Kawan yang baik boleh menjadi lawan kerana salah faham..

Lawan boleh menjadi kawan hanya kerana satu kebaikan..

Aku tak dapat nak lihat wajah Mairah..setiap kali aku nampak dia, aku teringat bahawa dia sakitkan hati aku sambil tersenyum. Aku terasa yang dia sengaja sahaja buat aku macam ni..

Aku sebenarnya hanya meletakkan semua salah kepada Mairah..Aku tahu apa yang aku buat salah tetapi..aku just tak boleh berhenti menyalahkan Mairah!

" Ergh!" Aku mengenggam telefon aku dengan kuat, screen protector telefon aku retak.

Walaupun lepas semua yang terjadi, aku tak mampu lupakan kau…Aku tak mampu nak delete semua gambar kau, Mairah..

Air mata langsung tak mengalir..sebab perasaan yang aku rasa bukannya kesedihan tetapi kemarahan..

Aku marah sangat..Selama ni, aku layan kau, tolong kau, teman kau, main game dengan kau tetapi kau tak nampak pun aku, kau pilih juga lelaki yang baru kau kenal beberapa bulan?

" Sial!" Aku terbaring diatas katil aku. Menyedihkannya aku ni..

Aku sentiasa lupa yang aku hanyalah spare part sahaja…aku tak penting pun..Tak penting..pun..

***

" Selesai pun tuisyen.." Mairah mengangkat kedua-dua tangannya, Aswad mendekatinya sambil melihat telefonnya.

" Kau nak minum apa-apa sebelum balik?" Ajak Aswad kemudian menyimpan telefonnya.

" Boleh jugak.." Balas Mairah, Aswad tersenyum dan mengangguk faham. Mereka berdua berjalan bersama-sama.

" Nak tahu tak..hari ni aku dah bagitau pasal kita dekat kawan-kawan sekolah aku..tapi nampaknya ada seorang kawan aku rupanya suka dengan aku..dia nampak sedih sangat macam aku reject dia.." Cerita Mairah.

" Bukan technically, kau reject dia ke kalau kau cerita pada dia?" Soal Aswad.

" Mungkin jugak..Aku just harap dia tak menaruh harapan lagilah.." Kata Mairah, Aswad memasukkan tangannya kedalam poket seluarnya.

" Budak yang suka kau tu…macam mana orangnya?" Tanya Aswad, Mairah menoleh kearah Aswad sambil tersenyum.

" Kenapa? Takkanlah cemburu?" Perli Mairah.

" Bukan bodoh, aku just nak tahu je.." Balas Aswad.

" Panggil aku bodoh pulak..Takpelah..tak jadi nak cerita.." Mairah mengalihkan pandangannya, dia nampak marah, Aswad kelihatan menyampah, mereka diam sahaja.

" Ah..aku dah mula rasanya..perasaan kosong ni…' Lelaki ni ada perangai yang teruk.', ' Dia tak pernah cakap baik-baik dengan aku.', ' Dia ada baran dia sendiri', ' Tak pernah nak mengalah.'

Bila perasaan aku mula kosong, aku juga mula berfikirkan negatif tentang orang yang bercouple dengan aku..Inilah habit buruk aku..ego tinggi aku..sebab itulah tak pernah ada hubungan aku yang kekal pun..' Monolog Mairah.

" Aku tiba-tiba takde mood nak air.." Kata Mairah.

" Pulak..janganlah merajuk sebab aku terkasar sikit.." Keluh Aswad.

" Sudahlah..biarkan aku." Mairah ingin berjalan pergi, tangannya tiba-tiba dipegang Aswad, dia terkejut dan terus menoleh kebelakang.

" Kau..Orang lain panggil kau bodoh, kau marah tetapi kau..boleh sahaja panggil orang apa-apa, bodohlah apalah..semua tu takde masalah pulak.." Tegur Aswad, Mairah kelihatan geram, dia menarik tangannya.

" Lepaskan aku, Aswad!" Arah Mairah, tangan Aswad makin kuat mengenggam tangan Mairah.

" Mairah, kau comel, cantik..malang betul ego kau tinggi macam bukit..Jangan salah faham, aku masih suka kau..tapi..kau memang patut ubah perangai kau sikit.." Pesan Aswad kemudian melepaskan tangan Mairah, dia tersenyum sinis, Mairah terdiam, Aswad mengalihkan pandangannya dan berjalan pergi.

" A..Apa dia fikir dia buat tadi? Main sentuh aku? Dia tu..dia yang confess dan sekarang dia yang minta aku berubah? Kalau kau suka aku..terima aku seadanya!" Monolog Mairah lagi, dia menoleh kearah tangannya, dia terasa panas dan malu-malu..

" K..Kenapa dengan aku ni?" Keluh Mairah sendiri sambil menutup wajahnya.

***

" Aiman.." Nur mendekati aku, kelihatan masih tak ada pelajar yang berada didalam kelas kecuali Nur, aku meletakkan beg aku dan terus duduk, Nur berdiri sahaja dihadapan tempat duduk aku..

" Maaflah pasal semalam..aku bukannya nak buat kau macam ni sebenarnya, aku pun tak tahu pasal hubungan dia, sumpah." Kata Nur.

" Kau tak salah pun, Nur..jangan risau." Balas aku, Nur masih kelihatan serba-salah.

" Aiman…aku.." Kata-kata Nur terhenti, aku tidak memandang wajahnya langsung.

" Eh, Nur, Aiman? Jarang nampak korang awal-awal ni.." Tegur Syakir, dia berjalan masuk sambil membawa begnya, dia menoleh kearah aku dan perasan yang aku tertunduk sedih sahaja.

" Kau dah kenapa, Aiman?" Soal Syakir.

" Jangan kacau dia, Syakir..kau tak pernah membantu dalam situasi-situasi macam ni." Nur terus menghalau Syakir.

" Eh? Aku ni takdelah kejam sangat..kalau orang betul-betul sedih takdelah aku sampai hati nak kacau diorang.." Balas Syakir.

" Berilah aku ruang sekejap..tolonglah." Pinta aku.

" Uhm..baiklah dan sorry.." Nur pergi daripada tempat duduk aku. Syakir menepuk belakang badan aku.

" Ada apa-apa terjadi ke? Bagitaulah aku.." Tanya Syakir.

" Takde apa..biarkan je aku.." Aku menutup wajah aku, Syakir mengangguk faham, dia berjalan kearah tempat duduknya pula.

Aku..tak nak bercakap dengan sesiapa pun pasal hal ni!

***

" Aku dengar semuanya daripada Nur.." Kata Amir, kami berdua sedang berada ditangga sekolah, aku tidak mengalihkan pandangan aku kearah Amir langsung.

" Kan aku dah cakap..kalau ada apa-apa terjadi dekat kau..harapkan aku dan Syakir..kitorang akan tolong kau, Aiman.." Keluh Amir, aku terduduk ditangga sambil menyandarkan kepala aku didinding, Amir dengan perlahan duduk ditepi aku.

" Aku..tak nak bercakap pasal hal ni.. dengan sesiapa. Aku tak patut rasa sedih macam ni pun, aku tak layak..Mairah dengan aku bukannya ada hubungan yang penting pun.Aku benci diri aku sebab rasa macam ni.." Terang aku, Amir meletakkan tangannya dibahu aku.

" Aiman..siapa yang tak sakit bila berharap lama dekat seseorang tapi lepastu dia rupanya ada orang lain? Aku pun sedih kalau benda yang sama jadi dekat aku.." Kata Amir.

Aku terasa bersyukur sedikit sebab aku ada kawan yang memahami dan baik, mereka sebenarnya nak tolong aku je. Tapi pada masa sama, aku just tak boleh nak beritahu mereka perasaan sebenarnya aku..

Kalau aku cakap yang aku masih sukakan Humairah dan mahukan dia..bukan ke bermaksud yang aku ni tak sedar diri dan selfish?

Sial, mata aku berair…aku menahan air mata…Aku bukannya kena reject pun, hanya tahu yang crush aku ada boyfriend je sekarang..tetapi kenapa aku nak menangis?

" Aiman..kau dah suka dia agak lama betul tak? Kau tak patut rasa pelik yang kau sedih bila dia pilih orang lain..selama ni pun, Mairah hanya couple dengan orang yang kita tak kenali dan mereka tak kekal..Dia sepatutnya fikir dan pilih seseorang yang betul-betul kisahkan dia." Amir tersenyum kearah aku. Aku terkaku.

" Aiman..dia yang rugi, bukan kau..jadi janganlah sedih sangat!" Kata Amir lagi, air mata mengalir perlahan daripada mata aku..

" Amir…aku..aku masih suka dengan dia..aku nak dia.." Keluh aku.

" Aku faham, Aiman..aku faham." Balas Amir, aku mengelap air mata aku, Amir pula menutupkan wajah aku.

Terima kasih, Amir..aku rasa lega sikit sekarang..

PAGE.2 TAMAT