Chapter 11.
Albert memulakan cerita tentang sejarah keluarga Eve kepada Eve dan mereka semua agar Eve lebih jelas tentang ayahnya. Eve mempunyai dua kembar iaitu Evni dan Ivy.
Namun begitu, Ivy telah berpisah daripada mereka sejak lahir. Ivy, melarikan diri daripada rumah anak yatim kerana tidak tahan didera dan bertemu dengan ayah kandungnya, Noah Kayes.
Namun begitu, meninggal dunia di usia 5 tahun. Selain itu, ayah mereka Noah Kayes turut memiliki dua anak lelaki kembar daripada perkahwinan pertama yang bernama Daniel dan Darryl Kayes. Ibu kepada Eve adalah isteri kedua. Noah mengahwini Eva setelah kematian isteri pertamanya, Danielle.
Mendiang Danielle seorang wanita yang mulia. Beliau suka menolong orang tua dan menjaga dua anak lelaki yang tidak memiliki ibu iaitu Dynnery dan Danish. Beliau meninggal di usia 24 tahun.
Danielle dan Eva memiliki wajah yang hampir sama seolah-olah anak kembar cuma Eva jauh lebih muda 4 tahun dan lebih pendek.
Disebabkan itulah, Noah mengahwini Eva, tetapi perkahwinan mereka hanya 4 bulan sahaja kerana Noah menjumpai wanita lain yang dia cintai. Meninggalkan Eva dalam keadaan mengandung membuatkan dia jatuh sakit dan disisihkan oleh keluarganya. Mendiang meninggal ketika usia 21 tahun sahaja.
Sejak kematian Ivy, Noah berubah. Dia rasa bersalah atas kematian anak perempuan sulungnya itu.
Oleh kerana kecederaan teruk di kepala gara-gara asyik didera, gumpalan darah beku berkumpul di kepala Ivy dan meragut nyawa anak kecil itu dalam diam.
Ivy seorang yang ceria dan matang bagi kanak-kanak di usia 5 tahun. Meskipun, sebelum Noah mengetahui Ivy adalah anaknya, Ivy senantiasa mengikuti Noah dengan mengatakan;`Boleh Ivy jadi anak Daddy?".
Sayangnya, lambat Noah mengetahuinya dan tidak mempedulikan Ivy sehinggalah di akhir hayat Ivy, barulah Noah sedar bahawa Ivy anak kandungnya. Noah memeluk tubuh kecil Ivy dan menidurkannya untuk kali pertama dan terakhir, Ivy meninggal dalam pelukan Noah.
Mulai saat itu, Noah menghargai dan menjaga anak-anak lelaki hasil dari isteri pertama dan ketiga dengan baik termasuk Dynnery dan Danish.
Dengan isteri pertama ada dua orang dan isteri ketiga pula, 4 orang iaitu Kelvin, Alexander , Henry dan Dane. Kesemuanya, 8 orang termasuk Dynnery dan Danish.
Noah tidak mengetahui kematian Evni Eviana iaitu anak perempuan bongsunya kerana itu dia tidak hadir ke pengebumian mendiang Evni. Jikalau, dia mengetahuinya? Sudah pasti dia akan datang dan menjaga Eve.
Eve:`Betulkah apa yang kau ceritakan tu, Al?"
Albert:`Ya. Kamu bukan anak pertama dan bukan anak kepada isteri pertama."
Eve:`Ivy adalah kakak kembar kami?"
Albert:`Ya, dia adalah kakak sulung kalian."
Eve:`Adakah dia bahagia semasa bersama ayah kami?"
Albert:`ya, sangat bahagia walau pada mulanya uncle tak layan dia. Dia seorang yang ceria dan sentiasa senyum walau susah. Dia sentiasa ingin disayangi sepertimana Uncle Noah sayangi anak-anak lelakinya."
Eve:`saya tak tahu pasal kakak saya Al."
Albert;`Maaf, saya pun baru tahu cerita sebenar daripada ayah saya. Beliau sangat mengagumi Ivy, walau kecil dan tidak memiliki apa-apa tetapi tetap kuat menghadapi segala cabaran dengan sendiri. Dia bukan seperti kanak-kanak 5 tahun tapi seolah-olah berusia 20 tahun ke atas atau mungkin melebihi semua orang. Kesukaran hidup telah mengajarnya untuk bangkit tanpa bantuan sesiapa dan meskipun sakit, tetap tersenyum."
Semua orang mengalirkan air mata penuh kesedihan dan terharu termasuk Albert. Meskipun, ayahnya sering cerita tentang Ivy sebelum ini, dia tidak mengetahui bahawa Eve, Evni dan Ivy adalah adik-beradik kembar serta keseluruhan kisahnya dan kisah Ivy, baginya dulu hanya cerita biasa.
Renno:`Hey? Ini,bukan drama,kan?"
Albert:`memanglah ba.."
Renno:`Macam tak percaya."
Albert:`Ya, saya pun tak percaya sebelum ni bro."
Eve:`Tapi, kenapa Ivy seorang sahaja yang berpisah dengan kami selepas dilahirkan?"
Albert:`saya pun tak tahu…."
Memang pelik cara kakak kami meninggal. Dan lebih pelik, kenapa hanya dia seorang sahaja yang tidak dibesarkan sehingga 3tahun?
Apakah yang terjadi?