Perpustakaan Awam Riverdale.
Institut awam yang dibina sejak seabad yang lalu oleh datuk bandar utama Riverdale. Bukan sahaja untuk kemudahan para pelajar dari akademi Kolej Riverdale Hammington sendiri, ianya juga menjadi tarikan utama bandar tu.
Semua ini disebabkan segala rujukan buku lama-lama tersimpan di sini. Dari artikel.majalah,surah khabar,jurnal,ensiklopedia yang berusia berpuluh dan beratus tahun ada tersimpan di sini.
Tak seperti perpustakaan lain, struktur pembangunan fasiliti ini lebih kelihatan seperti rumah agam white house. Ianya mempunyai empat tingkat. Tiga tingkat atas satu tingkat bawah tanah. Dilengkapi dengan cctv dan penghawa dingin terkini. Pendek ceritanya perpustakaan ini ibarat syurga buat ulat buku dan pencinta literasi.
Dan tempat ini adalah tempat dia bekerja sejak dua bulan lepas sehingga cuti musim panas ni tamat.
"Morning Lucy.."sengih Aster pada pengurus perpustakaannya itu di depan kaunter.
Lucy, wanita berusia 32 tahun, ibu kepada dua orang anak. Hampir lapan tahun pengalaman bekerja sebagai pengurus di sini adalah sepupu kepada Aster. Suaminya adalah seorang butler di sebuah keluarga kaya di bandar ini.
Alasan utama macama mana dia boleh dapat bekerja sambilan di sini. Bukan di atas kerelaan Aster tapi di atas desakan mama dia sendiri.
Kalau di beri pilihan, Aster lagi sanggup duduk dekat rumah tak buat apa-apa. Tapi itu la...kalau dapat parents yang jenisnya nak anak berdikari...ini la mendapatnya.
"Lambat lagi kamu ya.."Lucy angkay kepala dari mencatatnya memandang Aster.
"Hehehe.."sengih Aster sambil garu belakang kepala serba salah. "Sorry la..."
Lucy hulurkan satu papan carta ke depan Aster sejurus itu. "Tolong tengokkan senarai buku dalam papan carta ni, tandakan mana yang tak cukup jilid. Lepas siap key-in data dalam sistem okay?"
Aster capai papan carta itu lalu mendabik dada memberi tabik pada Lucy. "Baik puan!"
Lucy menggeleng kepala sambil tersenyum nipis. "Nanti jangan datang lambat lagi..."pesan dia.
"Ya..tau la."jawab Aster semasa tunduk menyelak kertas dekat papan carta tu. "Ada apa-apa tambahan lagi ke nak As buat?"dia pandang Lucy semula selepas itu.
Lucy mengetuk dagu dengan pen yang dipakai sewaktu meletakkan kedua-dua tangan tersilang di atas meja kau ter tersebur.
"Hmm...ada rasanya..akak lupa pulak apa bendanya tu..."Lucy pandang siling sambil berkerut kening.
Aster tunggu dengan perhatikan muka kakak sepupunya dengan sabar.
"Ahh...akak ingat. Kamu kan nak masuk kolej kan dua minggu lagi. Kamu tak consider untum terus kerja sambilan di sini?"aju Lucy lepas teringat.
Terus buat muka Aster sebaik mendengarnya. Eh?Sambung! Oh memang tak!Ini lun terpaksa kot...takkan la dia nak terus duduk dekat tempat membosan kan ni.
"Na'ah...As okay."gelengnya sambil buat muka.
Lucy ketawa kecil melihat reaksi kengerian Aster lepas dengar dia cakap macam tu. "Teruk sangat ke kerja sini?"
"Bukan teruk...bosan je."balas Aster.
"Cuba la pertimbangkannya. Lagipun sepanjang waktu kamu bekerja di sini kerja akak jadi senang dan mudah...boleh!"pujuk Lucy lagi.
Aster pandang wajah Lucy tang tersenyum berharap pada dia. Ini la susahnya kalau kita kerja dengan family sendiri.
Kalau dengan orang luar kita boleh je direct cakap tak nak tanpa rasa apa-apa.
But...kerja dengan family ni buatkan kita terikat dan terhalang setiap kali nak buat keputusan. Sebabnya kena fikir banyak benda...nak jaga hati la, tak nak malukan family la tak nak kena kutuk atau di condemn dengan ahli keluarga lain la..dan seterusnya....
"Yalah...As fikirkannya nanti."jawab Aster mahu tak mahu.
"Terima kasih Aster yang cantik."
Pandai la nak ambik hati. "Dah la..As buat kerja dulu."
"Okay..buat betul-betul ya."pesan Lucy.
Tak lama lepas Aster bergerak pergi menjauh dari kaunter itu, muncul pengunjung bertopi di kepala berdiri di situ menghadap Lucy.
"Ya?"sambut Lucy dengan mesra.
"Saya nak pulangkan buku."beberapa buku diletakkan atas meja kaunter.
"Baik..."Lucy capai buku-buku tu lalu di lihat namanya sebelum menaip nama buku tersebut di atas papan kekunci. Serta merta nama peminjam buku itu tertera di skrin monitor. "Atas nama Zander Knight ya?"
"Ya saya..ini kadnya.."suanya sekeping kad pelajar bergambar pasport pada Lucy.