Malam tu Ashton bermalam dekat rumah Aster. Lelaki tu buat rumah tu macam kepunyaan dia sendiri. Tak rasa malunya. Macam Aster pulak yang rasa dia menumpang dekat situ melihatkan layanan parents dia terhadap lelaki itu.
Dan paling mengejutkan adalah semasa Aster tak ada dekat situ, Ashton selalu duduk rumah keluarganya. Alasan Ashton katanya lebih dekat dengan kolej. Dia rajin baru balik rumah family kandung kalau malas, menetap la dia dekat rumah Aster.
And you know what!
Lelaki sadis ni memang tak berubah langsung!
"ASHTON LINCOLN!!!!!!!"jeritan Aster sayup kedengaran sebelum menjadi kuat apabila gadis itu keluar dari bilik air dan berarak menuruni tangga dengan berang.
Memang nak kena lelaki tak guna tu. Berani betul!Berani betul!!!!!Arghhhhhh!!!!
"Apa yang bising-bi-"mama Aster muncul dari bawah tangga nak marah terus tak jadi nak marah lepas melihat wajah dan rambut anak perempuannya sudah diliputi serbuk putih. "As...apa dah jadi dengan kamu?"
Tanpa menghiraukan mama dia, Aster terus gerak ke ruang tamu dimana Setan Talam dua muka tu berada.
Ashton kerling ke hujung sofa bila perasan ada orang berdiri dekat situ menghadap dia. "Oh...nice look sis.."sengih Ashton.
Dan di situ pun lelaki itu, sedang duduk macam permaisuri dekat sofa menonton televisyen. Tanpa amaran dia capai bantal kecik dekat situ lalu dihempuk ke badan dan muka lelaki tu sekuat hati.
"Kau apahal hah!Asal kau bubuh bedak dalam hair dryer aku!Kau tau tak aku nak cepat!" bebel Aster sambil pukul muka dan badan tu sekuat hati. Berdenyut sakit jantung dia gara-gara kejengkelan.
"Buahahahaha....okay la tu. Nampak la sikit ciri-ciri princess kau..."ketawa terbahak-bahak Ashton sewaktu dia hadang muka dari di pukul.
Kepala otak dia princess! "Menyusahkan aku!Princess konon kau!Tak pasal-pasal aku kena cuci rambut tukar baju baru bagai!Arghhhh!!!!!"pukul Aster dengan bengang sebelum berhenti. Dia campak bantal tu lalu gerak ke pasu bunga mama dia yang terisi air.
Ashton yang nampak terus bangun dari sofa tu. "Apa kau cuba buat hah!"
Aster ambil pasu tu, dia campak bunga ke tepi dan tanpa ragu-ragu dia lempar air tu ke arah Ashton!
SPLASH!!
Ingatkan kena, sekali tengok orang lain yang basah!
Ashton bangun dari tunduk dia sebelum periksa dirinya sama ada basah atau tidak.
"Hahaha...tak kena!"ejek dia sambil tunding jari ke Aster.
Aster yang sudah seperti tikus tersepit pandang cuak ke belakang Ashton. "Papa..." panggil dia serba salah.
Ashton yang terkejut, perlahan-lahan pandang ke belakang sebelum membutang mata terkejut bila menengokkan keadaan papa Aster yang sudah segak berkot bagai sudah kuyup.
"Aster Faith Hamilton!"deram papa Aster dengan mata terpejam rapat sebelum meraup wajah dia yang basah dengan tangan.
Tak nak tanggung amarah papa dia, Aster terus mencicit lari naik ke tingkat atas. "Salah Ashton...dia yang mulakan dulu.."teriak dia masa lari mendaki tangga.
Papa Aster cekak pinggang sewaktu memandang Ashton. Dah tak terkata dia di buatnya dengan kerenah dua orang anak itu.
"Seriously?"soal Papa Aster dengan muka tak percaya pada Ashton.
Tersengih bersalah Ashton menengok pakciknya yang sudah kuyup disiram air tadi. "Sorry uncle.."ucapnya sambil garu belakang leher.