Kenyataan Poster
KELAB PERSATUAN KEPERLUAN KHAS.
Memerlukan ahli yang memerlukan pendedahan awal atau bersama dengan kelompok yang sama dengannya. Sama ada bisu pekak, buta bisu, pekak sahaja, buta sahaja, bisu sahaja. Boleh memohon ke kelab ini.
Bagi sesiapa yang berminat untuk belajar bahasa isyarat dan komunikasi asas turut boleh menyertai kelab ini. Tiada paksaan untuk menyertai.
End of statement.
Nama pada papan kenyataan itu dipandang Aster dengan lama tak berkedip. Rasanya dah lama dia tinggalkan kemahiran berkomunikasi menggunakan bahasa isyaratnya. Rindu pulak nak gunakannya semula.
Dia gunakan pun masa dia berusia 9 tahun sampai masuk sekolah menengah rendah. Semata untuk belajar dia masuk kelas budak-istimewa selama tiga tahun.
Menggunakan otak dia yang cepat belajar, tak sampai enam bulan, dia dah dapat sijil pertama dia dalam bahasa isyarat.
Itulah memori terindah yang dia dapat masa kecik dulu.
"Hei...kau dah jumpa kelab mana kau nak join?"tanya Feina dekat sebelah.
Pensyarah suruh mereka lihat-lihat maklumat di papan kenyataan. Sebab itu la mereka dekat sini. Mereka berdua disuruh untuk pilih aktiviti kelab bagi mengisi markah kurikulum mereka dalam kolej ni selama tiga tahun di sini.
"Kau?"soal Aster masa pandang Feina.
"Tadaa..kelab fotografi."tunjuk Feina pada kertas yang ditampal pada papan kenyataan itu. "Mesti seronok...aku baca dekat sini dia orang ada buat aktiviti lapangan. Kau?Kelab apa?"
Aster seluk tangan dalam poket hoodie yang dipakai. Dia tak tahu kelab mana dia nak join. Tak terfikir pun. "Entah la...nanti je la aku fikir. Kita ada masa sampai hujung bulan ni kan?"
"Ha'ah..."angguk Fiena.
"Dah la jom gerak masuk kelas lambat pulak nanti."ajak Aster yang berpaling pergi dari situ.
Feina dengan girangnya jalan di samping Aster. Sibuk menceritakan kamera yang dimiliki dan koleksi galeri dia sepanjang perjalanan itu. Aster hanya angguk dan iyakan saja setiap butir kata Fiena. Nak buat macam mana, nama pun anak orang kaya. Kalau tak ceritakan kekayaan mereka, tak sah!
KEDEBUK!
Seseorang dari selekoh tepi melanggar Aster masa dia nak jalan terus ke depan. Fiena yang ada dekat tepi sempat pegang Aster sebelum kawannya itu terjatuh. Serta merta dia pandang ke tepi dimana si pelanggar sedang berdiri.
"Hei..jalan tu hati-hati la."tegur Feina pada pelajar senior perempuan yang tiba-tiba muncul dari selekoh tu.
Aster yang dengar terus pandang terkejut ke sisi dia. What! Luas terbutang mata dia masa tengok muka tu. Alamak...asal boleh jumpa dekat sini pulak!
Sarah pandang Aster dengan kening berkerut tak puas hati. "Hei...kau tu yang muncul tiba-tiba dan langgar aku....aku pulak yang di salahkan!"marah dia.
Aster pegang lengan Fiena lalu menggeleng kepala. Menghalang rakannya dari terus bersuara.
"Sama la dengan kami....senior tu yang muncul tiba-tiba sampai langgar kawan saya ni.." sambung Fiena.
Sarah berdengus tak percaya. Dia pandang Fiena dari atas ke bawah. Berdasarkan penampilan bergaya junior depan dia ni rasanya datang dari anak berada. Tak hairan la perangai macam tak guna je.
"Sedar pun aku ni senior...masih lagi berani nak tinggikan suara dekat aku.."lawan Sarah.
Aster dah buat muka serabut. Alahai..dua orang ni. Buat drama pulak dekat tengah-tengah koridor ni.
"Guys..please cut it off."minta Aster. "Sudah la Fiena."
"Tahu pun diri tu dah senior. Kalau dah sedar diri tu tua buat la perangai dah tua..jangan nak tunjuk diri tu bagus sangat depan orang yang lagi muda. Ingat hebat ke!"bidas Fiena.
Sarah mengetap gigi kuat-kuat lalu angkat tangan hendak menampar Fiena kerana sakit hati.
Sekali dia hayun dengan padu...
PANG!
Bergema terus koridor tu dengan bunyi tamparan pada pipi tu.
Mata Sarah terbutang kaku memandang orang yang ditamparnya.
Fiena yang lihat menahan nafas terkejut.
Perlahan-lahan Aster angkat tangan dia lalu di pegang pada pipinya yang berasa kebas dek tamparan padu itu.
"As..."panggil Fiena dengan muka serba salah apabila tersentuh dengan tindakan Aster selamatkan dia dari di tampar.
Aster pandang Fiena dengan kening berkerut. Dia malas nak panjangkan hal. "Maafkan saya sebab langgar senior."ucap dia sambil tunduk 45 darjah pada Sarah.
Sarah pandang Aster dengan muka serba tak kena sebelum berdehem untuk tenangkan diri.
"Hmp!"dia palingkan kepala pergi dari situ tanpa berkata apa-apa.
Aster pandang langkah Sarah dengan dada naik turun menahan sabar. Dengan bengang dia terus berjalan pergi dari situ.
"Wei...sorry.."ucap Fiena masa pegang lengan Aster.
Aster buat tak endah. Malas dia nak hiraukan anak orang kaya sebelahnya ni.