"Huargh!"nguapnya sambil tekup mulut dengan belakang tangan yang memegang buku sementara sebelah lagi pegang satu cawan strawberi creme' Frappuccino kegemarannnya semasa berdiri dekat dinding koridor lobi menunggu waktu kelas bermula.
Kalau boleh nak je masuk bilik kuliah terus, tapi tak nak tunjuk diri tu baik sangat...dia buang masa la dekat situ sekejap.
Hari ni Aster datang bersama Ashton. Sepupunya itu rajin betul tolong ambik jemput dia ke kolej. Tapi itu la...mesti ada imbuhan yang lelaki tu mahukan. Disebabkan Ashton masak sangat dengan perangai Aster yang gemar minum minuman starbuck.
Ashton suruh Aster belanja. Kalau beli yang biasa tak apa jugak. Ini tak yang paling mahal sekali yang dipilih Ashton.
Melampau betul!
"Slurppp!~~~~" Dengan malas Aster sedut minumannya sampai mulutnya penuh semasa lihat-lihat sekeliling. Tengah dia kemam air dalam mulut timbul suara-suara orang bercakap dari arah depan dia.
"Eh tengok tu. Senior Zander la."
"Mana?"
"Tu...dia datang sini..."
Dengar je nama tu Aster palingkan kepala ke kiri. Pandang je dia ke situAster terkejut sehinnga tak sengaja, air dalam mulut dia tersembur keluar lalu mengenai orang yang tengah berjalan betul-betul dekat depan dia masa tu.
Suara orang menahan nafas kedengaran jelas bila kejadian itu berlaku.
OH MY GOD!
Mata Aster terbutang luas.
Perlahan-lahan Zander palingkan kepala dia ke sisi bila dia rasa tempias air mengenai tepi muka dan pakaian dia dengan tiba-tiba.
Niat dia mulanya nak marah! Siapa pulak yang pagi-pagi sembur dia air ni. Buang tebiat ke apa! Sekali dia pandang si pelaku, keningnya terus terangkat terkejut.
Aster tutup mulut dia lalu tolak diri jauh dari dinding tu untuk mendapatkan Zander.
"Maaf...saya mintak maaf.."ucap dia dengan kalut sambil seluk ke dalam beg sandang lalu mengeluarkan tisu dari dalamnya."Maafkan saya..."dia buat muka serba salah kengerian sambil tepek perlahan tisu ke baju Zander masa lelaki tu berdiri kaku hadap dia.
Alamak! Asal boleh bertembung pulak ni! Siap sembur air lagi tu! Memang cari pasal betul
la!
"Hei...kau dah kenapa sembur orang pagi-pagi ni."tegur rakan Zander yang berdiri dekat sebelah satu lagi.
Aster pandang Zander dengan kening berkerut minta maaf. "Saya tak sengaja....sumpah. Saya betul-betul tak sengaja sebab terkejut."jelas dia masa tepek tisu dekat tepi muka Zander pula."Senior maafkan saya."
Tak tahu nak cakap apa, Zander tolak tangan Aster jauh dari dia. Dari awal dia jumpa minah ni, tak pernah minah ni tak susahkan dia. Sentiasa. Macam sengaja pun ada!
"Cukup..."arah Zander dengan suara dingin yang terpaksa sebab nak kawal diri dari melenting pagi-pagi macam ni.
Aster menikus dekat situ dengan kepala tunduk ke bawah. "Sorry...saya betul-betul tak sengaja."ucap dia dengan suara kecil. Mana dia tak tersembur, dia betul-betul terkejut lepas tengok Zander tadi.. Niat dia kalau boleh tak nak bertembung dengan Zander langsung.
Tapi nampaknya memang tak boleh!
"Kau sengaja kan..."marah rakan Zander lagi.
"Aku kata cukup. Air je pun. Bukannya apa." tegas Zander masa pandang kawan dia dengan kening mencerun.
Melebih pulak. Yang kenanya dia, kawan dia yang angin dah kenapa. Perempuan ni pulak. Asal boleh ada dekat sini? Seorang dari peminat fanatic dia jugak?Yang ekori dia ke mana je dia berada?
Dengan patuh rakan Zander tutup mulut, tapi dia buat muka tak puas hati ke Aster. Ini mesti salah seorang dari peminat Zander yang cuba hendak tarik perhatian rakan dia macam mana perempuan lain buat!
Mata Aster gerak kanan dan kiri dengan cemas. Gosh! Apa lah nasib dia! Mesti kena hamun dengan abang di kaw-kaw punya.
Errr....god!Help her!
Zander lepaskan hela nafas pendek masa tengok Aster yang tunduk pandang ke lantai.
"Beritahu aku..berapa banyak duit yang kau perlukan?"soal dia terus.
Tersentak kepala Aster pandang ke atas. Dia buat muka tak faham dengan renungan 'what the heck'pada Zander. "Huh?Duit apa?"soal dia bingung-bingung.
Pelajar-pelajar yang ada di sekitar koridor itu menonton situasi itu dengan minat. Siap ada yang rakam lagi tu.
"Kau buat semua ni untuk dapatkan perhatian aku kan?Supaya aku suka kan kau?Kemudian buat aku layani kau macam tuan puteri? Belanja kau dengan duit?Sebab itu kau ekori aku sejak di perpustakaan, starbuck dimana aku selalu pergi tu sehingga ke sini?Beritahu aku berapa banyak duit yang kau perlukan." tuduh Zander.
ZAPP!
Umpama macam di rentap kuat tangkai jantung dia, darahnya terus berderau naik ke otak dengan laju sampai senak dada dia dibuatnya.
"Apa?"soal Aster dengan muka tak percaya.
Berani betul lelaki ni tuduh dia macam tu sekali! Siapa ikut siapa ni! Bila masanya dia ekori Zander macam perempuan mata duitan!
"Tak payah berpura-pura innocent la..perempuan mata duitan macam kau ni aku dah jumpa ramai tau. Sekarang beritahu aku berapa banyak duit yang kau perlukan. Aku akan berikannya dengan syarat jangan muncul depan aku lagi."ujar Zander sambil keluarkan telefon bimbit dari balik kot sut yang dipakainya.
Aster berdengus kecil. Terus dia gengam kuat cawan plastic dia kuat-kuat. Dada dia naik turun marah. Pergh! Harap je muka handsome bhai. Mulut mengalahkan laser. Tak ada tapisnya langsung. Suka hati je nak label dia perempuan duitan!Tak guna betul!
"Berapa nombor akaun awak. Saya transfer sekarang..."Zander sentuh skrin telefon tu dengan kening berkerut menggunakan satu tangan saja. Satu lagi di dalam poket seluar.
Tunjuk cool la tu!
SPLASH!
Rasa kan sekarang...lebih dari cool..manis masam semua ada!
Habis kosong cawan minuman Aster apabila dia simbah ke muka Zander.
Now baru dia sengaja!
"Hei!"bentak Aster serta merta. Pergi lantak la lelaki ni anak siapa ke apa! Apa yang dia tahu! Ada maruah yang dia kena pertahankan. "Saya dah mintak maafkan! Yang nak hina saya macam saya ni perempuan murahan kenapa! Bila masanya saya ekori senior. Hah! Suka hati tuduh saya macam tu. Orang tak hamak la! Kalau ada rupa handsome..."Aster tunjuk muka Zander dengan bengang. "Duit menggunung sekali pun perangai macam sampah...tak guna la semua tu!"
Tergamam kawan Zander dan Zander sendiri. Masing-masing pandang terkejut ke Aster. Lagi-lagi Zander. Lelaki tu pandang Aster dengan kepalan penumbuk.
What the f*ck!
Sambil mengetap gigi keberangan, Zander beri renungan membunuh ke Aster dengan dada naik turun kencang. Dasar perempuan menjengkelkan! Berani betul!
"Simpan je duit tu, saya tak perlukannya untuk jauhkan diri dari senior. Tanpa duit tu saya sendiri akan jauhkan diri dari lelaki tak guna macam senior ni la..."sebut Aster sebelum berlalu pergi dari situ.
Habis minuman kegemaran dia!
Tak pasal-pasal digunakan untuk lelaki tak guna tu!
Zander berdiri dekat situ tak terkata. Dia betul-betul marah sampai tak tahu nak buat apa! Nak tangankan perempuan tak boleh. Nak maki dia ada imej nak kena jaga. Nak meroyan dia lelaki pula!
"Aku ada baju ganti kalau kau nak?"aju rakan Zander dekat belakang dengan nada serba salah. Takut nak bersuara. Tak pasal-pasal dia pulak yang kena maki dengan Zander.
Sambil pandang ke arah Aster pergi tadi, Zander bersuara.
"Tak payah. Aku ada baju ganti."ujarnya di balik ketapan gigi!