Pernah rasa tak perasaan dimana kita berdiri dekat atas pentas sambil di matai dengan ribuan para penonton tapi seakan jadi bahan eksperimen dekat situ?
Hah..itula yang dia rasa bila duduk dekat tengah sofa ni menghadap dua orang yang berpengaruh dan bila-bila masa boleh lingkupkan hidup dia dalam sekelip mata.
"Jadi kamu baru belajar masuk ke kolej ya?"soal tuan senator pada Aster sewaktu melihat helaian kertas di ribanya.
Aster pandang kertas tu dengan muka blur. Bila masa pulak maklumat dia ada dekat tangan lelaki ni.
"Ya saya..sebelum ni saya study dekat akademi berasrama penuh selama lima tahun. Dua bulan lepas baru saya balik ke sini."ceritanya dengan dada berdebar. Peluh dingin dah berlecak dekat ketiak dia masa ni.
"Melihatkan rekod penilaian kamu ni, tak dinafikan kamu seorang anak yang cemerlang. Pasti kedua ibubapa kamu bangga dengan kamu...tak hairan la kamu boleh diterima masuk ke Kolej Riverdale Hammmilton."ujar isteri tuan senator pula semasa memeriksa kertas yang dipegangnya juga.
Aster tak ada komen tentang hal tu. Mama dengan papa dia biasa-biasa je. Mereka tak desak sangat dia jadi pandai ke cari rekod baik ke apa. Apa yang mama papa ajar dia, belajar apa yang dia minat untuk jadi. Jangan tekankan diri untuk perkara yang tak penting. Itu lah yang dia buat.
"Saya dengar kamu mempunyai kemahiran untuk mengajar menggunakan bahasa isyarat." tuan senator tutup kertas tu lalu di letakkan atas meja kopi di depan mereka. Lalu duduk sandar ke belakang sambil tenung Aster dengan dalam.
Dengan gemuruh, Aster telan air liur sebelum bersuara. "Tak ada la. Saya belajar bahasa isyarat masa saya kecil...bukan mengajar."
"Untuk apa?"soal isteri tuan senator dengan senyuman di bibir.
Pucat lesi wajah Aster lepas dengar. dia dongak memandang ke tepi dimana Freddie sedang berdiri. Dah kenapa siap tanya soalan macam ni. Kalau berkenan kata ya, Kalau tak berkenan kata tidak. Tak payah la tanya dia banyak soalan macam dia ni penjenayah.
Freddie toleh ke sisi bila perasan Aster diam. Dia beri renungan 'cakap la' pada Aster.
"Ya...untuk apa kamu belajar sedangkan kamu tiada masalah dalam aspek tu?"tuan senator pula bersuara.
Sambil menarik senyuman kaku di bibir, Aster pandang pasangan suami isteri depannya semula. Harap saja kelihatan mesra, tapi aura mereka ni intermidating dia betul.
"Saja...mana tahu dengan pengetahuan baru ni boleh bantu saya untuk faham orang yang perlukannya."jawab dia.
Mereka berdua angguk kepala setuju dengan jawapan itu.
"Betul kata kamu...lagi-lagi sekiranya kamu perlu berkerja dengan orang yang tidak boleh dengar atau bercakap secara normal."sokong senator.
Tujuan kamu dipanggil di sini adalah kerana kami perlukan kamu untuk ajar anak bongsu kami, Elisson Eric. Pada awalnya Elisson ni normal macam kanak-kanak lain. Namun pada usia 9 tahun, dia alami kecederaan sewaktu bermain hoki ais di sebuah pertandingan sekolah rendahnya. Sewaktu dia bermain, Elisson hilang keseimbangan lalu jatuh teruk di lantai air ski hingga buatkan dia cedera di bahagian otak. Kecederaan pada otak itu buatkan dia hilang kemampuan untuk mendengar dan juga bertutur. Oleh kerana dia tak boleh terima keadaan yang menimpa dirinya, Elisson sekarang dalam fasa memberontak. Kami dah jemput ramai pakar, doktor terkemuka untuk bantu Elisson. Tapi tiada seorang pun mampu bertahan untuk menghadap sikapnya. Sehingga sekarang...kami masih tak jumpa tutor yang betul-betul dapat didik dia."jelas isteri tuan senator dengan professional.
Aster buat muka tak pasti. Yalah, kalau orang professional dan pakar dalam bidang ni tak boleh buat apa-apa. Inikan dia,,,orang biasa yang tahunya makan tidur makan tidur.
Ke laut la jawabnya!
"Freddie beritahu saya dia kenal seseorang yang dapat bantu bangunkan jati diri anak kami semula. Iaitu kamu. Kerana itu kami minta untuk berjumpa kamu di sini."kata tuan senator.
"Tapi saya Cuma orang biasa...saya takut kalau saya tak boleh jalankan tanggungjawab yang tuan amanahkan."jawab Aster sejujurnya.
Isteri tuan senator tersenyum senang lepas dengar. "Cuba la dahulu. Kami janji kami akan kenakan sebanyak mana bayaran yang kami minta asalkan Elisson kembali kepada karakter asalnya semula. Tolong la kami..."mintanya dengan nada seorang ibu kepada anaknya.
Hati Aster berbelah bahagi. Dia sendiri tak tahu dia boleh buat ke tidak. Lagipun Azriel duduk dalam rumah ni jugak. Kalau dia jadi tutor dekat sini, besar kemungkinan dia akan berjumpa dengan Azriel dan hadap perangai prick lelaki tu.
"Aster..."suara lembut isteri tuan senator kedengaran lagi.
Haish! Tak pasal-pasal betul la!
"Saya cuba."jawab Aster.
"Syukur la...terima kasih kerana terima pelawaan kami. Sekiranya boleh, saya mahu kamu kenalkan diri dulu Elisson terlebih dahulu."aju isteri tuan senator semasa bangun dari situ.
Aster cepat-cepat berdiri bila tengok wanita itu bangun. Takut di anggap kurang ajar pulak kalau lambat-lambat.
"Baik."sahut dia.
Keluar saja dari ruangan bacaan tu, Aster diiringi dengan isteri senator dan Freddie. Meninggal tuan senator sendiri dalam bilik tu.
Mereka menyusuri koridor tanpa berkata apa-apa sehingga la mereka tiba di depan sebuah pintu. Sebelum isteri tuan senator buka pintu itu, dia pandang Aster terlebih dahulu.
"Tolong bersabar ya lepas kamu masuk ke dalam...saya tunggu di luar."pesannya.
Aster buat muka dumbfounded lepas dengar pesanan tu. Teruk sangat ke perangai budak Elisson ni?
"Baik puan."ucap dia sambil sengih kekok.
"Silakan..."pelawa isteri senator pada Aster sewaktu buka pintu itu dengan perlahan.
Aster pandang kuakan pintu itu buat beberapa saat. Dia sedang berfikir semula sama ada keputusan dia tepat atau tidak. Harap-harap, budak tu tak ada campak barang ke apa dekat dia lepas masuk nanti! Bersama dada berdebar bagai nak apa, Aster berjalan masuk ke dalam bilik tu dengan yakin.
Apa nak jadi, jadi la nak!
Masuk je Aster dalam bilik tu, isteri senator terus tekap telinga dekat pintu itu untuk dengar apa yang berlaku seterusnya. Biasanya anak bongsunya itu akan lontar tantrum dengan menghempas barang atau campak paling tak pun tak sampai lima minit orang masuk bilik tu, mesti anak lelaki dia akan tolak keluar.
Freddie ikut tekap telinga dekat muka pinta satu lagi. Ikut apa yang puan besar dia buat.