Seperti biasa, dia tunggu dekat hujung jalan luar kawasan kolej bawah pokok sementara menunggu Ashton jemput dia di situ. Sambil lihat skrin telefon, dia kunyah gula-gula getah dan mendengar lagu melalui earfon yang dipakainya.
Tak lama menunggu, sebuah kereta berhenti di depannya. Buatkan Aster angkat kepala dan pandang kereta di depannya. Menyedari kereta itu Ashton yang punya, Aster pandang kanan dan kiri hendak pastikan tiada siapa yang nampak. Setelah yakin line clear dia buka pintu kereta tu dan meloloskan diri ke dalamnya.
"Sorry lambat. Aku ada meeting dengan jurulatih aku tadi."kata Ashton sewaktu memandu kereta itu pergi dari situ.
Aster tak cakap apa-apa. Dia hanya diam pasang seatbelt dan duduk sandar ke kerusi.
Hari ni dia tak ada mood gara-gara Azriel. Lepas kes dia tampar Azriel, seorang pun tak berani nak pandang dia, lagi-lagi si Azriel tu. Sebab lelaki tu la dia rasa serba salah. Sebab lelaki tu dia rasa bengang satu hari ni.
Ashton kerling ke sisi bila mengesan ada yang tak kena dengan angin Aster hari ni. Tengah hari tadi masa balik dari rumah senator bukan main happy lagi. Balik kolej je muka ketat macam makan asam. Dah kenapa?
"Kau okay tak?"tanya dia sambil pandang ke depan.
Okay ke tak. Tak ada bezanya kalau dia beritahu. Bukannya Ashton boleh buat apa-apa mengenainya. "Hm."jeda Aster dengan malas.
Ashton tak cakap apa-apa lepas tu. Kalau dah Aster tak nak cakap.Maknanya tak ada mood la tu. Susah betul la jaga perempuan ni. Ini baru adik sepupu sendiri. Belum lagi teman wanita. Belum lagi isteri. Belum lagi anak!
Ihh...seram bila dia fikirkan!
Tak sampai 15 minit macam tu mereka pun tiba di perkarangan rumah banglo dua tingkat keluarga Aster.
Elok kereta dia selalu dapat parkir, hari ni tak boleh pulak bila laman tu ada tiga buah kereta hitam terparkir di situ.
"Siapa pulak yang datang tu?"tanya Ashton sendiri semasa parkirkan kereta dia dekat belakang kereta hitam tu.
Aster yang dengar pandang kereta hitam dekat luar rumahnya dengan renungan tak berminat. Kawan parent dia mungkin.
Mati saja enjin kereta tu, Ashton dan Aster keluar sama-sama dari kereta dan berjalan masuk ke rumah itu dengan serentak.
Masuk je ke dalam rumah itu, Ashton dan Aster di sambut dengan dua orang pengawal keselamatan di depan pintu itu. Buatkan Ashton tolak Aster dekat belakang badan dia untuk berlindung.
Masa itu la suara orang gelak ketawa jelas kedengaran. Bunyi macam seronok je!
Aster yang kehairanan jengah kepala dari balik lengan Ashton.
"Siapa yang datang?"tanya Aster.
"Entah...orang penting agaknya. Siap bodyguard bagai ni?"jawab Ashton semasa iringi Aster ke ruang tamu dari mana suara ketawa tu datang.
"Ya ke...terima kasih. Saya sendiri buat resipi tu..."borak mama Aster dengan senyuman lebar di bibir sewaktu menghadap wanita yang duduk membelakangkan pintu masuk ruang tamu itu.
Nampak je Aster dan Ashton berdiri dekat situ, reaksi wajah dia lebih ceria.
"Dah balik pun kamu berdua. Aster...Ashton. Kenalkan ini Puan Tiara, isteri tuan senator." aju mama Aster dengan gembira.
Wanita berambut panjang paras bahu yang duduk membelakangkan mereka tadi bangun lalu berdiri menghadap mereka. Dia angguk kecil pada Ashton tanda sapa. Namun mata dia lebih terarah pada Aster.
"Hai Aster...kita jumpa lagi."sapa wanita itu.
Ashton pandang Aster dan isteri senator tu silih ganti. Oh..ini la mak pada budak yang Aster kena tutor.
"Ah...ya."Aster berdiri sebelah Ashton dengan bingung. Dah kenapa pulak wanita ni datang ke rumah dia?
"Jemput la duduk dulu...Ashton tolong aunt dekat dapur sayang..."mama Aster tarik Aster lalu di dudukan dekat sebelah Tiara. Lalu dia dapatkan Ashton dan tarik anak saudaranya itu ke dapur bersama.
Bersama senyuman senang, isteri senator duduk di sebelah Aster menghadap anak gadis itu.
"Maafla datang tak beritahu. Saya datang sebab nak maklumkan sesuatu pada kamu. Tapi kamu belum pulang. Itu yang berborak sekejap dengan mama kamu.Saya suka mama kamu. Dia seorang wanita yang sangat berilmu tentang masakan."cerita isteri senator dengan ceria.
"Iya ke...bagus la. Mama memang pandai bab memasak ni...lagi-lagi dia chef..."angguk Aster dengan senyuman kekok.
"Oh ya...Elisson minta untuk berjumpa dengan kamu. Dia kata dia mahu kamu jadi tutor dia." isteri senator pegang tangan Aster."Ini adalah kali pertama selama setahun, Elisson mahu bergaul dengan saya. Selama ni dia banyak berkurung dalam bilik dan tak nak hiraukan sesiapa."
"Elok la kalau macam tu..."balas Aster dengan lega.
"Saya tak tahu apa yang kamu dah katakan pada dia, tapi saya nak berterima kasih. Sebab kamu dah buatkan Elisson terbuka sikit nak terima orang di sekeliling dia."ucap isteri senator lagi dengan renungan terima kasih.
Aster pandang tangan dia yang sedang di pegang oleh isteri senator sebelum memandang wajah wanita itu.
"Saya tak lakukan apapun. Itu hak dia sendiri hendak bersuara. Kalau dia sudi. Saya boleh tutor dia setiap hari rabu khamis dan sabtu. Hari lain saya tak boleh sebab ada kelas dan hal yang perlu di lakukan pada hari itu." ajunya.
"Sudah tentu.... Jam berapa ya?"
"Dari jam 9 pagi hingga tengah hari sahaja. Tentang bayaran, saya tak minta banyak. Ikut berapa yang puan hendak berikan pada saya. Dan syaratnya saya diberikan ruang dimana hanya saya dan Elisson saja ada akses. Orang lain tak boleh. Macam anak lelaki puan yang seorang lagi tu ke orang lain ke.."demand Aster terus.
Isteri senator lentokkan kepala sedikit lepas dengar. Dia tak terkejut kalau Aster tahu dia ada anak lelaki seorang lagi. Yang hairannya ialah pertama kali dia dengar tutor yang minta untuk tak berjumpa dengan anak lelaki dia.
Kebanyakkanya yang pernah kerja sebagai tutor, yang perempuan dan muda la..pasti akan minta untuk berkenalan atau berjumpa dengan anak sulungnya.
"Sudah tentu. Apa saja yang kamu perlukan untuk Elisson saya boleh tunaikan."angguk isteri senator dengan senang hati.
Aster beri senyuman tawar pada isteri senator. Harap-harap masa dia dekat situ dia tak bertembung dengan Azriel sudah.