Malam tu Aster dan Ashton ditugaskan untuk keluar beli barang dapur sama-sama.
Sama-sama la konon!
Ya pada pengetahuan mama Aster, Ashton ikut beli barang. Tapi kenyataannya lelaki tu hantar Aster ke shopping mart tu lalu tinggalkan Aster dekat situ macam tu je.
Hati kering betul la Ashton ni!
Tak gentelman!
Pemalas!
Arrghhhhh!!!!
"Dah nak siap macam tu call aku tau."laung Ashton dalam kereta.
Aster yang berdiri dekat luar kereta cuma ketap gigi bersabar.Dasar lelaki menjengkelkan mintak penampar betul!
"Jangan lama-lama."pesan Aster pulak.
"Ya...tak lama pun. Aku jumpa member aku dekat-dekat sini je. Dah la masuk sana..."gesa Ashton sambil lambai tangan menghalau Aster supaya lekas.
Dengan muka jengkel bercemberut Aster berpaling dari situ dan jalan masuk ke dalam bangunan tersebut.
Siapa la yang malang sangat nanti dapat si Ashton tu sebagai suami. Dia ucap takziah awal-awal la. Dengan geram Aster tarik troli bersama sewaktu masuk ke dalam.
Masuk je dekat dalam ruangan tu, Aster terus keluarkan telefon bimbit dia. Dia sentuh not pad dalam telefonnya lalu memaparkan senarai barangan yang dia perlu dapatkan di situ.
Disebabkan dia tak familiar sangat dengan tempat ni, iany agak ambik masa jugak untuk cari lima barang. Hei! Jangan judge okay. Tempat ni besar tau tak. Banyak rak, banyak kategori banyak jenis. Bukannya dia boleh jumpa lima barang dalam satu rak satu masa.
Ketika Aster berada di isle barangan kering seperti rempah ratus dan bahan masakan. Dia ternampak kelibat seseorang yang dia mahu elak sebolehnya.
Mulanya dia ingatkan Cuma bayangan, sekali tu orang tu melintas betul-betul dekat depan isle yang dia tengah berada. Melompat terkejut Aster di buatnya.
Cepat-cepat dia tarik hood jumper dia ke atas kepala dan sorokkan muka dengan pek mee siput yang dipegangnya waktu itu. Dah benda tu benda pertama yang dia nampak. Nak buat macam mana kan.
Mujurlah lelaki tu terus je nonong ke deoan tanpa pandang kiri kanan. Kalau tak masak dia dekat situ!
Lepas tu, sepanjang masa Aster mencari barang, terintai-intai lah jugak dia. Semuanya gara-gara tak nak bertembung dengan lelaki mulut laser tak ada insurans tu.
Sampaikan mak-mak yang ada di situ jeling dekat dia dengan curiga. Mana taknya, terhendap-hendap macam pencuri takut kena tangkap je gayanya. Buat malu je!
Setengah jam macam tu, baru la dia selesai cari 15 item yang mama dia kehendakkan. Sambil tu sempat jugak dia kaut makanan kegemaran dia sekali masuk ke dalam troli tu.
Berpuas hati dengan apa yang dihuntingnya telah lengkap, Aster gerak ke kaunter pembayaran.
Dia berdiri dekat barisan dimana tak ramai orang. Kebetulan dekat dengan pintu keluar. Jadi dia berdiri la dekat belakang seorang pelanggan tu masa tunduk pandang telefon.
Hendak hantar pesanan pada Ashton supaya datang sekarang. Nanti kalau dia mesej masa dah siap, melangut la tunggu lelaki tu sampai.
Ihh...tak kuasa mak!
Sibuk punya sibuk mesej dengan Ashton yang asyik mengelat untuk ambil barang nanti lepas dia keluar, giliran dia hampir. Aster pun simpan telefon dia dalam poket seluar jean dia lalu pandang ke depan dimana seorang pelanggan sedang menunggu barang siap di scan.
Pada awalnya Aster tak perasan, sekali bila pelanggan tu berdiri menghadap cashier, baru la Aster perasan.Serius la! Alahhhh asal sini jugak! Susah payah dia elak, bertembung jugak?Ihhh...tak suka betul la! Nanti mesti lelaki tu fikir yang bukan-bukan pasal dia kalau nampak dia dekat sini.
Aster pun toleh la ke belakang dan kiri kanan dia. Nak pastikan yang dia boleh lari ke tak. Namun tak boleh. Dia tak boleh undur ke belakang sebab belakang dia ada orang dan tepi dia ada rel besi yang halang dia untuk buat u-turn dekat situ. Nak tak nak kena la dia berada di situ jugak.
Tengah Aster cemas dekat situ, Aster perhatikan lelaki dekat depan dia kalut raba poket seluar la, baju la apa la...kemudian pandang ke cashier depannya lalu katakan sesuatu.
"Maaf...rasanya dompet saya tertinggal ni." kata lelaki tu.
"Hah?Tertinggal?Dah tu barang ni macam mana?Saya dah punch in harga bagai."soal cashier tu dengan muka dumbfounded.Terkejut dia. Nampak macam kaya, takkan la duit tak bawak?
Lelaki tu pandang kanan dan kiri ke bingungan. Buat malu betul la. Iya-iya dia ingat bawak dompet tadi. Boleh pulak tertinggal.
"Tak-"baru je dia nak cakap tak apa, satu suara lembut muncul dari belakang dia.
"Saya bayarkan..."satu tangan muncul sambil hulur sekeping kad kredit pada cashier dari tepinya.
Dengan muka terkejut dia pandang tuan punya tangan tu.
"Oh.....okay."cashier tu capai kad kredit tu lalu di swipe pada mesin tersebut. Dia punch in masuk lalu resit keluar dari mesin tersebut. Bersama resit itu dia serahkan kad kredit itu pada tuannya semula. "Terima kasih."
Aster capai kad tu dari cashier. Lantas dia pandang lelaki di depannya dan plastik barang lelaki tu silih ganti. Tunggu lelaki ni bergerak. Tapi tak malah tercongok pulak lelaki ni. Ambil la barang tu! Tunggu apa lagi.
"Encik...tolong ambil barang encik. Pelanggan lain dah beratur panjang tu."panggil cashier tu bila pelanggan di depannya tak bergerak.
Tersentak di tegur begitu, lelaki tu angkut dua beg plastik berisi barang dia lalu gerak keluar dari kaunter tu.
Setelah itu Aster letakkan barang dia dekat atas kaunter tu dan buat bayaran. Lansung tak ingat pasal lelaki yang dia dah tolong bayarkan tu.
Bukan apa, dia nak tolong lelaki tu supaya tak malu dekat situ dan buang masa dia untuk lama-lama tunggu dekat situ. Itu je.
Dah siap buat bayaran tu, Aster tolak troli yang terisi dengan barang dia bersama keluar dari bangunan tu. Dia tunggu dekat tempat sama Ashton turunkan dia. Tapi kelibat kereta lelaki tu langsung tak kelihatan.
Nampak sangat la sepupu dia tu nak jengkelkan dia.