Chereads / You and Me Never / Chapter 12 - 12.

Chapter 12 - 12.

Setelah daftar nama dan ambil ID pelajar dekat pejabat, Aster gerak sama dengan Feina yang mana berakhir di kelas yang sama.

Terpaksa la dia tersekat dengan minah sekor ni sampai akhir semester. Buat sekali lagi!

Haih...

"Cantiknya tempat ni..."gumam Feina semasa mereka berdua jalan merentasi koridor untuk ke kelas pertama mereka pada hari ini." "Walaupun nampak klasik dan kuno, hiasan dalaman mereka sangat mewah...kan?"

Aster pandang sekeliling dia, cuba nak interpret apa yang Fiena kagumkan. Dinding, lantai, siling dan perhiasan tempat tu.Tak ada beza mana pun dengan akademi tempat dia belajar. Sama je. Entah apa yang dikagumkan pun dia tak tahu.

"Aku rasa biasa je..."komen Aster.

"Alah kau ni...tunjuk la rasa excited tu sikit walaupun tempat ni nampak biasa je."Fiena berdengus menyampah dengan sikap Aster. 

Aster menjuling mata menyampah. Malas nak teruskan perbualan tu..

Tak lama berjalan, mereka berdua tiba di depan bilik kuliah pertama mereka pada hari itu. Fiena terlebih dahulu berjalan masuk meninggalkan Aster dekat belakang sebab terlalu teruja.

Sementara Aster hanya buat muka bersahaja hendak gerak ke depan.

Pada masa itu la muncul seseorang dari belakang Aster lantas melanggar bahu Aster dengan sengaja sampai buatkan Aster gerak ke depan sedikit.

"Auw..."aduh Aster sambil pegang bahu sebab terkejut lalu pandang orang yang langgar dia.

Terangkat tinggi kening Aster lepas tengok muka tu. Apahal pulak laki ni! Tak nampak apa dia ada dekat situ. Boleh pulak main langgar je bila berjalan.

Lantas orang yang melanggar Aster berpaling memandang Aster."Tak boleh ke jalan tu cepat sikit."sentap lelaki bermuka manis tapi berperangai bengis itu pada Aster.

Kening Aster berkerut tak faham. Dah kenapa!

"Saya baru nak jalan awak dah langgar dulu." bidasnya.

"So kau nak kata salah aku la ni?"lelaki tu dekati Aster lalu berdiri rapat depan Aster.

Aster undur sedikit ke belakang semasa tilik dari atas ke bawah lelaki depannya. Apahal nak marah-marah.

"Saya tak cakap apa-apa. Awak tu yang marah tiba-tiba." Hish...lelaki ni kan...ada jugak makan kasut kejap lagi.

Lelaki tu kecilkan mata masa pandang Aster lalu tunduk dekatkan muka dia depan muka Aster.

"Macam aku beritahu...sebab kau lembab! Jalan ni bukan kau punya seorang!"deram lelaki tu di balik ketapan gigi.

"Azriel Noah...enough."satu suara tegas kedengaran dari arah belakang buatkan lelaki depan Aster tersentak lalu jauhkan diri dari Aster serta merta.

Dengan dada yang senak dan sebu sebab terkejut dengan apa yang baru sahaja berlaku, Aster kerling ke pensyarah yang jalan melewatinya sambil jeling ke lelaki depan dia.

"Dia yang mulakan dulu."renggus Azriel sebelum berpaling dari situ dengan derap langkah orang memberontak.

Aster buat muka 'what the hell' bila dituduh macam tu.

Pensyarah tadi perhatikan je langkah Azriel sebelum toleh ke Aster yang dalam keadaan bungkam dengan keadaan itu.

"Maafkan saya atas sikapnya sebentar tadi. Harap kamu tak apa-apa."ucap pensyarah itu pada Aster.

"Huh?"Aster ternganga sedikit sebab bingung. Apa yang sebenarnya tengah berlaku ni?Dia kenal ke lelaki tadi?Apa masalah lelaki tu dengan dia? "Ahh..ya. tak apa. Salah saya jugak."ucap dia dengan kekok.

"Baikla kalau begitu...pergi la ambil tempat. Saya akan mulakan briefing sebentar lagi." arah pensyarah itu dengan baik pada Aster, tak setegas macam tadi.

Masih dalam keadaan terkebil-kebil Aster gerak ke arah barisan kerusi dan meja di situ. Masa dia jalan, Azriel jeling ke Aster.

Fiena yang sudah sediakan tempat melambai panggil Aster supaya mendekat. Dan sebaik saja Aster duduk dekat situ Fiena terus menghammpiri Aster.

"Hei...kau kenal dia ke?"bisik Fiena pada Aster sambil memandang ke arah Azriel.

Aster yang masih terkesan dengan kejadian di sentap oleh lelaki asing pandang bingung ke Fiena. "Siapa?"soal dia.

"Tadi..yang kau bercakap dekat depan pintu tadi?"Fiena sengih dengan teruja semasa pandang Aster.

"Tak."geleng Aster dengan jujur.

"Serius?Kau tak kenal anak senator bandar ni jugak?"bisik Fiena dengan mata terbutang luas.

Memangnya dia perlu kenal lelaki kuat menyentap tu?Sudah la langgar orang pastu nak marah tanpa sebab.

Tanpa sebab?

Wait a minute!

Aster pandang semula ke arah Azriel hendak pastikan sesuatu, tapi yang mengejutkannya ialah waktu itu Azriel turut sedang memandang ke arah dia.

What heck!

"Takkan la...."sedar Aster lepas ingat siapa lelaki perenggus tu. Azriel adalah lelaki yang telah langgar dia di shopping minggu lepas.

Patut la!

Azriel dari jauh buat muka tak suka dia sebelum palingkan kepala memandang ke depan semula.

Aster mencebik bibir menyampah. Hek eleh! Berlagak! Ingat dia suka ke!