Rutinnya kalau kerja dekat perpustakaan ni, Aster jaga tingkat dua dimana buku-buku ditempatkan saja. Sebabnya, tingkat satu adalah pejabat utama, tingkat tiga adalah makmal komputer dan multimedia. Tingkat bawah tanah pula adalah tempat di mana buku-buku di simpan dan di rawat.
Para pekerja dekat sini semuanya terdiri daripada orang lama dan senioriti. Hanya Aster seorang saja junior dalam tempat tu. Pada awalnya mereka tak ambil pekerja lagi. Tapi disebabkan Lucy seorang saja ya g uruskan tingkat dua tu, dia ambil la Aster untuk bantu dia.
Jadi Aster la yang buat kerja dekat situ sementara Lucy kemas kini maklumat dalam data simpanan buku.
Sama ada tolong kemas semula buku yang telah digunakan, sapu lantai, lap meja, susun atur semula perabot dan kerusi yang tak dikemas lepas guna, check rak buku, key-in data dalam komputer. Dan itu la benda yang dilakukan oleh dia sepanjang masa dia kerja dekat situ.
Sambil berdiri dekat atas tangga tu, Aster periksa buku berjilid dekat rak tingkat empat tu sendiri. Tengah dia berkerut kening kerana fokus meneliti nama buku dan kod yamg ada pada tulang belakang buku, suara orang bercakap kedengaran.
"Awak please...dengar dulu apa saya nak cakapkan ni.."
Aster tunduk pandang ke bawah bila dengar suara perempuan seakan hampir dengan dia.
"Apa lagi yang kau nak cakapkan?"
"Saya nak get back balik dengan awak.."
Kening Aster terangkat bila nampak seorang kakak cantik berkaki panjang di sebelah abang bertopi.
See!Abang tu lagi la!
Zander Knight!
"Dah ludah...kau nak jilat balik?Seriously?"
"Dengar...saya tau saya salah. Sebab tu saya nak tebus balik sebelum semester baru mula.."
Aster yang berdiri dekat atas tangga tu dah panas telinga. Rasa macam tak patut je dia ada dekat situ. Dengar perbualan dua orang yang sepertinya pasangan kekasih yang telah berpisah tapi berkonflik untuk get back semula.
"Sarah Caron..cukup. Putus maknanya putus. Aku tak nak ada kaitan lagi dengan kau. Mana Damien kesayangan kau tu?Pergi la dekat lelaki yang kau dah curangkan dengan aku tu.."
Aster tekup mulut sebab terkejut, terus dia pandang ke depan semula. Cuba alihkan perhatian dia dengan nama buku-buku dekat situ.
Kes curang bhai!
Boyfriend dah bukan main lagi handsome masih lagi nak curang?Hardcore betul akak tu!
"Zander maafkan saya..saya janji saya takkan lakukan hal yang sama. Damien tu hanya douchebag..."rayu Sarah pada Zander.
Zander dengan dingin jalan melewati tangga yang bersandar pada rak itu untuk keluar dari barisan rak tersebut.
Sarah dekat belakang cepat-cepat mengejar langkah Zander.
Aster dekat atas tangga hanya perhati pasangan tu keluar dari barisan rak tu dengan renungan penuh minat. Cemburu dia.
Sekalipun dia tak pernah bercinta. Apa lagi berkawan dengan lelaki.
Yalah macam mana dia nak bergaul dan bercinta. Selama lima tahun dia duduk dekat asrama perempuan. Dan sekolah dikalangan perempuan saja.
Inipun baru dua bulan lepas dia balik semula ke sini. Tak sempat nak enjoy dan berjumpa ramai orang, dia terpaksa terperuk dalam tempat kuno ni.
Mana ada budak sebaya dia terperuk dalam perpustakaan masa cuti macam ni. Tak ada!
Semuanya paling-paling tengah melancong tak pun berjemur dekat tepi pantai sana.
What a life!
Dah siap tengok rak tu, Aster mula gerak turun dari situ. Satu persatu tangga dipijak Aster dengan berhati-hati.
Tapi tak cukup berhati-hati lagi, Aster terlangkau satu anak tangga sebab tak nampak. Buatkan dia tersungkur lantas terlepas pegang pada tangga tu sebelum bergerak ke belakang hendak terhempas.
Dengan muka terkejutnya, Aster terus pejam.mata menunggu impak jatuh ke badannya.
Namun begitu bukan impak yang menyapa dia terlebih dahulu tapi sepasang tangan yang memeluk badan dia.
Bersama dada berdegup kencang sebab takut, Aster buka mata dia memandang ke atasnya dimana sepasang mata turut merenung dia.
Ooohh...abang handsome tadi la. Bukan ke tadi lelaki ni dah pergi?Bila masanya pulak muncul dekat sini lagi?
Perlahan-lahan Aster diberdirikan atas lantai tak lama selepas dia disambut kemas.
"Te-terima kasih."ucap Aster tergagap sikit sebab segan dengan situasi yang baru je berlaku tadi. Mesti badan dia berat!
Tanpa berkata apa-apa lagi, Zander bergerak ke arah bertentangan meninggalkan Aster bingung sendiri dekat situ.
Aster sendiri sambil buat muka semasa memerhati belakang badan abang bertopi itu dengan pelik. Kenapa abang tu boleh muncul balik?