Chereads / You and Me Never / Chapter 5 - 05.

Chapter 5 - 05.

Bunyi dentingan garfu dan pisau berlaga dekat pinggan kedengaran di meja panjang dimana keluarga besar milik Anderson sedang berkumpul dan menikmati makan tengah hari mereka.

Dari datuk nenek, anak menantu sehingga cucu cicit duduk memenuhi meja yang diletakkan dekat belakang laman rumah tersebut.

Pada hari ahad itu, keluarga Aster dan yang lain berkumpul sama-sama untuk raikan hari lahir datuk mereka yang ke-72 tahun.

Maka meriah la rumah tiga tingkat berkeluasan tiga buah rumah banglo itu. Maklumla rumah veteran lepasan anggota tentera laut. Tak hairan la kalau besar.

"Macam mana kerja kamu dekat perpustakaan Kak Lucy kamu?Okay tak?"tanya makcik kedua sebelah ibu, mama kepada Lucy ke Aster sewaktu dia memotong potongan daging lembu separuh masak di pinggan dia.

Aster yang duduk di tengah antara sepasang kembar lelaki berusia 10 tahun dan remaja lelaki berusia 15 tahun itu bergelut nak fokus.

Kembar di sebelah kanannya sedang berlawan pedang dengan pisau makanan masing-masing. Sementara remaja lelaki 15 tahun di sebelah kiri dia pula duduk memakai headfon di kepala sambil mengetuk-ngetuk meja guna sudu dan garfu seakan meja itu dram.

"Sorry...apa aunty tanya tadi?"soal Aster yang sondong ke depan untuk dengar semula.

"Macam mana kerja kamu dekat perpustakaan Kak Lucy kamu. Okay tak?!"

"Oh...okay. biasa je."jawab Aster semasa sekeping sayur salad melayah terbang melintasi depan muka dia.

"Nancy!Jangan buat main makanan kamu!"

Aster kerling ke kanan dia dimana kakak sepupu dia anak dari makcik ketiga belah ibu dia marahkan anak kecil berusia limatahun yang sudah comot dengan kesan krim di pipi tembam anak itu.

"Elok la kalau macam tu...lagipun kamu tak biasa lagi kan dekat sini memandangkan kamu baru balik dari asrama....baiknya kamu luangkan masa di dalam saja dari keluar..." sampuk suami kepada makciknya tadi.

Aster hanya tersenyum sambil mengangguk kepala. Yalah..bagus sangat!

"So..mana kamu akan sabung belajar nanti?"soal pakcik anak pertama belah ibunya di seberang meja selang dua kerusi dari makciknya pula.

"Jack...jangan ketuk meja tu boleh tak!"arah abang sepupu iaitu abang kepada Jack sendiri dari seberang meja.

Aster pandang ke kiri bila budak lelaki yang sibuk bergendang dekat meja tu. Well budak bertuah ni pakai headfon kot....mana la nak dengar.

"Saya dapat tawaran di Kolej Riverdale Hammington..."jawabnya sejurus itu sambil berpaling memandang pakciknya.

"Wahhh....taniah. bukan senang masuk ke kolej tu. Untung la kamu sebab tak perlu duduk berjauhan lagi dengan keluarga kamu lagi."

Aster baru nak bersuara sebelum suara baby merengek dan budak menjerit membatalkan niat dia.

Gosh!This family is a messed!

"Eden!Ethan!Berhenti!

"Wek!Wek!Wek!"

"Arghh....nak balik!!"

Aster pandang kanan dan kiri dia dengan bingung melihat kekecohan yang berlaku dekat sekelilingnya waktu itu.

"Kebetulan la....anak uncle pun belajar dekat kolej tu jugak.."sampuk paksu anak last belah ayah sewaktu berdiri dekat belakang kerusi kembar itu lantas menarik pisau makanan dari tangan dua orang kembar tersebut.

Papa Aster hanya dua beradik dengan paksu Aster. Mereka berdua tiada ibubapa sejak kecil lagi. Lalu dibela oleh datuk nenek mereka sehingga la mereka masing-masing boleh sara diri. Lepas tu paksu Aster jumpa adik perempuan kepada mama Aster. Mereka berdua kahwin dulu. Dan dari situ Mama dan Papa Aster pulak yang kahwin.

Aster pandang paksu dia pada masa yang sama perhatikan kembar dua orang di depannya yang mulai menjelir lidah antara satu sama lain.

Fuhh!

Mujur la dia seorang je anak dalam keluarga dia. Kalau tak..mahunya kena hadap semua kebingitan ni.

"Ashton pun belajar dekat kolej yang sama?"soal Aster dengan kening terangkat sebab terkejut. Terus dia pandang sekeliling, tak perasan pulak kelibat lelaki tu.

Muka gemuk kedempal terus muncul di difikiran Aster.Si pembuli perangai hantu yang dulu kuat buli dan kerjakan Aster buatkan perut Aster memulas. Dari kecil sampai la Aster tamat sekolah rendah, lelaki bernama Ashton Darren a.k.a Setan Gemuk tu selalu kenakan Aster.

Lepas Aster kena masuk asrama, itu la kali terakhir dia nampak si gemuk tu. Hampir lupa dia pasal sepupunya yang seorang itu.

"Dia tak ikut hari ni...sebab ada kem latihan kelab bola sepak kolej dia sepanjang cuti musim panas ni.."jawab paksu Aster lepas dia nampak Aster macam cari seseorang.

Dengan muka lega, Aster kembali memandang paksu dia yang berjaya diamkan kembar dua orang itu. Nampaknya perangai kembar ni tak lari dari perangai abang dia orang.

"Nanti paksu beritahu dia yang kamu dah balik sini. Mesti dia happy."ujar paksu Aster yang mengundang terror pada Aster.

"Eh...tak payah!"Gila kau!Cari nahas namanya tu. Biarkan la Setan Gemuk tu tak tahu dia dah balik belum. Tak pasal-pasal merana cuti musim panas dia nanti.

"Kenapa pulak?Bukan ke kamu berdua rapat?"

Rapat my butt! "Mana suprise kalau beritahu dia sekarang. Tak apa..nanti Aster sendiri beritahu dia. Paksu diamkan je dulu okay?"

"Hahaha...yalah. Nasib baik kamu beritahu...okay paksu rahsiakan..."

Bersama senyuman lega, Aster sandar ke belakang kerusi dengan bahu jatuh hilang semangat.

Apa la nasib!