Chereads / JEJAK / Chapter 6 - Si Gempal Koma

Chapter 6 - Si Gempal Koma

"Hahaha... mati la kau" Si Gempal seperti orang gila ketawa dalam kepuasan..

gelak ketawa Si Gempal tiba-tiba terhenti apa bila melihat Syah masih kukuh berdiri. Pandang mata seakan ingin membunuh dari Syah membuatnya seakan mahu tercekik..

"Kau mahu mati ya?"

Kata-kata dari Syah itu singkat, namun penuh makna. Si Gempal menggigil dan cuba menembak lagi kearah Syah, namun kesemua tembakannya meleset kerana akibat tangan dan kakinya yang menggigil.. dalam kesekejapan Syah telah tiba betul dihadapan Si Gempal dan meletakkan dahinya

dihadapan pistol yang dipegang Si Gempal.

" cuba la tembak"

Si Gempal memicu pistol itu berulang kali, tetapi pelurunya telah habis.

"Sekali senjata telah diangkat , itu berarti perang... Dan didalam perang hidup dan mati bukan pilihan"

"Maafkan aku, aku salah.. Aku tidak akan ganggu kau lagi"

"pergi, jangan smpai aku nampak muka kau lagi" Syah pon berpaling dan mahu berlalu.

"Mati la kau" Si Gempal cuba menikam dari belakang

"prrrpppp"

Tulang rusuknya patah di tumbuk oleh Syah..

lalu Syah menumbuk buka Si Gempal berulang kali sekuat tenaganya seperti ada dendam bertahun disetiap tumbukannya..

" Jagan bergerak, angkat tangan keatas" Dua orang polis bengacu pistol kearah Syah dan menahannya.

Si Gempal dihantar ke hospital akibat cedera parah, mukanya berlumuran darah dan mengerikan .. Dia koma..

......

Di Balai polis didalam bilik gelap. Hanya berbekalkan lampu yang malap...

" Ahmad Syah Bin Razali, kenapa awak menyerang Dia sebegitu kejam?"

Syah hanya senyap sambil memejam matanya

"kamu tahu tak disebabkan awak memukul dia , dia cedera parah dan koma di hospital?.. apa dendam awak kepada dia?"

"jawab la soalan puan tu" sambil menghentam meja seorang lagi pegawai penyiasat mengertak Syah.

Namun Syah masih senyap tanpa bergerak.

"Wehhh!!!!!" pegawai penyiasat hilang sabar dan menarik baju Syah..

Syah pon jatuh rebah dari kerusi...

Mereka terkesima, di tangan pegawai itu ada pencak darah.. mereka tidak perasan darah tersebut kerana Syah menggunakan baju hitam dan berseluar hitam..Mereka dudukan semula Syah

di kerusi, pegawai tu membuka baju Syah dan mereka amat terkejut..

"Ape semua ini?..mengerikan, terlalu mengerikan, apa yang dilalui oleh dia sebelom ini?"...