Kesan kesan luka torehan, kesan peluru dan kesan melecur yang tidak dapat dikenal pasti penyebabnya penuh dibahagian depan dan belakang tubuhnya dan parut itu menindih kesan luka lama..
"Apa semua ini?, apakah kalian pernah melihat orang yang parut sebanyak ini dan masih berjaya hidup?"
Kesan parut-parut itu membuktikan tidak hairan Dia masih boleh berdiri dan berjalan Dengan kukuh Tampa menunjukkan tanda-tanda dia cedera akibat ditembak sebentar tadi..
"cepat, bawa dia ke medik.. dan carikan saya rakaman CCTV kawasan kejadian" Inspector Jannah memberi arahan kepada anggotanya.
Di Hospital Besar...
"Bagai mana keadaan dia doktor?"
"Dia stabil..peluru malam tadi berjaya dikeluarkan.. tapi..." kata-kata doktor terhenti seketika.
"Puan lihat ini" sambil menunjukkan keputusan X-RAY..
" Didalam badannya masih ada 8 butir peluru lama.. salah satunya berhampiran dengan otak dan satu laginya berhampiran jantungnya"
Jannah terkejut dengan dengan hasil X-RAY tersebut dan semakin berminat mencari info tentang tahanannya ini..
......
"Puan, hasil Rakaman CCTV telah saya dapatkan"
"bagus, saya akan kembali ke balai"
Jannah pon bergegas ke balai untuk melihat hasil rakaman tersebut..
Setibanya di balai, Jannah terus melihat hasil rakaman tersebut.. Dilihat Syah telah dikepung oleh 5 orang dengan empat darinya bersenjatakan pisau.. Dilihat keempat orang itu adalah penjenayah yang dikehendaki atas kes rogol, bunuh dan penipuan siber..
"Sebentar, adakah mangsa yg cedera parah tu adalah "Lucky Pig" Si kepala hacker dan penipuan online tu?"
"Ya puan, menurut siasatan dia mungkin adalah "Lucky Pig" suspec yang kita cari selama ini ,tidak syak lagi"
"Awasi dia, jagan biarkan sesiapa pon lawat dia"
"baik puan"
handphone berbunyi....
"Puan , smtahanan kejadian malam tadi sudah sedar..puan ingin datang ambil keterangan?"
"Baik, saya datang sekarang"
.......
Di hospital, didalam wat yang berasingan dari pesakit lain...
"Puan"
Tampa berkata apa-apa Jannah terus berjalan kearah Syah yg sedang duduk sambil tangannya digari..
"Ahmad Syah Bin Razali, saya inspector Jannah. Saya hentak mengambil keterangan dari awak.."
Syah hanya berdiam
"Bagai mana awak mengenali dia?"
"siapa??..si gempal ?....dia satu pejabat dengan saya.. Oh ya, nam lain dia juga adalah "Lucky Pig".." sambil senyum penuh makna dia berkata..
"bagai mana awak begitu pasti?,"
"setakat hacker ulat kecik seperti dia, mudah saja hendak dikesan"
"kamu ada bukti ?, tuduhan kamu ini berat.."
Syah ketawa lalu berkata " apa saya dapat jika beri buktinya?.."
"kita boleh anggap tiada apa berlaku" Dengan wajah serius Jannah berkata..
"Baiklah, kesepakatan sudah dibentuk.. beri saya masa 24 jam, bukti itu akan ada diatas meja puan" dengan yakin Syah berbicara.