Di Ruang makan rumah...
Syah telah siapkan sarapan di meja makan..
Dia menyediakan nasi lemak...
Walau pun dia hidup membujang, dia jarang membeli makanan di luar. Dia lebih selesa memasak di rumah.
Nasi lemaknya sungguh harum hingga mampu membangunkan sesiapa saja sedang tidur. Nyrah sangat menggemari nasi lemak, dia segera bangkit dan duduk di meja makan.
"Aduh, ank dara ni bgun dri tidur terus nak makan, pergi la basuh muka dulu"
"Yang nak makan pakai mulut cik abang, bukan muka"
Nyrah menjelirkan lidahnya... Sesiapa yang melihatnya ketika itu pasti akan tergoda akan kecomelan dia..
Syah malas hendak memanjangkan Omelannya, lalu menukar topic perbualannya...
"Kau sudah dapatkan pekerjaan baru?"
"Belum bang, saya tiada sijil apa-apa pun.. malah SPM (sijil Pelajaran Malaysia) pun tiada.."
"Hmmm, takpe nanti aku uruskan, kau duduk saja di rumah"
Wajah Syah mengukirkan senyuman yang bermakna...
Syah membuat satu panggilan dan kemudian dia pun berlalu ke tempat kerja..
...
Di pejabat....
Suasana di pejabat kelihatan sibuk, masing-masing membuat perbincangan bersama team mereka...
"Syah, aku sudah membuat senarai pesanan hardware yang kita perlukan"
"Bagus, sekarang bagai mana dengan penulisan 'skrip cord' yang aku suruh kau buat?"
"sudah 30% , agak mencabar juga projek kali ini.. ini pertama kali aku menerima projek seperti ini"
Samat dan Ros adalah pekeja baru memilih untuk satu kumpulan dengan Syah.. Mereka adalah programmer yang berpengalaman...
Mereka memilih Daim Technologies kerana mereka ditawarkan gaji yang lebih tinggi berbanding syarikat lain...
"kamu dari tingkat tiga kan?, bagai mana menurut kamu tentang projek ini?.. saya lihat kamu seperti sudah biasa dalam bidang keselamatan siber ini"
Ros bertanya kerana dia melihat Syah selalu tenang walau pun mereka hanya bertiga menjalankan projek ini...
"Saya merasakan projek ini tiada apa-apanya. apa yang dipinta oleh Maju Holding itu masih dibawah kemampuan saya"
Syah berkata berdasarkan apa yang dia rasa.. Baginya projek ini tidak terlalu sukar, cuma banyak bahagian yang memerlukan lebih dari tiga pasang tangan mereka.
Namun bagi Samat dan Ros, Syah hanya melawak untuk menyenangkan hati mereka. Mereka tahu selain kesukaran projek berskala besar ini, mereka juga pasti akan ditekan oleh Roni...
...
Ketika mereka sedang sibuk berbincang, Syah mendapat panggilan. Dia menjawab panggilan itu dan senyuman yang nampak gelap terukir di wajah dia..
Samat dan Ros yang bingung terus bersamaan bertanya kepada Syah.
"Ada apa dengan senyuman itu?, kau jagan macam-macam"
Syah dengan bersahaja berkata " kamu berdua akan tahu esok"
.....
Pagi hari di meja makan..
Nyrah seperti biasa dengan sikap buruknya yang setelah bangun terus ke meja makan..
"Hari ini kau akan mula bekerja"
Tersembur nasi goreng yang sedang di kunyah oleh Nyrah.... Dia tersedak lalu mengambil air suam dan meminumnya.
"Jagan la terkejut saya macam ni..kalau saya mati tersedak, saya jadi hantu cekik leher abng Syah tau.."
Syah hendak ketawa tetapi dia menahannya..
"Aku dah dapatkan pekerjaan untuk kau, yang kau perlu buat adalah membantu aku"
Nyah pon bersiap untuk hari pertamanya bekerja di Daim Technologies....
"Kau pakai apa ni?"
"pakai baju la, ade nampak macam pakai bikini ka?"
Syah malas melayan nyrah lalu dia membawa Nyrah ke sebuah butik baju kurung..
"kak, bagi dia sepasang baju kurung"
"baik dik"
Nyrah sudah menjangka dari rumah lagi yang Syah akn merubah penampilannya.. Dengan muka tidak berpuas hati dia pun menukar bajunya..
"Girlfriend ka"
Cik kak pelayan butik itu menegur Syah dengan senyuman memerli..
syah tidak menjawab dan terus menunggu Nyrah siap salin pakaiannya..
Nyrah pun keluar dengan muka tidak puas hatinya...
"puas hati?.. Dah, jom"
Syah pon mencuit hidung Nyah sambil senyum kepuasan....
"Comel jugak kau ni kan?, jadi girlfriend aku je la"
Dengan tak semena Muka Nyrah menjadi merah.. jantungnya berdebar.. Dia kaku seperti patung.. kalau orang memandang wajah dan keadaannya ketika itu memang mati-mati sangkakan dia adalah patung..
"Tunggu apa lagi, nak aku dukung kau masok pejabat ke?.."
Nyrah pun sedar dari lamunan dan sedar bahawa dia sedang dipermainkan oleh Joker.. Dia pun berjalan keluar dari butik dengan muka tidak puas hati.. Sedangkan Syah pula senyum bahagia..
.…...
Di pejabat....
Syah terus ke mejanya.. Nyah pula kena melapur ke Roni sebagai pekeja baru..
"Dato Daim suruh menempatkan awak ke dalam kumpulan yang kekurangan ahli.. tetapi kumpulan itu sangat teruk dan tidak ada masa depan.. apa kata kamu masuk kekumpulan saya"
Nyah mengetahui bahawa dia akan sekumpulan dengan Syah kerana syah memberi tahunya didalam perjalanan pagi tadi. Dan dia juga tahu bahawa Roni menaruh dendam dengan Syah..
"Tidak mengapa, saya akan tetap didalam kumpulan itu"
Nyrah memberi senyuman yang comel kepada Roni.. Roni terpana dengan senyuman Nyrah itu..
"Ok, saya tak paksa awak.. tetapi kalau si bodoh itu buat masalah sama awak, laporkan saja kepada saya"
Nyrah pun berlalu dan bertemu dengan kumpulanya..
"Hi, saya Samat.. ini Ros.. yang berlagak ini syah.. dia ini ulat bulu tau..hahaha"
"Hahaha, memang abng Syah ini ulat bulu.. mata dia juling kalau lihat saya dirumah"
Tersentak Samat dan Ros mendengarnya.. Tekak mereka tiba-tiba seperti ada sebiji batu yang tersangkut..
Mata Samat dan Ros tajam seperti mata pisau memandang Syah.. Syah merasakan ada sebilah pisau sedang menikam di jantungnya..Tapi dia cuba tenang dan menjelaskannya.
"Dia adalah adik angkat aku, sementara ini dia tinggal dengan aku"
"kau jagan macam-macam dengan dia.. Adik, kalau Syah cuba buat sesuatu beri tahu akak. akak siat kulit dia nanti"
Ros berkata seakan mengugut Syah..
"Okak kak, degar tu abang.. jagan macam-macam..hahaha"
Akhirnya dendam di butik pagi tadi terbalas.. Nyah menjelirkan lidahnya mengejek Syah.. Syah hanya mampu senyum canggung..
Dari sebaik bidai ada sepasang mata sedang menyaksikan kemesraan mereka..
"kau memang sial.. Nyrah itu milik aku..kalau aku tak dapat hatinya, tubuhnya akan pasti aku dapatkan.. kalau tidak jagan Panggil aku Roni"