Chereads / JEJAK / Chapter 11 - KEMAMPUAN DIA

Chapter 11 - KEMAMPUAN DIA

"Selamat pagi Dato"

"selamat pagi, bagai mana dengan pejabat batu?..selesa?..."

"Selesa Dato, adakah Dato datang kesini untuk melihat pekerja-pekerja baru?"

Dato Daim dengan senyum bangga menepuk bahu Roni..

"Ya, saya gembira sekali hari ini tercapai impian saya untuk memulakan jabatan ini di syarikat kita, pekerja-pekerja berpengalaman sukar dicari akhir-akhir ini, namun kamu berjaya mendapatkan mereka"

"Terima kasih Dato"

"Oh ya, sebelom saya lupa. saya hendak awak letakkan Syah sebagai ketua projek Dari syarikat Maju Holding itu"

"Maksud Dato projek yang besar itu? , kita perlukan pekerja yang bijak dan berpengalaman untuk kendalikan projek itu, Dia..."

"Ini di minta sendiri oleh kawan lama saya..mereka kagum dengan kemampuan dia dalam membuat system untuk mereka baru-baru ini... saya harap awak paham"

Roni kehabisan kata, dia hanya mampu setuju. Pada mulanya dia yang ingin ketuai kumpulan itu, dan menjatuhkan air muka Syah, namun akhirnya dia yang dipermalukan..

"Celaka kau Budak sial, aku pasti akan cari cara balas semua ini.. kemampuan?,kemampuan apa ada pada budak yang tiada apa-apa sijil ini.. aku lebih baik dari dia"

Mulai saat itu Roni telah anggap syah memulakan perang dengannya..

....

"Tahniah Syah,kau adalah ketua kami, aku sebenarnya tak suka juga dengan Roni tu.. Dia rasa dia bagus sanggat, kalau banding kau dengan dia.. macam langit dengan bumi"

"Terima kasih, aku cuba buat yang terbaik"

"Tapi bro, boleh ke selesaikan projek ini bertiga sahaja?"

Tiba-tiba suasana menjadi canggung. Roni telah merancang semuanya, pekerja-pekerja lain semua tidak berani mengikuti kumpulan Syah.. mereka tidak mahu mendapat susah dengan melawan Roni .

.......

Didalam bilik yang gelap....

"Jagan sentuh aku, ape kau nak lagi dengan aku?"

"Kau yang sebarkan info tentang "Lucky Pig" kepada polis bukan? , budak-budak aku nampak kau berjumpa dengan polis siang tadi dekat Hotel Laguna"

Nyah menekan butang yang tersembunyi di tapi pinggangnya...kalau tidak dilihat betul-betul, tiada sesiapa akn perasan ia disitu...

....

Syah tiba-tiba mendengar bunyi pelik di saku belakang seluarnya..dia mengeluarkan sejenis alat sebesar pendrive dari poketnya.

"Ini, pasti dari Nyah"

Dia segera memasang ke komputernya.. terpapar di skrin menunjukkan satu lokasi, dia segera mencari lokasi itu dan bergegas kesana..

Setiba dilokasi, Syah melihat ianya adalah sebuah gudang lama. dia segera meredah masuk ke dalam gudang itu.

"lepaskan dia"

"terperanjat aku sial, kenape nak jadi hero je kene jerit-jerit hawau?, siapa engkau ni?"

"mimpi ngeri kamu semua"

Nyrah tiba-tiba ketawa.....

"Hahaha... lawak la korang ni, aku rase macam jdi penonton drama"

"kau diam, aku belum selesai dengan kau"

Mereka pun menyerang Syah dengan bersenjatakan pisau dan parang..

Dengan mudah Syah menumpaskan mereka semua.. masing-masing mengalami patah yang serius. suara ngerangan mereka memenuhi gudang.

"jom pergi"

"sebentar, saya hendak ambil semua data-data penting"

Syah pon mula memahami situasi.. Nyrah ini adalah jenis yang menjual informasi dengan nilai yang tinggi..

Syah pun membantu Nyah mengambil data-data tersebut.. Antara data-data tersebut mengandungi pelbagai nama-nama hacker dalam negara yang menjalankan kerja-kerja kotor mereka...

Selepas mereka beredar, polis pun sampai ke tempat kejadian.. mereka terkejut apa bila dapati mereka semua telah terbaring di lantai..

Di layar skrin komputer, terlihat animasi wajah badut yang berwarna emas.

"GJ?, Golden Joker?"

....

Didalam taksi...

Syah tidak berkedip memandang Nyrah yang sedang tidur dibahunya.. pakaian nyrah yang ketat membuatkan Syah rasa tidak selesa.

"Aduh, comel pula budak ni bila tidur..Aduh.. parah aku ni macam ni"

Nyah sebelumnya meminta pada Syah untuk tinggal bersamanya sementara, kerana dia sudah tiada tempat untuk berteduh.

"Abang Syah, saya akan menumpang di rumah abang ya.. terima kasih"

Syah tergamam, walau macam mana pon Nyrah telah buat kesimpulan Tanpa sempat dia berkata apa-apa..

.....

Di rumah Syah.....

Syah memberikan Nyrah tuala baru dari almari dan memberikan pakaian lamanya untuk nyrah pakai selepas mandi.

"Pergi mandi, esok aku carikan baju baru untuk kau"

"jom mandi sama"

Syah tiba-tiba menggigil seram sejuk..

"pergi mandi, nak kene tapak muka tu?"

"Hahaha, gurau sikit nak marah, cium karang baru tahu"

Syah sudah malas melayan Nyrah, dia terus ke dapur untuk memasak makan malam..