Chereads / JEJAK / Chapter 8 - GOLDEN JOKER DAN SKULL CLOWN

Chapter 8 - GOLDEN JOKER DAN SKULL CLOWN

Sebuah bilik di perumahan flat di ibu kota...

Suasana bilik gelap , hanya diterangi oleh cahaya screen yang menyilaukan.. Jari jemari seakan menari di papan kekunci komputer menaip URL yang pelik dan trus di tekan butang layari.. itu adalah salah satu laman yang berada di DarkWab...lalu layar screen bertukar dan dilihat kotak yang meminta untuk user mengisi ID dan password.. dia terus mengisi data yang diperlukan.

Di layar skrin terus memaparkan ruangan sembang publik yang identiti masing-masing menggunakan nama samaran.

Surabaya Clown : "Malam ini aku dan team aku akan merosakan sistem keamanan syarikat keamanan di surabaya"

Gray Wolf : "Hahaha, kamu dan team kamu semakin maju ya?.."

Bali Anonymous :"Ah, sekadar itu dikatakan hebat?..aku dan team aku akan membuat kacau sistem penerbangan di lapangan terbang malam ini"

Masing-masing menceritakan kehebatan mereka dalam menggodam sistem keselamatan. Tak kurang juga yang didalam itu hanya ingin belajar dan mengambil pengalaman...

Golden Joker : "Hello ulat-ulat kecil"

Satu kalimat yang singkat, namun mampu membuat ruangan sembang senyap seketika.

Bali Anonymous : "Die kembali dari kematian!!!!!"

Surabaya Clown : "Bukankah dikatakan Dia sudah bersara"

white wolf : "Jagan main-main, kamu siapa?...Golden Joker Bukan kah sudah bersara... adakah kau kembali untuk beraksi GJ?"

Golden Joker : "Aku hanya berehat seketika... tiga tahun, ulat-ulat kecil merasakan diri sudah menjadi naga ya?"

sekali lagi ruangan sembang kembali sunyi dan canggung.

Ruangan sembang pribadi terbuka dan terdapat satu pesanan...

Skull Clown : " siapa kau?, kenapa kau menyamar jadi dia?"

Golden Joker : " kenapa kau begitu pasti aku bukan GJ yang asli?"

Skull Clown : " Aku anak didiknya, kau tidak boleh menipu ku"

Golden Joker : " Hahaha.. kau juga sedang menipu.. ank muridnya hanya seorang, Golden Crow... dan aku kenal dia.. aku lah GC dan aku la yang layak menjadi GJ seterusnya.

Skull Clown : " Abang ni nama Syah ka?.. Sebenarnya apa yang jadi pada Abang Rizal?..bagai mana dia boleh mati?"

Golden Joker " Bagai mana kau boleh tahu nama aku dan nama GJ yang sebenar?... siapa kau???"

Skull Clown : " jumpa esok di bumbung Hotel Laguna jam 1pm, dan saya akn beri tahu siapa diri saya"

Pesanan masuk ke handphone Syah..

" saya memerlukan bahan bukti tu segera, tidak boleh ditangguh lagi"

Syah trus membalas " Hotel Laguna, Lobi, 12:40pm"

Syah masih tersentak bila identiti dia dan Rizal diketahui oleh Skull Clown.

"siapa dia?, bagai mana dia kenali aku dan Rizal?"

Hati dan akal Syah malam itu sungguh tidak menentu, dia membuka dan membelek data-data yang disimpan di komputernya.. Namun masih juga tidak dapat meneka siap Skull Clown...

Syah pon terus mengabaikan apa yang bermain di kepalanya dan membuat keputusan untuk tidur.

"Syah, aku rasa tak sedap hati dengan misi kali ni.."

"Santai bossku, macam biase la.. aku akn jaga kau bro.. kalau tidak sia-sia dan xde makna la selama ni aku tadah peluru demi kau..hahaha"

"Syah, aku mintak maaf kalau ade terlebih terkurang dengan kau.. kau lah sahabat aku dunia akhirat"

"wehhhh, lom Raye lagi la nk mintak-mintak maaf..hahaha.. Tenang weh, kau tidak ade salah ape dgn kami semua...kau bukan lagi sahabat kami tpi saudara kami.. betul x gang?..."

serentak dgn itu empat lagi diantara mereka menganggukkan kepala sambil menunjukkan gengamman tangan tanda semangat dang mengiakan kata-kata syah.

situasi kembali ke bayangan kejadian tragis Rizal menahan bom pihak musuh ..

"Rizal!!!!!"

Syah tersedar Dengan nafas yang deras..

suasana bilik masih sedikit gelap...

Syah trus mandi dan bersiap untuk pergi kerja..

"walau ape pun yang jadu, aku mesti berjumpa dengan SC hari ni.."

Syah pun ke pejabat...

Setibanya di pejabat, pejabatnya sedikit kacau dengan para staf berbondong di tempat Si Gempal.

"kau tidak tahu?, Si Gempal Masuk hospital cedera parah.. Polis Syaki dia adalah "Lucky Pig" si scammer tu"

"Ok" Syah jawab dengan Tampa perasaan...

"kami mahu lihat-lihat kalau ada bukti dalam komputer dia ni.. "

"Tapi siapa yang pukul dia smpai macam tu?, 4 tulang rusuknya patah, mukanya koyak sampai tak kenal dah muka dia.."

"mungkin dia ade buat silap dengan salah orang, dalam idup inikan kalau kita diatas pasti akan ada yang lebih diatas"

phone di meja berbunyi....

"Budak bodoh, aku punya program dah siap bukan? , berikan pada aku sekarang. bawak ke bilik aku" Irwan memberi arahan.

Syah pon terus ke bilik Irwan sambil membawa program yang dah siap didalam hard drive.

selepas beri program itu Syah pon keluar dari bilik itu dan terus menuju ke komputer Di Gempal dan membuka ruang codding dan menulis cod-cod.. walau pon rata-rata mereka adalah programmer, mereka tidak mengetahui apa yang sedang di taip oleh syah.. Dia membuka semua data yang disorokkan oleh Si Gempal.

"Nah, lepas lihat semua pergi buat kerja masing-masing"

Syah pon berlalu ke ruangan kerjanya...

"Apa ini?.. jijik, sanggat jijik..."

"ini?, ini gambar aku"

"Jagan tengok, aku bunuh kau si gempal. sial kau "

"wehhh, btul la.. dia "lucky pig" .. lihat ni.. dia punyai banyak URL akaun laman sosial palsu dan password..dan salah satunya pernah ditayangkan di siaran berita"..

jam menunjukkan tepat 12:30pm.. Syah pon bersiap berjumpa dengan inspector Jannah..

..............

Di lobi Hotel Laguna....

"nah, antara kita sudah selesai"

" Amboi, encik abng.. macam ni ke cara cakap dengan gadis-gadis?.tak laku la.smpai bila-bila macam ni..hahaha"

"Maaf, saya ada hal lain kene selesaikan, saya gerak dulu"

Syah terus tidak mahu berlama-lama dan tidak sabar keatas hotel itu untuk mengetahui siapakah Skull Clown..

Jannah merasakan ada yang pelik dengan syah, dia pon mengikut Syah dari belakang Tampa syah sedari....