Chereads / JEJAK / Chapter 9 - TEMPAT BARU

Chapter 9 - TEMPAT BARU

Diatas bumbung Hotel....

"Hai, selamat datang"

Seorang gadis berpakaian alah gothik menyapa sebaik saja Syah membuka pintu keluar kebumbung hotel..

"Siapa kamu?, macam mana kamu mengenali ku?"

Tampa basahbasi Syah terus bertanya...

"Saya Nyrah , apa abng Rizal tidak pernah beritahu awak tentang saya?"

sambil tersenyum Nyrah menjawab pertanyaan dari Syah.. namun kelihatan matanya berkaca..

"kau adik si Rizal?"

"Ya"

"Maknanya kau tahu la aku si tak guna penyebab Rizal mati bukan?, kau mahu membalas dendam?"

"Tidak"

"Aku bersalah pada kau sekeluarga..malahan masa hari pengebumian dia aku tak datang... memang sepatutnya kau membalas dendam.. aku terima.. seharusnya waktu itu aku yang mati.."

"sebenarnya saya hanya ingin berjumpa awak, sahabatnya yang sanggup menghalang peluru deminya.. malah saya bersyukur kerana awak masih hidup"

Nyrah mengalirkan air mata, namun jelas ada titik kebahagiaan dimatanya...

"aku minta maaf...aku lalai dan aku lemah ketika itu hingga Rizal terpaksa mati"

"sudah la awak, semua ada hikmahnya"

"Terima kasih kerana memaafkan aku.. aku berjanji akan menggantikan dia untuk menjaga kamu semua, anggaplah aku seperti abangmu"

Di sebalik pintu tangga, ada sepasang mata sedang memerhati dan cuba memahami situasi tersebut...

"Aku harus mencari maklumat siapa mereka sebenarnya...pihak polis memburu dan cuba mencari bukti siapa "Lucky Pig" bertahun, tapi dia dengan mudah memberi bahan bukti ini kepada ku"

Jannah sedang sibuk berbicara didalam mindanya, secara tiba-tiba mereka berdua sudah berada dihadapan matanya...

"Siapa ini?, kekasih abng Syah ka?" bertanya nyrah dengan senyuman menyindir...

"Dia ni kaknam (penganggu) "

Wajah Inspector Jannah kemerahan akibat malu..

"Saya hanya perhatikan kamu, walau pun kes kamu telah dianggap selesai, itu tidak menidakkan bahawa kamu ini orang yang berbahaya"

Ketika itu Nyrah sudah mengetahui bahawa Jannah adalah seorang polis.

Syah dan Nyrah pon teruskan perjalanan pergi dari bumbung hotel itu dan tidak menghiraukan lagi Jannah yang masih canggung disitu..

.........,....

Selepas makan seketika bersama Nyrah, Syah pun masuk kembali ke pejabat dan mulakan kerjanya ..

" Syah, sila ke pejabat saya dengan segera, ada yang perlu saya bincangkan"

Dato Daim memanggil Syah dan terus berlalu ke pejabatnya..

Syah segera mengikuti Dato Daim masuk ke pejabatnya...

"Ya , Dato.. ada apa yang boleh saya bantu?"

"Mengapa , awak membuat kerja untuk Irwan?" Dato Daim kelihatan terlalu marah...

"Tapi dia kan anak Dato.. saya..."

"Sudah, saya tak perlukan alasan itu, saya akn hantar kamu ke pejabat baru di tingkat 8.. Syarikat akan membuka Jabatan baru di sana"

"Jabatan baru?"

"Ya, Syarikat akan memulakan servis baru dalam bidang keselamatan komputer selepas ini. Saya mahu awak pindah ke tingkat 8 dan mula belajar selok-belok keselamatan komputer.. saya akan naikkan gaji awak selepas ini.."

Syah tidak mampu berkata apa-apa tentang keputusan Dato Daim.. Dia hanya mampu setuju dengan keputusan itu..

..........

"Tahniah Bro, dengar kata lepas ni kau dapat pindah ke tingkat 8 dan kenaikan gaji.. boleh la belanja aku lepas ni..hahaha"

"kau pon boleh kalau kau rajin, ni aku lihat kau sibuk berkepit macam belangkas ( sejenis haiwan air yg berjalan berdua jantan dan betina) dengan si Rina tu saja, .."

"Pehhhh, bro.. ini pedas.. aku cuma tolong dia saja... kita ada lebih kita ajar..hahaha"

"Aku kau tak mahu ajar?" Syah memerli Razman....

Razman terdiam bila sedari Rina memandang mereka sambil senyum malu...

"Bro, respon baik tu, merasa la aku makan nasi minyak (sejenis masakan nasi di majlis) lepas ni..." Syah memerli lagi..

Razlan pon pergi dari meja Syah kerana terlalu malu bila diperli oleh Syah..

....