Chereads / JEJAK / Chapter 10 - ATASAN YANG SOMBONG

Chapter 10 - ATASAN YANG SOMBONG

Di tingkat 8 bangunan Daim Technologies..

Ini adalah hari pertama Syah di jabatan barunya.. disitu terdapat meja-meja baru yang kemas disusun.. terdapat beberapa pekerja baru sudah menempati beberapa meja disitu...

"Kau pekerja dri tingkat 3 yang pindah kesini?, mari masuk ke dalam"

seorang lelaki 20-an menegur Syah dari biliknya..

"Ya,"

Syah pon masuk ke pejabat dia .

"Aku Roni, pengurus kat tingkat 8 ini, kau bukan programmer yang tidak ade sijil itu?"

"Ya"

"Aku tak tahu apa bagusnya kau ada disini, aku cuma minta kau jagan mengganggu mereka diluar bekerja"

kesombongan dia jelas memandang rendah kepada Syah..

"Aku mahu beri tahu yang disini apa-apa keputusan ditangan aku.. kalau kau mahu kekal disini kau mesti dengar arahan aku.."

Syah hanya mengangukkan kepalanya dan pandang sekilas kearah Roni. Dia cukup pantang sama orang yang sombong. Dia malas melayan Roni.. Dia pun bangun dan pergi ke meja yang sudah di sediakan untuknya..

Di situ dia berkenalan dengan team jabatannya..

"Hi, aku Kamarul.. ni Anas, ni Rizwan"

Kamarul perkenal seorang demi seorang..

Kesemua mereka adalah pekerja baru di situ.

"Aku Syah, pekerja dari tingkat 3"

"kau la yang mereka kata tiada sijil tu bukan?"

tiada kesan sombong atau memperindahkan disebalik nada kesemua mereka..

"Tak mengapa bro, aku tahu pengalaman kau pasti baik. kalau tidak tidak mungkin kau dipilih sendiri oleh Dato untuk kesini .. aku tunggu kerjasamanya bro"

Mereka semua pun berjabat tangan tanda perkenalan...

Syah pun mula mengatur mejanya supaya dia senang untuk melakukan kerja-kerjanya..

"Semua staf di minta oleh Encik Roni untuk ke ruang perbincangan" pembantu peribadi Roni memberi arahan kepada semua staf.

Mereka semua dengan semangat menuju ke ruang perbincangan. Memandangkan hari ini adalah hari pertama mereka semua di tempat baru, dapat dilihat api semangat yang membara di mata masing-masing..

"salam kenal, saya Roni dan mulai hari ini saya akan menjadi pengurus kamu semua,saya tahu rata-rata antara kamu adalah seorang yang telah banyak pengalaman, dan ada juga beberapa sampah yang mempunyai sedikit tuah"

Kata-katanya sanggat tajam untuk ditelan oleh sesetengah diantara mereka..Namun tiada sesiapa yang menjawab dan mendiamkan diri..

"kita telah pun mendapat 3 projek dan salah satunya adalah projek yang besar.. jadi kita akan berikan kepada tiga kumpulan."

Setelah dibincangkan tentang pembahagian kumpulan, hanya tinggal Syah yang masih belom dibahagikan kumpulannya.

"Ada sesiapa yang ingin mengambil sampah ini ke dalam kumpulannya?"

Sambil menunjuk jarinya tepat kearah Syah... Mereka bukan meragukan keupayaan Syah, dia yang di pilih sendiri oleh Dato Daim tidak mungkin adalah seorang yang bodoh dan lemah... Namun jelas bahawa Roni tidak menyukai Syah, mereka tidak mahu mendapat susah di kemudian hari...

"Hahaha, lihat.. sampah tetap adalah sampah.. tiada seorang pon yang hendak engkau didalam kumpulan mereka"

Mereka hanya mampu melihat Tampa berkata apa-apa...

Tiba-tiba pintu diketuk dari luar..

"Encik Roni, Dato Daim sedang tunggu diluar"

"Baik la, mari kita jemput dia masuk"

Roni merasakan sesuatu akan terjadi...