Tang!!
Bunyi pedang berlaga dapat didengari. Dia menyerang sebelah kiri yang terbuka. Tapi Adam sempat menepis dengan bahagian rata pedang. Dia meneruskan serangan dengan menolak sambil melibas pedang, menyebabkan Adam tertolak ke belakang. Belum sempat lagi Adam bertindak, dia menghayun sekali lagi. Pedang terlepas dari tangan Adam.
"Sampai sini saja latihan kali ni", kata gurunya sambil menyarung pedang. Muka Adam kelihatan kecewa. Dia mengambil pedangnya.
"Kenapa dengan muka tu?", dia tanya saja walaupun dah tahu jawapannya.
"Cikgu. Kenapa saya rasa macam tak ada yang berubah?", dia tunduk memandang tangan yang menggenggam hulu pedang.
"Adam. Kamu tak perlu risau sangat. Bila tiba masanya kamu akan nampak segala usaha kamu. Faham?", dia memegang sebelah bahu Adam.
"Saya faham", ada betulnya juga apa yang dikata gurunya. Dia rasa lega sikit setelah mendengar nasihat itu.
"Saya dengar kamu ada ambil misi sejak akhir-akhir ni", dia melangkah ke tempat teduh di luar padang.
"Ya. Abang Vyrka cadangkan untuk saya dapatkan pengalaman dan asah kemahiran pedang", balas Adam sambil mengikut gurunya di belakang.
'Tuan Vyrka yang suruh rupanya. Tapi bagus jugalah daripada Adam belajar secara praktikal saja', dia memberi sebotol air kepada Adam.
"Kamu cubalah buat sebanyak mana yang boleh. Carilah masa"
"Baik Cikgu. Terima kasih untuk kelas hari ni. Saya minta diri dulu", Adam menunduk kepala sebelum melangkah pergi.
Berdasarkan pada pemerhatian terhadap Adam tadi, tak lama lagi dia akan dapat kukuhkan teknik asas. Hanya selepas itu barulah dia dapat mengajar kemahiran pedang.
Pada mulanya dia risau juga bila ditawarkan untuk mengajar ahli kerabat. Dia bimbang kalau Tuan muda itu tak mahu diajar olehnya. Namun semua prasangka itu lenyap bila dia mula mengenali anak muridnya. Adam sentiasa lakukan setiap tugas dia berikan dan berusaha keras. Tambahan pula Adam cepat memahami apa-apa saja yang diajarnya.
Dia menyelak buku nota dan menulis sesuatu sebelum mengemas barang untuk pulang.
Sepanjang minggu ini Adam tiada kelas teori memandangkan minggu depan. dia ada peperiksaan untuk semua subjek. Dia ralit membaca nota tanpa menyedarinya Victor masuk ke dalam. Bila melihat tangan Victor yang meletak gelas di meja baru dia mengangkat muka.
"Terima kasih Victor", bila melihat air buah itu baru dia rasa dahaga. Adam meneguk sampai tinggal separuh.
"Tuan muda ada ujian?", dia melihat buku teks, buku nota serta pen dan kertas yang berselerakan.
"Ya. Boleh tak minta Chef sediakan sandwich?", kata Adam sambil menyusun buku dan kertas. Dia nak rehat sekejap. Lapar pula selepas berlatih dan mengerah otak.
"Sudah tentu. Saya akan kembali sekejap lagi", dia melangkah dengan cepat ke dapur dan kembali dalam masa 5 minit. Terkejut Adam melihat Victor sampai dengan sepinggan sandwic. Cepatnya Victor buat kerja.
"Abang sibuk ke sekarang?", tanya Adam bila Victor meletak pinggan di meja.
"Tuan Vyrut sedang selesaikan beberapa tugasan. Petang nanti baru Tuan ada masa lapang"
"Ohh... Okay. Saya nak jumpa abang nanti"
"Tuan muda nak saya sampaikan?"
"Tak apa. Saya nak tanya abang sendiri", dia mencapai sekeping sandwich. Sebelum masa makan tengah hari Adam pergi ke pejabat Vyrut lalu mengetuk pintu.
"Kamu rupanya Adam. Tak ada kelas hari ni?", Vyrut meninggalkan tugasannya lalu duduk di sofa berhadapan Adam. Jarang dia datang waktu begini.
"Tak ada. Minggu depan saya ada ujian"
"Kamu belajar ke tadi?"
"Erm. Saya dengar abang tak sibuk petang ni. Saya nak pergi ambil misi"
"Kamu pasti? Kamu kan sibuk dengan ujian juga", tambahan pula Adam masih ada kelas pedang.
"Ya. Saya nak ambil satu misi saja memandangkan minggu depan tak dapat"
"Okay. Kalau macam tu kamu cubalah ambil misi yang relaks saja", cadang Vyrut.
"Misi yang relaks? Apa tu?", ada ke misi macam tu? Bingung sekejap Adam.
"Nanti kamu tengoklah", Vyrut tersenyum saja melihat reaksi Adam.
Semasa Adam sampai di ruang makan, Vyrka sudah duduk menunggu. Dia tak nampak kelibat Vyrut dan Noah. Adam tak tahu nak duduk di mana dan yang pasti dia tak nak bersendirian dengan Vyrka. Vyrka melihat Adam dengan perasaan hairan.
"Kenapa berdiri saja. Duduklah"
Adam pergi ke sebelah kiri meja lalu duduk di kerusi ketiga selang satu kerusi dari Vyrka yang duduk di sebelah kanan.
'Dia tak suka aku ke?', fikir Vyrka. Tak tahu apa sebab Adam tak sukanya.
Beberapa orang datang untuk menyusun lauk pauk di tengah meja. Bila mereka keluar, Vyrut dan Noah sampai. Vyrut duduk menghadap Adam dan Noah di sebelahnya.
"Kamu ada ambil misi lagi Adam?", tanya Vyrka.
"Ya. Saya pergi dengan abang petang nanti"
"Kamu pergi dengan Adam, Vyrut?", tanya Noah sambil menoleh.
"Ya", dia tak nak Adam pergi ambil misi sendirian.
"Esok abang pergi ke markas awal pagi dan bermalam di sana untuk beberapa hari. Ada tapisan untuk kadet baru", kata Noah.
"Tapisan untuk apa?", tanya Adam.
"Setiap kadet baru akan melalui tempoh percubaan selama 6 bulan. Lepas habis tempoh itu mereka akan lalui proses tapisan. Tujuannya adalah untuk terima kadet yang terbaik saja", jelas Noah.
"Ohh...", kemasukan ke dalam ketenteraan agak ketat. Selepas makan mereka menuju ke tempat masing-masing. Noah berjalan dengan Vyrka.
"Kamu nak buat apa nanti?", saja nak tahu.
"Aku nak tengok mereka berlatih", dia maksudkan kesatria mereka.
"Kamu tak nak pergi bercuti ke? Ahh. Kamu pergi balik sekejap kan?", kata Noah sambil berjalan di belakang Vyrka. Kata-kata Noah menghentikan langkahnya lalu dia berpusing menghadap Noah.
"Aku memang nak pergi sana. Mungkin dalam minggu depan", Noah tersenyum mendengar balasan Vyrka.
"Rasanya ayah akan hantar seseorang untuk tengok Adam", sambung Noah sambil berjalan melintasi Vyrka.
"Mestilah. Kau dah hantar laporan kan", dia mengikut langkah Noah.
"Dah. Aku rasa ayah akan hantar semasa program pertukaran kesatria", Noah melihat taman dari tingkap sebelah kanannya.
"Program pertukaran? Dengan siapa?", terangkat keningnya mendengar fasal itu.
"Dengan Kerabat Ephriem. Tuan Shawn sendiri yang datang dan berbincang. Aku masih tunggu balasan dari ayah tapi aku tahu ayah akan terima", Noah tersenyum nipis.
Pada mulanya dia rasa pelik bila mendengar perkara ini dari Shawn. Ada perubahan besar sedang berlaku di sana dan ini hanyalah permulaan. Dia tak pasti apa sebab perubahan drastik ini tapi kalau niat mereka baik dia akan terima. Buat masa sekarang dia hanya perlu tunggu dan lihat keadaan di sana.
Adam menukar baju yang lebih sesuai dan turun ke bawah. Dia melihat Vyrut dan si kucing di tepi tangga. Kelihatan di kucing menarik lengan baju Vyrut.
"Kenapa ni abang?", dia melihat si kucing yang membuat muka kasihan.
"Dia nak ikut. Saya pergi tanya Emylle kejap", kata Vyrut.
"Okay", Adam menguap lembut rambut si kucing. Dia memaut lengan Adam. Kenapa manja sangat ni.
Vyrut kembali dan memberitahu Emylle benarkan si kucing ikut. Dia tersenyum gembira. Mereka menaiki kereta untuk menuju ke tengah kota. Pemandu berhenti di persimpangan, mereka berjalan kaki ke bangunan Pentadbiran Tenshiz. Sepanjang perjalanan Vyrut memimpin tangan si kucing. Bila mereka semakin dekat Vyrut menarik topi beret yang dipakai untuk menutup sedikit wajahnya.
Adam menolak pintu kaca berkembar. Kelihatan ramai Tenshiz berada di sekitar lobi. Keadaan bingit dengan suara mereka, ada yang berborak, berbincang dengan Tenshiz lain dan berurusan di kaunter. Vyrut melihat sebelah kiri lobi di mana terdapat papan kenyataan yang penuh dengan tampalan kertas iaitu misi. Mereka menuju ke situ. Adam melihat setiap misi yang tertera. Dia tak tahu nak pilih yang mana.
Vyrut melihat gred pada atas papan kenyataan sebelum pergi ke yang paling hujung di sebelah kiri. Dari ekor mata Adam dapat melihat papan kenyataan warna hitam dan ditutup dengan kaca. Dia menoleh dan melihat Vyrut sudah di sebelah sana, terus dia pergi ke sisinya.
"Abang. Kenapa papan hujung tu lain?", tanya Adam. Vyrut menoleh ke papan yang dia katakan.
"Bahagian tu khas untuk misi Gred S saja. Dekat sini jarang ada misi macam tu. Paling tinggi pun cuma Gred A saja", papan kenyataan itu kosong tanpa sebarang tampalan. Vyrut sambung mencari misi. Matanya bergerak dari satu kertas ke kertas lain.
Misi Gred G lebih kepada tugasan remeh yang diminta oleh penduduk di sini atau dari Pertubuhan Tenshiz. Vyrut tersenyum bila jumpa misi yang dicari. Dia cabut kertas dari papan kenyataan.
"Adam. Kamu buat misi ni", Vyrut menunjuk kertas. Adam menoleh lalu membaca penerangan misi yang disertakan dengan gambar.
"Misi ni untuk cari kucing?", dia tak pernah lihat misi sebegini.
"Ya. Sesiapa saja boleh hantar permintaan ke sini termasuklah misi macam ni", jelas Vyrut. Sebelah tangan si kucing cuba mahu menyentuh kertas-kertas misi.
"Ahh. Kamu tak boleh sentuh tu", si kucing menoleh. Dia tertanya-tanya kenapa tak boleh tapi si kucing mendengar saja kata Vyrut. Adam merenung gambar kucing. Siapa yang buat permintaan ni?
Vyrut mendukung si kucing.
"Kamu tolong bagi kertas ni dengan Cik tu, okay?", Vyrut menoleh ke Adam, meminta dia bagi kertas kepada si kucing. Si kucing melihat kertas dan menoleh ke kaunter yang ditunjuk Vyrut. Mereka menuju ke kaunter dan berbaris di belakang sepasukan Tenshiz.
Salah seorang ahli menoleh, dia tersenyum melihat si kucing lalu melambai. Si kucing membalas lambaian. Selepas urusan mereka selesai, kerani di kaunter memanggil orang yang seterusnya. Oh? Kucing lah. Jarang dia nampak orang bawa kanak-kanak ke sini apatah lagi kanak-kanak demi-human. Si kucing memberi kertas misi.
Dia melihat gred dan penerangan misi sebelum mengangkat muka.
"Siapa yang nak ambil misi ni?", dia memandang Adam dan Vyrut silih berganti.
"Saya", balas Adam, dia mendekati kaunter dan menunjuk lencana Tenshiz. Borang diisi.
"Misi ini tiada had masa jadi Encik boleh hantar pada bila-bila masa dan jangan lupa minta pengesahan", kata kerani itu.
"Okay. Terima kasih", Adam menyimpan kertas misi ke dalam formasi penyimpanan. Wanita itu terkejut melihat Adam ada gelang itu tapi dia kawal ekspresi mukanya. Dia menunduk sedikit bersama senyuman. Si kucing melambai.
"Dia mesti bukan orang biasa", katanya pada diri sendiri. Gelang yang dipakainya bukan semua orang mampu miliki. Biarlah. Apa pun status dia ia tak penting.
Vyrut letak ke bawah si kucing. Mereka menunggu di hadapan bangunan sementara Adam melihat lokasi terakhir kucing itu dilihat pada peta hologram.
"Kamu nak mula cari di mana dulu?", si kucing melihat orang ramai yang lalu lalang.
"Tempat terakhir ia dilihat", Adam melihat ke bahagian barat kota, di kawasan kediaman penduduk.
⚜️⚜️⚜️
Cain dan Kapten melangkah keluar dari Bilik Operasi, laluan yang mereka lalui sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi tapak kaki mereka sahaja. Mereka menuju ke bilik mesyuarat di berek untuk berbincang strategi yang direnca oleh pihak strategi Komander Nolan.
"Apa pendapat Tuan fasal strategi mereka?", tanya Kapten sebaik sahaja mereka duduk. Cain memikirkan semula strategi yang diterangkan pakar strategi.
"Ia strategi yang direka untuk pelbagai situasi. Ia bagus cuma...", Cain bersandar pada kerusi.
"Aku tak rasa kalau ia boleh diguna-pakai nanti. Sebab kemungkinan yang situasi sebenar tak seperti yang mereka jangkakan akan berlaku", Kapten mengangguk. Ada benarnya juga apa yang Tuan katakan. Tapi tak bermakna strategi yang mereka sediakan itu sia-sia.
"Beritahu mereka kita akan berbincang mengenai ini malam nanti", sambung Cain.
"Baik Tuan. Saya pergi dulu", kata Kapten lalu melangkah ke pintu.
Sekarang dia perlu pergi ke beberapa tempat di sekitar markas yang dia belum tahu. Cain melihat pelan bangunan yang direntang atas meja.
Aiden menuju ke bilik pejabat Kapten. Pintu diketuk sebelum masuk.
"Kamu nak apa Aiden?", tanya Kapten. Jarang Aiden datang ke pejabatnya.
"Erm. Kapten ada jumpa mereka hari ni?", Aiden mendekati meja Kapten yang sedang menyelesaikan dokumen.
'Mereka?', maksud dia mereka ke?
"Tak. Kenapa?"
"Uhh... Tak ada apa-apa lah", boleh ke dia pergi jumpa mereka? Dia menggaru kepala walau tak rasa gatal.
"Kalau kamu nak jumpa mereka pergilah", katanya sambil menulis.
"Kapten tahu ke saya nak jumpa siapa"
"Mereka kan?", dia mengangkat muka.
Dia sudah selesaikan latihan waktu pagi, kalau boleh sebelah petang dia nak berlatih dengan kesatira demi-human itu. Nak pergi sana seorang diri ke? Dia tak pasti kalau ada yang nak pergi dengannya.
"Kau pergi seorang je Aiden?"
"Ha'ah. Saya pergi dulu", seingatnya berek mereka dekat bangunan lama tu.
Aiden melihat luar bangunan berek yang sudah dibaikpulih seperti baru itu. Mana mereka? Macam tak ada orang je. Dia melihat sekeliling bangunan. Tak tahu nak masuk atau tak. Dia menoleh bila mendengar bunyi tombol pintu hadapan dipulas. Tangan yang menolak pintu terhenti setengah jalan.
"Kamu perlukan apa-apa?", tanya si kesatria demi-human.
"Ahh ya. Saya ada sesuatu nak tanya"
"Kalau macam tu kamu tunggu lah dalam sekejap. Aku nak pergi ambil barang", dia menolak habis daun pintu.
"Okay", dia terus pergi. Aiden menggosok belakang tengkuk. Dia masuk ke dalam. Pintu ditutup rapat. Dia melihat sekejap ruang lobi sebelum mengambil duduk. Mereka sedang berlatih agaknya. Senyap je.
Si kesatria masuk sambil membawa sebuah kotak. Dia pergi menyimpan dahulu sebelum duduk menghadap Aiden.
"Apa yang kamu nak tanya?"
"Saya nak tanya kalau kamu terima orang lain berlatih sama", kata Aiden dengan perasaan gelisah. Dia menggenggam tangan.
"Berlatih? Aku pergi tanya Kapten. Tunggu sekejap", dia menuju ke pintu di sebelah kirinya. Mata Aiden mengikut arah tuju dia pergi.
"Siapa tanya?", kata Kapten yang sedang meletak fail di almari.
"Saya tak tahu dia dari pasukan mana"
Penolong Kapten melangkah masuk bersama kotak di tangannya. Dia menoleh ke kesatria itu.
"Ada apa-apa ke?", tanya dia sambil menuju ke meja. Kotak diletak.
"Ada orang tanya kalau dia boleh berlatih dengan kita", jelasnya.
"Orang?", dia terus menoleh.
"Ya", kenapa dia tanya lagi?
Dia teringat kesatria itu. Dia ke?
"Dia... Rambut dia... hijau?", huh? Macam mana dia tahu?
"Ya...", Kapten melihat penolongnya bila mendengar balasan itu.
"Kamu kenal dia?"
"Kalau aku tak silap oranglah"
"Kamu pergi saja buat kerja. Nanti aku jumpa dia", si kesatria mengangguk lalu melangkah keluar.
"Kapten tak kisah kan kalau aku terima dia?", katanya bila pintu sudah tertutup.
"Boleh saja. Aku nak beritahu Tuan Cain nanti"
"Okay", dia pergi ke lobi. Aiden menoleh sebaik sahaja mendengar bunyi pintu dibuka. Ohh. Dia lah.
"Saya nak tahu berapa orang yang nak sertai", katanya sambil melabuhkan punggung.
"Buat masa ini saya seorang saja"
"Hmm... Kamu saja ya...", boleh dijangkakan.
"Sudah tentu kami akan terima. Tapi hari ni tak dapat. Boleh kamu datang esok petang?", balasnya tanpa berfikir panjang.
"Huh?", Aiden terpaku sekejap mendengar jawapan itu.
"Kenapa?"
"Ahh tak. Saya akan datang esok kalau begitu", balas Aiden dengan kalut.
"Baiklah. Esok kamu tunggu saja sini dulu", katanya lalu tersenyum nipis.
"Baiklah. Terima kasih sebab terima permintaan saya. Saya Aiden N.Zaikha. Kesatria Elit pasukan 02", katanya sambil memperkenalkan diri dengan senyuman lebar. Tangan dihulur.
"Saya Zinx Black. Penolong Kapten", balasnya sambil menyambut huluran.
"Saya pergi dulu. Jumpa esok", Aiden bangun dan melangkah keluar dengan perasaan teruja.
⚜️⚜️⚜️
Adam melihat sekumpulan kucing yang sedang tidur di sebatang lorong. Dia lihat setiap ekor kucing. Hmm.. Bukan juga. Dah sejam setengah dia mencari.
"Mayau?", kata si kucing yang berdiri di sebelahnya.
"Bukan yang tu"
Si kucing pergi ke Vyrut yang sedang melihat telefon. Adam membuka peta hologram yang terpancar dari gelang, Dia sudah habis cari di bahagian ini. Hologram ditutup.
"Abang. Saya nak pergi tengok kawasan perumahan Vis"
"Okay", Vyrut menyimpan telefon dalam poket dan mencapai tangan si kucing.
Sebaik saja sampai Adam segera mulakan pencarian. Setiap ceruk dicari. Si kucing mula rasa bosan, dia membelai setiap kucing yang dijumpai. Vyrut pula hanya mengawasi si kucing sambil melihat sekeliling.
"Tak ada juga", Adam mengeluh. Dia sasarkan dua kawasan terdekat sahaja. Kucing tu pergi jauh lagi ke?
"Hmm... Kamu nak cuba cari di luar kawasan perumahan?", Vyrut memberi pendapat.
'Luar...', Adam menoleh ke lorong sebelah kirinya. Dia dapat lihat kawasan hutan dari sini.
"Bolehlah. Mungkin kucing tu di sana"
Adam melihat kawasan tanah lapang yang luas. Ada banyak pokok fern di sekitar. Terdapat beberapa buah rumah dari kejauhan. Dia nak mula cari di mana ni?
Dia mencari di belukar terdekat. Si kucing mengekori belakang Adam. Dia mencari di bahagian bawah. Si kucing menepuk-nepuk ia. Vyrut tersenyum saja melihat telatah si kucing. Adam turut mencari di akar pokok atau di mana saja kucing itu mungkin berada.
Dia berdiri dari posisi mencangkung. Mana kucing tu... Kalau tak jumpa terpaksalah dia cari lagi esok. Adam duduk rehat di akar pokok sambil menikmati bayu laut. Dia melihat sekeliling sebelum matanya menangkap seekor anak kucing yang berlari.
Terus Adam berdiri dan berlari anak mengekori arah tuju ia. Vyrut yang sedang melayan si kucing mengikut Adam. Dari jauh dia melihat Adam melihat kertas misi.
"Kucing tu ke?"
"Hmm...", Adam tak menyahut. Dia melihat anak kucing dan kertas silih berganti.
"Ya. Anak kucing tu", sekarang macam mana dia nak tangkap tanpa takutkan ia. Umpan dengan makanan? Macam lama sangat. Kalau boleh dia nak siapkan misi ni hari ni juga.
Adam melangkah perlahan-lahan. Si kucing yang sedang menguis bunga tak perasaan kehadiran Adam. Tiba-tiba seekor anak kucing putih berbulu gebu menerpa ia. Sampai bergolek ke tanah. Ia bermain sampai melompat-lompat. Adam mengambil peluang itu lalu menyambar kedua-dua anak kucing.
Dapat pun. Anak kucing putih meronta-ronta minta dilepaskan. Adam letak ke bawah. Ia terus berlari ke sebalik semak. Dia melihat lagi anak kucing di tangannya. Erm. Sama macam lukisan tu.
Vyrut menghampiri Adam dan melihat ia. Si kucing turut melihat. Sekarang dia perlu hantar kepada tuan kucing ini dan dapatkan pengesahan. Adam cuba ingat alamat rumahnya. Dia melihat kawasan luar rumah kayu. Nasib baik tempatnya dekat saja. Ia sangat dekat dengan laut.
"Selamat petang Mak cik", sapa Adam pada Mak Cik yang sedang menyiram bunga.
"Selamat petang. Ada apa ya?", dia mendekati Adam.
"Saya datang nak serahkan anak kucing ni", Adam menunjukkan anak kucing yang duduk diam di lengannya.
"Ni kucing anak saya. Kejap saya panggil dia", dia masuk ke dalam rumah.
Seorang kanak-kanak perempuan keluar, dia tersenyum lebar bila melihat anak kucing. Dia terus menerpa Adam.
"Ini kucing kamu ke?"
"Ya! Dah lama saya tunggu. Terima kasih abang", katanya dengan teruja. Adam menyerahkan ia. Dia terus memeluk anak kucing.
"Tulis nama kamu sini", Adam tunjukkan bahagian tandatangan pada kertas misi.
"Terima kasih abang sebab cari Si Tompok", katanya lagi.
"Jaga Si Tompok baik-baik. Jangan hilang lagi. Okay?"
"Okay", balasnya dengan perasaan gembira. Dia melambai bila mereka melangkah pergi.
Si kucing menarik lengan baju Vyrut.
"Kenapa?"
"Lapar...", telinga si kucing kuyu.
"Lepas ni kita pergi makan ya", Vyrut mengusap rambut si kucing.
Adam menyerahkan kertas misi kepada kerani di kaunter. Dia mengecop di bahagian bawah kertas dan menyerahkan ganjaran yang disimpan dalam kantung kecil Adam melihat isi di dalam. Kenapa macam lebih saja ni?
"Err... Maafkan saya. Saya rasa macam lebih saja ni"
"Ohh. Saya lupa nak beritahu. Ada orang tambah ganjaran supaya ada orang ambil misi ni. Budak perempuan tu tak mampu nak bayar untuk panjangkan tempoh perletakan misi ni. Orang tu yang tolong bayarkan juga", jelas Cik kerani panjang lebar.
'Siapa orang tu agaknya?'
Vyrut masuk ke dalam restoran yang kelihatan lenggang. Tak ramai pelanggan datang. Vyrut pergi ke tempat duduk tepi tingkap. Pelayan pergi ke meja mereka dan mengambil pesanan. Si kucing menunggu dengan teruja. Agak lama juga Adam mencari tadi mesti dia lapar.
"Kita pergi cuci tangan dulu", kata Vyrut pada si kucing. Macam-macam dia sentuh tadi. Adam ikut juga. Sementara menunggu mereka bercakap fasal misi tadi.
"Dekat kampung kamu tak ada misi macam tu ke?"
"Ya. Tempat kami ada lebih banyak misi memburu raksasa sebab kami dekat dengan sarg"
"Ada sarg sana?"
"Satu saja. Sebelum datang sini saya dengar Pertubuhan nak mohon bantuan dari kesatria elit"
'Aku tak pernah dengar pula ada sarg sana', getus hati Vyrut. Nak mohon pertolongan dari mereka agak sukar sebab mereka hanya akan terima kes tertentu sahaja. Tapi ini mengenai sarg jadi mereka memang akan luluskan permohonan.
Pelayan sampai dan menghidang makanan dan minuman. Si kucing terus mencapai sandwich. Mereka menikmati minum petang dengan tenang.
"Dia tak nakal tadi Tuan?", tanya Emylle bila mereka pulang.
"Mana ada. Dia kan budak baik", Vyrut mengusap rambut si kucing.
"Baguslah kalau macam tu. Cakap terima kasih dengan Tuan", kata Emylle. Si kucing tersenyum pada Vyrut.
"Terima kasih Tuan. Saya pergi dulu"
Adam memikirkan ujian yang perlu dihadapi minggu depan. Walaupun ia cuma ujian percubaan dia nak dapat keputusan terbaik.
"Good luck ujian minggu depan. Tak payah fikir sangat. Buat yang terbaik saja", kata Vyrut yang tahu apa Adam fikirkan.
"Okay"
"Kami semua hadap ujian macam kamu juga walaupun masuk akademi berbeza"
"Ya ke? Mereka yang lain masuk akademi apa?", katanya sambil mereka berjalan ke bilik Adam.
"Abang Vyrka masuk akademi kesatria. Ada juga yang pergi ke akademi yang fokus dengan mage saja. Akademi yang terbaik antara semua semestinya Akademi Vesalius. Ia dah wujud sejak sebelum empayar terbentuk dan antara yang tertua di dunia"
"Kamu tak perlu rasa tertekan. Masih ada banyak masa lagi jadi kalau kamu perlu apa-apa tanya saja", Vyrut mula bimbang bila Adam mendiamkan diri saja.
"Okay. Abang sedialah. Banyak saya nak tanya", Adam tersengih.
'Dah pandai nak sakat aku ya', Vyrut menggeleng kepala.