Max melihat buku nota dan skrin komputer silih berganti. Selepas menyusun semua maklumat yang dia dapat terus dicetak dan dikepil dengan klip kertas. Dia pergi ke Azrien di tingkat atas.
"Kira. Aku dah siapkan", kata Max. Kertas dihulur. Azrien membelek-belek kertas. Hmm. Cepat dia buat. Max yang pertama hantar.
"Cepat kau buat", katanya tanpa mengangkat muka.
"Heh. Tengok oranglah", Azrien membuat muka bila mendengar Max angkat bakul. Ludric masuk dengan makanan di tangan.
"Ludric. Kamu rekodkan ini"
"Baik Kapten", dia mengambil kepilan kertas.
"Buat masa ni kita tak akan ambil misi lain. Jadi kau suruhlah mereka buat apa-apa"
"Okay!", Max gembira mereka tak perlu buat misi. Azrien mengeluh dalam diam saja. Dia sambung membuat kerja.
Selepas waktu tengah hari barulah Azrien membaca laporan Max. Tempat yang Max siasat adalah Seksyen Sempadan. Perkampungan demi-human di situ ialah tragedi pertama yang merupakan permulaan kepada kes ini. Kemudian apabila Persatuan hantar bantuan ada kebakaran hutan berlaku tapi tak ada sebarang kehilangan berlaku dan mereka dapat menjumpai orang tengah organisasi itu yang merupakan seorang kesatria demi-human dari pasukan bantuan. Kapten mereka sendiri yang uruskan dan dia dihantar ke Persatuan.
'Kenapa mereka bakar hutan?', Azrien menanda pada peta kawasan lokasi pertama dan tempat kebakaran.
⚜️⚜️⚜️
Semua pekerja sibuk mengemas setiap penjuru untuk menyambut kedatangan Vyrka. Boleh dikatakan dia jarang melawat ke sini sehingga ada pekerja baru yang sudah bekerja 2 ke 3 bulan tak pernah lihat mukanya. Mereka teruja untuk melihat Tuan Vyrka yang hanya menjadi buah mulut selama ini.
Sebuah kereta L'avener meluncur laju masuk dari pintu pagar utama ke pintu masuk. Seorang pembantu membuka pintu kereta. Vyrka dan Aireen melangkah keluar. Ketua Butler dan Maid menyambut mereka masuk.
"Selamat pulang Tuan Vyrka dan Tuan Aireen", kata Henry, ketua Butler.
"Henry. Dah lama saya tak tengok kamu. Kamu sihat?", sapa Vyrka dengan mesra kepada Butler yang sudah berumur itu.
"Mestilah saya sihat Tuan. Kalau tak macam mana saya nak uruskan hal kediaman ini", Henry tersenyum. Dia masih kelihatan segak memakai sut hitam.
"Saya ada beli sesuatu untuk semua pekerja kita. Nanti ada orang datang hantar", dia melonggarkan ikatan mafela.
"Baik Tuan", setiap kali Tuan Vyrka pulang mesti dia akan beli sesuatu untuk semua pekerja di sini.
'Itu Tuan Vyrka huh', getus hati seorang maid di sebalik laluan berdekatan lobi.
"Kya~ Kacaknya Tuan Vyrka", kata seorang maid di belakangnya. Gadis-gadis yang lain turut curi-curi memandang. Dia terus pergi sebab dia cuma nak tengok macam mana rupa Tuan Vyrka saja dan bukannya nak menjerit-jerit macam mereka tu.
"Kau semua buat apa sini?!", jerit seorang senior maid. Mencerlung matanya merenung mereka.
"Kalau kau semua tak pergi sekarang siaplah!", terus mencicit mereka lari.
Vyrka meletak kot di tepi katil. Dia melihat sekeliling bilik. Masih sama seperti dia tinggalkan. Dia menyentuh buku di rak lalu mengambil sebuah lalu dibawa ke katil. Sedang dia membaca pintu bilik diketuk. Seorang pekerja demi-human membawa segelas air.
"Terima kasih", dia minum sedikit sebelum diletak tepi. Kenapa dia tak pergi. Dia melihat demi-human itu. Macam kenal saja.
"Kamu... Mika?", dia mengangguk.
"Dah besar kamu. Duduk sini. Saya nak tengok kamu", rasa cepat saja masa berlalu. Macam semalam saja dia suka menyorok belakangnya.
"Kamu pergi sekolah ke?"
"Ya Tuan"
"Tak perlulah panggil saya Tuan. Vyrka saja", dia mengangguk. Vyrka mengambil beberapa keping duit kertas dari dalam dompet dan diberi kepada Mika.
"Tak apa. Saya tak nak", serba salah pula dia nak terima.
"Ambil saja. Belilah apa kamu nak", Mika ambil dan kata terima kasih. Duit disimpan dalam poket.
"Terima kasih", Vyrka mengusap rambutnya membuatkan dia tertunduk malu. Mika meminta diri untuk keluar.
Waktu sebelah petang, Vyrka melihat keadaan sekeliling kediaman. Ada muka-muka baru yang dia tak kenal dan ada sedikit perubahan seperti reka bentuk taman. Ada gazebo besar di situ sekarang. Dia singgah ke tempat latihan kesatria. Mereka menabik hormat bila dia lalu di situ. Kesatria mereka juga semakin bertambah dan ada bangunan asrama baru serta kemudahan lain.
Sebelum waktu makan malam, Henry datang untuk sampaikan sesuatu.
"Tuan akan adakan makan malam bersama semua orang esok", katanya. Maksudnya mereka semua di sini huh.
"Okay. Saya nak makan malam dengan Aireen saja untuk hari ni", Henry mengangguk dan berlalu pergi.
"Esok kita makan malam dengan semua orang", kata Vyrka sambil memotong daging. Dia mencalit sedikit sos pada daging dengan pisau sebelum disuap.
"Dah lama saya tak tengok mereka", balas Aireen.
Aireen adalah antara yang paling tua antara yang terpilih sebab Vyrka tak ambil berat sangat fasal itu. Jadi dia ambil masa untuk pilih dan akhirnya Aireen menjadi pilihan semasa dia baru berada dalam Kesatria Diraja Laut.
"Aireen. Kamu ada nak apa-apa?", tak lama lagi hari jadi dia.
"Hmm? Saya nak pergi aquarium baru tu kalau ada masa", senyum Aireen.
"Itu saja ke?"
"Ya"
Hmm. Nampaknya dia perlu sediakan yang lain.
Esok harinya, selepas sarapan Aireen berjalan-jalan di taman. Dia terlihat si arnab yang mencangkung di tepi rimbunan bunga. Apa dia buat tu? Dia mendekati si arnab dan melihat apa yang dibuatnya.
"Kamu buat apa tu?", terus tegak telinga si arnab. Lantas dia menoleh. Siapa ni? Dia tak pernah tengok dia. Di tangannya ada makhota dari lilitan bunga yang separuh siap.
"Pandai kamu buat tu. Tapi... Kamu tahu kan tak boleh petik bunga ni?", kata Aireen dengan lembut.
Aireen memanggil pembantu yang lalu di situ dan minta dia mengambil bunga di biliknya. Dia bingung kenapa Tuan minta tapi dia pergi saja. Setelah bunga di tangan dia beri kepada si arnab.
"Nah. Kamu guna yang ni. Lepas ni jangan petik lagi. Okay?"
"Terima kasih", katanya sambil mengangguk. Dia mengambil bunga dan sambung membuat mahkota.
Aireen menuju ke tempat latihan kesatria dan melihat mereka berlatih di tepi padang.
"Tuan Aireen?", kata suara itu lalu dia menoleh.
"Kapten Aia", Aireen tersenyum sebaik sahaja melihat mukanya. Mereka berpelukan sekejap.
"Lama tak jumpa Tuan"
"Tak payahlah panggil Tuan. Kita sebaya kan"
"Saya tak boleh panggil yang terpilih dengan nama saja. Tuan berapa hari sini?"
"Tak lama. Beberapa hari saja", kalau dia bertegas nak panggil Tuan juga biarlah.
"Tuan boleh tunggu sekejap", Aia bergegas pergi ke biliknya dan mengambil kotak yang sudah dibalut. Dihulur kepada Aireen.
"Apa ni?"
"Hadiah hari jadi Tuan. Saya ingat nak hantar pos saja tapi Tuan dah ada sini jadi saya beri awal", jelas Aia.
"Terima kasih", dia tersenyum menerima pemberian Aia.
"Tuan buka masa hari kejadian nanti. Jangan buka awal pula", sempat lagi dia menyakat Aireen.
"Tahulah"
Mereka berborak sekejap sebelum dia meminta diri. Salah seorang kesatria mendekati Aia dan bertanya siapa dia.
"Itu Tuan Aireen. Yang terpilih oleh Tuan Vyrka", katanya. Kesatria-kesatria yang sudah lama sini kenal Aireen. Disebabkan tempat kerja Aireen jauh di laut sukar untuk dia berjumpa. Kalau nak bermesej lagilah susah.
Semasa Aireen sedang berjalan di dalam dia berhenti sekejap di tepi tingkap dan melihat si kucing yang bermain dengan kawannya. Seorang jejaka berambut jingga melihat belakang Aireen.
'Macam kenal je'" dia tersengih lalu perlahan-lahan mendekatinya. Aireen masih tak perasan lantas dia pegang kedua-dua belah bahu Aireen.
"!!!"
"Cuba teka siapa"
"Uhh...", Aireen cuba ingat suaranya.
"Neo?", Aireen menoleh.
"Yup", dia tersenyum. Dia undur sedikit dan tengok Aireen sekejap.
"Kau dah tinggi sikit ya"
"Ya ke?", dia tak rasa ada perubahan pun.
"Memanglah kau tak perasan. Aku dah lama tak tengok kau", dia peluk bahunya.
"Berapa hari sini?"
"Tak lama. Sekejap je"
"Ohh... Esok kita pergi jalan okay"
"Yalah", Neo mengusap kasar rambutnya. Aireen mengatur semula rambutnya.
"Rasa macam sekejap saja masa berlalu. Dah nak dua tahun kau sini kan?", kata Neo sambil mereka berjalan di taman.
"Ya", dah nak dua tahun ke? Dia teringat waktu Vyrka memilihnya dahulu. Mulanya dia tak berapa faham apa benda yang terpilih itu. Selepas itu dia rasa tak percaya bila Vyrka memilihnya. Aireen tersenyum mengingati memori itu.
"Dulu kau comel sangat dan naif", Neo tertawa mengingati waktu pertama kali dia datang sini.
Naif tu mungkin tapi comel? Sejak bila pula? Dia dah 21 masa tu. Berkerut kening Aireen mendengar kata Neo. Makin besar tawa Neo bila melihat mukanya. Dia melihat jam tangan sekejap.
"Aku pergi dulu. Jumpa malam nanti", dia nak pergi jumpa dia dulu.
Vyrka bersiap awal untuk makan malam nanti. Bila dia keluar Aireen sudah menunggu di depan biliknya. Ruang makan masih ada banyak tempat duduk yang kosong. Cuma Neo saja di situ.
"Aireen", sapa Neo dengan senyuman. Aireen duduk di sebelah kanannya. Vyrka biarkan mereka dua berborak. Dia pergi ke beranda depan di mana ada seseorang di situ. Jejaka itu menoleh.
"Ahh. Vyrka. Kau nak apa?", dia pandang ke depan semula.
"Kau ke yang pergi nanti?", tanya Vyrka lalu bersandar pada tepi pintu.
"Hmm. Kalau ya kenapa? Kau takut aku tak nak budak tu ke?", katanya dengan senyuman sinis.
"Tak. Kau tak akan dapat tolak dia"" ayah selalu pilih dia untuk menapis yang terpilih. Dah banyak yang ditolak olehnya.
"Apa maksud kau?", katanya dengan dingin. Dia menoleh. Cuma yang terpilih oleh Noah sahaja yang terbaik baginya.
"Kau nilailah sendiri", senyum Vyrka lantas dia masuk ke dalam.
Senyuman Vyrka yang seperti mengejeknya membuat dia rasa jengkel. Vyrka duduk di kerusinya sebelah Aireen. Dia tak tanya apa-apa walaupun perasaan muka Aireen yang merah. Tahu sangat Neo suka sakat dia setiap kali bertemu.
"Betul ke kau tak ada girlfriend Aireen?", tanya Neo lagi sambil bersandar di tepi meja.
"Yalah. Aku bukannya pergi main sana"
"Ya ke...", sebelah tangannya menyentuh tepi badan Aireen. Tersentak dia dibuatnya.
"Kenapa pegang-pegang ni", dia menepis tangan Neo.
Neo menghiraukan Aireen dan teruskan menggeletek dengan dua tangan. Dia cuba menghalang diri dari ketawa tapi meletus juga. Riuh sekejap dengan tawa Aireen.
"S-Sudahlah...", dah penat dia ketawa. Perutnya terasa senak. Tangannya cuba melepaskan pegangan Neo. Tapi Neo sentuh lehernya pula. Aireen menolak bahunya.
'Dia ni memang sensitif huh', fikir Neo.
"Neo. Sudah", dah nazak rupa Aireen. Tak fasal-fasal ada yang pengsan nanti.
Barulah dia dapat bernafas. Aireen menjeling Neo sekejap sebelum menjauhkan diri walaupun taklah jauh mana. Neo tersengih saja. Vyrka ambil tisu atas meja dan hulur kepada Aireen. Dia lap peluh di mukanya.
"Kau okay ke?", Neo mahu sentuh bahunya tapi ditepis Aireen dengan sikunya.
"Saya keluar sekejap", Aireen pergi ke tandas di tingkat bawah untuk mengatur penampilannya. Dia basahkan tangan untuk mengatur rambut. Aireen keluar dan pergi ke tingkap untuk tenangkan diri.
"Kamu ke Aireen?", kata suara di sebelahnya. Dia menoleh.
"Tuan Brianer. Lama tak jumpa Tuan", senyum Aireen.
"Saya yang sepatutnya cakap tu. Vyrka dah sampai ke?", Brianer pergi ke tangga. Lelaki di belakangnya menjeling Aireen. Dia langsung tak menyapa Aireen.
"Sudah Tuan", Brianer pergi ke Vyrka.
"Selamat pulang Abang", dia memeluk Vyrka. Rindu dia dengan Vyrka. Dulu dia pulang pun tak sempat jumpa.
"Kamu sihat ke?", dia memegang bahunya.
"Erm. Abang sibuk ke esok? Saya nak jalan dengan abang"
"Boleh je. Kamu tak sibuk esok?", Brianer memang manja dengannya.
"Kalau tak dapat pun saya akan kosongkan jadual saya untuk abang", tertawa kecil Vyrka mendengar balasan Brianer.
"Yalah. Kita pergi esok", Brianer tersenyum. Setelah mendapat jawapan yang dia nak dia pergi ke kerusinya selang satu kerusi sebelah Neo. Jejaka yang di beranda tadi masuk dan duduk sebelah Neo.
Kerusi mula dipenuhi kecuali kerusi hujung sekali dan di sebelah Tuan Artorius yang sepatutnya diduduki oleh Vyrut dan Noah. Tuan Zaka Artorius sampai dan duduk di kerusi paling hadapan. Maid masuk dan menyusun lauk pauk dan menuang air. Aireen minum dulu air kosong. Masing-masing berborak sambil menikmati hidangan.
"Noah macam mana Vyrka?", kata Tuan Zaka dengan anak keduanya.
"Noah okay saja. Vyrut pun sama", Vyrka menunggu kalau dia nak tanya mengenai Adam dia tak kata walau sepatah pun. Rasanya ayah nak tahu selepas tapisan nanti.
"Aireen. Nah", Neo menyua sudu. Aireen memaling wajahnya. Masih tak puas hati dengan tadi.
"Ala... Lepas ni aku tak boleh nak suap kau lagi", kata Neo dengan suara yang dibuat-buat sedih.
'Dia ni cakap macam aku nak mati dah', Aireen mengeluh lalu menoleh semula. Dia melihat apa yang dia nak suap. Neo mendekatkan sudu. Aireen makan saja.
"Sedap?"
"Bukan kau yang masak pun", Aireen menoleh ke depan.
Neo tertawa saja. Yang terpilih di sebelah Brianer melihat mereka dari sisi, terutama Aireen. Selepas habis makan, setiap ahli kerabat melaporkan tugasan masing-masing. Vyrka hanya mendengar sebab dari situ dia boleh tahu apa yang mereka lakukan sepanjang dia tiada di sini.
Kemudian Tuan Zaka minta semua yang terpilih keluar. Aireen dan Neo keluar bersama. Dia mendekati Aireen.
"Aku nak cakap dengan kau sekejap", katanya sambil merenung tajam. Neo meninggalkan mereka dua. Dia membawa Aireen ke taman yang disinari lampu tiang kristal.
'Dia nak cakap apa ni?', fikir Aireen. Dia bawanya jauh dari pandangan orang.
"Aku bukan nak makan kau pun. Relaks", dia tahu apa yang Aireen fikirkan.
"Kau nak apa?"
"Tak ada. Aku nak tanya... Apa yang kau nak bila jadi yang terpilih?", katanya sambil melihat wajah Aireen.
'Apa yang aku nak...', sejujurnya dia tak fikir sangat pun. Dia cuma nak jadi lebih baik untuk penuhi harapan Vyrka terhadapnya. Tapi kalau ia mengenai dirinya dia tak tahu.
"Tak ada apa-apa yang hebat pun. Biasa saja", balas Aireen akhirnya.
"Okay", mungkin dia perlukan masa untuk cari apa matlamat hidupnya. Dia mendekati Aireen lalu menepuk sebelah bahunya. Dia menuju ke gazebo di tengah taman dan berhenti di laluan menuju ke gazebo. Dia mengambil sesuatu dari dalam poket dan hulurkan tangan pada Aireen.
Aireen mengambil barang di tangannya. Apa dia simpan dalam kotak sekecil ni? Bila dibuka ada sebutir bebola sebesar biji guli. Dia lihat lebih dekat. Ini kan...
"Hari jadi kau tak lama lagi kan? Aku dapat tu masa buat misi hari tu", jelasnya. Dari warna teras ni dan kilauan, gred ini mungkin A. Dia bagi macam ni saja?
"Terima kasih...", nantilah dia fikir nak buat apa dengan ni. Dia simpan dalam poket.
"Kau pergilah dulu", Aireen pergi tapi dia terhenti di selekoh dan melihat dia yang sedang melihat bunga kristal yang bersinar.
Neo menoleh bila Aireen sampai ke pintu belakang taman.
"Key ada buat apa-apa ke?", Neo terus melihat-lihat badan Aireen.
"Mana ada", dia menepis tangannya. Neo membuat muka sedih lalu memeluknya.
"Lepaslah", kenapa dia ni. Neo longgarkan pelukan.
"Kau tidur terus ke? Aku nak dengar apa kau buat dekat laut sana", dia menarik tangannya sambil melangkah masuk.
'Aku belum cakap apa-apa lagi", Aireen mengeluh. Dia biarkan saja Neo tarik tangannya.
⚜️⚜️⚜️
Fabian melihat nama-nama buku di rak dan mencapai sebuah buku. Dia duduk di meja tepi tingkap dan mula membaca. Setelah puas mencari dia mengeluh lalu menutup buku. Susah nak cari apa yang dia nak di sini. Mungkin dia akan jumpa kalau pergi ke perpustakaan Alexandria. Akhirnya dia pergi ke sana lagi petang itu untuk mengkaji sendiri.
Aiden dan Arne sudah menunggu di lobi sambil berborak.
"Awal kamu dua", kata Fabian sambil duduk berhadapan dengan mereka. Dia melihat jam di dinding. Dah nak pukul 2.
"Mereka ada meeting tadi. Sekejap lagi habis rasanya", kata Aiden. Selepas dalam sejam, Zinx pergi ke mereka.
"Maafkan saya. Lama kamu semua tunggu?"
"Tak apa. Saya tak kisah pun", balas Aiden.
Mereka bergerak ke padang latihan. Kali ini Fabian membawa buku dan pen untuk mencatat.
"Kamu ada sedia apa-apa kali ni Aiden?"
"Tak. Kenapa? Kamu nak rasa ke?", senyum Aiden.
"Heh", tak teringin dia. Aiden mungkin nampak baik dan sopan dari luar tapi dia sembunyikan sisi gelapnya.
Sewaktu mereka saling berbalas serangan, Fabian mencatit apa yang dia lihat dari mata kasar. Dia melihat lebih lama bila Zinx menggunakan kebolehannya. Arne melihat apa yang ditulisnya. Fabian melukis tangan dan bagaimana genshi mengalir semasa dia menggunakan ia.
Aiden menggabungkan genshi angin pada pedangnya dan melibas pedang pada dada Zinx. Dia menghalang dengan lengan tapi Aiden menukar arah ke tepi badan. Zinx dengan pantas menghalang dengan sebelah tangan.
Dia tersenyum lalu memusing badannya untuk menyerang sebelah kanan badannya. Zinx yang tak menyangka Aiden tukar arah secepat itu hanya menerima ia. Dia mendesis sakit. Bajunya koyak sedikit. Nasib baik dia pakai vest kalis pedang kalau tak cedera teruk dia.
Aiden mula menyerang dengan pantas membuatkan Zinx sukar untuk menghalang setiap hayunan. Dia letak genshi pada pedangnya semula, sambil menyerang dia melihat reaksi Zinx kali ini. Setiap kali genshinya padam Aiden aktifkan sepantas kilat.
Arne memandang kagum mereka. Nampaknya Aiden sudah mula dapat mencari titik kelemahan dia. Baju Zinx sudah ada beberapa bahagian terpotong. Dia cuba tendang tangan Aiden tapi disebabkan pergerakan dia yang pantas menyukarkan dia. Aiden mengelak lalu menghunus pedang ke lehernya.
"Okay. Kamu menang kali ni", kata Zinx. Aiden menyimpan pedangnya.
Zinx melihat badannya. Tak ada yang teruk sangat. Cuma tepi badannya masih terasa pedih. Habis bajunya.
"Kamu okay ke?", Aiden melihat tempat dia serang tadi.
"Bolehlah"
"Saya nak sekali lagi boleh?"
"Tak. Rasanya tak dapat ni", kalau dia kena lagi memang tak bangun dia esok.
"Kamu tolong saya berlatih sajalah", pagi tadi dia ada berlatih sendiri tapi sekejap saja. Sebelah petang dia berlatih dengan Aiden. Jadi dia tak dapat nak berlatih dengan mereka yang lain.
"Hmm. Okay. Kamu nak saya buat apa?"
"Guna bilah angin dan serang saya"
Aiden buat seperti yang dia minta. Zinx menyebarkan genshi sejauh yang dia boleh. Satu meter sebelum ia sentuh dia, serangan itu padam. Mereka tiga terkejut. Sejak bila dia boleh buat begitu?
Aiden serang sekali lagi. Hasilnya tetap sama. Dia pergi ke Zinx.
"Sejak bila kamu dapat buat tu?"
"Ahh. Belum lama lagi. Sepatutnya saya berlatih dengan yang lain tapi tak ada masa", mungkin dia boleh berlatih teknik ini dengan Aiden saja. Senang dia nak tahu seluas mana dia dapat gunakan.
"Saya harap kamu tak beritahu sesiapa", katanya sambil menoleh ke Fabian dan Arne.
"Saya faham. Saya pergi beritahu mereka kejap"
"Ohh. Baiklah", kata Fabian. Arne mengangguk. Dari yang dia lihat tadi rasanya dia tahu apa yang dia cuba buat.
"Saya rekod kebolehan kamu tadi kalau kamu tak kisah. Jangan risau saya tak akan beritahu sesiapa", kata Fabian.
"Okay. Kalau macam tu bolehlah", dia faham kenapa Fabian nak kaji kebolehannya.
Aiden menghabiskan masa selebihnya dengan membantu Zinx berlatih. Selepas itu, Aiden bercakap dengan Fabian mengenai buku yang dia tulis.
"Kamu nak salinan ni?"
"Kalau kamu benarkan"
"Mestilah boleh. Saya akan hantar ke asrama kamu esok pagi", senyum Fabian. Ini mesti untuk latihan dia.
"Okay. Terima kasih", Fabian menuju ke Blok Bangunan Mage.
"Jadi... Apa kau rasa fasal latihan setakat ni", tanya Aiden kepada Arne.
"Hmm...", dia memikirkan apa nak cakap.
"Bolehlah", itu saja dia dapat kata. Dia lihat sesuatu yang baru dan menarik. Dia tersenyum nipis.
Aiden tak tahu apa dia maksudkan tapi itu sudah cukup.