Selepas mengemas dan menyimpan barang, Vyrka dan Aireen turun untuk bersarapan sebelum bertolak pergi. Mereka yang lain hanya singgah sekejap untuk kata sesuatu. Brianer memandang Vyrka dengan muka sedih, matanya berkaca. Dia nak Vyrka tinggal lebih lama tapi dia tak boleh buat begitu.
"Kenapa nangis ni?"
"Lain kali abang tinggallah lama sikit", katanya dengan nada merajuk.
"Okay. Abang janji. Lagipun tak lama lagi abang akan pulang untuk festival nanti", pujuk Vyrka.
"Abang sertai festival kali ni?", tanya Brianer untuk memastikan dia tak salah dengar.
"Ya", tahun lepas dia tak dapat datang sebab ada perkara mustahak.
"Okay. Saya akan tunggu abang pulang", senyum Brianer. Rasa belum puas lagi dia nak luangkan masa dengan Vyrka.
"Berapa lama lagi kau nak peluk ni", rungut Aireen. Dia biarkan saja sebab dah nak pergi. Neo longgarkan pelukan. Dia melilit mafela yang dipakainya pada leher Aireen.
"Dah cuci ke ni?", dia longgarkan sedikit.
"Dah. Aku bagi ni. Kalau rindu nanti bolehlah buat peluk"
"Kenapa aku nak buat tu pula?", geli pula Aireen bila fikirkannya.
"Hahaha. Pakailah selalu. Kebelakangan ni selalu berangin. Siapa nak jaga kalau kau sakit nanti", pesan Neo.
"Erm", dia mengiakan saja.
"Dah lewat ni. Kami pergi dulu", kata Vyrka kepada Brianer, Neo dan Henry.
"Semoga Tuan selamat sampai. Tuan pulanglah selalu. Kami sentiasa ada di sini", senyum Henry.
"Semestinya", dia melihat wajah mereka dan senyum sebelum masuk ke dalam perut kereta.
Kereta L'avener mula mengeluarkan cahaya dan bergerak ke pagar utama. Aireen menoleh dan melihat mereka masih menunggu di situ sebelum menghadap depan semula. Ambil masa setengah jam untuk sampai ke Stesen Kereta Api Cahaya.
Mereka masuk ke gerobok Kelas 1 yang ada bilik persendirian yang mampu memuatkan 4 orang. Perjalanan ke Bandar Cynline ambil masa sejam 15 minit. Vyrka menghabiskan masa dengan membaca laporan terkini di pangkalan. Aireen tertidur beberapa minit kemudian di sofa yang empuk itu.
"Aireen. Bangun. Kita dah sampai", Vyrka menepuk lembut bahu Aireen.
Aireen terpisat-pisat bangun. Dia melihat ke luar tingkap. Vyrka menyimpan tablet dalam suitcase dan pergi ke pintu. Aireen mengikut di belakang. Bila keluar baru dia dapat lihat keadaan di stesen. Ada yang sedang beratur untuk masuk dan ada yang duduk menunggu sambil berborak. Mereka masuk ke dalam kereta yang sudah menunggu di ruang parkir VIP. Ada orang melihat dan tertanya-tanya siapakah mereka. Satu jam lagi berlalu bila mereka dapat melihat Bandar Cynline dari jauh.
Vyrka melihat orang ramai di tengah kota dengan suasana yang hingar bingar. Suasana itu mengingatkan dia dengan festival yang akan tiba tak lama lagi. Mereka akan berkumpul di sini pada masa itu.
"Selamat pulang Tuan", kata Victor.
"Mana yang lain?"
"Tuan muda masih ada ujian. Tuan Vyrut sedang buat tugasan. Tuan Noah datang pagi tadi dengan Tuan Rain"
"Rain pulang hari ni ya", dialah yang paling sukar nak jumpa. Rain terima misi untuk menyiasat keadaan di luar negara beberapa bulan lalu. Dalam kalangan yang terpilih, Rain akan terima misi paling sukar. Tambahan pula dia berada dalam unit itu.
"Kalau Adam tak ada ujian petang ni saya nak jumpa mereka semua", katanya pada Victor.
"Baik Tuan"
Si kucing memberi biskut kepada si arnab yang tersenyum sambil mengambil biskut. Seorang jejaka yang sedang berjalan-jalan melihat sekeliling taman melangkah ke mereka berdua. Si arnab menoleh bila lihat dia datang ke sini. Si kucing masih tak perasan.
Sepasang tangan mengangkat si kucing. Dia terkejut bila tiba-tiba diangkat. Telinganya tegak. Dia tak dapat lihat siapa di belakangnya. Dia memusing badan si kucing menghadapnya dan perasaan si kucing kelihatan takut.
"Ahh. Maaf. Saya tak bermaksud nak takutkan kamu", mungkin dia tak patut angkat si kucing begitu. Dia letak si kucing ke bawah. Si arnab mendekati si kucing dan pegang bahunya.
"Kamu adik Emylle kan? Tak ingat saya ke?", si kucing melihatnya dengan hairan. Perasaan takutnya hilang bila dia kata begitu.
'Dia tak ingatlah tu', masa itu si kucing berumur 5 tahun. Dia selalu ikut ke mana saja Emylle pergi.
Dia mengusap rambut si kucing dan memberi mereka berdua sepaket biskut yang dibelinya di bakeri. Mereka ambil saja bila pasti dia tak akan buat apa-apa. Dia masuk ke dalam dan pergi ke bilik Noah. Noah mengangkat muka bila dia masuk.
"Dah puas tengok?"
"Saya nak jumpa Adam", katanya sambil mengambil duduk.
"Vyrka cakap nak jumpa semua", Rain tersenyum.
"Rain?", tanya Adam.
"Tuan Vyrka nak jumpa semua orang memandangkan Tuan Rain pulang tadi. Kalau Tuan muda tak sibuk petang nanti", Adam seorang saja di ruang makan sebab dia baru saja habis ujian.
"Tadi kertas terakhir jadi saya lapang petang ni", mesti dia sebaya dengan abang Noah.
"Tuan Rain baru pulang semenjak dapat tugasan 6 bulan lalu", kata Victor sambil menuang jus oren.
"Lamanya. Tugasan apa tu?", Adam tertanya-tanya apa tugasan Rain.
"Untuk pengetahuan Tuan muda tiga orang pertama yang terpilih akan diberi tugasan paling sukar", jelas Victor.
"Jenis tugasan berbeza, antaranya adalah risikan, siasatan, ada juga yang dilantik sebagai wakil untuk menghadiri majlis atau perjumpaan penting"
"Ohh", ada juga tugasan macam tu. Ia buat dia sedar berat tanggungjawab yang terpilih. Sejak dia datang sini macam-macam yang dia pelajari.
Vyrka dan Aireen sudah berada di ruang tamu sementara Victor menyusun juadah ringan di tengah meja. Vyrut dan Adam sampai kemudian.
"Macam mana mereka semua?", tanya Vyrut.
"Semua sihat", Vyrka melihat Adam.
"Abang ada beli sesuatu untuk kamu dua", dia memberi dua buah kotak.
"Terima kasih", kata Adam.
Noah datang bersama Rain di belakangnya. Rain mencari muka baru di situ. Adam dan Rain bertentang mata. Dia menghulurkan senyuman.
"Apa khabar mereka semua Vyrka?", tanya Noah.
"Macam biasa"
"Adam. Kenalkan. Ini Rain", Rain mengangguk ke Adam.
"Saya ada sesuatu untuk kamu Adam", Rain letak kotak bersaiz sederhana atas meja. Dia dapatkan ini untuk Adam semasa dia berada di luar negara.
"Ahh. Terima kasih"
"Saya nak pergi jalan nanti dengan kamu kalau kamu nak", pelawa Rain.
"Huh? Saya lapang nanti jadi boleh saja", balas Adam. Dia menoleh ke Vyrut yang mengangguk. Kalau abang okay, pergi sajalah. Selepas berborak sekejap, Vyrut, Adam dan Rain minta diri.
"Bila Nier datang?"
"Dalam bulan depan"
"Hmm. Saya yakin dia tak akan dapat tolak Adam. Sebaliknya dia akan cuba cari kelemahan dia sebagai alasan untuk tak nak terima", dia tahu sangat apa yang bermain di fikirannya.
"Aku setuju", Noah tersenyum. Nampaknya Vyrka sudah terima Adam sebagai sebahagian dari mereka dan dia fikir Rain pun akan terima Adam juga.
⚜️⚜️⚜️
Setelah mendapat semua maklumat yang diperlukan, Azrien mengurung diri di bilik perbincangan. Seperti biasa, Max pergi periksa keadaan Azrien sambil membawa sepinggan makanan.
"Kira. Kau hidup lagi ke dalam tu?", katanya dari depan pintu. Tiada sahutan. Senyap je. Jangan-jangan dia dah- Max menolak pintu dengan kasar dengan sebelah tangan.
"Kenapa dengan kau ni?", tanya Azrien dengan hairan. Dia ni fokus sangat sampai tak dengar aku ke?
"Tak ada apa lah", nasib baik. Ingatkan dia dah pengsan. Max letak pinggan dan kutleri depan Azrien.
"Makanlah dulu. Pukul berapa dah ni", Azrien melihat jam di gelangnya. Dah pukul 2 rupanya. Dia letak tepi kertas di tangan. Max melihat papan kaca yang semakin dipenuhi dengan tulisan dan anak panah.
"Kau dah habis analisis semua ke?", Max menoleh.
"Dah. Tak banyak yang aku dapat dari semua tu", pening kepala dia fikirkan macam mana nak cari mereka. Mesti dia terlepas pandang sesuatu.
⚜️⚜️⚜️
"Semua faham. Aku takkan lepaskan sesiapa yang tak ikut arahan aku", kata Redrick sambil melihat muka mereka semua.
"Jangan risau Tuan. Saya akan pastikan", balas Kapten pasukan dua.
"Bahagian pertama mula sekarang. Siap sedia", dia menoleh ke puak kucing yang berpakaian serba hitam.
⚜️⚜️⚜️
Mereka berdiri di tempat masing-masing dan mula menyebar kabus ke sekeliling. Kesatria yang bertugas di menara kawalan melihat kabus yang tiba-tiba muncul di tengah hutan. Dia ketepikan ia, memikirkan kabus itu biasa saja sebab sekarang tengah musim luruh.
Setengah jam kemudian, kabus semakin hampir ke tembok menara kawalan. Sebanyak 30 orang muncul di dalam kawasan kabus yang lebih tebal. Dua orang kucing menyelinap masuk dahulu, dengan mudah mereka membunuh kesatria yang bertugas tanpa sesiapa sedari.
Mereka bergerak dengan pantas sambil menggunakan teknik persembunyian puak kucing. Arah tuju mereka adalah pejabat Komander. Mereka mengelak kawasan ramai orang untuk sampai ke sana. Bila sampai depan pintu, dia menggunakan kabus untuk mengesan kehadiran orang di dalam. Setelah pasti tiada orang, mereka masuk lalu bersembunyi di penjuru bilik.
Komander Nolan melangkah ke pejabatnya setelah selesai berbincang dengan Cain di bilik Operasi. Dia masuk dan pergi ke meja tanpa membuka lampu. Cahaya dari tingkap belakangnya menerangi bilik dengan cahaya suram. Ahli puak kucing yang bersembunyi perlahan-lahan mendekati Nolan dari belakang dengan pisau di tangan.
Nolan mengangkat muka. Tak ada orang di sini tapi kenapa dia rasa semacam. Si assassin menghunus pedang ke dada kiri di mana jantung berada. Nolan yang dapat rasa seseorang di belakangnya terus mengelak. Tiada sesiapa. Dia dengan pantas menjarakkan diri.
Dia mencapai laci dan mengambil pistol sambil matanya melihat sekeliling. Setelah senjata di tangan dia menekan butang kecemasan di bawah meja.
Keadaan senyap sunyi. Sepatutnya ada siren kecemasan berbunyi sebaik sahaja butang ditekan. Nampaknya mereka dah potong wayar yang bersambung ke unit kecemasan.
Seorang lagi assassin melibas pisau ke tangan yang memegang pistol. Nolan yang tak menyangka ada seorang lagi tak sempat mengelak. Lengannya luka. Darah mula membasahi lengan bajunya. Pistol dihala ke tempat yang dia rasa assassin itu berada dan melepaskan tembakan.
Dia mengelak, peluru terbenam dalam dinding. Nolan ambil peluang itu untuk pergi ke tengah bilik. Manusia apakah yang mampu bersembunyi tanpa meninggalkan bayang-bayang.
⚜️⚜️⚜️
Aiden letak tepi kertas salinan yang diberi Fabian. Dia pergi ke beranda untuk mengambil angin, sambil itu dia melihat sekeliling markas dan perasan kabus di hutan. Kemudian dia lihat menara kawalan dan terkejut bila ada kesatria yang terbunuh di dalam menara. Aiden bergegas mengambil pedang dan memakai earpiece lalu menuju ke lif untuk memaklumkan kepada petugas di kaunter.
Amaran kecemasan berbunyi nyaring ke seluruh markas. Sebaik mendengar ia, semua kesatria dan pegawai bertugas berhenti melakukan apa sahaja saat itu dan terus bergerak ke lokasi masing-masing seperti yang dirancang. Beberapa orang mage di bangunan mage atau lebih tepat lagi bilik khas operasi melancarkan formasi pencarian secara besar-besaran yang meliputi seluruh markas untuk kenal pasti lokasi pencerobohan.
Tempat pertama yang Aiden pergi adalah berek demi-human. Dia melihat mereka sudah berkumpul di depan bangunan.
"Aiden", kata Zinx sambil menoleh. Dia tak sangka Aiden yang datang ke sini dahulu.
"Mereka masuk dari tembok menara kawalan sebelah timur"
"Perhatian. Tiga kumpulan sedang menuju ke pejabat Komander, gudang senjata dan bangunan mage", kata suara dari earpiece yang dipakai oleh semua kesatria, mage dan pihak operasi.
"Pasukan 1 ke bangunan mage, pasukan 2 ke gudang senjata dan pasukan 4 ke pejabat Komander. Move out", arahan dikeluarkan.
"Apa yang kami perlu buat?", tanya Zinx. Menunggu keputusan Aiden.
"Buat masa ni pastikan setiap pasukan ada kamu semua. Hantar seorang yang paling mahir ke bangunan mage", setiap pasukan perlukan kebolehan mereka.
"Kalau macam tu aku pergi ke sana", kata Kapten.
"Semua. Ikut Pelan C", arah Kapten.
Mereka berpecah kepada 6 kumpulan dan pergi ke lokasi setiap pasukan. Zinx mengikut Aiden ke gudang senjata.
Kapten pasukan 1 mendahului di depan ke pejabat Komander, dia memerhati sekeliling. Mereka sudah menyelinap masuk tapi dia tak nampak walau seorang pun. Dia membahagi pasukan kepada 2 untuk berjaga di kawasan luar dan yang selebihnya mengikut dia ke dalam. Mereka melangkah dengan pantas dan senyap.
Kapten mengangkat tangan, menyuruh mereka berhenti bila sampai di laluan depan pejabat. Keadaan senyap sunyi sebelum dia mendengar sesuatu membelah udara.
"Elak ke tepi!", arahnya. Mereka dapat rasa sesuatu melayang melimpasi mereka.
Mereka sedang berhadapan dengan musuh yang licik dan pandai bersembunyi. Tak lama kemudian, 5 orang kesatria demi-human datang dan salah seorang pergi ke Kapten.
"Situasi", kata kesatria demi-human wanita.
"Musuh tak dapat dilihat. Mereka di depan kita sekarang", dia melihat depan. Pandangannya berubah tajam.
"Biar kami yang pergi", dia melihat 2 orang di sisinya dan yang lain mengawasi di belakang.
"Baiklah", dia letakkan kepercayaan pada kebolehan mereka.
Dia melangkah perlahan-lahan dan melihat setiap penjuru. Mereka ni memang mahir bersembunyi sehingga bayang-bayang pun tak kelihatan. Rasanya dia tahu siapa mereka. Cuma puak itu sahaja yang mampu buat begini.
Dia menggunakan teknik baru mereka dimana genshi berbentuk garisan panjang terbang ke tengah laluan. Si assassin yang tak tahu apa-apa dan menyangka dia tak buat apa-apa hanya memerhati. Bila garisan halimunan itu menyentuh kabus di badan barulah mereka dapat lihat siapa. Puak kucing yang terkejut dengan pantas menutup semula bahagian yang terdedah.
"Sedia"
Kapten yang melihat kebolehan mereka depan mata tak tahu apa ia sebenarnya. Si assassin mula menyerang dan menghunus pisau. Saber yang berdiri di depan dengan pantas mencengkam sesuatu di udara yang dirasainya lengan. Si assassin yang tak menyangka dia, menggunakan sebelah tangan untuk menyerang.
Belum sempat pisau mengena, dia membaling badannya ke lantai. Hampir-hampir dia hilang fokus pada kabusnya, dengan pantas dia berundur ke ahli yang lain sebelum dia menyentuhnya. Dia memberi isyarat dengan tangan. Mereka melempar silinder yang mengeluarkan gas.
"Tutup mulut dan hidung kamu!", kata Saber. Semua orang mengambil mask dari formasi penyimpanan. Asap yang merebak dengan pantas menyebabkan ada kesatria yang tumbang sebelum sempat memakai.
"Kapten. Kami masuk dulu sementara Kapten tahan mereka di sini", Kapten mengangguk lalu mereka bergerak ke pejabat Komander.
Kapten menyuruh kesatria di belakang untuk mengalih mereka yang tumbang dan yang lain mara ke depan. Setelah mereka menyerang, Saber menggunakan beberapa bebola anti genshi ke sekeliling. Mereka hanya mampu berjaga-jaga dan tak bergerak kerana tak dapat mengelak sesuatu yang tak dapat dilihat.
Dua orang di belakang Saber pergi ke depan dan menyerang sebaik sahaja nampak kelibat mereka. Kesatria di belakang turut serta. Kini mereka dapat serang balas walaupun hanya nampak sebahagian badan mereka.
Bunyi pedang dan pisau berlaga dapat didengari. Saber memberi isyarat mata kepada kesatrianya dan pergi ke pintu pejabat. Seorang kucing yang perasan Saber membaling pisau. Telinga kesatria yang tajam terus menepis pisau.
Dia menolak daun pintu. Saber dapat melihat dua orang assassin yang cedera parah dan Komander yang berdiri di tengah bilik.
"Tepat pada masanya", kata Nolan. Dia tak melepaskan pandangan dari assassin. Di tangannya terdapat sebilah pedang diperbuat dari kristal putih.
⚜️⚜️⚜️
Dari jauh, mereka dapat lihat Pasukan 2 yang sedang berlawan dengan sekumpulan lelaki serba hitam. Zinx memberi arahan kepada yang lain dan mereka bergegas pergi membantu. Aiden dan Zinx pergi ke beberapa orang yang sedang cuba membuka pintu gudang. Kapten rasa lega melihat ketibaan mereka bersama Aiden.
Aiden terus melibas pedang. Dua orang yang berjaga di belakang individu yang sedang menekan sesuatu pada skrin objek yang dilekat pada papan kekunci menghalang Aiden dari datang dekat. Beberapa bilah api terbang ke Aiden.
Zinx yang berada di belakangnya mendepakan tangan ke udara lalu bilah api itu meletus. Salah seorang pergi ke Zinx sementara seorang lagi berhadapan dengan Aiden.
Zinx menumbuk badan dia bertalu-talu tanpa sempat pisaunya mendarat. Dia menendang sehingga dia terpelanting dan pergi ke Aiden yang sedang berlawan dengan beberapa orang. Aiden melibas pedang ke kanan lalu menghasilkan puting beliung bersaiz sederhana yang menarik mereka ke pusarannya. Ia membawa mereka jauh dari gudang.
Tiada sesiapa sedari beberapa puak kucing yang melintasi mereka.
Bilah api terbang ke kesatria yang berhadapan dengan mereka yang berada di laluan masuk gudang. Ada yang memadam api yang dilontar ke serata tempat dengan genshi air. Kapten fokus dengan memberi arahan kepada kesatria dan biarkan Aiden dan Zinx uruskan di sebelah sana.
Tak kira berapa kali mereka tumbang, mereka tetap terus menghalang Aiden dan Zinx pergi ke lelaki di pintu gudang. Pendengaran Zinx yang lebih tajam dapat mendengar bunyi klik dari objek itu. Dia mengeluarkan pedang lalu menghayun kepada sesiapa yang datang dekat. Aiden menghasilkan beberapa bebola angin tetapi bersaiz lebih besar dan lontarkan beberapa ke sekeliling. Tarikan pusaran yang kuat membuatkan mereka tak dapat mengelak.
Berpuluh-puluh bilah di dalam melayang keluar dan menghiris kulit mereka. Darah terpercik ke merata tempat.
'Apakah', Zinx terpana melihat serangan dahsyat itu. Dia dah upgrade bebola kecil itu.
Lelaki itu menoleh bila mendengar jeritan kesakitan. Tch! Mereka dah selesaikan ke tak!? Dia tak boleh biarkan lebih banyak orang cedera.
"Success. Move on", kata suara di earpiece. Dia memberi arahan.
"Kita berundur", ia sampai kepada semua anggota. Dia melihat serangan Aiden dengan risau. Mereka tak tinggalkan walau seorang termasuk yang cedera.
Kapten rasa hairan bila mereka mula berundur lalu menoleh ke Zinx dan Aiden. Dia memberi arahan untuk mengejar mereka lalu pergi ke mereka. Dia melihat darah di sekitar.
"Kapten", kata Aiden sambil membuang darah di pedang dengan genshi.
"Situasi"
"Saya rasa mereka berundur sebab ramai yang cedera dan mereka tak sempat buka pintu", jelas Aiden.
"Aku tak rasa sebab itu saja", kata Zinx yang sedang meneliti objek di papan kekunci. Cahaya hijau menyala 2 bar. Mereka sempat buka 2 kunci. Aiden mendekati dan melihat ia dari belakang Zinx.
"Hmm. Memang pelik juga kalau mereka berundur sebab itu saja", dari lokasi yang mereka tahu, bilangan mereka mesti ramai. Jadi kalau ada yang cedera mereka boleh sahaja hantar backup.
"Lebih baik kita periksa sekitar sini ", kata Zinx sambil menoleh ke mereka. Kapten dan Aiden mengangguk. Mereka berpecah dan melihat setiap kawasan. Seorang kesatria demi-human pergi ke Zinx untuk laporkan keadaan.
"Dah tahu mana Tuan Cain?"
"Belum ada balasan", mungkin mereka sedang berhadapan dengan musuh.
"Macam tak ada apa-apa", kata Aiden setelah tidak menjumpai apa-apa. Dia turut mencari dengan formasi pencarian dan masih tiada hasil.
"Kamu pasti?"
"Saya cari guna genshi juga. Masih tak ada"
'Hmm... Peliknya. Takkanlah mereka pergi begitu saja?'
⚜️⚜️⚜️
Daven, pakar strategi, melihat monitor yang tertera lokasi setiap orang. Mereka dah berundur dari gudang senjata. Dia melihat keadaan di pejabat Komander sebelum beralih ke bangunan mage.
Situasi masih dalam kawalan. Dia melihat lokasi Cain di kawasan yang mereka ceroboh. Kabus masih berada di situ dan yang paling aneh mereka tak dapat kesan apa-apa di sebaliknya. Cain pergi ke situ dengan beberapa orang untuk menyiasat.
'Kenapa aku tak dapat berhubung dengan mereka?', Cain hanya mendengar bunyi statik dari earpiece.
"Kamu punya berfungsi?", tanya Cain pada yang lain.
"Tak dapat Tuan. Peliknya. Takkan sebab kabus ni?", kata si mage. Mereka berada di tembok menara kawalan.
"Boleh tolong beritahu kesatria saya lokasi saya sekarang?", kata Cain.
"Baik Tuan. Saya akan kembali sekejap lagi", dia pergi ke tempat yang jauh dari kabus.
Cain melihat kawasan kabus yang lebih tebal. Adakah yang menanti mereka di sana perangkap atau jawapan?