Selepas berlatih mereka duduk berehat di bawah pokok. Aiden meneguk botol air untuk melepaskan dahaga. Peluh dilap dengan lengan baju.
Zinx melihat rambut Aiden yang nampak gebu. Mengingatkan dia dengan sesuatu.
"Aiden. Tu memang warna rambut asli kamu?"
"Ya. Kenapa?", tiba-tiba saja dia tanya fasal rambutnya.
"Taklah. Cuma rambut kamu nampak macam gula-gula kapas", terus ketawa Aiden mendengar ia. Boleh pula dia samakan rambutnya dengan gula-gula kapas.
"Yalah. Saya ada adik. Dia suka sangat makan gula-gula kapas"
"Ohh. Kamu ada adik ya", macam mana rupa kanak-kanak demi-human dari Puak Serigala Hitam? Aiden membayangkan sepasang telinga dan ekor. Comelnya.
"Kamu ada adik beradik lain Aiden?"
"Hmm? Tak. Aku seorang saja", senyum Aiden.
"Ohh", mesti sunyi setiap kali dia balik. Aiden merenung ke langit. Menikmati angin yang bertiup perlahan.
Zinx meletak sebelah tangan ke rambut Aiden lalu diusap.
"Hahaha. Kenapa ni?", ketawa Aiden.
'Lembutnya rambut dia. Gebu', fikir Zinx sambil menggosok dengan kedua-dua belah tangan.
"Dahlah", habis serabai rambutnya. Dia mengatur sekejap. Aiden melihat telinga Zinx. Macam mana rasanya ada telinga macam tu?
"Saya nak pegang telinga kamu boleh?"
"Mana boleh"
"Tak adil betul lah", rungut Aiden lalu memalingkan wajahnya. Zinx tertawa kecil. Dia mengusap rambut Aiden macam memujuk adiknya.
Cain yang kebetulan lalu melihat mereka. Dia tersenyum saja melihat kemesraan mereka.
Sejak itu Zinx akan ambil peluang untuk sentuh rambut Aiden.