Mereka pecahkan tingkap dan lari keluar. Saber pergi mengejar tapi dihentikan Nolan.
"Tak apa. Biarkan mereka", dengan kecederaan itu mereka tak dapat lari jauh.
Kumpulan assassin di luar bilik berjaya menyelinap lari dari kesatria. Sebahagian mereka cedera. Kapten laporkan situasi kepada Daven setelah melihat keadaan dalam bilik Komander. Beberapa kesatria berjaga di luar sementara yang lain menghantar kesatria yang pengsan ke unit rawatan.
Nolan membalut luka di lengan dengan pembalut lalu memakai earpiece. Dia minta Kapten jelaskan situasi terkini.
"Beberapa anggota kita cedera ringan dan ada yang pengsan terkena gas beracun. Mereka dihantar ke unit rawatan tadi", Kapten melihat balutan di lengan Nolan.
"Komander tak pergi dapatkan rawatan dulu?"
"Tak apa. Selepas semua dah selesai saya akan pergi", Nolan minta Daven jelaskan situasi di lokasi lain.
"Target clear", kata si assassin kepada Kapten melalui earpiece.
"Roger", setakat ini semua berjalan lancar walaupun ada yang cedera parah. Kejayaan misi ini terletak padanya.
Si assassin tersenyum sinis kepada rakannya. Mereka tak sedar maut sudah ada dalam kalangan mereka.
⚜️⚜️⚜️
Ada seorang mage memberitahu lokasi Cain dan menjelaskan mereka sedang pergi menyiasat kabus di luar tembok kawalan.
Kapten pasukan 2 memberi arahan untuk beberapa orang kesatria berjaga di situ bersama Aiden dan Zinx. Dia bergegas ke lokasi kesatria lain.
Aiden meneliti alat segi empat yang dilekat pada papan kekunci. Dia menekan punat. Zinx yang sedang bercakap dengan kesatria demi-human yang lain melihat apa yang dibuat Aiden lalu pergi ke dia.
"Kamu buat apa tu?", dia lihat Aiden yang sedang ralit menekan punat.
"Alih benda ni", katanya tanpa menoleh.
"Kamu tahu ke?"
"Yup", dia melihat skrin lalu menekan lebih cepat dan klik! Alat itu terpadam lalu dia alih. Aiden menoleh ke Zinx sambil tersenyum.
"Apa teknik yang kau buat tadi tu?"
"Ahh. Saya upgrade teknik sebelum ini tapi fokuskan pada skala lebih besar", dia menyimpan ia ke dalam formasi gelang.
Zinx masih tak dapat hilangkan perasaan aneh itu. Mereka lari tanpa sempat lakukan apa-apa. Walaupun mereka dah cari di sekitar sini, tetap tak jumpa apa-apa. Pelik. Apa mereka buat di sini sebenarnya?
Kapten pasukan 2 laporkan situasi kepada Daven setelah dia bertemu dengan kesatrianya yang sedang berlawan dengan mereka. Dia melihat lelaki yang dia yakin adalah ketua mereka berdasarkan pada tanda garisan putih di bahunya.
'Mereka semua di sini', dia melihat orang bawahannya yang sedang berlawan.
"Pastikan mereka sibuk", katanya melalui earpiece.
Dia perlukan mereka di sini sehingga tiba masanya. Mereka berada jauh dari lokasi gudang iaitu di tembok sebelah barat.
⚜️⚜️⚜️
Bunyi pedang berlaga dan serangan dapat didengari. Scar, Kapten demi-human berada paling hadapan untuk berhadapan dengan mereka bersama kesatria. Mage berada di belakang formasi.
Mereka dikelilingi kabus yang disebar oleh assassin dari puak kucing, membuatkan ia lebih sukar untuk berlawan. Scar akan batalkan teknik penyembunyian mereka yang sekaligus mengurangkan kabus walaupun sedikit. Mage menyerang dengan serangan jarak jauh. Kesatria hanya dapat berlawan setelah dapat melihat mereka.
Tapi kalau keadaan ini berterusan ia akan ambil masa yang lama. Dia perlu cari cara untuk hilangkan kabus ini. Scar menyerang seorang demi seorang lelaki berpakaian hitam untuk pergi ke assassin yang bertanggungjawab sebarkan kabus yang berada di bahagian belakang sekali. Dilindungi oleh beberapa orang.
Setelah dapat lihat dengan jelas kedudukan musuh, pasukan mage menyerang dengan serangan skala besar. Kapten arahkan kesatria untuk berundur setelah serangan mereka sedia.
"Charlie here. All done. Clear area", kata suara itu kepada si assassin melalui earpiece. Dia sampaikan kepada semua orang. Mereka segera membuka laluan untuk berundur. Daven yang lihat mereka mahu larikan diri terus memberi arahan.
"Lancarkan String Formation!", ahli mage veteran mula mengeluarkan genshi.
Garisan cahaya dari genshi muncul di udara lalu membentuk kubah yang meliputi ruang yang luas. Ketua mereka mendongak lalu mendecit geram.
"Fall back!", mereka berlari keluar dari skala formasi yang semakin cepat mencecah tanah. Malangnya ada beberapa orang terperangkap di dalam. Dia menoleh ke belakang sebelum mengikut yang lain.
"Kapten. Beberapa orang kita terperangkap dalam jaringan formasi", dia terus laporkan.
"Okay. Aku pergi ke sana", dia mengeluh perlahan dan memberitahu seseorang untuk ambil alih sekejap. Dia pastikan mereka tak nampak dia dan berlari menuju ke bangunan mage. Dia dapat mendengar bunyi serangan dari jauh dan menyorok di belakang bangunan.
Dia melihat kesatria dan mage yang menyerang anggotanya di luar formasi kubah. Mereka menangkap mereka yang terlepas. Dia lihat orangnya yang tak tahu nak buat apa di dalam jaringan itu. Terpaksalah dia guna itu.
Dia ambil bebola besi bersaiz bola besbol dari formasi simpanan lalu mendekati kubah sementara mereka sedang sibuk. Dia baling ke jaringan lalu permukaan besi bola berpecah dan mengeluarkan cahaya merah, menyebabkan sebuah lubang terhasil. Mereka segera keluar bila melihat Kapten.
Daven yang melihat terus minta mage tutup lubang itu.
"Lubang itu tak dapat ditutup", kata salah seorang. Daven menghentak meja dengan perasaan geram.
Seorang demi seorang mula menghilangkan diri dengan senyap dengan bantuan kebolehan puak kucing. Mereka tak dapat mengejar mereka sebab tak dapat lihat tapi yang pasti ada yang cedera.
Mereka menuju ke lokasi Kapten di tembok kawalan sebelah barat. Daven melaporkan ke mana mereka pergi.
"Mereka pergi ke sebelah barat markas. Di sana masih ada pasukan 2. Hantar pasukan bantuan ke sana"
"Baik Tuan", dia pergi bersama beberapa orang mage dan kesatria sementara yang lain akan berjaga di sini.
"Tuan. Formasi ini akan berterusan selama 15 minit lagi", kata si mage kepada Daven. Mereka tak dapat tangkap sesiapa dengan jaringan formasi ini.
"Kamu semua keluar dari markas ni dan tunggu di sana", katanya kepada mereka yang halimunan.
"Okay. Aku beritahu Komander yang semua dah selesai", kata si lelaki yang berpakaian serba hitam. Dia menoleh ke anggota yang lain dan membawa mereka ke kawasan tembok yang dekat dengan titik pertemuan mereka.
⚜️⚜️⚜️
Cain melihat kabus yang semakin hampir dengan tembok. Dia mendahului di depan diikuti kesatria dan seorang mage, Mary.
Semakin jauh mereka berjalan, kabus itu semakin tebal. Cain beritahu mereka untuk berjalan rapat. Dia tutup sahaja alat komunikasi yang masih mengeluarkan bunyi statik. Dia minta mereka periksa alat masing-masing dan ia masih sama. Sebab kabus ini ke?
"Kalau kita terpisah hantar isyarat ke udara atau bunyi untuk beritahu apa-apa", katanya kepada Mary.
"Baik Tuan", balas Mary. Ini kali pertama dia berhadapan dengan situasi sebegini. Dia menggenggam erat tongkat miliknya.
Mereka terus bersedia kalau ada yang menyerang sambil berjalan ke tengah kabus. Keadaan senyap sunyi.
'Tak ada sesiapa ke?', fikir Cain. Dia menyuruh mereka berpecah untuk meronda di sekitar kawasan. Setelah 15 minit berlalu, Mary menembak bola api ke udara lalu ia meletus sebagai tanda untuk berkumpul di lokasi itu. Mereka semua tak menjumpai apa-apa mahupun orang.
Kabus ni mesti kerja mereka supaya dapat menyelinap masuk dengan jumlah seramai itu. Hmm... Tiada sesiapa atau apa-apa yang mencurigakan di sini. Mungkin mereka akan gunakan tempat lain untuk berkumpul.
"Tuan. Boleh saya pergi ke kawasan tengah kabus?", tanya Mary. Dia nak cuba gunakan formasi carian dari situ.
"Boleh. Mari kita pergi", mereka menuju ke tengah kabus yang lebih tebal. Mary lancarkan formasi sambil memejamkan mata untuk fokus. Dia dapat rasakan sesuatu dan perlahan-lahan kecilkan kawasan pencarian pada punca benda itu. Dia membuka mata. Tak ada apa yang dapat dengan mata kasar. Apa agaknya itu? Berkerut kening dia memikirkannya.
"Kamu ada jumpa apa-apa Mary?", tanya Cain.
"Ahh ya. Hmm... Saya tak tahu macam mana nak jelaskan tapi ia tinggalkan kesan genshi"
"Tak apa. Sekurang-kurangnya kamu ada jumpa sesuatu"
"Saya akan cari apa itu dengan teliti nanti"
"Baiklah. Kita kembali dan berjaga dulu kalau mereka datang sini semula", mereka semua mengangguk dan mula melangkah.
⚜️⚜️⚜️
'Macam mana kalau benda tu tak dapat dikesan dengan genshi?', fikir Zinx. Itu boleh jadi kenapa mereka tak jumpa apa-apa.
"Hey. Apa yang kamu termenung kan tu?", Aiden menepuk bahunya. Dari tadi dia panggil.
"Aiden. Kita cuba cari lagi", kata Zinx sambil menoleh.
"Huh. Tapi kita tak jumpa apa-apa pun", dia melihat muka Zinx yang serius.
"Okay... Jomlah", dia melihat kesatria yang sedang berjaga sebelum mengikut Zinx. Selepas 10 minit mencari masih tak ada hasil. Zinx berfikir sekejap sambil menopang dagu dengan sebelah tangan.
"Kamu nak cari apa sebenarnya?", tanya Aiden. Dia lihat Zinx yang sedang berteleku.
"Aiden. Minta tangan kamu sekejap", dia menghulurkan tangan. Bingung sekejap Aiden tapi dia turutkan saja.
"Saya nak cuba guna kebolehan saya dan genshi kamu untuk cari lagi", jelasnya. Dia menggenggam pergelangan tangan Aiden.
"Okay...", dapat ke buat macam tu? Dia sebarkan genshi serentak dengan Zinx. Aiden cuba rasa kalau ada apa-apa kali ini. Hmm... Tak ada pun. Dia cuba kecilkan skop carian ke kawasan luar gudang.
"Huh? Apa ni?", dia dapat rasa sesuatu.
"Ada jumpa apa-apa?", dia lepaskan pegangan.
"Ada. Entah apa benda tu", tak sangka pula menjadi.
Aiden pergi ke tempat yang dia kesan tadi. Rasanya dekat sini. Dia mencangkung dan cuba mencari. Dalam tanah ke? Dia bangun lalu menghalakan tangan ke tanah.
"Kamu pergi jauh sikit. Saya nak gali tanah ni", Zinx melangkah ke belakang.
Genshi angin berpusar dengan laju sebelum mencucuk tanah. Ia menggerudi sambil membuang tanah ke luar. Aiden berhenti dan lihat ke dalam. Dia mencangkung lalu mencapai sesuatu yang bersinar. Zinx mendekati dan melihat apa yang dia ambil.
Apa ni? Ia bebola besi yang bersaiz sederhana dan berat sedikit. Aiden berdiri dan tunjukkan kepada Zinx.
⚜️⚜️⚜️
"Tuan. Kami sudah tanam semua", katanya melalui alat komunikasi.
"Bagus. Macam mana dengan mereka?", kata Redrick.
"Mereka masih tak perasan", mereka masih sibuk berlawan dengan pasukan lain yang jauh dari lokasi bom.
"Beritahu Kapten aku akan lancarkan sekejap lagi"
"Baik Tuan", dia melihat markas dari atas pokok di luar tembok. Dia tertawa kecil. Di tangannya ada alat kawalan.
"Kapten sekejap lagi Tuan akan lancarkan"
"Okay", dia lihat kesatria yang berlawan dengan orang bawahannya dan mage yang sedang melancarkan serangan demi serangan.
⚜️⚜️⚜️
"Nampak macam bom tapi rupa ia lain sikit", kata Aiden sambil membelek-belek bola besi.
"Saya rasa memang bom lah", kata Zinx pula. Ia belum meletup lagi tapi dia pasti ini adalah bom. Rupanya inilah objektif mereka sebenarnya. Nasib baik mereka jumpa kalau ia meletup di sini, letupan akan berganda dengan gabungan bahan api dalam gudang.
"Beritahu mereka cepat", gesa Zinx.
"Over. Ini Aiden dari pasukan 2. Saya nak laporkan yang kami ada jumpa bom dekat gudang senjata", dia sambungkan talian terus ke Daven.
"Bom?! Kamu pasti ke?!", jeritan Daven membuatkan semua orang dalam bilik operasi menoleh ke arahnya.
"Ya. Saya pasti. Mungkin mereka ada letak di tempat lain. Ia tak dapat dikesan dengan genshi", lapor Aiden.
"Ladies and gentlemen. The show starts... Now", kata Redrick kepada diri sendiri lalu menekan butang.
Klik!
Aiden melihat bom di tangan yang mengeluarkan cahaya pada celah-celah corak di permukaan.
"Huh?", Daven hairan bila dengar suara Aiden.
"Saya rasa nak meletup dah tu", kata Zinx dengan selamba.
'Meletup?!'
"Nak buat apa ni?!", kata Aiden dengan kalut sambil melangkah ke kiri dan ke kanan.
"Baling ke hutan sana", balas Zinx dengan tenang. Dia menunjuk ke belakang dengan ibu jari.
"B-Baling?! Macam mana saya nak baling pula?!"
"Haih. Guna genshi kamu lah", dia dah panik sangat tu.
Aiden terus membawa bom itu dengan genshi secepat yang boleh ke tengah hutan. Tak lama kemudian ia meletup. Menghasilkan bunyi letupan yang membingitkan telinga. Aiden dan Zinx kaku sekejap melihat kekuatan letupan itu. Ruang dalam bilik operasi terus senyap. Mereka dapat dengar dengan jelas dari earpiece Aiden.
"Aktifkan Kod Black. Cepat!", arah Daven kepada lelaki di sebelahnya.
Bunyi siren berkumandang di seluruh markas. Semua mage dalam bangunan berlari keluar kecuali mereka yang berada dalam bilik operasi. Kesatria dan mage yang lain terkejut mendengar siren itu. Masing-masing tahu apa maksudnya. Ada bom di sekitar markas.
Kapten pasukan 2 terhenti sekejap bila mendengar bunyi letupan. Bom?! Dia merenung tajam ke arah ketua mereka. Ini ke tujuan mereka bawa mereka ke sini?
"Aktifkan pelindung!", beberapa orang mage mula membuat dua lapisan pelindung di sekeliling bangunan mage.
Nolan menoleh ke luar tingkap bila mendengar bunyi siren.
"Kod Black...", gumamnya.
"Komander. Kita perlu pergi"
"Aiden laporkan ada bom di kawasan gudang. Saya rasa ada bom lain lagi tapi lokasi masih tak diketahui. Lebih baik Komander pergi berlindung", kata Daven. Mereka tak boleh pergi sebab mereka adalah anggota yang perlu kendalikan situasi ini.
"Baiklah", mereka bergerak keluar.
"Guna bom asap", arahnya. Beberapa orang lelaki serba hitam membaling bom lalu ia mengeluarkan asap yang mula memenuhi kawasan. Kesatria yang berlawan tak dapat melihat. Tambahan pula mata mereka rasa pedih. Mereka semua berundur di sebalik kabus.
Kapten menutup mata dek terasa pedih. Mereka terlepas. Dia mengarahkan mereka untuk keluar dari kabus. Mereka yang masih dapat bergerak bantu yang lain.
Klik!
Boom!!!
Satu lagi bom meletup. Kali ini di bangunan mage. Daven memegang sisi meja bila rasa gegaran yang kuat. Debu berterbangan. Kesatria di luar pelindung hanya mampu melihat. Boom!!! Kemudian satu lagi meletup di sebelah kanan bangunan. Dinding yang retak terus jatuh berkecai. Orang-orang di dalam menjerit bila ia mula senget. Masing-masing berpaut di dinding. Nolan yang berlari ke situ terus menggunakan genshi kristal yang tumbuh seperti tiang. Menyokong bangunan yang hampir runtuh.
Daven yang berpaut di dinding melihat ke skrin. Cuma ada beberapa kamera yang masih berfungsi. Dia dapat lihat ceracak kristal putih yang menyokong bangunan.
'Komander', dia menoleh ke tingkap di belakangnya walaupun dia tak nampak Nolan. Dia tahu Komander di situ.
'Nasib baik sempat', dia melepaskan nafas lega.
"Bawa mereka keluar!", arahnya kepada kesatria dan mage yang ternganga melihat kristal gergasi itu. Mereka bergerak pantas.
'Patutlah mereka lari. Mereka cuma nak sorok bom itu'
Cain terkejut bila mendengar bunyi letupan demi letupan yang bergema. Dia suruh kesatria yang lain berjaga di situ dan minta Mary guna formasi carian untuk mencari lokasi pihak musuh. Mesti mereka sudah lari di sebalik kekecohan ini. Mereka mesti sedang sibuk uruskan letupan itu dan tak akan ada masa untuk cari mereka.
"Saya kesan orang di barat daya, dekat dengan tembok", lapor Mary. Mereka bergegas ke situ.
Cain dapat lihat mereka berlari ke luar pagar. Dia menyuruh Mary menyerang. Mary gunakan sedozen bola api yang terbang ke mereka. Beberapa orang terkena lalu menjerit kesakitan. Rumput di sekeliling terbakar.
"Hahahahaha!!!", Redrick ketawa seperti orang gila. Bunyi letupan demi letupan kedengaran seperti alunan muzik di telinganya.
Assassin yang lain membaling bom asap ke arah Cain. Asap tersebar dengan cepat. Mary terus menolak asap dengan genshi angin. Kesatria berlawan dengan mereka manakala Cain pergi menutup pintu pagar. Bunyi keriut pintu kedengaran. Orang-orang serba hitam itu berlari ke pintu sebelum ia tertutup rapat. Ada beberapa orang tak sempat keluar.
Mary menggunakan tali angin untuk mengikat kaki mereka, membuatkan mereka terjatuh. Kesatria yang lain meluru untuk memberkas lalu menggari tangan mereka. Cain mengeluh lega. Nasib baik sempat. Mereka berjaya tangkap beberapa orang.
Cain pergi ke mereka yang meronta-ronta. Dia memasang kolar anti genshi kepada setiap orang.
"Bawa mereka ke bilik tahanan", kesatria-kesatria itu mengangguk dan mengheret mereka pergi.
Cain melihat pintu pagar yang tertutup. Dia tak boleh keluar seorang diri untuk kejar mereka. Sekurang-kurangnya dia berjaya tangkap mereka.
"Kita pergi ke bangunan mage", katanya kepada Mary.
Mary tercengang melihat kristal gergasi di depannya. Mereka sedang keluarkan orang yang terperangkap di dalam. Ada yang cedera ringan. Serpihan batu berada di merata tempat. Scar yang sedang membantu mereka melihat Cain yang baru sampai. Setelah selesai, dia pergi ke Cain.
"Tuan tak apa-apa ke?"
"Aku okay. Apa terjadi tadi?"
"Mereka ada letak bom di sini. Dua. Tapi Komander sempat sampai sebelum bangunan runtuh. Kalau tak...", dia tak habiskan kata-kata. Cain terdiam saja.
"Komander", kata Daven. Dia dibawa dengan stretcher.
"Nanti kamu cakap. Bawa dia pergi", katanya kepada anggota unit rawatan. Dia melihat kerosakan di sekitar kawasan.
"Komander. Saya ada sesuatu nak laporkan", kata Cain sambil mendekati Nolan.
"Ahh. Apa dia Tuan Cain?", dia harap ia bukan berita buruk.
"Kami berjaya tangkap beberapa orang dan mereka sudah dalam bilik tahanan", Nolan terus menoleh.
"Bagus Tuan Cain. Saya risau kalau ada perkara buruk selain ini", katanya sambil tersenyum nipis.
"Dan Mary dari unit mage ada jumpa sesuatu dari kabus itu", sambungnya lagi.
"Apa dia jumpa?"
"Belum pasti lagi tapi dia perlu cari maklumat untuk pastikan sebelum laporan diberi"
"Baiklah. Sekarang kita hanya perlu fokus untuk baik pulih dan rawatan mereka semua", dia melihat mage dan kesatria yang cedera.
"Saya pergi dulu", Nolan mengangguk. Mesti dia nak jumpa kesatrianya.
Setelah menilai tahap kerosakan yang dialami dan nyawa yang terkorban barulah Nolan dapat berehat. Beberapa kesatria terkorban dan yang terkena keracunan gas akan dihantar ke pusat rawatan lain. Dia melihat balutan baru di lengannya.
Dia mendengar ketukan di pintu. Aiden dan Zinx masuk lalu mendabik hormat. Nolan minta mereka duduk dan laporkan penemuan bom.
"Bom itu tak dapat dikesan? Jadi macam mana kamu tahu ia di mana?"
"Kami gabungkan genshi dan kebolehan dia. Saya pun tak faham macam mana", jelas Aiden. Nolan menoleh ke Zinx.
"Terima kasih. Kalau kamu berdua tak jumpa kita akan mengalami kerugian lebih besar", mereka berdua tersenyum.
"Saya ada jumpa ini juga. Mereka gunakan untuk buka pintu gudang", Aiden keluarkan alat itu dan ketak di meja.
"Hmm. Kamu hantar ke unit siasatan dan biar mereka uruskan", dia melihat alat itu.
"Baik Komander", mereka melangkah keluar. Aiden baru saja mahu bercakap dengan Zinx bila mendengar bunyi terjatuh di dalam. Dia menolak pintu dan terkejut melihat Komander terlentang di lantai.
Mereka menunggu di luar bilik rawatan dengan perasaan gelisah. Seorang doktor lelaki keluar. Mereka bergegas berdiri.
"Macam mana dengan keadaan Komander?", tanya Aiden dahulu.
"Hmm... Susah saya nak jelaskan tapi saya rasa Komander terkena racun. Ia dari luka di lengan dan sejenis racun yang lambat bertindak. Kami ada periksa Komander sebelum ini tapi tak jumpa apa-apa"
"Mungkin ia sejenis racun yang sukar dikesan", jelas doktor sambil melihat rekod di tangan. Dia ada sesuatu nak cakap lagi tapi teragak-agak.
"Dan... Penawarnya kami tak ada. Kami akan cuba cari di tempat lain. Buat masa ini kami hanya mampu perlahankan simptom racun itu", Aiden kata terima kasih. Zinx terus berkerut kening mendengar keadaan Komander.
"Kami akan cuba cari racun itu juga", kata Zinx. Dia perlu bantu mereka.
"Baiklah. Kala kamu dapat apa-apa beritahu secepat mungkin", balas Doktor.
⚜️⚜️⚜️
Azrien mendapat laporan markas Komander Nolan diserang. Max yang berada di pejabatnya menoleh ke Azrien.
"Kau nak pergi ke Kira?"
"Ya. Ikut aku esok", memandangkan ia baru terjadi dia perlu dapatkan sebanyak mungkin maklumat dari mereka.
⚜️⚜️⚜️
Hanya orang-orang tertentu sahaja yang tahu keadaan sebenar Komander. Cain terdiam mendengar kata-kata Zinx. Tak silap dia assassin yang menyerang Komander adalah dari Puak Kucing Kelabu yang sangat dikenali dengan kemahiran membunuh dengan racun unik mereka. Dia tahu mereka ada pelbagai jenis gabungan racun berbisa.
Dia menghubungi Kei untuk kumpulkan semua maklumat mengenai jenis racun yang mereka ada.
Mary pergi ke bangunan Blok B di mana terdapat Bahagian Penyimpanan Maklumat. Berjam-jam dia duduk di hadapan skrin hologram, membaca maklumat yang ada. Dia mengeluh hampa. Dia tak dapat mencari apa-apa berkaitan genshi yang dia rasa itu.
Dia melihat bahagian maklumat terhad. Dia perlukan permohonan dari pihak atasan untuk mencari lalu dia pergi ke kaunter dan tanya ia berkaitan dengan serangan teroris itu.
Perpustakawan minta dia tunggu sebentar. Dia menghubungi mereka dan berkata ada seseorang perlukan akses ke situ.
"Siapa yang perlukan?"
"Dia Mary dari Unit Mage"
Jarang ada yang mahukan akses selain seorang mage yang dia kenal. Dia memberi kebenaran. Mary tersenyum lega.
Setelah sekian lama mencari, Mary terjumpa sebuah batu bersurat yang terletak di bahagian paling dalam data. Ada terjemahan disertakan. Ia menjelaskan teknologi purba yang mampu menghantar seseorang ke mana-mana sahaja dalam sekelip mata. Selain itu, turut disertakan jenis teknik genshi yang digunakan. Genshi ruang dan masa. Mary cetak segala maklumat yang diperlukan.
Keesokan pagi, kesatria dan mage yang tak mengalami kecederaan membantu dalam membersih dan mengalih serpihan-serpihan batuan yang besar di sekitar bangunan mage.
Cain membaca maklumat yang dihantar Kei di tablet. Wajahnya bertukar suram. Dia menghantar sekali dengan senarai penawar bagi setiap jenis racun. Racun yang dialami Komander hanya ada satu penawar. Ia sangat sukar didapati dan harganya lumayan. Dia pergi bersama Zinx untuk maklumkan hal ini.