Chereads / Menara D'Estelle / Chapter 61 - BAB 45

Chapter 61 - BAB 45

Biasanya Aiden akan luangkan masa untuk bantu anggota pasukannya yang lain sebelah petang tapi hari ini dia tak ada.

"Aiden. Mana kau pergi semalam?", tanya salah seorang pada pagi esoknya.

"Aku pergi berlatih dengan mereka", balasnya dengan nada bersahaja. Dia menyimpan pedang.

"Mereka? Puak Serigala Hitam tu?"

"Ya. Kau nak ikut ke?"

"Uhh... Entahlah", dia menggaru kepala. Bukannya dia tak suka mereka cuma tak biasa.

"Tak apa. Aku pergi dulu. Jumpa esok", setelah tahu apa yang Aiden lakukan semua kesatria dapat tahu sehinggalah turut didengari oleh unit mage.

Seorang jejaka beruniform mage pergi ke padang latihan kesatria yang berada jauh dari bangunan mage. Dia mencari si rambut hijau tapi hampa bila kelibatnya tiada di situ. Dia baru hendak kembali bila melihat kesatria yang selalu bersama Aiden di luar padang.

"Selamat petang", dia menoleh bila mendengar suara di sebelahnya.

"Ya? Kamu cari siapa?", kenapa mage ni datang sini?

"Kamu kawan Aiden kan?"

"Ya. Kamu nak jumpa dia? Dia dah pergi tadi"

"Ohh... Boleh tolong beritahu dia saya nak jumpa? Dia boleh datang bila-bila masa"

"Nanti saya beritahu dia", dia ucapkan terima kasih lalu melangkah pergi.

'Kenapa dia nak jumpa Aiden?'

Kali ini Aiden memerhati dengan lebih jelas kebolehan itu. Beberapa bilah genshi angin terbang ke arah pelbagai arah. Zinx bergerak dengan lincah dan memadam satu persatu.

Hmm... Walaupun kebolehan itu kelihatan kebal dari luaran, mesti sukar untuk memadam serangan dalam jumlah banyak. Aiden melancarkan lebih banyak bilah angin. Zinx memadam serangan yang dekat dan mengelak yang lain. Ada yang sekadar dipadam dengan lengannya dan yang lain mendarat ke lantai.

'Dia ni lincah dan ada tindak balas yang bagus', dia dapat atasi kekurangan kebolehan mereka dengan kemahiran tersendiri.

"Kamu nak teruskan lagi Aiden?", tanya Zinx bila perasaan dia berhenti menyerang.

"Sampai sini sajalah", dia ada hal penting hari ni.

"Sibuk hari ni", kata Zinx. Baru dalam 2 ke 3 jam berlalu.

"Ada perbincangan dengan semua kesatria elit petang ni"

"Ohh. Okay. Jumpa esok"

"Bye", dia lihat Aiden yang cepat-cepat melangkah keluar.

Dia memanggil Aiden yang kelihatan tergesa-gesa masuk ke asrama dan memberitahu ada seseorang nak berjumpa dengannya.

"Siapa?"

"Hmm.. Kalau tak silap aku dia Fabian dari Unit Mage"

'Kenapa dia nak jumpa aku?', fikir Aiden. Dia pergi ke bilik perbincangan di Blok A sebelah timur markas di mana semua kesatria elit sudah berada. Nasib baik ia belum bermula lagi. Dia melangkah masuk dan duduk di tempat duduk belakang yang kosong.

Perbincangan ini hanya untuk kesatria elit sahaja bersama beberapa orang atasan. Apabila seorang kesatria naik pangkat ke kesatria elit, latihan mereka berbeza dan akan ada penilaian setiap 3 bulan. Selain itu, mereka juga ada ujian untuk menentukan siapa yang terbaik antara mereka. Jadi setiap tempoh itu kedudukan akan berubah. Mereka juga akan dibahagi mengikut elemen genshi masing-masing. Aiden adalah yang terbaik bagi elemen genshinya.

Sehingga akhir perbincangan tiada seorang pun mahu kata apa-apa mengenai mereka. Hmmm.. Dia tak harapkan apa-apa pun. Seorang kesatria mendekati Aiden bila semua orang bersurai.

"Aiden. Aku nak minta tolong dengan latihan aku. Kau ada masa ke?", tanyanya. Elemen genshinya sama dengan Aiden.

"Tak dapatlah. Aku ada hal ni", mukanya berubah kecewa.

"Esok dapat ke?"

"Kalau esok boleh. Kau datang je pagi esok"

"Okay", dia memang perlukan bantuan dia.

"Hidup lagi kau Aiden", kata seseorang dengan nada sinis.

"Apa kau nak huh?!", kata kesatria itu. Dia ni memang selalu nak cari masalah.

"Tak ada. Yalah. Lepas apa dah jadi ingatkan kau tak nak muncul lagi", katanya dengan senyuman sinis.

"Mari sini kau!", bengang pula dia dengar. Sedap mulut dia saja.

"Tak apa. Biarkan dia", kata Aiden sambil menahan bahu dia.

"Heh. Takutlah tu", saja dia nak provok kesatria itu.

"Daripada kau sibuk nak ejek orang pergi buat kerja kau", balas Aiden.

"Tch", dia terus pergi setelah melihat rakannya keluar.

"Dia boleh cakap macam tu sebab bukan dia yang berlawan. Kalau dia yang kena perkara sama akan jadi juga"

"Ya ke?", dia teringat semula sesi demonstrasi itu. Aiden adalah antara yang terbaik tapi tak bermakna satu perlawanan itu menentukan dia lemah.

"Yup. Aku tak tipulah", Aiden meminta diri untuk pergi. Dia melihat belakang Aiden sambil memikirkan apa yang dia maksudkan tadi.

Fabian melangkah dengan cepat ke ruang lobi bila ada orang sampaikan pesanan. Dia melihat kelibat Aiden yang merenung ke luar tingkap.

"Aiden?", dia menoleh bila mendengar namanya.

"Saya dengar kamu nak jumpa saya"

"Ya..", balas Fabian sambil mengambil duduk.

"Ehem. Ia berkaitan dengan sesi demonstrasi hari itu", dia risau kalau ia sesuatu yang sensitif.

"Kamu nak tanya apa?", apa yang seorang mage nak tahu fasal demonstrasi tu?

"Kamu... tahu apa kebolehan mereka?", dia ada cuba cari sendiri tapi tak jumpa apa-apa.

"Ohh. Kebolehan mereka adalah imun dengan genshi"

"Imun...?", berkerut kening dia mendengar jawapan Aiden. Dia diam memikirkan semula genshi yang dia rasa pada kesatria demi-human itu semasa demonstrasi.

"Saya ada berlatih dengan mereka kalau kamu tak percaya", dia pun rasa begitu juga bila mendengar ia sendiri.

"Bukan saya tak percaya. Sekarang saya pasti dengan apa yang mengganggu fikiran saya selama ini", balas Fabian lalu tersenyum nipis.

"Boleh saya pergi tengok?", dia nak tengok sendiri kebolehan itu.

"Kalau macam tu kamu ikut saya esok. Saya tanya dia dulu"

"Baiklah. Maafkan saya kalau mengganggu masa kamu", katanya dengan rasa serba salah. Dia tahu Aiden sibuk hari ni.

"Tak ada hal lah. Kamu pergi dekat berek lama di Blok E"

"Okay", segalanya akan terjawab esok.

⚜️⚜️⚜️

Adam baru selesaikan ujian untuk pagi ini dan akan sambung petang nanti. Selain ujian bertulis dia ada ujian praktikal juga. Dia duduk di taman sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa.

"Tuan muda buat apa duduk sini?", tanya Lucillez. Dia tak bersama Adam sebab tahu dia ada ujian minggu ini.

"Nak ambil angin sekejap"

"Bila habis?"

"Tak lama lagi"

"Ohh. Buatlah yang terbaik. Saya tahu Tuan muda boleh", Adam tersenyum. Sebelah petang dia lakukan demonstrasi genshi. Macam-macam teknik dia lakukan. Ia dilakukan di kawasan tanah lapang. Adam melalui jalan dari kawasan latihan kesatria bila dia melihat guru pedangnya berdiri di bawah laluan pejalan kaki.

"Cikgu buat apa datang hari ni?", tegur Adam.

"Saya lupa nak beritahu yang kamu ada ujian praktikal minggu depan", katanya sambil memberi kepilan kertas.

"Jumpa kamu minggu depan", dia singgah sekejap saja untuk beritahu. Adam melihat kandungan kertas. Terkejut dia bila tiba-tiba sahaja ada ujian. Pandai juga cikgunya nak beri kejutan macam ni.

⚜️⚜️⚜️

Cahaya jingga menghiasi langit bila Max dan semua kesatria elit sampai ke markas. Ahh. Pulang akhirnya. Walaupun dia selalu terima misi di hutan dia tetap tak suka hutan. Dia memberitahu mereka semua untuk terus pergi berehat. Tanpa menunggu lama mereka berlalu ke bilik masing-masing.

Max pergi menghantar laporan kepada Azrien dahulu. Bila dia masuk ke pejabat Ludric ada di situ juga. Ludric menggeleng kepala melihat Max yang berjalan senyap-senyap ke Azrien. Dia merangkul lehernya dari belakang.

"!!", Azrien yang sibuk membelek fail terus menoleh. Tch. Max rupanya.

"Kau nak apa ni?", dia mengalih tangannya.

"Tak rindu aku ke?", sakat Max.

"Kau nak aku suruh pergi lagi ke?", dengan pantas Max menggeleng kepala. Dia letak laporan di mejanya lalu pergi ke Ludric yang sedang menyusun kertas di meja.

"Buat apa tu?"

"Uhh...", Ludric melihat Azrien yang membelakangi mereka.

"Nanti kau dengarlah sendiri dari Kapten", mood dia tak berapa bagus sejak dapat misi itu.

"Max. Panggil mereka ke bilik perbincangan nanti", Azrien menghulurkan sekeping kertas.

"Untuk apa ni?", dia melihat senarai nama.

"Tak payah banyak tanya. Pergi dulu", Max menuju ke pintu. Mood dia tengah tak bagus tu. Apa agaknya kali ni?

Bila semua orang sudah berkumpul di bilik perbincangan, Ludric memberi kepilan kertas yang disusun tadi kepada setiap seorang.

"Baca dulu", kertas itu adalah penerangan misi termasuk berkenaan kes yang berkaitan. Mereka melihat gambar yang disertakan.

"Kita dapat misi ini dari pihak atasan. Mereka nak kita jejak organisasi ini", kata Azrien. Dia tekan butang di tepi meja lalu pancaran hologram terpancar di tengah meja.

'Hmm? Ini kan...', getus hati Max.

"Aku dah letak tugasan kamu semua dalam kertas tu. Cari semua yang ada. Tak kira seremeh mana pun. Aku bagi masa 5 hari", arah Azrien. Selepas berbincang mengenai perkara berkaitan, masing-masing mula lakukan tugas. Max melihat apa yang dia dapat.

'Ohh. Rasanya sempat lagi kalau nak hubungi dia', Max tersenyum melihat kawasan yang dia dapat.

Selepas menghubungi dia Max pergi melihat Azrien. Lampu di bilik perbincangan masih menyala. Dia melihat Azrien yang sedang menulis pada papan kaca. Ada juga gambar dilekatkan.

"Macam mana kita nak cari mereka kalau tak ada klu", siapa pun mereka langsung tak ada jejak ditinggalkan di mana-mana tempat kejadian. Max membaca apa yang ditulis Azrien.

"Mesti ada. Sesuatu yang mereka sendiri pun tak tahu", Azrien menoleh ke peta di papan sebelah kanannya yang sudah ditanda di beberapa kawasan.

Dia tak sangka pula dalam beberapa pasukan elit dia yang akan dapat misi ini. Mereka yang lain tu sibuk sangat ke?

⚜️⚜️⚜️

Keesokan pagi, Aiden berjumpa dengan dia di gelanggang khas bagi kesatria elit yang terletak di tingkat paling atas asrama. Dia melihat rakannya yang sedang menunjuk teknik yang dia lakukan sendiri. Setelah melihat aliran genshi baru dia tahu apa masalahnya.

"Kamu tengok dulu", Aiden keluarkan pedang dan lakukan gerak langkah yang sama sepertinya. Dia mengubah sedikit pada langkah pertengahan sebelum ia dilancarkan. Hasilnya berbeza dari yang dia buat.

"Kamu faham ke?", pedang disarung.

"Hmm. Sikit saja"

"Kamu cubalah buat dulu. Apa yang saya tengok tadi aliran genshi waktu pertengahan teknik tu macam tersekat. Ia tak sepatutnya mengalir begitu", jelas Aiden.

"Huh? Aku tak fahamlah", Aiden tu genius. Macam mana dia nak faham.

"Susah aku nak terangkan. Itu yang paling mudah", dia membuat muka.

"Tak apa. Bila dah selalu buat nanti kamu faham", Aiden menepuk bahunya.

"Okay... Kau sibuk ke petang ni?"

"Ya. Kenapa?"

"Tak ada lah", mesti Aiden pergi ke sana. Dia nak tanya mengenai itu tapi tak apalah.

Aiden tekan butang tingkat 5 di mana biliknya berada. Setiap kesatria elit ada bilik sendiri dan tak sama dengan kesatria lain. Selepas menukar baju dia pergi ke ruang latihan di tingkat paling atas. Dia seorang saja nampaknya. Jarang mereka nak berlatih sini.

Dia cuba mencari cara supaya serangannya mencapai Zinx. Sudah bermacam-macam idea dia fikirkan dan cuba tapi dia rasakan ia tak cukup. Sedar-sedar jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari. Aiden pergi mandi dulu dan makan.

"Kau pergi mana tadi", kata rakannya yang menunggu dia hadapan asrama.

"Aku berlatih dekat atas tadi"

"Hmm... Kau cakap boleh tengok juga kan?"

"Kau nak ikut?", tanyanya dengan nada gembira. Dia mengangguk. Tiba-tiba pula rasa nak tengok.

Mereka menuju ke berek Blok E. Aiden dapat melihat Fabian yang sudah menunggu di depan bangunan.

'Dia pun datang sini?', fikir Arne dengan rasa hairan.

"Masuklah. Kamu dua tunggu sekejap", Aiden masuk ke pintu di sebelah lobi.

"Dia nak tengok?", kata Zinx. Kenapa seorang mage nak tengok kebolehan mereka? Mage sensitif dengan genshi jadi dia mesti dapat rasa ia semasa demonstrasi itu tapi tak tahu apa ia.

"Boleh. Kawan kamu ada juga kan?"

Aiden membawa mereka ke padang latihan di belakang berek. Fabian dan melihat Zinx.

"Saya Zinx Black, penolong Kapten"

"Fabian dari Unit Mage"

"Saya Arne sepasukan dengan Aiden"

"Duduklah dulu", dia tunjuk ke tempat duduk terlindung di luar padang.

Zinx mulakan dahulu dengan menghala penumbuk ke bahagian dada dan muka Aiden. Dia mengelak ke belakang sambil menyediakan serangan. Bilah angin terbang ke Zinx dari belakang. Telinganya bergerak sedikit bila mendengar bunyi angin lalu dia menghadang angin dengan lengan tanpa menoleh. Ia meletus.

Aiden menghayun pedang tapi sempat dielaknya. Zinx melompat ke belakang. Aiden dengan cepat melancarkan 10 bola pusaran angin. Bila ia terbang ke Zinx, dia dapat rasa tarikan angin yang kuat dan memadam ia dengan lengannya.

Dia melihat lengannya bila terasa pedih. Darah? Dia memerhati pusaran angin yang lain yang masih berada di udara. Ada bilah angin halus di dalam setiap bebola. Bahaya betul. Walaupun ia dah padam serangan itu ia sempat mencederakan dia. Aiden tersenyum dari jauh lalu meneruskan serangan.

Zinx mengikut arah tuju ia. Kali ini dia padam dengan menendang pusaran angin itu. Ada yang dia tumbuk saja. Tapi dia tak sedar ada satu lagi yang menyelinap dari atas kepalanya. Bila ia semakin dekat dia mengelak lalu menumbuk. Ia meletus kira-kira 1 meter darinya. Ahh! Dia terguna teknik tu. Dia menoleh ke Aiden yang nampak geram bila serangan terakhir tak mengena.

'Dia tak perasan nampaknya'

"Kenapa muka masam tu. Serangan kamu mengena", dia tunjuk lengannya yang luka.

"Bila kamu buat teknik tu?"

"Hmm? Baru saja pagi tadi", balas Aiden dengan selamba.

'Pagi ni?', dahsyatnya. Sekali pandang nampak macam serangan biasa tapi kalau terkena tu habis lengannya.

Mereka berbual sambil menuju ke luar padang. Fabian mendadak berdiri dan pergi ke Zinx, Arne turut mengikut. Fabian mencapai tangannya.

"Boleh kamu guna kebolehan itu sekali lagi?", Zinx terus gunakan pada sebelah tangan. Fabian dapat rasa genshi meliputi tangan dan pergelangan tangan. Dia membelek-belek tangannya sambil merenung tajam.

'Apa yang dia tengok tu?', fikir Aiden dan Arne.

Dia dapat rasa aliran genshi dalam tangannya. Jarinya mengikut arah aliran genshi sehinggalah matanya mendarat ke dada Zinx di mana teras genshi berada. Ia memang genshi. Jenis yang tak ada rupa fizikal tapi ia tak sama seperti genshi bukan elemen. Dia sendiri pun keliru walaupun ia di depan mata.

"Sudah ke?", tanya Zinx. Apa yang dia tenung lama sangat tu. Dia rasa tak selesa.

"Ahh. Maafkan saya", terus dia lepaskan pegangan.

"Tak apa", mesti dia sedang periksa sesuatu.

"Aiden. Teknik apa yang kamu buat tadi?", tanya Arne. Dia tak pernah tengok yang itu.

"Ini ke?", dia lakukan teknik itu di tapak tangan. Ia bersaiz sebesar bola besbol.

Mereka bertiga melihat lebih dekat. Fabian terkejut melihat ia. Dia dalamnya ada berpuluh-puluh bilah angin yang halus dan bukan itu sahaja dia gunakan dua jenis aliran angin pada bola angin iaitu bahagian luaran dan juga dalaman. Bilah angin itu juga berpusar di dalam. Benda dahsyat apa ni. Gerun pula dia dengan kawalan genshi Aiden.

"Kamu nak bunuh siapa dengan ni?", tanya Fabian. Aiden memadam teknik itu.

"Kamu nak rasa ke?", tanya Aiden sambil tersenyum.

"Nope", dia ni tengah melawak ke apa.

"Terima kasih bagi saya tengok. Boleh saya datang lagi esok?", katanya pada Zinx.

"Datanglah lagi", makin bertambah orang tapi dia tak kisah. Fabian minta diri sebab ada urusan lain. Aiden kembali ke padang dengan peti kecemasan.

"Sini. Saya balutkan", katanya pada Zinx yang sedang mengelap darah kering.

Luka dicuci sebelum disapu anti septik dan ditampal band aid. Arne yang melihat dari jauh perhati sahaja interaksi mereka. Aiden tu memang cepat rapat dengan orang. Dia nampak rapat dengan penolong kapten tu.

Dia memikirkan teknik baru yang Aiden lakukan tadi. Kadang-kadang dia rasa tak layak nak bersahabat dengannya sebab dia tak dapat berikan apa-apa pertolongan. Dia tak berbakat seperti Aiden dan ambil masa untuk kuasai sesuatu teknik. Dia melihat Aiden dari tempat duduknya.