Chereads / Menara D'Estelle / Chapter 58 - BAB 42

Chapter 58 - BAB 42

Cain mencapai uniform yang sudah digosok rapi lalu disarung. Dia mengatur rambut dan penampilan dia sekejap di hadapan cermin sebelum keluar. Si serigala yang sedang bermain di ruang tamu pergi ke dia. Cain melutut.

"Dengar cakap Kei masa abang tak ada. Abang belum tahu bila boleh pulang. Okay?", pesannya.

"Okay", sahut si serigala. Dia sedih abangnya nak pergi. Jadi dia akan ikut cakap abangnya supaya dia boleh balik cepat. Cain mengusap rambutnya.

"Saya serahkan yang lain pada kamu", katanya pada Kei, pembantu yang sentiasa berada di sisi keluarganya.

"Jangan risau Tuan. Arahan Tuan adalah keutamaan saya", senyum Kei. Dia mencapai tangan si serigala dan berjalan ke kereta di luar.

"Saya berdoa yang Tuan akan pulang dengan selamat", katanya sebelum Cain masuk ke dalam perut kereta. Cain tersenyum nipis. Si serigala melambaikan tangan bila kereta mula bergerak pergi.

Dia pergi ke dewan dahulu di mana semua kesatria berkumpul dan juga lori-lori yang membawa segala peralatan mereka. Kapten pasukan Elit terus pergi ke Cain yang hanya menunggu di dalam kereta untuk menyambut dia dan melaporkan persediaan mereka.

"Kalau semua sudah sedia kita terus bertolak", katanya sambil melihat sekeliling. Kebanyakannya sudah selesai.

Selepas 15 minit, semua kesatria dan lori bergerak keluar ke destinasi. Ia akan ambil masa 2 jam untuk sampai ke Pangkalan Nolan. Cain dapat lihat nama pangkalan di pagar utama. Mereka memarkir di perkarangan utama. Nolan dan beberapa orang penting sudah pun menunggu kedatangan mereka.

"Selamat datang Tuan Cain", ucap Nolan. Dia memperkenalkan beberapa orang penting yang turut berada di situ.

"Tolong bawa peralatan mereka ke bilik senjata", arahnya kepada kesatria.

"Bawa mereka ke berek yang sudah disediakan", katanya kepada kesatria yang berpangkat Kapten.

"Kalau Tuan perlukan apa-apa selepas ini Kapten akan bawa Tuan ke pejabat saya", kata Nolan sebelum berlalu pergi bersama orang-orangnya.

Selepas menyimpan barang masing-masing, Kapten membawa mereka melihat segala fasiliti dan lokasi-lokasi penting di sekitar pangkalan. Cain melihat kesatria-kesatria yang sedang berlatih secara berpasangan di padang latihan yang luas.

"Kapten. Boleh saya cadangkan sesuatu?"

"Sudah tentu. Apa dia?"

"Boleh kesatria saya berlatih bersama kesatria Kapten dan pasukan lain juga?"

"Kami perlu tahu kebolehan mereka dan Kapten nak tahu juga kan?", katanya sambil menoleh ke dia.

"Boleh juga. Saya akan cuba cakap dengan pasukan lain juga", dia nak tengok apa kebolehan Puak Serigala Hitam. Pasti ada sesuatu yang menyebabkan Komander Nolan bawa mereka ke sini.

"Kalau Tuan perlukan tempat untuk berlatih kami ada sediakan padang latihan di berek"

"Terima kasih", mereka sediakan pun sebab kalau mereka tak mahu berkongsi tempat latihan yang sama dengan mereka.

Selepas melawat ke beberapa tempat lagi, Cain kembali ke berek dan minta semua kesatria berkumpul di bilik perbincangan untuk memberitahu jadual latihan mereka sepanjang berada di sini. Semasa mereka sedang bersedia untuk berlatih di padang latihan yang terletak di belakang berek, Kapten datang untuk bercakap dengan Cain.

"Ada beberapa pasukan setuju. Tapi mereka nak mulakan dengan lakukan sesi demonstrasi pukul 4 petang nanti", dia menyampaikan kata-kata mereka.

"Kami akan pergi. Saya pasti bukan semua setuju dengan cadangan saya", kata Cain. Tak sangka pula mereka bersetuju secepat ini.

"Itu..."

"Tak apa. Saya tak kisah pun", ia cuma cadangan jadi mereka berhak untuk katakan tidak.

"Tuan cadangkan untuk berlatih dengan mereka?", soal Kapten setelah dia pergi.

"Ya. Aku tak sangka mereka setuju secepat ini. Semasa kita lakukan demonstrasi nanti jangan tunjukkan semua kebolehan kita", ia sekadar langkah berjaga-jaga.

Semasa mereka tiba di padang latihan, ramai kesatria sudah menunggu dalam barisan pasukan masing-masing di luar padang latihan. Cain dan Kapten pergi ke Kapten-kapten pasukan kesatria yang berkumpul di bawah tempat terlindung.

"Saya Cain Black, penghulu puak Serigala Hitam dan ini Kapten pasukan Elit kami", dia menghulurkan tangan.

"Saya Kapten bagi pasukan 3", dia menyambut huluran. Cain turut berjabat tangan dengan Kapten lain.

"Kalau tak keberatan boleh saya tahu sebab Kapten semua setuju dengan cadangan saya?", tanya Cain setelah mengambil duduk. Kapten telah pun pergi ke tempat kesatria mereka berada.

"Kami nak tahu kebolehan puak Serigala Hitam dan boleh dikatakan kami tak akan dapat peluang sebegini lagi kalau bukan kini. Lagipun kesatria kami jarang dapat berlawan dengan Demi-human dan ini peluang yang bagus untuk mereka tahu perbezaan antara mereka dan Demi-human", sahut Kapten pasukan 3. Kapten yang lain mengangguk, sependapat dengan kata-katanya.

'Mereka lebih terbuka fasal ni dari yang aku fikirkan', bisik hati Cain. Dia tersenyum nipis.

"Saya setuju. Mereka mungkin akan berlawan dengan orang seperti kami bila-bila masa sahaja dan mereka perlukan pendedahan sebegini", dia melihat dari jauh kesatria yang berdiri tegak.

"Perhatian!", kata Kapten.

"Sila alu-alukan kedatangan penghulu puak Serigala Hitam, Cain Black dan pasukan Elit mereka", Cain berdiri setelah dia menyampaikan kata-kata aluan. Semua kesatria memberikan tabik hormat.

"Kita mulakan sesi demonstrasi bagi pihak kesatria dahulu. Bersedia setelah nama anda dipanggil", semua kesatria menunggu dengan perasaan gelisah. Siapalah yang tak kalau tiba-tiba ada sesi demonstrasi dilakukan.

Kapten memanggil seorang kesatria lelaki lalu dia pergi ke tengah padang. Kapten pasukan Serigala Hitam menyuruh salah seorang daripada mereka pergi. Kedua-dua kesatria mengeluarkan pedang dan beradu pandangan sebelum kesatria lelaki itu memutuskan untuk menyerang dahulu.

Si kesatria menyambut serangan dia. Lelaki itu menahan pedang dia pada bilah pedangnya sebelum menolak dengan kuat sehingga dia melangkah setapak ke belakang.

Dia menghayunkan pedang tanpa henti dan hanya menggunakan kekuatan minima pada setiap serangan untuk kurangkan penggunaan stamina. Si kesatria hanya mempertahankan diri. Sesekali dia membalas bagi melihat reaksi serangan lelaki itu.

'Kenapa rasa senang sangat ni?', getus hatinya. Dia perasan demi-human di hadapannya lebih banyak membalas setiap serangan dari menjadi penyerang. Entah kenapa dia rasa tak sedap hati. Dia bukanlah jenis yang memandang rendah pihak lawan tapi situasi ini membuatkan dia rasa aneh. Wajah kesatria demi-human itu tenang sahaja.

Tak lama selepas dia memikirkan semua itu, si kesatria menukar posisi kepada penyerang. Gaya serangan dia berubah menjadi lebih kasar dan sukar untuk dijangka. Tapi yang pasti ada sesuatu yang ketara berubah selain itu.

Bila dia menghayunkan pedang ke kiri si kesatria turut mengikut. Tak kiralah dia serang ke kanan, tengah atau atas, semuanya dapat dihalang. Seperti dia dapat membaca fikirannya. Dia teringat semasa mereka berlaga pedang pada awal perlawanan. Takkanlah dia dapat ingat teknik pedang aku dalam masa sesingkat itu? Memandangkan situasi sudah berubah dia juga perlu ambil langkah seterusnya. Dua Wind Lance muncul di kedua-dua belah sisinya.

Dia menggunakan strategi ke 3 untuk berdepan dengan pihak lawan sepertinya. Dia menyerang dahulu dan membuat ruang dan masa yang cukup antara serangan supaya dia dapat menggunakan Wind Lance pada jarak masa sesingkat itu. Bila dia mendapat ruang yang dicari kedua-dua Lance di sisinya bergerak pantas untuk serang balas.

Walaupun dia perlu sentiasa memerhati gerak geri si kesatria sepanjang masa tersebut, strategi ini dapat memberi dia ruang untuk mengambil nafas walau sekejap. Dalam kira-kira 30 ke 40 saat dia kembali menyerang. Dia tak akan beri si kesatria walau sesaat pun peluang untuk bertindak.

'Strategi dia sangat menarik. Dia menyerang berselang-seli dengan genshi dan pedang. Hanya orang yang ada tahap kawalan genshi dan tindak balas yang bagus sahaja dapat menggunakan strategi ini. Dia ni mesti salah seorang anggota terbaik mereka', fikirnya sambil tak melepaskan pandangan pada arah serangan Wind Lance dan pedangnya. Dia mengalami kesukaran untuk serang balas.

'Tapi malangnya pihak lawan dia aku'

Si kesatria menggunakan seluruh tenaga untuk menahan serangan seterusnya lalu ditolak ke tepi sekuat hati sehingga pedangnya terbang jauh ke padang.

'Kenapa dia buang pedang tiba-tiba?', dia terkejut dengan tindakan luar jangka itu. Kesatria yang memerhati turut terkejut, tertanya-tanya dan bingung dengan tindakan dia. Cain tersenyum melihat tindakan yang dia lakukan. Wind Lance dia terus berhenti bergerak.

Si kesatria mengambil posisi seperti orang bertinju. Dia nak berlawan guna tangan ke? Macam mana pula dia nak halang pedang dan genshi aku? Wajahnya langsung tak nampak gementar tapi sinar matanya penuh keyakinan. Dia hanya perlu menyerang untuk tahu apa yang dia mahu lakukan.

Wind Lance kembali ke posisi menyerang dan menuju ke dia. Penumbuk dihala ke salah satu Wind Lance. Bentuk Lance itu terus meletus seperti letupan kecil. Menghasilkan deruan angin. Mata dia terbuntang melihat apa yang terjadi. Dalam keadaan panik dia terus menarik Wind Lance yang tinggal ke sisinya.

'Apa yang-'

Dia bingung dengan apa yang baru saja terjadi. Apa pun benda itu dia tak dapat nak jelaskan bagaimana ia berlaku. Tapi yang pasti Wind Lance ini sudah hilang fungsinya. Dia membatalkan Wind Lance dan mengambil posisi.

Dia kena pastikan apa yang dia lihat bukan imaginasinya. Wind Blade terbang laju bila dia menghayunkan pedang. Si kesatria menumbuk Wind Blade lalu ia meletus seperti tadi. Jadi ia betul-betul berlaku.

Itu mesti kebolehan mereka. Dia belum pasti apa yang sebenarnya yang terjadi bila genshi meletus atau apa penyebabnya. Kalau dia tak boleh serang menggunakan genshi, dia hanya boleh menyerang dengan pedang.

Kesatria-kesatria yang tadinya yang memerhati mula berbisik sesama sendiri. Seorang kesatria lelaki dari Pasukan 2 melihat rakannya di padang. Situasi dah berubah. Dia tak ada banyak pilihan untuk menyerang demi-human itu. Apa dia nak buat sekarang?

Ini hanya demonstrasi jadi dia tak boleh buat lebih-lebih. Dia akan cuba buat yang terbaik saja. Pedang dihayun tanpa henti. Memandangkan dia tukar gaya serangan pada pertarungan jarak dekat, dia hanya perlu pastikan dia tak dapat mendekatinya.

Si kesatria mengelak setiap hayunan tanpa melepaskan pandangan pada arah pedang dihayun. Bila dia mendapat ruang untuk menyerang, dia menendang ke sisi kiri dengan cepat.

Tendangan itu menghentikan pergerakannya. Kesakitan menjalar ke sisi kirinya. Belum sempat lagi dia mahu kembali ke posisi menyerang, si kesatria menendang tangan yang memegang pedang. Pedangnya terjatuh. Dia sudah dapat agak yang dia tak dapat tewaskan kesatria demi-human itu. Tambahan pula, ini merupakan kali pertama dia berlawan dengan demi-human yang ada kebolehan sebegitu. Kalau kesatria lain, situasi ini pasti akan mencabar ego mereka dan tidak mahu menerima hakikat yang mereka kalah.

Tapi dia tak rasakan semua itu. Sebaliknya dia mahu berlawan lagi dengannya. Kini dia tahu sebab Komander Nolan mengambil mereka. Dia tersenyum nipis lalu menghulurkan tangan.

'Aku ingatkan dia tak puas hati dengan keputusan ini. Nampaknya aku tersilap', fikir si kesatria demi-human. Dia menyambut huluran. Rasanya dia akan ada peluang untuk berlawan dengan dia lagi.

Selepas mengambil pedang, mereka kembali ke pasukan masing-masing. Kapten pasukan demi-human menepuk bahunya dengan senyuman nipis sambil mengangguk. Dia berpuas hati dengan demonstrasi tadi.

Si kesatria melangkah ke arah di mana pasukan dia berada. Rakannya melihat wajah kesatria elit mereka. Dia nampak gembira? Orang lain mungkin tak perasan. Cuma dia sahaja yang nampak sekilas riak itu di wajahnya.

'Nanti aku tanyalah'

Selepas itu, giliran anggota mage melakukan demonstrasi. Ia dimulakan dengan melancarkan formasi pelindung di sekitar padang latihan yang berbentuk kubah lutsinar. Seorang mage wanita dan lelaki menuju ke tengah padang lalu menghadap ke arah pasukan-pasukan kesatria. Wanita itu mula dahulu dengan menggunakan formasi elemen air, dia menghasilkan pusaran air puting beliung yang berketinggian 5 ke 6 meter dan biar ia kekal berpusar.

Kemudian lelaki itu menghasilkan pusaran api di tengah-tengah pusaran air. Saiz puting beliung dan pusaran dikawal supaya ia tidak tersentuh pusaran air di bahagian luar. Gabungan dua jenis elemen tersebut memancarkan cahaya yang keluar dari celah-celah pusaran air.

Teknik gabungan elemen atau fusion sangat sukar untuk dilaksanakan, apatah lagi jika ia adalah elemen yang berlawanan seperti api dan air. Ia akan menjadi lebih sukar.

Gabungan pusaran api dan air menghasilkan pusaran yang indah kerana pancaran cahaya yang terhasil dan dalam masa yang sama ia kelihatan seperti serangan dwielemen dengan daya pemusnah yang dahsyat.

Mereka teruskan dengan teknik yang lebih mudah kali ini iaitu tali air dan api yang akan memenuhi seluruh ruang padang tanpa walau satu pun tali menyentuh elemen yang bertentangan.

Padang latihan kelihatan seperti kanvas lukisan dengan coretan demi coretan mula memenuhi setiap ruang kecuali tempat dua orang mage itu berdiri. Seorang anggota veteran mage yang berada di bahagian hadapan pasukan mage melihat berpuas hati melihat tahap kawalan genshi duo tersebut semakin bagus.

Bagi mengakhiri sesi demonstrasi, seorang wakil dari kalangan Kapten memberi sepatah dua kata. Dia menyatakan bahawa dia mahu semua kesatria memberi kerjasama penuh sepanjang masa yang kritikal ini kerana pada bila-bila masa teroris itu akan bertindak.

Semua kesatria sudah sedia maklum mengenai rentetan serangan tersebut yang terjadi pada beberapa minggu yang lalu. Mereka banyak melakukan latihan berpasukan sebagai persediaan untuk menghadapinya. Bukan itu sahaja, segala bekalan senjata dipantau dan senjata setiap kesatria dibaik pulih.

Kapten mengarahkan semua pasukan bersurai setelah selesai. Semua Kapten menyapa Cain dan memberitahu dia boleh berjumpa dengan mereka untuk apa-apa hal penting. Semua pasukan menuju ke tempat masing-masing untuk meneruskan sesi latihan. Dia lantas menuju ke rakannya, Aiden untuk bertanya sesuatu.

"Aiden. Kau okay ke?"

"Kenapa? Aku nampak tak okay ke?", Aiden balas dengan pertanyaan.

"Taklah. Lepas demonstrasi tadi kau nampak lain. Macam... Kau nampak macam... teruja?", katanya sambil melangkah seiring Aiden.

Aiden tak membalas tetapi sebaliknya dia pergi ke tepi ruang pejalan kaki. Dia mengikut arah tuju Aiden. Aiden menunggu sehingga kesatria lain sudah jauh baru dia membuka mulut.

"Ya. Aku memang tengah rasa teruja sekarang ni", katanya dengan senyuman. Masih terngiang-ngiang di mindanya perasaan yang dia alami semasa berlawan tadi. Suatu perasaan yang sudah lama tak menjentik hatinya.

Rasa hilang upaya dan panik yang dia lalui membuktikan dia masih belum cukup handal, walaupun dia bergelar kesatria elit di antara pasukan-pasukan kesatria. Maksudnya masih ada ruang untuk mengasah kemahiran pedangnya dan dia tak akan lepaskan peluang keemasan ini.

"Kau nak berlawan dengan dia lagi?", rasanya dia faham kenapa Aiden rasa teruja. Dia sudah lama kenal Aiden.

"Mestilah. Kau tak nak ke?", Aiden menoleh ke sahabatnya.

"Tengoklah", dia tersenyum pahit.

"Tak apa. Kau boleh buat bila dah bersedia. Ambillah peluang ni selagi mereka di sini", Aiden harap dia ambil peluang ini untuk mengumpul pengalaman dalam berlawan dengan demi-human.

Sepanjang demonstrasi, Cain melihat kalau ada kesatria demi-human dalam kalangan mereka. Tak. Dia tak nampak walau seorang pun. Daripada perbualan bersama semua Kapten tadi dia dapat tahu yang mereka jarang bersemuka dengan mana-mana kesatria atau pahlawan demi-human.

Pada sebelah petang, mereka berlatih di padang latihan. Sementara itu, Cain sedang menuju ke pejabat Komander Nolan. Lily meminta dia untuk menunggu sebentar di ruang lobi kerana Komander ada urusan penting. Setelah 15 minit berlalu Lily membawa dia ke pejabat.

"Silakan duduk. Tuan ada perlukan apa-apa?", tanya Nolan dengan ramah.

"Saya nak minta laporan penuh mengenai kes yang Komander kendalikan", dia perlu tahu kronologi kejadian teroris ini dari awal.

"Sudah tentu. Lily sediakan satu salinan"

"Baik Komander"

"Saya dengar ada demonstrasi dijalankan tadi. Apa pendapat Tuan mengenai kesatria kami?", tanya Nolan.

"Mereka semua anggota yang berkebolehan", dia teringat kesatria dengan genshi angin itu.

"Kalau ada masa saya akan datang tengok sesi latihan mereka dengan kesatria Tuan", dia harap mereka terima kesatria-kesatria demi-human itu dengan baik. Dia tak mahu terima apa-apa masalah yang timbul dalam waktu ini.

"Komander boleh datang bila-bila masa", rasanya masa itu akan tiba tak lama lagi.

"Memandangkan Tuan sendiri datang jumpa saya. Saya nak Tuan datang ke Bilik Operasi esok pagi untuk berbincang mengenai beberapa strategi yang kami telah sediakan", perkara ini perlu dilakukan segera supaya tak ada sebarang kekeliruan berlaku pada hari kejadian nanti.

"Baiklah. Saya akan pergi bersama Kapten kami"

Lily menghulurkan salinan kes kepada Cain. Dia membaca laporan kes pertama di mana semua penduduk terbunuh, gambar tempat kejadian dan mayat mangsa dilihat di bahagian lampiran.

Kesan luka terbakar di badan mayat menunjukkan kumpulan teroris ini langsung tiada empati mahupun kemanusiaan dalam diri mereka. Dia terlihat bahagian yang menyatakan Puak Blue Panther dan puak lain menghantar pasukan bantuan ke beberapa lokasi.

'Nampaknya pihak Persatuan sudah ambil tindakan dan mengklasifikasikan kes ini sebagai kes berprofil tinggi'

Berdasarkan pada beberapa lokasi lain nampaknya ia bukan sahaja terjadi di satu tempat sahaja. Ini mesti kerja sebuah kumpulan atau organisasi. Apa objektif mereka disebalik semua ni?