"Beritahu aku apa motif kau buat semua ni?", tanya Rai.
"Motif huh... Dulu aku pernah hidup susah sebelum aku jadi kesatria. Masa tu aku seorang saja yang mampu sara kami semua", dia mula bercerita.
"Tapi entah kenapa ada yang suka tindas orang sebagai hobi mereka. Termasuk keluarga aku"
"Kenapa kau tak laporkan?"
"Kalau aku laporkan pun tak ada guna. Mereka boleh lepaskan diri dengan mudah", mereka yang dia maksudkan mesti orang ternama atau bangsawan.
"Sebab mereka selalu cederakan adik aku dia meninggal dunia. Dia memang dah lama sakit dan selalu duduk rumah saja. Kalau kau yang kena kau nak lepaskan orang macam tu?"
"Apa yang kau buat ni sama saja macam mereka. Orang lain pun cedera juga sebab kau", dia terkilan dengan apa yang terjadi pada adiknya disebabkan orang-orang itu. Tapi itu tak bermaksud dia boleh libatkan orang lain.
Zhartyn melihat dari dalam bilik di cermin sisi. Sebab tu ke. Dia tak nafikan walaupun sesama Demi-human, memang ada orang yang suka menindas orang lain. Seperti yang dia alami. Dia keluar dari bilik itu dan masuk dari pintu depan.
"Kau tahu ke siapa mereka?", tanya Zhartyn setelah mengambil duduk.
"Tuan nak buat apa?", dia menoleh.
"Kalau kau beritahu aku dapat buat sesuatu. Kau memang akan diberi hukuman tapi macam mana dengan keluarga kau nanti?"
"Adik perempuan saya masih di sekolah dan ibu saya sakit. Dia cuma mampu duduk di rumah saja"
"Kenapa Tuan tiba-tiba nak tolong saya?", sebab simpati?
"Kalau kau laporkan pada orang yang betul, mereka akan dikenakan tindakan tapi kau tak buat"
"Kalau aku laporkan pun aku tak ada bukti kukuh untuk yakinkan mereka"
"Betul ke Tuan nak hukum mereka?"
"Ya. Kali ni mereka tak akan dapat lari"
Seorang kesatria menghantar dia ke sel bawah tanah sebelum dihantar ke persatuan. Zhartyn dan Rai pergi ke pejabat.
"Mereka huh. Tuan nak terus maklumkan pada mereka?", tanya Rai selepas mereka dapat tahu siapa.
"Ya", dia mendail nombor di telefon hologram. Lebih cepat dia maklumkan dapatlah perkara itu diselesaikan dengan segera. Kesatria di daerah tersebut akan terus dihantar ke lokasi.
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Dia melangkah menyusuri koridor dan mengetuk pintu kayu berkembar sebelum masuk. Sofa dituju lalu dia duduk. Laporan yang dibawa diletak atas meja. Dia menoleh ke lelaki dalam lingkungan umur 50-an yang sedang membaca dokumen.
"Kamu dah selesaikan kes hari ni?", tanyanya sambil mengangkat muka.
"Dah. Senang je. Petang nanti ada dua tempat saya kena pergi", balasnya sambil melonggarkan tali leher dan membuka dua butang atas. Dia terlihat fail dengan nama Kerabat Ephriem lalu diambil.
"Mereka ada tawarkan program itu beberapa minggu lepas. Kamu baca dulu dan beritahu saya pandangan kamu", katanya tanpa mengangkat muka.
"Huh? Kenapa mereka tiba-tiba buat benda ni? Mereka dah hilang akal ke", katanya selepas membaca.
"Jaga sikit mulut tu. Aku dengar mereka dah mula bawa masuk Demi-human ke kediaman utama mereka. Tak tahu kenapa mereka tiba-tiba berubah fikiran. Jadi apa kamu rasa fasal program tu?"
"Saya tak kisah apa mereka nak buat. Kita tak rugi apa-apa dari tawaran ni. Mereka nak buat dekat sana kan?"
"Ya. Ayah nak kamu ke sana masa program ni nanti. Mereka akan hantar seorang wakil dari Kerabat Ephriem dan Vyrut dah pilih seseorang. Ayah nak kamu tengok macam mana budak yang dia pilih",
"Vyrut dah pilih ya. Okay. Saya akan pergi", dia nak tengok siapa yang adiknya itu pilih.
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Ludric bangun bila jam loceng berbunyi nyaring. Langsir diselak. Hari agak berkabus pagi ini. Dia pergi bersihkan diri ala kadar dan bersarapan. Cuma dia seorang di kafeteria sebab semua kesatria mengambil misi beberapa hari lepas dan akan pulang selepas seminggu.
Dia pergi berlatih seorang diri seperti biasa sebelum pergi ke pejabat Azrien. Max mengetuai misi tersebut jadi cuma dia dan Azrien sahaja di sini.
"Pagi Kapten", katanya sambil membuka pintu.
"Pagi. Kamu baru habis berlatih?", dia melihat Ludric sekejap. Ada banyak kerja bertulis dia perlu selesaikan sebab itu dia pilih Max untuk ketuai misi tersebut.
"Ya", dia duduk di sofa. Ludric masih pakai baju biasa memandangkan uniform dia akan ambil masa beberapa hari untuk siap.
"Kalau kau bosan bacalah laporan tu. Itu semua kes yang kami ambil", kata Azrien. Ludric dikecualikan dari mengambil misi bersama kesatria lain sebab dia masih baru.
Ludric pergi ke almari dan mengambil satu fail lalu dibawa ke sofa. Dia melihat tajuk kes dan misi serta gambar. Kebanyakan misi yang mereka ambil adalah Kelas A dan S. Ada satu misi Kelas A yang menarik perhatian dia, ia adalah misi meneroka labyrinth yang terletak di negara jiran di mana Unit Elit bekerjasama dengan kesatria mereka.
Misi ini ambil masa 2 bulan untuk selesai sebab labyrinth ini boleh berubah pada satu-satu masa dan ada beberapa spesies raksasa unik yang hanya terdapat dalam labyrinth itu sahaja. Ludric membaca misi Kelas S yang lain. Dia mengambil fail lain setelah selesai membaca.
"Ludric. Kamu belum ada senjata sendiri kan?", dia menoleh ke Azrien.
"Belum. Saya kena beli sendiri ke?"
"Tak. Semua kesatria sini ada senjata yang direka khas untuk setiap orang. Lebih baik kau beritahu segera sebab ia akan ambil masa", Azrien tutup fail yang dia sedang lihat.
Senjata dia sebelum ini sudah diberi semula tapi lebih baik dia dapatkan yang baru untuk lakukan misi. Ludric dan Azrien pergi ke kafeteria untuk makan tengah hari bersama.
"Hmm. Saya nak pesan dua bilah pedang pendek", katanya lalu menyuap isi ikan.
"Okay. Kamu nak tengok katalog? Kamu boleh pilih design mana kamu nak"
"Bolehlah. Nanti saya tengok", bosan pula bila tak buat apa-apa ni. Dia lihat ke luar tingkap.
"Aku tak ada kerja petang ni. Kamu belum beli barang lagi kan?"
"Ya. Ada yang aku belum beli lagi. Nak pergi ke nanti?"
"Erm. Kalau kau bosan kita boleh pergi mana-mana nanti", katanya. Dia sudah menyiapkan separuh kerja yang tertunggak. Malam nanti dia sambung lagi.
"Boleh ke?", tanyanya.
"Yalah. Banyak ke barang kamu nak beli nanti?"
"Tak juga", dia perlu beli beberapa pasang baju baru dan barang keperluan lain.
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Sejak dia mendapat berita mengenai serangan di sempadan, tiada apa dia dapat lakukan melainkan mengetatkan keselamatan dan rondaan di samping memastikan kesatria-kesatria sentiasa bersedia sepanjang masa. Lily masuk dengan fail di tangan.
"Komander. Puak Serigala ada sesuatu nak bincang dengan Komander"
"Hmm? Apa dia?", dia tahu mereka turut diserang. Mungkin ada kaitan dengan perkara itu.
"Penghulu mereka nak sertai kita"
"Hmmm. Beritahu dia untuk datang sini esok"
"Baik Tuan"
"Tuan Nolan minta saya datang ke Pangkalan", katanya pada pembantu yang sedang menuang air.
"Tuan nak saya pergi juga?", cawan diletak di hadapannya.
"Tak perlu. Aku bawa dia nanti"
"Baiklah"
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
"Terima kasih sebab datang. Saya Komander Nolan", dia menghulurkan tangan.
"Terima kasih sebab sudi dengar permintaan saya", huluran disambut. Seorang kesatria sekadar berdiri di belakang kerusinya.
"Saya dapat tahu Encik mahu bekerjasama dengan kami. Boleh saya tahu apa sebabnya?", Nolan terus ke topik tanpa membuang masa.
"Seperti yang Tuan tahu kami turut diserang oleh mereka. Saya tak tahu apa tujuan mereka serang kami tapi saya tak akan lepaskan sesiapa yang sentuh orang-orang saya", air mukanya berubah dingin.
"Saya tahu kalau kami sertai pihak Tuan ia tak akan mengubah apa-apa tapi saya yakin Tuan perlukan kebolehan kami", sambungnya lagi.
Maklumat yang mereka dapat setakat ini adalah mereka menggunakan api dalam setiap serangan dan aku boleh masukkan mereka dalam rancangan untuk serang balas mereka bila tiba masanya nanti. Mesti kebolehan mereka sesuai dengan kes ini kalau dia sendiri datang ke sini.
"Maksudnya kamu nak saya gunakan perkhidmatan kesatria kamu?"
"Tepat sekali. Saya sendiri akan mewakili puak kami. Kalau Tuan setuju saya berikan kontrak yang ada bersama saya"
'Dia memang dari awal bawa kontrak itu dan tahu aku akan terima mereka. Aku tak rugi apa-apa pun kalau ambil mereka', fikir Nolan.
"Baiklah. Boleh saya tahu berapa orang?"
"Saya akan bawa hanya anggota elit kami sahaja yang berjumlah 35 orang. Ini kontraknya", dia tolak kertas di meja ke hadapannya. Nolan mengambil masa membaca isi kandungan kontrak sebelum menandatangan di penjuru kiri bawah kertas.
"Bila tiba masanya nanti saya perlukan pasukan kamu untuk tinggal di sini untuk sementara waktu. Segala keperluan saya akan sediakan", kata Nolan sebelum dia pergi.
"Beritahu Kapten fasal tadi dan suruh mereka sentiasa bersedia sebab bila-bila masa Tuan Nolan akan panggil", katanya pada kesatria yang sedang memandu.
"Baik Tuan"
"Dan laporkan pada saya berapa orang kesatria yang tinggal selepas tolak pasukan Elit"
"Saya akan sampaikan arahan Tuan"
Bila sampai di depan pintu rumah, adik lelakinya yang berusia 10 tahun menyambut dia. Semasa kejadian itu berlaku, dia tidur nyenyak dan langsung tak tahu apa yang terjadi. Dia mengusap rambutnya dan memimpin dia masuk. Mereka makan tengahari bersama sebelum dia pergi membuat latihan sekolah.
"Beritahu pihak kewangan untuk sediakan bajet bagi 2 minggu", katanya pada pembantu.
"Baik Tuan", dia tahu dia tak akan pergi bersama mereka. Tugas dia adalah untuk melindungi tempat ini sepanjang masa itu nanti.
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Pada lewat malam, Zhartyn memaklumkan hasil soal siasat kepada Chris di pejabatnya.
"Macam tu ke...", dia tak akan buat semua tu tanpa sebab.
"Jadi... Apa keputusan kamu?"
"Dia orang bawahan kamu jadi saya tak ada hak untuk buat apa-apa pada dia", dia melihat Zhartyn yang sekadar berdiri.
"Saya akan hantar dia ke pertubuhan"
"Baiklah. Kamu dapat tahu siapa dalangnya?"
"Mereka hantar orang tengah setiap kali mereka berjumpa dan dia tak pernah tengok muka dia sekalipun"
"Saya pergi dulu. Esok saya akan hantar laporan penuh", katanya lalu melangkah ke pintu.
Awal pagi esoknya, Roel menuju ke tembok sempadan. Udara terasa sangat segar. Dia dapat melihat lokasi kebakaran dari situ. Sebahagian lantai hutan yang hitam dibakar dapat dilihat dengan jelas. Dia meronda sekejap dan membaca laporan dari kesatria yang berjaga.
Dia pergi ke dewan makan dan terlihat adik beradik Puak Rubah Merah sedang makan bersama di ruang makan di luar sisi dewan. Ekor si musang yang gebu bergerak-gerak menunggu abangnya yang baru sampai dengan dulang di tangan. Dia sekadar membungkus makanan lalu menuju ke pejabat Chris.
"Roel. Cukup tidur malam tadi?", kata Chris sambil menyusun fail di almari.
"Lebih dari cukup", bungkusan makanan diletak atas meja lalu dia duduk di sofa. Sandwich dicapai lalu digigit. Chris duduk di sebelahnya dan mengambil sandwich daging.
"Sampai bila mereka sini?", dia maksudkan penduduk kampung yang ditempatkan di dewan.
"Selepas kerja baik pulih dan yang lain selesai mereka akan dihantar", kali ini dia perlu menambah beberapa orang untuk berkawal di sana. Tak lama kemudian, Rai datang untuk menghantar laporan.
"Bila kamu hantar dia?", tanya Chris.
"Esok pagi. Leftenan Roel. Saya berterima kasih dengan Tuan sekali lagi", ucap Rai sambil menundukkan kepala. Mereka perlu hantar dia secepat mungkin disebabkan jarak perjalanan yang jauh ke wilayah demi-human.
"Hal kecil saja. Kalau kau perlukan bantuan jangan teragak-agak nak tanya. Bukan dengan aku lah. Tanya Tuan Chris", dia menghirup sedikit kopi panas sebelum mencapai beg kertas berisi biskut dari dalam poket jaket.
"Saya akan sampaikan kata-kata Leftenan kepada Kapten", balas Rai. Dia mengangguk pada Chris lalu melangkah pergi.
"Pagi-pagi lagi kamu dah makan tu", tegur Chris.
"Suka hati aku lah", malas dia mendengar bebelan abangnya.
Dia akan dihantar ke Persatuan dan diadili di sana, mengikut undang-undang mereka. Andelf merupakan salah satu empayar yang terdiri dari pelbagai spesies yang hidup bersama dengan harmoni. Pemerintah bagi setiap spesies berhak untuk melaksanakan dan mewartakan undang-undang tersendiri di wilayah jajahan masing-masing adalah antara persetujuan bersama yang dicapai. Chris tahu undang-undang demi-human sangat ketat dan hukumannya lebih berat.
Zhartyn membaca sekali lagi laporan soal siasat sebelum ditolak tepi. Dia bersandar pada kerusi, memikirkan sebab semua ini terjadi. Walaupun sudah beberapa tahun berlalu dia tak akan lepaskan mereka dengan mudah.
'Masih ada lagi yang berani buat hal. Aku kena buat sesuatu', fikir Zhartyn. Kali ini dia perlu ambil tindakan drastik dan mereka akan jadi contoh terbaik untuk dia berikan amaran terutama kepada golongan atasan.
Dia tersentak bila mendengar bunyi pintu dibuka. Rai masuk dengan dua beg plastik di tangan. Zhartyn bangun lalu pergi ke sofa.
"Macam mana tadi? Komander ada beritahu apa-apa?", dia mencapai air kopi lalu mengambil duduk.
"Tak ada. Leftenan Roel cakap kalau kita perlukan bantuan beritahu saja", balas Rai.
Layanan yang mereka terima setakat ini lebih baik dari mana-mana tempat dia pernah pergi. Walaupun empayar ini ada pelbagai spesies, dia tak nafikan diskriminasi tetap wujud walau di mana sekali pun. Kali pertama dia sampai dia agak terkejut bila ada kanak-kanak demi-human yang berani mendekatinya.
Dia sudah biasa bila mereka takut dengan dia, ia disebabkan oleh gerak hati mereka bila berdepan dengan golongan pemangsa seperti dirinya. Kehidupan di wilayah demi-human berbeza dengan manusia di mana mereka ada rantaian dan hierarki tersendiri.
Usai menyiapkan kerja-kerja lain, Zhartyn melawat penjara bawah tanah untuk berjumpa dengan dia.
Seperti biasa dia mendengar bunyi derap kaki kesatria yang meronda. Dia hanya merenung dinding. Bunyi langkah kaki itu berhenti di hadapan sel dia berada. Dia dapat melihat sepasang kaki dari ekor mata lalu dia menoleh. Kenapa dia datang sini?
"Kau mungkin duduk dalam penjara dalam 2 ke 3 tahun. Itu pun sebab aku masuk campur", katanya. Kenapa dia nak tolong aku. Aku tak kisah pun nak duduk sini lama-lama.
"Kami akan bawa keluarga kau tinggal di kediaman kami dalam masa itu", wajah dia berubah riak bila Zhartyn menyebut fasal keluarganya.
"Dan selepas kamu bebas nanti saya akan berikan pampasan untuk apa yang berlaku pada keluarga kau dulu", sambungnya tanpa sempat dia mahu mencelah atau bertanya.
"Jangan salah faham. Aku bukan buat semua ni untuk kau", ia cuma sesuatu yang dia perlu lakukan.
"Saya tahu. Terima kasih", kalaulah dia buat perkara yang betul dulu, mungkin adiknya masih hidup. Tapi nasi sudah menjadi bubur. Dia hanya mampu berterima kasih dengan Zhartyn. Sekurang-kurangnya dia tahu keluarganya terjaga.
Zhartyn melangkah pergi. Dia tunduk memandang lantai. Dia tahu dia buat semua itu bukan sebab adiknya tapi untuk puaskan hati dirinya sahaja. Anehnya dia tak dapat buang perasaan yang mencengkam hatinya selama ini setelah membuat semua itu.
Hatinya terasa perit. Sejujurnya dia rasa bersalah dan kecewa sebab tak mampu nak jadi abang yang terbaik untuk dia. Memori bersama adiknya terbayang di minda satu persatu. Senyuman pahit menghiasi wajahnya.
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Dia menggosok setiap peralatan sehingga tiada secalit pun kotoran lalu dihala ke lampu. Memastikan dia tidak terlepas pandang sebelum disimpan dengan cermat ke dalam beg khas. Seorang lelaki dengan tanda garisan putih di bahu kiri uniform mendekati dia dari belakang.
"Tuan. Semua persediaan sudah selesai", matanya sempat mendarat pada barisan peralatan atas meja.
"Kita bertolak dalam setengah jam lagi", dia tak menoleh mahupun berhenti.
"Baik Tuan", dia terus beredar pergi. Ini kali pertama pasukan dia bekerjasama dengan lelaki itu. Dia banyak mendengar khabar angin mengenai dia. Bagaimana dia melayan tahanan mahupun orang dia sendiri. Dia tak teragak-agak untuk cederakan mereka bila situasi tak menyebelahinya. Sebagai ketua dia perlu pastikan rancangan mereka berjaya supaya anak-anak buah dia tak terkena amarah dia.
Lokasi pada peta dilihat. Ia agak jauh dari sini tapi mereka dapat bergerak ke mana-mana tempat dengan bantuan itu. Dia akan pastikan yang dia lebih berguna dari mereka yang gagal.
Kot yang disidai pada kerusi dicapai lalu disarung. Dia keluar dan menuju ke tangga yang membawanya ke ruang bawah tanah. Cahaya merah dari formasi yang meliputi hampir keseluruhan lantai bercahaya, menandakan ia akan aktif sebentar lagi. Lima orang mage berdiri di luar garisan formasi.
Kapten bagi pasukan 2 menoleh. Terdapat kira-kira 60 orang bersenjata sudah bersedia untuk menerima arahan. Dia mengangguk pada mage bila dia sudah berdiri dalam formasi. Ia mula bersinar lebih terang.
Bibirnya mengorak senyuman sinis. Mereka semua lesap ditelan cahaya lalu keadaan kembali sunyi.