Adam rasa serba salah mahu membunuh arnab yang dia berjaya tangkap bila melihat mata dia yang seperti minta kasihan. Tapi kalau dia tak buat dia tak dapat selesaikan misi ini.
"Adam. Kamu kena bunuh arnab tu untuk ambil tanduk", kata Vyrut. Adam tak pernah buru raksasa ke sebelum ni?
Adam menarik nafas sebelum mencucuk perut ia dengan pisau pendek. Arnab itu berhenti bergerak. Vyrut menepuk bahu Adam. Selepas menyiat kulit dan mengambil daging, bulu dan juga tanduk mereka hantar ke pertubuhan Tenshiz sebagai bukti dia sudah menyelesaikan misi. Lucillez mengekori dari belakang. Dia hanya memakai pakaian biasa.
Setelah menyerahkan ia, pekerja di kaunter memberi wang sebagai ganjaran. Mereka pulang ke kediaman semula. Adam tahu macam mana nak ambil misi sebab dia selalu ikut ayah dia pergi ke pertubuhan.
"Macam mana? Okay?", tanya Vyrut bila mereka masuk ke dalam kereta kuda di belakang bangunan.
"Bolehlah. Tapi saya kena ambil misi lebih sukar nanti kan?"
"Ya. Tapi Tuan muda buatlah misi biasa dahulu macam tadi. Lepas dah biasa Tuan muda boleh ambil misi satu kelas tinggi", saran Lucillez yang duduk di sebelahnya.
"Okay"
"Kamu tak pernah buru raksasa sebelum ni?", tanya Vyrut.
"Tak. Saya kerja di kaunter masa di pertubuhan dekat kampung dulu. Lagipun dulu ayah yang selalu pergi buru raksasa", jelas Adam.
"Ohh. Kamu kerja di pertubuhan dulu huh", kata Vyrut. Dia tahu ayah Adam meninggal dunia beberapa tahun lepas.
Emylle meletak barang atas meja di biliknya lalu duduk di tepi katil. Dia tinggal dengan adiknya di bilik ini tapi memandangkan dia balik awal si kucing mesti tidur dengan Ian. Dia membersihkan diri dan pakai pakaian biasa. Dia beri cuti kepada semua kesatria dia untuk 2 hari. Dia keluar untuk makan sarapan dan selepas itu dia berjalan di sekitar kediaman.
Aireen yang sedang bermain dengan si kucing di taman menoleh bila melihat kelibat yang dia kenali.
"Emylle!"
"Aireen. Kamu sini rupanya", si kucing memeluk kaki Emylle. Dia mendukung si kucing.
"Lama aku tunggu kau pulang", luah Aireen.
"Sebab tu lah aku pulang awal. Patutnya pasukan aku perlu teruskan latihan tiga minggu lagi", dia tahu susah nak jumpa Aireen kalau dia lepaskan peluang untuk jumpa dia kali ni.
"Ohh. Kau sibuk ke sekarang?", Emylle duduk di sebelahnya.
"Kau nak pergi jalan-jalan ke? Kalau nak petang sikit lah. Aku nak rehat dulu"
"Boleh je", dia tak tergesa-gesa pun. Lama mereka berborak. Aireen bercerita fasal keadaan di pangkalan laut dan perkara yang mereka hadapi setiap hari. Emylle mendengar sahaja tanpa mencelah. Dia bertanya sekali sekala. Selepas puas bercerita Emylle pergi ke asrama dengan si kucing.
"Macam mana dengan misi tadi?", tanya Noah.
"Okay. Cuma saya belum biasa lagi", balas Adam. Vyrut sibuk menyelesaikan beberapa dokumen penting. Cuma dia dan Noah duduk di ruang tamu. Adam bosan duduk di bilik jadi dia buat latihan di situ.
"Adam. Kamu nak ikut saya pergi pangkalan?", tanya Vyrka semasa waktu makan tengah hari. Vyrut hampir tersedak air. Dia cepat-cepat telan sebelum menoleh ke Vyrka.
"Tak payahlah bawa Adam ke sana. Masih terlalu awal untuk Adam pergi", Vyrut menghalang abang dia membawa Adam ke situ. Raksasa di lautan sangat bahaya dan agresif.
"Abang bukannya nak suruh dia berlawan di sana. Dia boleh berlatih sekali dengan kesatria di sana dan lihat apa yang mereka buat. Kesatria marin lain daripada kesatria di sini. Abang cuma nak dia tahu fasal sana juga", jelas Vyrka. Dia tak akan berganjak dari keputusan dia.
"Saya rasa cadangan kamu tu bagus. Adam kamu ikutlah Vyrka selama seminggu. Lagipun kalau kamu dah pergi ke akademi nanti tak ada masa nak ke sana", Noah yang hanya mendengar dari tadi bersetuju dengan cadangan Vyrka.
"Abang pun...", kata Vyrut.
"Vyrka kamu tak akan beri Adam buat kerja berat kan?", senyum Noah.
"Mestilah. Saya dah cakap tadi kan", dia tahu ada makna di sebalik senyuman Noah. Lagipun dia memang tak nak Adam buat apa-apa yang bahaya. Dia cuma nak dedahkan kepada dia situasi di sana.
"Tak payahlah risau Vyrut. Adam kamu okay ke nak pergi sana?", Noah menoleh ke Adam.
"Saya nak pergi. Macam yang abang Vyrka cakap saya nak tahu fasal sana juga", Adam bersetuju dengan cadangan Vyrka. Ia cuma seminggu sahaja. Vyrka tersenyum mendengar kata-kata Adam.
"Masih ada dua minggu sebelum kita pergi. Nanti saya beritahu apa nak bawa", kata Vyrka.
Lucillez membawa buku ke taman untuk membaca memandang dia cuti hari ini. Dia turut membawa biskut dan teh panas dalam termos. Si arnab yang selalu meluangkan masa di taman perasan kehadiran Lucillez. Dia mendekati Lucillez dari belakang dan melihat biskut di dalam beg kertas. Lucillez menoleh.
"Kenapa? Kamu nak ni ke?", dia mengambil biskut dan diberi kepada si arnab. Si arnab duduk di sebelahnya lalu menggigit biskut. Lucillez mengusap rambut dia sekali sekala sambil membaca.
Si arnab yang lain turut melihat Lucillez. Mereka tersenyum bila melihat ada arnab lain di situ selain mereka. Beberapa orang arnab mendekati Lucillez. Dia mengeluh perlahan bila melihat mereka. Setiap kali dia di sini mesti mereka datang dekat dia. Dia meletakkan si arnab di pangkuan dia sambil membaca. Si arnab yang lain memetik bunga di tepinya. Biskut yang dia bawa habis dimakan si arnab.
Arth yang sedang lalu di laluan berbumbung melihat apa yang berlaku. Ughhh. Comelnya. Dia melihat Lucillez yang sedang melayan si arnab. Dia nak sangat tengok telinga arnab Lucillez tapi dia tahu ia sukar. Dia pergi ke dapur sebentar untuk mengambil beberapa paket biskut.
Bila dia sampai si arnab tersenyum bila melihat Arth lalu mendekati dia. Arth memberi mereka sepaket biskut setiap seorang. Dia mendekati Lucillez lalu memberi paket terakhir.
"Ahh. Terima kasih", dia menyambut huluran. Paket dibuka lalu dia menggigit biskut.
"Kamu tak dengan Tuan muda hari ni?", tanya Arth. Selalu dia dengan Adam selain bersama kesatria dia.
"Tak. Saya cuti hari ni", Arth melihat rambut Lucillez di mana sepatutnya ada telinga arnab. Dia nak sangat tengok arnab yang berbulu putih. Dia dengar bulu mereka lebih gebu bila tiba musim luruh dan musim salji.
"Arth. Kamu sibuk ke?", tanya Vyrka semasa dia sedang mencari seseorang.
"Tak. Tuan ada nak apa-apa?"
"Beri ni dengan Adam", dia menghulurkan kertas.
"Baik", dia menuju ke bilik Adam lalu mengetuk pintu. Bila mendengar sahutan dia membuka pintu. Adam yang duduk di sofa mengangkat muka.
"Ohh. Arth rupanya. Ada apa?"
"Tuan Vyrka minta saya beri ni kepada Tuan muda", dia memberi lipatan kertas.
"Terima kasih", senyum Adam. Ini mesti senarai barang dia perlu bawa nanti.
"Saya ada sesuatu nak tanya Tuan muda", kata Arth.
"Ya?"
"Tuan muda pernah tengok telinga arnab Lucillez?"
"Ya. Dia selalu keluarkan bila dengan saya", Arth suka arnab kan? Mesti dia nak tengok telinga arnab Lucillez. Tapi dia tak keluarkan bila di luar.
"Ohh", mungkin dia cuma keluarkan dengan orang dia selesa saja. Arth minta diri untuk keluar selepas mendapat jawapan.
Pergi ke laut huh. Dia tak pernah pergi sejauh itu. Dari yang dia lihat di tepi pantai sebelum ini lokasi pangkalan itu agak jauh.
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Zhartyn memanggil semua kesatria dan menjelaskan ada perubahan pada jadual rondaan. Ia dikuatkuasakan serta merta. Dia mengedarkan jadual baru kepada ketua pasukan masing-masing. Kemudian ketua pasukan berbincang mengenai apa yang akan dilakukan untuk rondaan kali ini.
'Macam yang mereka cakap. Mereka mesti akan lakukan sesuatu selepas ia terjadi. Tukar jadual rondaan tak akan ubah apa-apa', dia tersenyum sinis. Malam itu seperti biasa dia menghantar laporan menggunakan burung.
Waktu subuh esok harinya, dia pergi ke tempat biasa dan menerima balasan. Surat di kaki burung diambil lalu dia membaca. Kening dia berkerut membaca isi kandungan. Mereka nak jumpa dia di lokasi ini bila tiba giliran pasukan dia meronda. Mereka nak serang lagi ke?
Pasukan dia akan meronda esok hari. Dia meluangkan masa melihat lokasi setiap kawasan penting di sekitar pangkalan dan sambung melukis peta di bilik waktu sebelah petang. Ambil masa dua hari untuk dia siapkan peta ini. Waktu tengah malam dia menghantar peta.
Keesokan pagi semua kesatria pasukan dia bersiap sedia di pintu gerbang belakang. Kedua-dua pasukan berpecah ke lokasi masing-masing. Dia berada di posisi paling belakang. Bila tiba masa untuk meronda mereka dibahagi kepada dua orang dan pergi ke kawasan sekitar yang diberi. Dia pura-pura melihat dengan teliti dan melihat rakan setugas dia di belakang.
Selepas melihat kawasan kampung yang hampir dijilat api beberapa hari lepas mereka semua melakukan rondaan sekali lagi sebelah pulang untuk memastikan mereka tak terlepas pandang kali ini. Dia tersengih melihat mereka.
Dia berhenti di sebelah rimbunan hijau yang tinggi dan melihat lama di kawasan antara pokok. Salah seorang kesatria di sebelahnya menoleh.
"Apa kau tengok tu? Rasanya tak ada apa-apa. Tu kan kesan tapak kasut kita semua", katanya dengan yakin.
"Hmm. Tapi nampak lain sikitlah. Cuba kau tengok", dia mengesa si kesatria. Dia mengeluh sebelum berdiri di sebelahnya.
"Lain kan?", semua kesatria di sini memakai kasut yang sama, jadi kesan tapak kasut mereka semua mestilah sama. Tapi yang ini lain. Ada orang lalu sini ke? Rasanya bukan penduduk kampung sebab kampung tadi kosong dan yang terdekat pun tak ada sebab untuk lalu di sini.
"Kejap. Saya beritahu Kapten", dia menuju ke Kapten yang berada di hadapan. Dia tersenyum sinis. Dia dah letak kesan ni semasa dia meronda tadi.
"Mana?", kata si Kapten sambil menuju ke dia.
"Sini Kapten", dia menunjukkan kesan tapak kasut. Dia melihat lebih dekat. Ia memang lain.
"Kamu dua ikut saya. Yang lain tunggu di sini dahulu", arahnya. Mereka dua mengangguk.
Mereka mengikut arah kesan tapak kasut jauh ke dalam hutan. Setelah pasti mereka berada di perangkap yang mereka sediakan, dia perlahankan langkah. Bila Kapten melangkah ke kawasan yang tiada rumput, formasi tiba-tiba menyala dan beberapa letupan berlaku di sekeliling. Kesatria yang menunggu tadi berlari ke arah mereka.
Salah seorang kesatria tanya dengan rakan dia. Dia menjelaskan apa yang berlaku sementara dia berdiri di sebelahnya. Kesatria itu memberitahu untuk jangan datang dekat ke tempat itu. Tanah di sekeliling yang terkena letupan membuatkan mereka tak dapat melihat apa yang terjadi kepada Kapten. Setelah ia reda beberapa kesatria mendekati dan memanggil Kapten.
Kapten terhincut-hincut berjalan ke arah mereka. Kaki dan lengan dia cedera. Mereka terus membawa dia ke unit perubatan. Mereka berdua yang jumpa kesan tapak kasut telah dipanggil ke pejabat Chris untuk beri penerangan.
"Kamu yang jumpa kesan tu?", tanya Chris lalu menoleh ke dia. Rai turut berada di situ. Roel yang bersandar di tepi tingkap hanya mendengar.
"Ya Tuan. Saya tak sangka pula mereka sediakan perangkap di situ", katanya dengan sedih. Sekali tengok seperti dia hampir menangis. Hanya mata dia berkaca sedikit.
"Kamu tak jumpa apa-apa lagi?"
"Tak. Mereka tak tinggalkan apa-apa", sambung kesatria di sebelahnya.
"Macam mana kamu tahu ada kesan tapak kasut di situ?", Roel mencelah. Mereka dua menoleh ke dia.
"Saya yang perasan kesan tu. Sebab kami lakukan rondaan dua kali di tempat sama", jelasnya.
"Kamu seorang yang perasan kesan tu?", tanya Roel lagi tapi kali ini dia tekankan pada dia seorang sahaja.
"Ya Tuan", balasnya. Dia rasa pelik kenapa dia tanya lagi tapi dia hiraukan.
"Peliknya. Orang lain tak perasan. Cuma kamu saja yang perasan kesan tu", kata Roel dengan sangsi.
"Apa maksud Tuan? Tuan nak cakap yang saya buat semua tu?", katanya dengan nada marah.
"Saya tak cakap pun. Cuma saya rasa pelik bila kamu seorang saja yang perasan. Yalah. Kedua-dua pasukan dah bercantum masa itu dan dalam ramai-ramai tu cuma kamu seorang saja yang perasan. Sesiapa pun mesti rasa pelik", jelas Roel dengan selamba.
"Tempat saya jumpa kesan itu agak terlindung jadi mungkin mereka tak nampak sangat", dia cuba meyakinkan Roel.
"Ya ke?", dia tanya kesatria di sebelahnya.
"Ya. Ia di antara pokok dan terlindung dengan rumput yang tinggi", katanya.
"Hmmm. Kamu tak ada apa-apa nak cakap lagi kan. Kamu boleh pergi", kata Roel. Dia ni nampak rapat dengan dia.
"Baik Tuan", dia rasa pelik tiba-tiba kena halau tapi dia memang tak ada apa nak cakap lagi jadi dia pergi.
"Kau", Roel bangun dan berdiri di belakang Chris lalu bersilang tangan.
"Sampai bila lagi kau nak berlakon?"
"Apa maksud Tuan? Bila pula saya berlakon?", dia mengangkat kening. Tapi dalam hati soalan Roel tadi buat dia berdebar-debar.
"Haih...", Roel mengeluh. Dia memberi isyarat kepada Rai yang duduk di kerusi sebelah Chris. Dia bangun dan mengambil sesuatu dari dalam bilik di sebelah meja. Bila Rai keluar, mata dia terbuntang melihat apa yang dia bawa.
"Kau kenal ni kan?", tanya Roel. Ia adalah burung yang dia guna untuk hantar maklumat.
"Saya bela burung tu. Tapi saya tak nak tinggalkan ia jadi saya bawa sini", dia cuba membuat alasan.
'Dia masih tak nak mengaku ya. Degil betul', kali ini Roel mengambil sesuatu dari poket dalam jaket dia. Lipatan kertas di dibuka dan dibentang atas meja. Kali ini dia tak terlepas pandang bila wajahnya jelas terkejut.
"Ini lukisan pelan pangkalan ni. Lengkap dengan lokasi setiap kawasan penting. Kau rasa siapa yang nak lukis benda ni kalau dia tinggal sini? Melainkan dia nak bagi seseorang", dia merenung tajam.
"Kalau betul saya yang buat macam yang Tuan cakap. Tuan ada bukti?", katanya dengan yakin. Burung itu sahaja tak cukup untuk menunjukkan dia yang menghantar maklumat itu.
"Dari pelan ni saja saya dah tahu memang orang dalam yang buat. Kamu nak bukti? Okay", kata Roel dengan selamba. Dia rasa pelik melihat balasan Roel. Tak pasti dia memang ada bukti atau tak dari reaksi Roel.
Roel pergi ke meja dan mengambil sampul dalam laci. Dia duduk di sebelah Chris, menghadap si pelaku. Isi sampul dikeluarkan dan diletak satu persatu. Chris pun tak tahu apa yang adiknya dapat sepanjang siasatan dia.
"!!!", kali ini dia memang terkejut besar. Kertas-kertas ni...
"Kau nak mengaku ke tak?", tanya Roel. Dia malas nak paksa.
"Tuan pasti saya yang tulis ni? Macam mana kalau bukan saya yang Tuan cari?", dia masih cuba cari jalan keluar.
"Tu senang saja. Dari yang saya tahu setiap kesatria dalam pasukan Zhartyn akan buat laporan sebab Kapten ada beritahu yang setiap pasukan akan dibahagi kepada satu kumpulan kecil yang meronda satu kawasan. Mereka ni akan buat laporan harian dua kali sehari. Saya boleh pergi ambil laporan tu sekarang dan buat perbandingan kalau kau nak", jelas Roel panjang lebar.
Dia terlupa mereka dikehendaki untuk buat laporan sendiri sejak datang ke sini. Kalau dia tengok laporan tu, senang saja dia tahu aku yang buat. Tapi akan tak akan biar dia menang. Dia lihat Roel dengan tenang.
"Kalau macam tu. Macam mana Tuan tahu saya yang bawa mereka ke situ? Bukan saya yang buat perangkap itu", katanya pula. Sebab memang bukan dia yang buat.
"Pfft..", dia salah dengar ke? Kenapa dia ketawa pula tiba-tiba?
"Ahhh. Perangkap tu ya", dia alih ke tepi kertas tadi dan keluarkan isi sampul lain.
Dia membaca setiap helaian kertas atas meja. Dari mana dia dapat ni? Bukan aku dah bakar ke? Roel tersenyum.
"Mesti kau fikir dari mana aku dapat ni kan? Mr X", dia mengangkat muka bila mendengar nama samaran dia guna di setiap surat.
"Dan fasal perangkap tu. Senang je. Kau tak pernah dengar non elemen? Semua tu cuma buatan saja. Kapten kamu tak cedera pun~", bunyi letupan dan cahaya formasi itu semua hanyalah rekaan sahaja termasuklah asap. Dia sudah terangkan kepada pasukan yang meronda hari ini rancangan dia. Semuanya disediakan malam sebelumnya. Darah pada badan dia hanyalah darah palsu yang dia sapu selepas letupan itu berlaku.
"Haih... Baiklah. Saya mengaku", dengan semua bukti itu dia tak dapat lari.
"Sebelum tu. Saya nak tahu dari mana Tuan dapat kertas-kertas ni? Saya yakin saya dah bakar semua"
"Mestilah saya dapat sebab saya yang tulis", balasnya dengan selamba.
"Huh?"
"Saya tak tahu yang hantar surat dengan orang pun best juga", Roel bersandar.
Jadi selama ni dia hantar surat-surat tu dengan dia. Kenapa dia tak syak apa-apa.
"Tuan tak nak tanya saya kenapa saya buat semua ni?"
"Kenapa aku nak tahu pula?"
"Haha. Kalau Tuan tahu pun Tuan tak akan faham", dia ketawa lemah. Rai mengambil gari dan pasang pada pergelangan tangan. Dia tak nampak takut bila dibawa pergi. Wajahnya nampak tenang.
"Hmmm. Kenapa dia buat agaknya? Dia pun Demi-human tapi dia sanggup buat itu pada mereka", kata Chris.
"Entah. Itu tugas mereka untuk tahu motif dia", Roel menyimpan semua kertas dalam sampul.
"Kamu buat dengan bagus Roel. Kamu guna tu ke untuk ambil surat-surat tu?"
"Yalah. Dahlah kena awasi dia 24 jam", Roel merungut.
"Okay okay. Kamu nak apa. Abang belikan", Chris menepuk bahu dia.
"Aku dengar Chocolate Heaven's ada menu baru. Aku nak lima kotak", Roel bersilang tangan.
"Okay", dia perlu beritahu bahagian sumber manusia untuk pergi beli esok memandang mereka pergi ambil bekalan.
"Aku nak pergi tidur", dia bangun dan pergi ke pintu. Dah berapa malam dia tak cukup tidur.
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Cecair di dalam balang menggelegak. Wap panas melalui proses pemeluwapan dan masuk ke dalam bekas di hujung. Setelah mendapat jumlah yang ditetapkan Raphael mengambil. Dia menarik nafas sebelum meletak semua ke dalam balang di atas retort.
"Boom!!", campuran cecair meletup. Raphael terus menjauhkan diri. Nasib baik dia pakai cermin mata pelindung. Dia membuka.
"Gagal lagi", bahan ini pun tak sesuai untuk tahan kepekatan genshi dalam bahan utama. Dia ambil laporan dan menulis. Semua peralatan dikemas dan dicuci. Bahan kimia yang tidak digunakan disimpan dan yang gagal dibuang dalam tong sampah bahan kimia.
Dia menukar baju sebelum duduk di sofa dan melihat telefon. Sebastian mengetuk pintu lalu masuk. Dia meletak air teh buah sejuk di hadapan Raphael.
"Terima kasih", dia terus meneguk dan mencapai sandwich.
"Cik ada nak apa-apa lagi?"
"Ahh. Boleh tolong panggil Shawn?"
"Baiklah", dia menunduk sebelum keluar. Dia masuk setelah mengetuk pintu dan memberitahu Shawn Raphael nak jumpa dia. Shawn mengangguk.
Sebastian pergi ambil teh dan snek lagi dia dapur. Si arnab yang sedang memetik bunga terlihat dia dan pergi ke dia. Si arnab menarik seluar dia.
"Kenapa? Nak jumpa Cik muda ke?", si arnab tersenyum lalu mengekori Sebastian.
Si arnab pergi ke Raphael sebaik sahaja pintu dibuka. Dia mengusap rambutnya. Sebastian letak piring tingkat dan cawan teh sebelum menuang teh. Dia terus pergi bila sudah selesai.
"Saya dengar Tuan Ephriem nak buat program pertukaran kesatria. Kamu tanya dengan Kerabat Artorius kan?", kata Raphael. Si arnab mencapai kek cawan di piring tingkat.
"Ya. Noah cakap dia akan hantar ke Tuan Artorius. Tapi saya belum dapat maklum balas dari mereka", Shawn hirup teh.
"Ikut rancangan kamu, bila program tu bermula?"
"Dalam bulan 11. Program tu akan berlangsung selama 3 ke 4 bulan dan saya akan pergi ke sana juga kalau Kerabat Artorius setuju", tak dapatlah dia tengok Raphael nanti.
"Baguslah tu. Kalau mereka tak setuju kamu nak tanya siapa?"
"Saya ada pilih Kerabat lain juga", Raphael tak rasa sedih ke bila dia pergi nanti?
"Hmm. Saya ada terfikir nak ambil misi", terus terhenti tangan Shawn yang mahu mengambil sandwich.
"Misi? Untuk apa?", rasanya Raphael tak ada alasan lain untuk ambil misi sebab kadang-kadang mereka akan dihantar untuk membunuh raksasa bila tiba waktu Rempuhan.
"Saya mungkin akan ambil dalam tahun depan sebab ada sesuatu saya nak cari", jelasnya.
"Maksudnya kamu nak pergi ambil misi sekali sekala?", tanya Shawn.
"Tak. Saya nak pergi mengembara sebagai Tenshiz", dia menoleh ke Shawn.
"...", dia tak tahu nak cakap apa. Kalau Raphael betul-betul nak pergi, dia tak tahu bila dia boleh jumpa Raphael lagi.
"Kamu mungkin dah di sana semasa program tu berlaku. Ahh. Saya akan hantar surat bila ada masa", katanya. Dia dapat rasa mood Shawn berubah.
"Okay. Jangan lupa nanti", senyum Shawn. Si arnab yang hanya mendengar melihat Raphael.
"Saya ada jumpa kedai dessert baru buka. Kamu nak pergi?", dia mengubah topik.
"Bolehlah. Saya tak ada buat apa-apa pun buat masa ni", eksperimen tergendala sehingga dia jumpa bahan seterusnya.