Chereads / Menara D'Estelle / Chapter 55 - BAB 39

Chapter 55 - BAB 39

Dia mengetuk pintu sebelum melangkah masuk. Chris menoleh.

"Tuan. Pasukan elit dari pertubuhan dah sampai"

"Mereka dah sampai ya", dia menghampiri adiknya dan menepuk bahu dia.

"Marilah. Kita jumpa mereka", senyum Chris.

Bila mereka sampai ke dataran, Chris dapat melihat dua pasukan dalam 30 orang setiap pasukan berdiri tegak dalam barisan. Seorang jejaka beruniform hitam menghampiri Chris.

"Kapten Zhartyn. Saya datang untuk laporkan diri", dia menabik.

"Selamat datang ke Seksyen Sempadan. Kami sudah sediakan tempat untuk kamu semua. Sila ikut Lieutenant Roel", Roel bergerak ke tepi.

Dia memberitahu penolong dia untuk membawa semua kesatria. Meninggalkan dia bersama Chris. Mereka menuju ke pejabatnya. Si arnab menarik tangan Chris lalu tersenyum.

"Maafkan saya. Dia nak sangat jumpa Tuan", kata Erun.

"Tak apa. Mari duduk sini", si arnab duduk di sisinya. Zhartyn melihat si arnab sekejap.

"Ini senarai pasukan yang dihantar ke pangkalan lain juga", dia menghulurkan fail. Chris mengimbas setiap helaian untuk kenal pasti dari siapa sahaja.

"Baiklah. Kamu boleh rehat dulu. Kalau ada apa-apa saya akan beritahu"

"Saya minta diri dulu", dia bangun dan menuju ke pintu.

"Dia dari puak Blue Panther kan?", tanya Erun sambil menghampiri Chris.

"Ya. Saya tak sangka juga mereka hantar bantuan", kata Chris lalu mengusap pipi si arnab dengan hujung jari.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Azrien membawa plastik sambil menuju ke wad Ludric. Esok dia akan diberi pelepasan. Dia letak plastik di tangan Ludric. Apa ni? Ludric mengeluarkan bungkusan dari plastik.

"Apa pilihan kau?", tanya Azrien.

Ludric membuka penutup dan mencucuk buah dengan pencucuk kayu. Dia mengangkat muka.

"Aku pilih pilihan yang pertama"

"Okay"

"Aku perlu ambil apa-apa ujian ke?"

"Ujian Praktikal dan Demonstrasi"

"Kau nak buat terus?"

"Lebih cepat lagi bagus"

"Kalau macam tu. Esok pergi dekat gelanggang latihan"

"Okay", dia menyuap buah.

"Kau tak ada tempat tinggal kan?"

"Sini ada asrama kan?"

"Kami memang ada sediakan asrama tapi kau tak ada tempat lain nak pergi kalau ada cuti nanti. Kau boleh tinggal dengan aku dulu", cadang Azrien.

"Tinggal dengan kau?", terangkat kening Ludric.

"Ya. Jumpa kau esok"

'Kenapa dia nak aku tinggal dengan dia?' fikir Ludric.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Semasa makan tengah hari, Vyrka memberitahu Adam dia lulus ujian, Adam tersenyum. Noah turut tersenyum sambil melirik ke Vyrut.

"Saya nak kamu ambil latihan tambahan", kata Vyrka sambil memotong daging.

"Latihan apa?", tanya Vyrut.

"Adam. Kamu ambil ujian untuk jadi Tenshiz kan? Apa kata kamu ambil misi?"

"Misi?", mungkin sebab dia banyak berlatih dan belajar, dia terlupa dia adalah Tenshiz.

"Kamu boleh pergi dengan Adam, Vyrut. Lagipun di akademi nanti kamu akan ambil kelas praktikal"

"Kelas praktikal?"

"Semua pelajar wajib ambil kelas ni. Kamu akan diberi misi untuk memburu raksasa dalam satu kumpulan", jelas Vyrut.

Adam memikirkan cadangan Vyrka. Kalau dia ambil misi, dia akan dapat lebih banyak pengalaman dalam memburu raksasa dan mengasah kemahiran pedang.

"Kenapa termenung ni?", tanya Lucillez. Dari tadi dia tenung buku di tangan.

"Tak adalah. Abang nak saya ambil misi sebagai latihan tambahan", dia letak tepi buku.

"Siapa cakap?"

"Abang Vyrka", dia masih rasa janggal memanggil dia abang.

Lucillez duduk di sebelah Adam lalu mencapai biskut. Dia menggigit sedikit. Adam melihat telinga arnab yang gebu. Dia selalu keluarkan telinga arnab dia setiap kali bersama Adam.

"Saya ada beli sesuatu untuk kamu", kata Adam lalu mengeluarkan sesuatu dari formasi penyimpanan. Dua biji kek diletakkan atas meja.

"Kamu makanlah dengan mereka juga"

"Terima kasih"

"Dari mana kamu dapat tu?", tanya Ian. Dia berada di kafeteria.

"Tuan muda beri", Lucillez membuka kotak.

"Tu bukan kek dari Restoran de Angel ke?", Aireen muncul dari belakang Lucillez.

"Ya ke?", tanya Ian.

"Ya. Ini kek terbaru mereka. Mereka jual dalam jumlah terhad setiap hari. Jadi susah nak dapat"

"Tuan muda cakap kongsi dengan yang lain juga", tambah Lucillez.

"Aku nak juga", kata Ian dahulu.

"Pergi ambil piring", arah Lucillez. Ian terus pergi ke kaunter.

Aireen memotong kek dan memberi kepada kesatria yang ada di situ. Setelah memotong kedua-dua kek, dia membawa dua biji pinggan untuknya dan Lucillez. Dia letak piring di depan Lucillez.

Dia memotong kek lalu disuap. Ia agak manis tapi sedap. Si kucing dengan pantas menuju ke Ian dan menarik-narik bajunya.

"Mari duduk sini", kata Ian. Si kucing duduk di sisinya, dia tersenyum melihat kek.

"Bila Emylle pulang?", tanya Aireen.

"Tak lama lagi pulanglah tu", balas Ian.

Aireen melihat si kucing yang makan dengan gembira.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Ludric diberi pelepasan waktu petang esoknya. Dia pergi ke gelanggang latihan. Azrien dan Max sudah menunggu.

"Kau boleh mula bila-bila masa", kata Azrie.

Ludric menghalakan tangan ke depan. Beberapa ceracak batu tumbuh dari tanah dan tiang batu pula muncul. Tangan diturunkan lalu keadaan kembali seperti tadi. Azrien dan Max dapat rasa tempat mereka berdiri bergegar sedikit. Lama kelamaan gegaran semakin kuat.

'Dia boleh kawal dalam keluasan ini. Pilihan aku tepat', fikir Azrien. Tambahan pula kawalan teknik dia sangat bagus.

"Kau boleh berhenti"

"Untuk ujian praktikal. Kamu perlu ikut Max"

"Ikut saya", mereka pergi ke kandang kuda.

"Kamu tahu tunggang kuda?"

"Ya", Ludric menggosok badan kuda

"Kita akan lakukan ujian ini dalam hutan", Max naik atas kuda.

Selepas dua jam, mereka kembali ke pangkalan. Max memberitahu Ludric dia boleh pergi lalu dia menuju ke pejabat Azrien. Azrien mengangkat muka bila dia masuk.

"Macam mana tadi?"

"Boleh tahan. Dia boleh guna genshi tanah peringkat dua. Dia 21 tahun kan?"

"Ya. Baguslah kalau macam tu", dia melihat rekod ujian.

"Kenapa kau nak dia masuk sini?"

"Kemahiran genshi dia bagus dan aku tak nak dia sia-siakan masa dalam penjara dalam usia tu", balas Azrien.

"Okay", dia tahu mesti ada sebab lain cuma Azrien tak nak beritahu.

"Kau dah sedia bilik untuk dia?"

"Dah. Cuma aku risau kalau mereka terima dia ke tak. Nak masuk Unit Elit jauh lebih sukar berbanding kesatria biasa dan dia masuk dengan mudah", luah Max. Tambahan pula dia bekas penjenayah.

"Aku tahu. Ia akan ambil masa tapi lama-lama nanti mereka akan terima dia juga", tiada siapa tahu Ludric diletakkan formasi itu kecuali beberapa orang.

Ludric melihat sekeliling bilik. Mulai hari ini, dia tinggal di sini. Dia ada bawa satu beg baju dari markas mereka. Dia duduk di tepi katil.

"Kamu suka warna apa Ludric?", tanya Max semasa mereka dalam perjalanan ke pangkalan.

"Hijau. Untuk apa?"

"Uniform kamu nanti. Esok kamu pergi ukur saiz untuk uniform tu"

"Okay"

Dia terasa pelik bila tiba-tiba dia menjadi seorang kesatria. Semua ini terasa aneh baginya.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Dia melihat mereka membuat persediaan untuk rancangan seterusnya. Mereka sedang menyusun barang.

"Tuan. Semua persediaan sudah selesai", kata seorang lelaki.

"Okay. Mana dia?"

"Dia dalam bilik tu", mesti dia sedang buat itu. Dia menuju ke bilik yang berada jauh di dalam markas. Suara jeritan semakin jelas bila dia semakin dekat. Dia membuka pintu.

Seorang Demi-human diikat di kerusi. Ada kesan terbakar dan lebam di seluruh badannya. Orang yang menyeksa dia menoleh. Bengang bila ada orang mengganggu.

"Tuan rupanya. Kenapa Tuan datang sini?", dia gembira melihat orang yang ditunggu-tunggu.

"Giliran kau kali ni"

"Hehehe. Dah lama saya tunggu arahan Tuan", dia ketawa mengekek. Mata dia bersinar teruja.

"Kami nak pergi bincang sekarang"

"Aku dapat maklumat mereka sudah laporkan pada pertubuhan. Mereka hantar pasukan bantuan ke lokasi ini", mereka melihat tiga tempat yang ditanda pada peta.

"Kau akan laksanakan rancangan seterusnya di sini", katanya pada lelaki itu.

"Baik Tuan. Saya pergi buat persediaan sekarang", katanya sambil pergi ke pintu.

"Bawa pasukan nombor dua", sambungnya. Dia mengangguk.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Zhartyn melihat kesatria dia yang sedang berlatih secara berpasangan. Chris mendekati.

"Selamat pagi Kapten"

"Selamat pagi Tuan", dia menoleh. Si arnab tersenyum. Chris sedang memangku si arnab sambil melihat kesatria yang sedang berlatih.

"Boleh kesatria saya berlatih dengan kamu?"

"Mestilah boleh. Saya memang terfikir nak tanya Tuan juga", si arnab menarik lengan bajunya dan memberi sekuntum bunga.

"Dia nak jumpa kamu dari tadi", Zhartyn mengusap rambutnya.

"Ini jadual rondaan pasukan kamu", Chris memberi fail yang dipegang si arnab.

"Terima kasih", dia melihat waktu mula rondaan. Esok adalah waktu pasukan dia meronda, sekali waktu pagi dan petang. Selepas selesai berlatih, Zhartyn terus membahagi mereka kepada 4 buah pasukan.

Zhartyn melihat kesatria yang sedang makan dan berborak di dewan makan. Ada ramai kesatria dari puak Demi-human. Dia ternampak sepasang telinga merah dari celah-celah orang ramai. Dia menunggu sehingga dia keluar untuk melihat siapa.

Si kesatria keluar sambil membawa dulang. Waktu-waktu begini memang banyak orang. Dia pergi ambil minuman di tong air.

'Rubah merah huh. Tak sangka pula jumpa di sini', dia sendiri pun sukar nak jumpa mereka. Setelah mengambil makanan, dia duduk bersama penolong dia di tempat duduk luar dewan.

"Apa pendapat Kapten fasal tempat ni?"

"Hmm. Setakat ni semua okay. Cuma tak sangka ada budak-budak di sini"

"Fasal tu. Saya ada tanya kesatria sini. Mereka cakap ada yang bawa ahli keluarga mereka tinggal sini terutama yang tak ada ibu bapa"

"Mereka sediakan tempat tinggal untuk mereka juga ya", dia baru mahu menyuap bila ada seseorang berdiri di tepi meja. Telinga gebu itu bergerak-gerak lalu menjenguk ke meja. Penolong dia mengusap rambutnya. Si musang memejam mata.

"Kapten. Rubah merahlah", katanya dengan teruja.

"Saya baru jumpa seorang tadi. Dia kesatria. Masih kadet lagi rasanya", dia melihat si musang.

"Ya ke? Mana dia?", dia menoleh-noleh.

"Dia makan di dalam kali"

"Alah", dia nampak kecewa.

"Kamu suka rubah merah?"

"Mestilah. Bukan setiap hari boleh tengok mereka", dia menepuk ruang di sebelahnya. Si musang cuba naik tapi tak dapat. Dia mengambil dan letak di sisi.

"Tuan. Dari mana datang kesatria rubah merah?", tanya Zhartyn.

"Ahh. Kamu dah jumpa dia ya. Hmm..."

"Kampung dia kena serang. Mujurlah ada kesatria yang meronda masa itu. Kami sempat selamatkan mereka. Cuma... Ibu bapa dia terbunuh", jelas Chris.

"Kami ada hantar kesatria untuk jaga tempat itu sejak ia terjadi", tambahnya lagi.

"Tuan minta dia tinggal sini?"

"Tak. Dia yang minta jadi kesatria. Dia dan adiknya tinggal sini"

"Kenapa kamu tanya?"

"Puak Rubah Merah susah nak jumpa, di tempat kami sekali pun. Saya cuma tertanya-tanya kenapa mereka di sini"

"Ohh. Ya ke?"

Zhartyn mengangguk. Dia melihat susunan fail atas meja. Erun sedang sibuk mengatur maklumat yang dia dapat untuk kes ini.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Keesokan pagi, dua pasukan kesatria meronda di Zon B9 dan B10. Mereka melihat sekeliling dengan teliti. Ada kampung Demi-human terdekat di sini dan mereka juga perlu meronda di sana. Seorang kesatria Demi-human melihat tanah, kalau-kalau ada kesan orang lalu. Mereka pergi ke kampung dan bertanya dengan penduduk di situ kalau ada berlaku sesuatu yang mencurigakan sejak akhir-akhir ini. Mereka katakan terima kasih kerana meronda di kampung mereka juga. Dia kata dia hanya menjalankan tugas sahaja. Dia menulis laporan untuk dihantar kepada Kapten Zhartyn.

"Terima kasih", dia menyambut kepilan kertas.

Tak ada apa-apa yang mencurigakan berlaku. Tiada tanda-tanda mereka di situ. Semua normal. Dia mengangguk kepada kesatria yang menunggu.

Dia memastikan tiada sesiapa yang melihat sebelum keluar. Kertas diikat pada kaki burung lalu dia lepaskan. Ia terbang ke dalam kegelapan malam.

Pasukan rondaan seterusnya diketuai oleh penolong Zhartyn. Mereka ditugaskan di Zon C7 sehingga C9. Dia tersenyum melihat si arnab yang menyorok di belakang abangnya semasa dia meronda di kampung. Hari sudah hampir senja bila mereka selesai meronda. Dia melepaskan nafas lega bila semuanya berjalan lancar. Sehinggalah mereka dalam perjalanan pulang.

Dia melihat mereka dari celah-celah semak. Bilah genshi angin terbang ke mereka. Rai, penolong kesatria, menyedari ia lalu mengeluarkan pedang untuk menghalang. Mata pedang dia menghentam bilah angin. Dia mengarahkan mereka untuk bersedia.

Dia mencari kedudukan musuh dari arah serangan. Seorang lelaki serba hitam keluar. Seorang demi seorang. Macam mana dia tak sedar mereka di sini. Mereka mengeluarkan senjata dan mula menyerang.

Kesatria di bawah pimpinan Rai membalas serangan mereka tanpa mengalami kesukaran. Rai sempat melihat simbol di baju mereka. Dia menggunakan Wind Lance. Serangan dia mencederakan mereka. Salah seorang dari mereka menggunakan genshi api dan melakukan serangan dalam skala besar. Kemudian Wind Blast digunakan untuk memarakkan api ke sekeliling. Pokok-pokok mula dijilat api.

'Mereka nak bakar hutan ni ke', fikir Rai. Mereka perlu padam api ni cepat sebelum ia merebak ke tempat lain.

Kumpulan lelaki serba hitam itu berlari meninggalkan mereka. Salah seorang kesatria merenung mereka dengan amarah. Dia memadamkan api dengan genshi air sebelum mengejar mereka.

"Jangan kejar mereka!", jerit Rai bila dia perasan kesatria yang berlari. Dia menyuruh kesatria lain memadamkan api dan panggil pasukan satu lagi yang berada di Zon lain sebelum pergi mengejar dia.

Bahang api semakin panas bila dia masuk jauh ke dalam hutan. Dia melihat kesatria tadi dari jauh bersama seorang lelaki dari kumpulan itu. Dia berlari lebih cepat. Belum sempat dia sampai lelaki itu menyerang dengan genshi api. Si kesatria membalas setiap serangan tapi lama kelamaan api tersebut semakin sukar dipadam dek bahang yang semakin panas. Rai sampai dan mengeluarkan pedang.

"Tuan", dia menoleh.

"Aku dah cakap jangan pergi kan", dia menjeling tajam. Si kesatria memalingkan muka.

Lelaki itu kembali menyerang tapi kali ini dia menggunakan pusaran api yang besar. Rai menarik lengan kesatria itu untuk membawa dia pergi. Angin berpusar dengan bahang yang amat panas. Dia toleh ke belakang, cuba mencari jalan keluar. Si kesatria cuba memadamkan api tapi tak berhasil. Api semakin marak.

Lelaki tadi telah pun pergi. Ranting pokok yang besar tumbang dan hampir mengena mereka. Rai tarik tepi kesatria tadi.

"Urghh", dia mendesis sakit. Lengan baju dia terkena ranting kayu yang terbakar. Lengan uniform dia turut terbakar sedikit. Dia mengumpulkan air di lengan baju dengan genshinya dan biar ia di situ sahaja untuk first aid.

Rai tak boleh guna genshi dia dalam keadaan begini jadi mereka hanya dapat menunggu kesatria lain datang. Tak lama kemudian Rai dapat melihat beberapa kesatria berlari ke arah mereka. Dia menjerit memanggil mereka. Mereka menuju ke mereka berdua dengan pantas sambil memadamkan api.

"Kamu berdua okay?", tanyanya sambil melihat keadaan mereka.

Rai mengangguk. Mereka berlari keluar dari hutan sehingga sampai di luar kawasan kebakaran. Rai melihat dari jauh api yang membakar hutan. Ia merebak ke kawasan kampung Demi-human yang mereka pergi tadi. Mesti mereka sedang pindahkan mereka.

Dia menoleh ke kesatria di sebelahnya, lebih tepat lagi di lengan tempat dia kena api. Dia mencapai tangan dia. Si kesatria menoleh.

"Buka baju kamu", arahnya.

"Huh?", dia kebingungan.

"Atau kamu nak saya yang buat?"

Dia membuka jaket uniform. Kening dia berkerut bila melihat luka terbakar di lengannya. Ia nampak lebih teruk bila dia buka jaket.

"Kenapa kamu tak dengar arahan saya tadi?", tanyanya dengan geram.

"Maafkan saya", memang dia akan diberi tindakan tatatertib nanti.

"Pergi bawa dia jumpa doktor secepat mungkin", arahnya pada kesatria lain. Mereka mengangguk lalu membawa dia pergi.

Tak lama lepas mereka pergi ada sekumpulan kesatria bersama penduduk kampung datang ke arahnya.

"Laporan"

"Kawasan luar kampung kena api. Kesatria yang lain sedang padamkan api tapi ia semakin marak. Kami nak pergi minta bantuan dan hantar mereka ke sana", jelasnya secara ringkas.

"Baiklah. Ikut saya", dia mendahului dan menuju ke pangkalan. Pintu gerbang belakang sudah terbuka luas. Semua kesatria membawa mereka ke dewan besar. Rai mencari kelibat Chris dari celah-celah orang ramai. Dia nampak Chris memberi arahan.

"Tuan", panggilannya bila sudah dekat.

"Kamu Rai kan? Kenapa?"

"Saya nak minta bantuan untuk hantar ke kampung di Zon C7. Kesatria pasukan saya sudah berada di sana"

"Baiklah. Al hantar dua pasukan ke sana", katanya pada kesatria di sebelahnya. Dia membalas.

"Tuan. Mana pasukan perubatan?"

"Dekat bangunan itu. Kamu cedera ke?"

"Tak. Kesatria saya cedera"

"Kamu pergilah jumpa dia", katanya lalu tersenyum nipis.

Rai masuk ke dalam bangunan putih tiga tingkat. Tak ramai pesakit di situ jadi dia terus bertanya di mana kesatria yang cedera di lengannya sahaja. Jururawat menunjukkan bilik di hujung koridor. Dia melihat ke dalam dari cermin di pintu. Bila pasti dia orangnya dia masuk. Doktor yang sedang membalut luka menoleh sekejap sebelum teruskan balutan.

"Macam mana dengan lengan dia Doktor?"

"Nasib baik dia lakukan first aid jadi luka dia tak berapa teruk. Cuma dia tak boleh lakukan apa-apa aktiviti buat masa ini. Sehingga ia pulih", jelasnya. Dia memberi ubat sapu dan mereka berlalu pergi.

"Kamu rehat saja dulu lepas ni", katanya.

"Okay", dia mengangguk lemah. Dia melihat Rai dari ekor mata.

"Kenapa?", tanya Rai tanpa menoleh. Dia melihat pasukan mage di dinding sempadan yang sedang melakukan persediaan untuk formasi pada skala besar bagi memadamkan api.

"Kamu tak beri saya hukuman?", tanya dia berhati-hati.

"Ini kesalahan pertama kamu kan? Saya beri kamu peluang kali ni", dia menoleh.

"Terima kasih", dia risau juga kalau Rai mahu berikan hukuman sebab dia pernah dengar hukuman yang dia beri pada kesatria lain dahulu dan ia sangat teruk.

"Kalau kau tahu nak berterima kasih lain kali dengar arahan aku. Faham?", dia melihat ke dalam anak mata dia.

"Baik", dia kenal Rai sejak dia masih kesatria kelas bawah. Rai adalah antara yang terpilih dalam puak dia, Black Panther, untuk berkhidmat sebagai penolong Zhartyn. Kemahiran dia memang cukup dikenali kesatria Demi-human.

Roel melihat api yang marak di hadapan mata. Dia memang dari tadi duduk di sini jadi dia yang pertama perasan kebakaran itu.

Asap mengelilingi kawasan hutan yang hanya tinggal batang pokok sahaja. Mereka sempat padam api sebelum ia merebak lebih luas. Kampung Demi-human tadi hanya kena di kawasan luar kampung sahaja. Tapi ada tanaman penduduk yang terbakar.

"Jadi kamu kena serang hendap sebaik sahaja selesai meronda?", tanya Chris.

"Ya. Seolah-olah mereka tahu kami akan lalu di situ. Mereka dalam 10 orang", balas Rai. Mereka sedang berbincang di pejabat Chris bersama Zhartyn dan juga Roel.

"Pasukan bantuan baru sahaja dihantar beberapa hari lepas. Macam mana mereka tahu kita di sini? Mereka juga tahu kawasan rondaan kita", kata Zhartyn.

"Jawapannya dah ada depan mata", celah Roel. Mereka semua menoleh. Roel makan biskut sambil memegang balang.

"Maksud kamu?", tanya Zhartyn.

"Mestilah ada orang dalam yang bocorkan. Apa lagi", balasnya dengan selamba.

"Maksudnya ada pengkhianat antara kita", kata Chris. Semua kesatria di sini tahu ada pasukan yang meronda pada jam tertentu. Cuma ada beberapa orang tahu ia dilakukan di Zon mana.

"....", Zhartyn berkerut kening. Cuma orang terdekat dengan mereka di dalam bilik ini sahaja yang tahu. Antara kesatria dia dan Chris.

"Apa kata kita sediakan perangkap?", cadang Roel.

"Macam mana?", tanya Rai pula.

Roel tersenyum. Dia memberi buah fikiran sambil menjelaskan bagaimana ia akan dilakukan nanti. Zhartyn mendengar sahaja.

"Ahh. Tapi lebih baik kita lakukan selepas beberapa hari. Kalau tak mesti orang tu rasa sangsi", tambah Roel lagi.

"Baiklah. Kamu akan siasat orang yang disyaki", kata Chris.

"Kenapa aku pula?", kata Roel dengan nada tak puas hati.

"Kamu yang beri cadangan kan?", senyum Chris.

"Hmph", dia tak patut cakap apa-apa tadi.

"Tak susah pun. Kamu boleh buat dari dalam bilik kamu saja kan", pujuk Chris. Dia tahu adiknya tak suka kerja tambahan.

"Yalah", dia mencapai biskut dalam balang.

"Saya akan siasat dari pasukan yang kami bawa juga", kata Zhartyn. Dia harap orang tu bukan dari pasukan dia.

"Okay. Kamu boleh pergi sekarang. Rai kamu tunggu sekejap. Saya nak tanya sesuatu", Rai yang bangun dari tempat duduk melihat Chris.

"Kamu ada jumpa apa-apa masa mereka serang tadi?", Rai hampir terlupa sebab keadaan huru hara tadi.

"Ya. Boleh saya minta pen dan kertas?", Erun yang mendengar mengambil dari meja Chris. Rai melukis sesuatu sebentar. Bila selesai dia melihat sekejap untuk memastikan ia sama seperti yang dia lihat.

"Saya sempat tengok logo ini pada baju mereka. Setiap orang ada logo yang sama", Rai menghulurkan kertas kepada Chris.

Chris melihat apa yang Rai lukis. Logo huh... Maksudnya mereka ada organisasi yang agak besar untuk lancarkan semua serangan yang mereka hadapi sepanjang beberapa minggu ia berlaku.

"Terima kasih. Dengan ini saya pasti dengan sesuatu. Boleh tahan juga kamu lukis", sempat lagi Chris memuji.

"Tak ada lah. Saya harap ia dapat bantu tuan"

"Kalau tak ada apa-apa lagi kamu boleh pergi", kata Chris. Rai mengangguk lalu pergi ke pintu.

"Roel", dia menoleh ke adiknya pula.

"Apa?"

"Pastikan kamu dapat orang tu. Kamu faham?", muka Chris berubah serius.

"Baik Tuan. Saya nak pergi dulu", dia letak balang yang sudah tinggal suku atas meja.

Chris pergi ke tingkap di belakang meja dan melihat kesatria yang sedang mengangkat barang. Semua penduduk kampung akan bermalam di sini dahulu sehingga mereka pasti ia selamat. Fikirkan dalang yang menghantar maklumat kepada mereka membuatkan dia rasa marah. Kalau dapat dia tak akan lepaskan dengan mudah.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Semua kesatria pasukan Emylle duduk di batang pokok. Badan mereka sakit-sakit sebab latihan yang agak lama. Noel melihat Emylle yang nampak relaks sahaja. Mereka sahaja yang terkesan dengan latihan tadi. Ada kesatria yang sedang bersiap sedia untuk makan malam.

"Noel", panggil Emylle.

"Ya Kapten", dia bangun.

"Tukar rancangan. Kita akan balik esok pagi", semua kesatria terus menoleh. Kapten nak tamatkan latihan lebih awal? Kenapa?

"Baik Kapten", mereka mesti dengar. Tapi dia tetap beritahu mereka termasuk mereka yang pergi ambil kayu api. Masing-masing mengeluh lega. Akhirnya latihan dari neraka ini tamat juga.