Chereads / Menara D'Estelle / Chapter 54 - BAB 38

Chapter 54 - BAB 38

Dia menuju ke bangunan kesatria. Di dapat melihat kesatria sedang berlatih dan menuju ke Ian dan Lucillez yang berdiri di tepi.

"Hei"

"Oh. Aireen. Kamu dah balik. Bila sampai?", tanya Ian.

"Petang semalam. Mana Emylle?", dia tak nampak kelibat si kucing tu.

"Dia buat latihan khas dalam hutan. Kenapa? Rindu dia ke?", gurau Ian.

"Tak boleh ke?", dia melihat si kucing yang duduk di tempat teduh.

"Aireen. Aku tak tahu yang kau dah menyimpang", kata Ian sambil menjauhkan diri.

"Kau ni kan", nak saja dia sekeh kepala Ian. Ian tersengih saja.

"Berapa lama kau sini?", kata Lucillez pula. Macam-macamlah mereka dua ni.

"Tak lama. Tiga minggu je"

"Boleh kamu habiskan latihan awal? Tuan Vyrka nak guna tempat"

"Tak apa. Saya suruh mereka berlatih di tempat lain. Tuan Vyrka nak buat apa?", tanya Ian.

"Tuan nak buat ujian untuk Tuan muda Adam"

"Ahh. Tuan yang buat ke?"

"Saya yang lawan dia nanti"

"Kenapa kamu pula?", tanya Ian bingung.

"Entahlah. Tuan yang suruh. Lagipun Tuan cuma minta saya jadi lawan dia untuk uji kemahiran genshi dia saja"

Seketika kemudian gelanggang kosong. Hanya tinggal dia di situ. Dia terlihat Raphael yang berjalan di jalan berbumbung. Raphael menuju ke dia.

"Ada apa-apa terjadi ke?", tanya Raphael.

"Selamat pagi Cik Raphael. Tuan Vyrka nak buat ujian di sini sekejap lagi"

"Boleh saya tengok juga?", dia tahu ujian ini untuk siapa.

"Biasanya kami tak benarkan orang luar tengok. Saya cuba tanya Tuan Vyrka dulu"

"Okay"

Adam sampai dahulu. Dia turut membawa pedang bersamanya di pinggang. Kenapa Raphael di sini?

"Hai Raphael", sapa Adam.

"Kamu dah sedia?"

"Ya", cuma dia rasa nervous sebab hal ujian ini. Dia ingat Vyrut pernah kata fasal kelayakan sebelum ini tapi dia tak tahu ia bermaksud dia perlu buat ujian ini.

Vyrut dan Noah sampai lalu duduk di tempat yang disediakan. Vyrka sampai kemudian.

"Kamu cuma perlu tunjukkan pada saya kemahiran kamu. Kamu boleh mula bila-bila masa", dia duduk bersama Noah dan Vyrut. Aireen dan Adam berdiri di tengah gelanggang. Adam mula dengan sedozen bola api yang muncul di udara.

'Dia boleh gunakan banyak tu dalam satu-satu masa. Boleh tahan', fikir Vyrka.

Adam menggerakkan bola api ke Aireen. Aireen membelah setiap bola api dengan pedang. Adam mengambil peluang untuk menyerang dengan pedang. Aireen menghadang setelah dia selesai memotong bola api terakhir. Adam menghayun beberapa kali dan pada masa yang sama dia menyediakan serangan seterusnya.

Beberapa bilah genshi api melayang ke Aireen dari tepi dan depan. Kali ini Aireen menggunakan genshi air untuk membalas setiap serangan yang menuju ke dia. Api genshi terpadam bila dihentam air.

Adam menghayun pedang ke sisi Aireen. Aireen mengelak. Adam menggunakan teknik yang dia baru berlatih. Tali api muncul di serata arah dan menuju ke Aireen.

'Saya tahu Adam selalu berlatih tapi tak sangka pula Adam dah semahir ini', fikir Vyrut. Adam masih kurang mahir menggunakan pedang sebab dia baru belajar dan kurang pengalaman. Dia melihat Vyrka yang sedang memerhati Adam dari ekor mata.

Aireen mengelak setiap tali api yang cuba mencapai dan mengikat pergerakkannya. Adam rasa pening sedikit. Dia memandang Vyrka sekejap. Adam tak dapat membaca apa yang dia fikirkan. Rasanya dia masih boleh gunakan genshi. Dia nak cuba sesuatu. Tak tahu kalau boleh atau tidak. Mata pedang Adam menyala merah dengan perlahan. Api mula muncul dan menyelubungi mata pedang.

Mereka tiga terkejut, terutama Vyrut. Sejak bila Adam belajar teknik tu?

Adam berlari ke Aireen lalu menghayun pedang. Aireen membalas. Walaupun teknik pedang Adam belum kukuh lagi, dia dapat rasa api yang membahang dari setiap hayunan.

Adam menjarakkan diri lalu melancarkan bilah api dari pedangnya beberapa kali. Vyrka tersenyum. Vyrut perasaan perubahan pada abangnya. Dia puas hati ke?

Raphael melihat dari luar gelanggang bersama si kucing, dia merenung pedang Adam. Macam mana dia buat teknik tu? Dia baru jelaskan pada Adam cara gunakan teknik itu beberapa hari lepas. Kalau orang lain mereka akan ambil masa beberapa tahun untuk mendapatkan hasil. Masa yang paling pendek untuk dapat menggunakan ia adalah dalam masa setahun dan ada sesuatu yang Raphael tertanya-tanya. Dari matanya dia dapat melihat Adam bukannya menggunakan genshi dari dirinya untuk melancarkan teknik itu tapi dari sekeliling. Ini kali pertama dia lihat perkara sebegini.

Adam hanya mampu menggunakan teknik itu beberapa kali sahaja sebelum mata pedangnya berhenti menyala. Vyrka bangun dan minta mereka berhenti. Adam mengeluh lega lalu menyarung pedang dan menuju ke luar gelanggang. Aireen pergi ke Vyrka. Adam mendekati Vyrut.

"Kamu buat dengan baik Adam", kata Vyrut. Noah mengangguk setuju. Dia dapat lihat perubahan pada dirinya.

"Adam. Saya akan beritahu keputusan kamu nanti. Kamu boleh pergi rehat dulu", Vyrka mendekati lalu berkata.

"Okay. Saya pergi dulu"

"Kamu pilih yang terbaik Vyrut. Dia ada potensi"

"Mestilah. Abang tak percaya saya?", balas Vyrut.

"Abang tak cakap apa-apa pun"

"Saya nak pergi dulu",Vyrut pergi ke Adam yang bersama Raphael.

"Vyrka. Setahu saya Adam baru saja berlatih pedang. Belum sampai 3 bulan", jelas Noah.

"Dia tak pernah belajar dengan sesiapa sebelum ni?", Vyrka menoleh.

"Tak tahulah. Adam tak pernah cerita pula", Noah melihat Adam.

"Adam dari mana kamu belajar teknik tu tadi. Cikgu kamu ada ajar?", tanya Vyrut.

"Taklah. Saya minta Raphael ajarkan"

"Ya. Saya yang ajar dia", balas Raphael. Si kucing menarik baju Adam. Adam mengusap lembut rambutnya.

"Ohh. Awak baru ajar Adam ke?"

"Ya. Belum lama pun", maksudnya baru dalam minggu ni Adam belajar teknik itu.

"Boleh saya cakap dengan Adam sekejap?"

"Okay. Mari sini", Vyrut meninggalkan mereka berdua sambil memimpin tangan si kucing.

"Adam. Boleh kamu beritahu saya macam mana kamu guna teknik tadi?"

"Hmm? Saya guna genshi lah kan?", bingung Adam dengan pertanyaan Raphael.

"Tapi tadi saya tengok lain", kata Raphael pula.

"Lain?"

"Ya"

"Hmm... Bukan perlu guna genshi dari alam ke?"

"Huh? Apa maksud kamu tu?", kali ini Raphael pula yang bingung.

"Eh?"

"Cuba kamu jelaskan dulu"

"Saya tengok ada banyak benda merah terapung. Saya kumpulkan dan serap dalam pedang. Lepas tu saya gunakan teknik tu", jelas Adam.

"Benda merah?", berkerut kening Raphael.

"Kenapa?"

"Adam. Kamu boleh tengok genshi?"

"Ya?"

"Sejak bila kamu boleh tengok?"

"Saya memang boleh tengok dari dulu lagi"

"Ya ke", melihat mata Amber Adam membuatkan dia semakin bingung. Biasanya orang yang boleh melihat genshi sepertinya akan lahir dengan sepasang warna mata yang sama dengan elemen genshi yang dominan. Tapi kes Adam lain pula.

"Lebih baik kamu jangan beritahu sesiapa fasal ni", saran Raphael.

"Kenapa?"

"Tak banyak orang macam kita. Kamu bertuah sebab kerabat ini boleh lindungi kamu. Kalau orang biasa sudah lama mereka diambil untuk latih mereka", jelasnya.

"Tapi baguslah kan mereka dilatih"

"Tak juga. Sebab bilangan kita boleh dikira dengan jari. Jadi ada sesetengah orang nak eksploitasi terutama kalau mereka ini datang dari orang kebanyakan"

"Ohh"

"Kamu tahu ke apa orang panggil kita?"

"Tak", Adam menggeleng.

"Supra"

'Supra...'

"Tahniah. Saya nak balik esok", kata Raphael.

"Saya tak tahu lagi keputusan ujian tadi"

"Dia akan terima kamu. Saya pasti", dari ujian tadi dan reaksi Vyrka, dia sudah tahu Adam lulus.

"Memandangkan ini hari terakhir. Kamu nak ikut saya pergi jalan-jalan?"

"Boleh juga. Saya bawa abang sekali boleh?"

"Erm", mereka berdua berpecah ke destinasi masing-masing.

Yuda mendekatkan tangan pada si arnab. Si arnab melihat dia dengan mata bundar. Shawn yang berjalan-jalan di taman mendekati Yuda.

"Kamu buat apa tu?", si arnab menoleh. Shawn mengusap lembut rambut si arnab. Vyrut yang berjalan di bawah jalan berbumbung menuju ke mereka bersama si kucing. Si kucing menarik baju Shawn lalu tersenyum. Shawn turut mengusap rambutnya.

Lucillez mengambil biskut Ice Berry dari pinggan lalu digigit. Dia melihat barisan ayat di novel. Ian mendekati lalu memeluk bahunya.

"Baca apa tu?"

"Tepi lah", berkerut kening Lucillez. Dia tak suka orang ganggu dia membaca. Kedengaran bunyi pintu diketuk. Ian membuka pintu.

"Aireen. Kenapa datang?"

"Nak datang tengok kau dua lah", Aireen menoleh ke Lucillez. Sepasang telinga arnab berbulu putih dan gebu bergerak-gerak sedikit. Jarang dia lihat Lucillez begitu.

"Gebu kan?", kata Ian. Dia selalu sakat Lucillez setiap kali dia keluarkan telinga arnab dia.

Lucillez menoleh lalu membuat muka. Dia memang dari dulu jadi tumpuan sebab dia lain dari yang lain. Mungkin sebab rupa paras dia yang serba putih dan berkulit cerah.

"Makin cute lah kau buat muka macam tu", sakat Ian. Wap sejuk tiba-tiba muncul dari Lucillez membuatkan mereka dua rasa sejuk.

"Aku gurau je lah", kata Ian dengan panik. Tak pasal-pasal dia mati beku nanti.

"Kau suka sangat nak kacau dia", kata Aireen. Dia menghampiri Lucillez dan melihat biskut. Dia tak pernah tengok biskut ni di sini.

"Biskut apa ni?"

"Biskut Ice Berry. Ambil lah", balas Lucillez. Ian pergi ke sebelah Lucillez.

"Kau nak makan tu?", tanya Ian. Dia pernah cuba dulu dan dia tak suka rasa biskut tu.

"Kenapa?", tanya Aireen lalu menggigit. Ohh. Rasa biskut ni unik. Ia sejuk dan manis dalam masa yang sama.

"Tak payahlah makan", katanya dengan bengang.

"Dari mana kau dapat ni?", tanya Aireen.

"Dia tak belilah. Luc buat sendiri", balas Ian.

"Kau buat sendiri?"

"Ya. Mana ada jual buah ni dekat sini. Aku minta orang hantar"

"Ahh. Mereka hantar ke sinilah", dia menggigit lagi.

"Ya", kata Lucillez sambil membaca. Dia mencapai biskut lagi.

"Kau boleh buat dessert lain ke?"

"Bolehlah"

"Buat untuk aku boleh?", Lucillez menoleh.

"Kau nak apa?"

"Kek dua jenis"

"Okay. Mana-mana ke?"

"Ya. Aku nak tempah untuk masa aku nak pergi nanti. Tambah tiga biji kek lagi"

"Kau nak bila?"

"Hari Sabtu ni. Kau letak je dekat kafeteria"

"Aku ingat kau nak makan semua tu"

"Macam mana pula aku nak makan semua tu?", Aireen duduk di tepi katil.

"Itu kali pertama mereka dapat makan hasil tangan dia", Ian duduk di sebelah.

"Itu tujuan kau kan?", bisik Ian. Aireen mengangguk.

"Kita tiga pergi jalan nak?", tanya Aireen.

"Boleh juga. Luc kau ikut juga"

"Yalah", dia angguk saja.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Bilik perbincangan penuh dengan kehadiran wakil dari beberapa puak Demi-human dan pertubuhan. Seorang lelaki bersut melangkah masuk dan menuju ke podium. Dia menekan butang di tepi meja dan pancaran hologram muncul di tengah-tengah ruang kosong di antara susunan meja yang direka dalam bentuk bulatan.

"Beberapa hari lepas kami ada menerima laporan dari seorang pegawai kesatria dari sempadan mengenai kes Demi-human. Setakat ini sudah tiga kali ia berlaku, termasuk kes yang baru terjadi di puak Serigala", jelasnya. Dia menunjukkan gambar lokasi tempat kejadian.

Wajah mereka semua berubah setiap kali gambar bertukar. Seorang Demi-human dari puak Kucing berdiri.

"Kenapa mereka tak ditangkap?", katanya. Wajahnya dengan jelas mempamerkan riak marah.

"Pada mulanya, mereka sangka ia dilakukan oleh orang yang berbeza disebabkan lokasi setiap tempat kejadian berbeza", skrin dialih ke lokasi yang dikatakan.

"Selain itu, mereka juga tinggalkan ini", dia beralih pada bahan bukti dan menerangkan cara kumpulan ini melakukan kerja mereka.

Seorang wakil dari puak Husky melihat gambar mangsa. Cuma ada beberapa persamaan antara ketiga-tiga kes dan tiada apa-apa yang boleh bantu untuk kesan mereka. Tambahan pula ia berlaku di tiga lokasi berbeza. Sebab itulah mereka tak terfikir ia dilakukan oleh orang yang sama.

"Kami sahkan ia adalah kes bersiri. Kami akan hantar pasukan bantuan dari pasukan elit. Ada sesiapa nak hantar juga?", dia melihat setiap muka di situ.

"Kami akan hantar pasukan kesatria kami", kata wakil Demi-human dari puak Blue Panther.

"Kami juga", ada beberapa wakil menawarkan diri.

'Mereka datang juga huh', fikir si Husky sambil melihat wakil puak Blue Panther.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

"Kamu baca tu juga?", tanya Vyrut.

"Ya", Raphael letak semula di rak. Setelah membeli beberapa barang, mereka menuju ke ruang pejalan kaki. ,Vyrut dan Raphael di depan. Adam melihat deretan kedai yang penuh dengan pelanggan yang berbaris di luar. Vyrut menoleh lalu mendekati.

"Kamu nak makan ke?", tanyanya. Dia melihat kedai yang dilihat Adam.

"Saya nak pergi restoran tu boleh?"

"Okay. Kamu berdua nak ikut?", dia mencapai tangan Adam.

"Boleh juga", balas Raphael. Shawn melihat dua beradik itu. Mereka berdua ni rapat berbanding adik beradik Vyrut yang lain. Loceng di pintu berbunyi.

"Selamat datang. Meja untuk empat orang ya. Sila ikut saya", kata si pelayan. Dia membawa mereka ke meja makan di bahagian luar restoran. Selepas melihat menu, masing-masing memesan makanan.

Adam memotong kek dengan garpu lalu disuap. Vyrut minum kopi sebelum mengambil sandwic dari piring tingkat. Dia menoleh ke Adam, tisu dicapai dan dilap tepi mulut Adam. Adam menoleh lalu sentuh tepi mulutnya.

"Ada krim", kata Vyrut.

"Ohh", dia melihat sandwich di piring tingkat.

"Nak cuba ni?", Vyrut menyua sandwich. Adam menggigit.

"Kamu berdua ni rapat ya", komen Raphael.

"Ya?"

"Taklah. Saya tengok kamu tak macam tu dengan yang lain", sambung Raphael.

"Susah sikit nak jumpa abang saya yang lain"

"Kita ambil gambar nak?", tanya Shawn.

"Kalau macam tu kita pergi taman bunga", cadang Vyrut. Dia belum bawa mereka ke sana.

Si kucing menarik baju Raphael. Raphael memangku si kucing dan melangkah ke Shawn. Shawn mengambil gambar mereka bertiga. Ekor si kucing bergerak-gerak.

"Kami dah nak balik kejap lagi", kata Raphael. Telinga si kucing kuyu.

"Lain kali kita jumpa lagi ya"

Raphael memberi sesuatu kepada Adam di depan pintu utama. Adam melihat apa yang diberi Raphael. Ia adalah pin berbentuk bulat dengan logo di tengah.

"Kalau awak pergi ke tempat saya nanti tunjuk saja ni pada sesiapa. Mereka akan tolong kamu", jelas Raphael.

"Datanglah lagi bila-bila masa", kata Vyrut lalu memeluk bahu Adam. Raphael tersenyum lalu melangkah masuk kereta kuda. Adam melihat sehingga ia jauh dari pandangan.