Sekumpulan individu yang serba hitam bergerak pantas di dalam hutan. Angin yang bertiup membuatkan daun berdesir. Setelah sampai ke lokasi yang diarahkan mereka berpecah. Menuju ke tempat masing-masing. Mereka membaling sesuatu ke setiap tempat yang dilalui. Tak lama kemudian letupan berantai meletus di semua tempat.
Mereka yang terselamat dari letupan berlari keluar tanpa sempat mengambil apa-apa. Hanya mampu memandang rumah mereka dijilat api. Seorang Demi-human merenung tajam lelaki serba hitam di hadapannya.
Dia menghayun penumbuk. Lelaki itu mengelak setiap hayunan dengan mudah. Kali ini dia pula menyerang. Tangan yang diselubungi api dihayun. Si Demi-human dari puak Serigala menghalang dengan tangan. Kening dia berkerut menahan api yang sangat panas. Walaupun puak Serigala imun dengan serangan genshi ia tak bermakna mereka tak rasa sakit. Kulit lengannya terbakar.
Dari tingkap bilik dia dapat melihat rumah yang terbakar dan penduduk yang lari menyelamatkan diri dari serangan kumpulan berbaju hitam. Ada yang mampu mempertahankan diri dan ada yang cedera, mereka langsung tiada belas kasihan kepada kanak-kanak sekalipun. Dia mengetap bibir dengan geram.
Siapa mereka ni? Kenapa mereka tiba-tiba serang kampung ni? Lelaki di hadapannya membalas setiap tumbukan dengan tenang. Selepas berbalas serangan seketika, lelaki itu melompat ke belakang dan menuju ke tingkap.
Dia nak lari ke? Dia mengejar lelaki itu tapi dia lebih pantas. Bila dia keluar dari tingkap, lelaki itu telah pergi bersama yang lain. Dia tak mahu mengejar mereka kerana penduduknya lebih penting. Arahan diberi kepada pasukan kesatria yang turut berlawan dengan mereka untuk melaporkan kepada pangkalan berdekatan.
Raut wajahnya memerhati keadaan sekeliling kampung dengan suram. Hampir kesemua rumah terbakar. Hanya rumah dia sahaja yang tidak. Seorang kesatria memberitahu dia tiada sesiapa yang diculik. Apa tujuan mereka sebenarnya?
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Nolan berdiri mendadak bila mendengar laporan yang disampaikan. Kebetulan ke? Dia teringat e-mail yang dihantar Andrew dan mengarahkan mereka untuk mencari benda itu. Kalau ada nampaknya dia pun terlibat juga dalam kes bersiri ini.
Dia membuka e-mail dan melihat laporan yang dihantar Andrew berserta gambar bahan bukti. Kalau mereka tahu kes ini mereka tak akan berdiam diri.
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
"Tuan. Ada email penting untuk Tuan", katanya setelah mengetuk pintu. Dia mengangguk dan minta dia beredar. Dia bersandar pada kerusi sambil mencari e-mail yang dimaksudkan. Mesti ia sangat penting sehingga dia datang untuk maklumkan. Dia sangka ia dari pihak atasan tapi setelah membaca raut wajahnya berubah.
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Azrien membawa seseorang ke pintu wad 03.
"Dia di dalam. Kau ada masa sejam saja", katanya.
Dia melangkah masuk dan menuju ke Ludric yang sedang melihat daun musim luruh yang gugur. Ludric sangkakan Azrien tapi dia terkejut bila menoleh.
"Ash. Kenapa kau kat sini?", Ash mengambil duduk. Dia melihat dada Ludric di mana formasi terletak sebelum membalas.
"Aku minta dia bawa jumpa kau", Ludric tahu dia maksudkan Azrien.
"Kau nak cakap apa?"
"Aku cuma nak kau tahu yang aku lah yang beritahu mereka lokasi markas kita"
"Kenapa kau buat tu?", Ludric tak terkejut sangat, cuma tertanya-tanya sebab dia buat begitu. Sepanjang masa dia mengenali Ash dia sentiasa melakukan tugas dengan baik dalam melatih ahli baru dan mendidik mereka.
Ash tersenyum nipis mendengar pertanyaan Ludric, dia tak nampak terkejut langsung. Dia mengusap rambut Ludric.
"Aku buat sebab kau lah"
"Huh? Kenapa aku pula?", Ludric membuat muka.
Ash memikirkan memori pertama dia dengan Ludric. Dia memang benci betul dengan dia dulu. Setiap kali tengok muka dia mesti wajahnya berubah masam. Ambil masa juga untuk mereka jadi serapat sekarang. Dia tahu ketua mereka menyasarkan Ludric untuk menjadi salah seorang dari boneka dia tapi dia biarkan saja sebab itu bukan kali pertama.
~Imbas kembali~
Ash membuka pintu bilik dan melihat sekujur tubuh yang berbaring diselimuti selimut. Dia baru sahaja mahu mengejutkan dia bangun bila dia terlihat kesan di lehernya. Ahh. Dia terlupa ia adalah hari ini. Lantas dia duduk di birai katil. Ludric terjaga bila perasan ada orang lalu dia melihatnya.
"Ash?", panggilnya dengan mamai. Bila pandangannya sudah jelas baru dia tergesa-gesa bangun.
"Maaf. Aku dah lambat ke?", katanya sambil menggosok muka.
"Tak apalah. Kau rehatlah dulu hari ni. Biar aku uruskan", kata Ash. Mereka ada misi penting hari ini. Sepatutnya Ketua tak boleh buat itu kalau dia tahu mereka ada misi penting esok harinya. Ash hanya mampu mengeluh dalam hati. Minggu ini sahaja sudah beberapa kali. Dia risau juga bila melihat kesan pada badan Ludric.
"Maaflah sebab menyusahkan kau", kata Ludric dengan rasa serba salah. Dia mengetuai misi kali ini. Walaupun dia rasa penat sekalipun dia tetap perlu laksanakan ia.
"Tak perlulah minta maaf. Nanti aku beritahu mereka kau tak dapat ikut", dia menepuk bahu Ludric.
"Thanks", senyum Ludric. Masa ini Ludric berumur 19 tahun. Kemahiran genshi dia jauh lebih handal berbanding yang lain sehingga dia dilantik menjadi ketua Kader pasukan dua. Kumpulan mereka adalah yang paling banyak mendapat ramai produk berkualiti tinggi dan upah mereka sangat lumayan.
"Kau okay?"
"Erm", dia bersandar pada kepala katil dan memejam mata. Ash mendekati lalu mengusap rambut di belakang telinganya.
"Kenapa?", Ludric memandang dia. Ash tak membalas. Dia bangun dan melangkah ke muka pintu, sebelum pergi dia kata sesuatu.
"Ludric. Ka- Takpelah. Lupakan je", dia terus pergi dan menutup pintu, meninggalkan Ludric yang terpinga-pinga.
"Dia ni cakap tak pandai habis", gumamnya.
Mereka berjalan dalam hutan sehingga nampak kelibat seseorang yang sangat dikenali. Ludric sedang duduk di bawah pokok dengan buku di tangan. Daun jingga keemasan gugur ditiup angin.
"Kapten!", panggil salah seorang. Mereka semua pergi ke Ludric dan bertanya khabar dia kecuali Ash. Setelah mereka pergi baru dia mendekati. Mafela yang dipakai diambil lalu dililit pada leher Ludric.
"Lain kali pakailah tebal sikit. Kalau kau sakit siapa nak jaga", bebel Ash.
"Aku duduk sini je pun"
"Kau tahu aku yang kena nanti", jeling Ash. Ludric memalingkan muka. Setelah dililit kemas, dia bangun.
"Jangan duduk luar lama sangat", pesannya lagi.
"Yalah", Ludric membalas dengan malas.
Ash mengeluarkan sesuatu dari formasi penyimpanan pada cincin dia lalu dihulur kepada Ludric. Apa ni? Dia mengambil dan membuka lipatan beg kertas. Dia ambil sebatang lalu digigit. Dah lama dia tak makan ni. Ash berdehem.
"Thanks", Ludric tersenyum sebelum sambung makan.
Ash mengetuk pintu sebelum masuk. Ludric menoleh dan melihat fail di tangannya.
"Laporan misi tadi", katanya sambil menghulurkan fail.
"Terima kasih", dia membuka fail.
"Tak payahlah nak cakap banyak kali", kata Ash.
Ludric tersenyum saja mendengar kata-kata dia. Ash melihat muka dia lebih dekat sebelum meletak tangan pada dahi.
"Badan kau panas sikit. Berapa lama kau duduk luar tadi?", dia mengambil dua biji ubat dari dalam laci meja tepi katil dan sebotol air.
Ludric tak membalas. Ash menyua ubat dan botol di muka dia. Ludric letak tepi fail dan menyambut. Ubat ditelan bersama air. Mereka berbincang sebentar mengenai misi tadi. Ketua mereka melangkah masuk dan melihat Ash turut berada di situ.
"Aku ganggu kamu berdua ke? Tengah buat apa?", dia menghampiri Ludric.
"Saya bincang fasal misi tadi. Kalau macam tu saya pergi dulu. Kami dah habis bincang"
"Okay", dia menutup daun pintu. Dahi dia berkerut memikirkan perkara yang dia nak buat pada Ludric.
Dia nak buat lagi ke? Aku rasa tak selesa nak buat waktu macam ni. Ludric melihat muka dia. Ketua mengambil sesuatu dari poket. Ludric tak terkejut melihat benda di tangannya. Dia mencapai tangan Ludric dan menyuntik cecair itu di lengannya. Dia letak tepi picagari dan mengusap pipinya.
Keesokan pagi, Ash membuka pintu perlahan-lahan, dia tak nak kejutkan dia. Dia pergi ke tepi katil dan melutut. Wajah Ludric dipandang. Dia periksa suhu badan dia dengan meletak tangan di lehernya. Walaupun dia makan ubat semalam, ia semakin teruk sebab dia buat itu semalam. Kening dia berkerut sikit bila disentuh.
Ash mengusap perlahan rambut dia. Lama dia merenung mukanya sebelum berlaku pergi.
Ludric adalah yang pertama dia letak formasi Perjanjian Tunggal. Berbeza dengan yang lain. Dia masih melayan yang lain tapi tak sekerap Ludric. Ash masih tak percaya dia letak itu pada dia atau dari mana dia dapat formasi itu. Dia tak sangka ketua sanggup letak itu pada dia. Entah apa sebabnya.
Ash melihat nombor telefon pada skrin telefon. Dia sudah tekad untuk melepaskan Ludric dari dia. Sekarang dia cuma perlu cari masa yang tepat.
~Imbas kembali tamat~
"Apahal kau termenung ni?", hairan dia dengan Ash.
"Aku pilih untuk jadi begini tapi kau tak", katanya dengan serius. Ludric melihat muka dia.
Apa yang dia kata itu benar tapi sejak formasi itu diletak di dadanya, dia tidak memikirkan lagi untuk melarikan diri. Sia-sia saja selagi ia ada pada dia. Dia memang tak terfikir langsung yang suatu hari dia akan bebas.
Ash mengambil cincin dari poket dan disarung pada jarinya. Ludric melihat ukiran pada cincin. Dia selalu lihat Ash pakai cincin ini ke mana saja dia pergi. Ada sebutir permata garnet di tengah.
"Alirkan genshi kau", katanya.
Ludric buat seperti yang dikata. Muncul formasi di atas tangannya dan hak milik cincin berubah kepadanya.
"Aku bagi kau. Ia akan tolong kau pada masanya nanti", Ludric bingung dengan kata-kata dia. Ash tersenyum. Ludric tergamam. Dia tak pernah lihat dia senyum. Ash menghampiri lalu memeluk erat. Ludric membalas pelukan.
"Aku tak tahu bila kita boleh jumpa lagi. Jaga diri baik-baik. Ingat apa aku kata tadi", katanya sambil mengusap lembut rambut Ludric.
"Erm", Ash melonggarkan pelukan. Dia melihat mata Ludric. Dia senyum untuk kali terakhir sebelum pergi. Ludric hanya mampu memandang belakang dia sehingga dia betul-betul pergi. Dia memandang cincin sambil mengusap lembut.
"Terima kasih Tuan", katanya kepada Azrien sambil berjalan. Hari ini mereka akan dipindahkan ke Penjara untuk menerima hukuman. Azrien tak membalas. Setelah semua tahanan masuk ke dalam lori ia terus bergerak pergi. Azrien memandang. Memikirkan hubungan rapat mereka berdua yang tiada pertalian darah dan pengorbanan yang dia hadapi.
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
"Selamat petang. Saya wakil dari pertubuhan. Boleh saya berbincang tentang kes yang Tuan hantar?", katanya pada pancaran hologram. Setelah membaca dengan teliti laporan, dia terus menghantar e-mail untuk berbincang terus dengan Chris dahulu sebelum dia laporkan pada pihak atasan.
"Ya. Apa yang kamu nak bincangkan?"
"Mengenai kes ini... Tuan pasti ia kes bersiri?", tanya dia sambil menggenggam tangan atas meja.
"Ya. Kami dapati ada persamaan antara dua kes yang boleh menyokong ia", dia pasti kedua-dua kes adalah dilakukan oleh orang yang sama. Chris terlihat Erun yang seperti mahu memberitahu sesuatu. Erun dengan pantas meletak laporan atas meja dia. Chris melihat sekilas. Gambar bahan bukti di bahagian bawah muka surat membuatkan mukanya berubah.
"Maafkan saya. Saya baru dapat laporan kes baru sama seperti kes yang kita sedang bincang", patutlah Erun terus beri kepadanya.
"Huh? Boleh saya tahu bila ia berlaku?"
"Malam semalam", dia melihat waktu laporan dibuat. Dia melihat e-mail yang baru masuk dan terus hantar satu salinan ke pertubuhan.
"Saya sudah hantar laporan penuh kepada Encik", kata Chris.
Dia terus membuka e-mail dan membaca. Dia perlu segera laporkan kepada pihak atasan. Dia kata pada Chris yang dia akan maklumkan dengan segera.
"Sebelum itu, boleh saya tahu kalau pertubuhan akan hantar pasukan mereka juga?" kata Chris lalu tersenyum nipis.
"Saya pasti pihak atasan akan hantar pasukan elit untuk kes ini"
"Baiklah. Saya harap pihak atasan akan beri maklum balas seperti yang saya harapkan. Kalau ada apa-apa Encik boleh hubungi saya", mereka hentikan perbincangan di situ.
Dia bersandar pada sofa sambil melihat laporan kes baru di skrin komputer. Dia perlu lakukan rumusan dan sokongan yang kukuh supaya pihak atasan beri perhatian penuh pada kes ini.
"Macam mana tadi?", tanya Erun sambil mendekati meja.
"Kita akan dapat pasukan elit dari pertubuhan"
"Kamu pasti ke?"
"Mestilah. Kes ini dah semakin serius dan rumit. Ia bukan sekadar serangan teroris semata-mata. Saya pasti ia lebih dari itu", dia memandang Erun dengan yakin.
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
"Tuan kita dah sampai", katanya pada jejaka yang sedang membaca laporan. Dia menoleh ke muka pintu.
"Dia pilih budak ni?", katanya sambil melihat gambar di penjuru kertas.
"Ya. Tuan nak jumpa dia terus nanti?"
"Hmm. Saya nak jumpa dia dulu", dia letak tepi laporan dan menuju ke tingkap. Dia dapat melihat bandar Cynline dari jauh.
"Tuan muda. Saya dapat tahu Tuan akan tiba sekejap lagi. Dia dalam perjalanan sekarang", kata Arth.
"Abang?", kening dia berkerut memikirkan apa yang dia nak kata nanti. Mesti dia dah tahu fasal Adam.
"Saya nak pergi jumpa Adam kejap", dia mencapai jaket lalu disarung. Arth mengangguk. Dia mengetuk pintu sebelum masuk.
"Abang. Kenapa datang?", kata Adam. Vyrut duduk di sofa bertentangan dengan dia. Dia tengah belajar ke? Vyrut melihat buku di atas meja.
"Saya ganggu kamu ke?"
"Tak adalah"
"Sekejap lagi Abang sampai"
"Abang?"
"Saya ada cakap sebelum ni kan yang ada seorang lagi tinggal sini. Dia kerja di pangkalan dekat laut", jelas Vyrut.
"Ohh", dia terlupa.
"Kamu sabar sajalah dengan dia nanti"
"Hmm? Kenapa?"
"Dia tu lain sikit. Dia memilih fasal siapa anak angkat yang dipilih. Mungkin dia akan tanya kamu macam-macam nanti"
"Okay", abang dia yang lain tu mesti lain sampai abang kena cakap macam ni.
Dia melangkah masuk sebaik sahaja pintu utama terbuka. Dia melihat sekeliling. Noah mendekati.
"Selamat pulang. Berapa lama kamu cuti?", Noah memberi senyuman.
"Saya cuti dalam tiga minggu. Mana Vyrut?", dia mencari-cari adiknya.
Vyrut yang turun dari tingkat atas melihat dia. Dia turun selangkah demi selangkah.
"Selamat pulang", katanya tanpa senyuman.
"Abang dengar kamu buat dengan baik dalam ujian tu. Kamu jumpa dia di sana kan?"
"Ya"
"Beritahu dia saya nak jumpa esok", dia menuju ke biliknya di tingkat atas. Vyrut melihat belakang dia. Noah menepuk bahu dia.
"Tak payahlah risau. Nanti saya cakap dengan dia", mesti dia risau kalau dia tak nak terima Adam di sini.
Dia menuju ke taman melalui laluan terowong dan melihat sekeliling. Dah lama dia tak balik jadi dia nak tengok kalau ada apa-apa perubahan. Si kucing memandang hairan. Siapa dia ni mew? Dia tak ingat muka dia. Si kucing mendekati. Dia menoleh bila perasan ada seseorang di belakang.
Oh. Bukan dia ni adik Emylle ke? Dia melutut lalu mengusap lembut rambut si kucing. Raphael yang sedang berjalan ke taman terhenti. Ada tetamu datang ke hari ni?
"Vyrka. Kamu nak uji Adam ke?", tanya Noah di dalam bilik dia.
"Mestilah. Kau tak nak tahu ke?", dia letak tepi jaket.
"Tak juga. Saya tak kisah siapa Vyrut pilih"
"Aku tak nak dia pilih sesiapa saja dia nak", Noah faham apa yang dia cuba nak beritahu.
"Saya faham. Tapi jangan buat lebih-lebih. Dia masih budak lagi", Noah berdiri.
"Okay", dia melihat Noah pergi.
"Ahh. Sebelum tu. Kita ada tetamu tinggal di sini", Noah menoleh dari muka pintu.
"Siapa?"
"Pewaris dari Kerabat Ephriem. Shawn dan Cik Raphael"
"Cik Raphael?", kenapa dia datang sini?
"Mereka datang untuk pergi ke aquarium dan jumpa Adam"
"Macam mana dia boleh kenal Cik Raphael?"
"Mereka kenal masa ujian tu. Kebetulan pula Cik Raphael ambil ujian di sana"
"Okay. Kalau ada masa saya jumpa mereka", dia nak beritahu yang aku tak boleh buat hal sepanjang mereka di sini.
Dia menunduk bila melihat Noah keluar dari bilik tuannya. Noah memberi senyuman. Dia masuk sambil membawa dulang. Air sejuk dituang dalam gelas. Vyrka mengeluarkan kotak dari formasi penyimpanan dia dan letak atas meja sebelum mencapai gelas.
Adam menarik nafas dan menghembus perlahan. Dia mengetuk pintu. Bila mendengar jawapan baru dia masuk. Dia melihat Vyrka yang duduk di sofa.
"Duduklah", dia tunjuk pada sofa di sebelahnya. Adam mengambil duduk.
"Nama kamu Adam kan? Saya Vyrka. Abang Vyrut. Saya panggil kamu sebab ada sesuatu saya nak tanya"
"Kamu... memang tak kenal lansung dengan Tujuh Kerabat sebelum ini atau nama sekalipun?"
"Tak. Saya tahu pun sebab abang yang beritahu", dia tak tahu nak panggil apa pada jejaka di hadapannya. Aura dia lain berbanding Vyrut dan Noah.
"Okay. Kamu seorang saja dalam keluarga kamu?"
"Ya. Saya tinggal dengan ibu"
"Saya dengar kamu ditaja untuk pergi ke Akademi Vessalius Elit oleh Kerabat Lynx. Jadi genshi kamu api ya?"
"Ya. Ada cikgu yang latih saya sekarang tapi dia tengah ambil cuti", jelas Adam.
"Adam. Boleh kamu beritahu saya kenapa saya kena terima kamu?"
"Huh?"
"Biasanya setiap calon akan ambil ujian untuk demonstrasi kemahiran genshi dahulu tapi nampaknya Vyrut tak buat"
"Jadi saya nak kamu berlawan dengan pembantu saya. Sebaiknya saya nak mula esok", pembantu dia di sisi hanya melihat reaksi Adam.
"Lawan?"
"Kamu tak perlu risau. Dia hanya akan pertahankan diri dan kamu hanya perlu serang saja. Boleh kamu buat esok?", mata ruby dia melihat Adam.
Adam berfikir. Dia selalu berlatih sejak datang sini dan tahu kemahiran dia bertambah baik. Dia melihat Vyrka.
"Baik. Saya akan ambil ujian itu esok", katanya dengan yakin.