Di dalam bilik kurungan, seorang demi-human dari puak kucing sedang mengusap rambut seorang kanak-kanak demi-human dari puak arnab yang duduk di sisinya. Dia memandang demi-human yang lain yang hanya mampu merenung nasib masing-masing. Salah seorang rakan mereka diambil oleh 'mereka' dan sampai kini tak tahu apa yang terjadi pada dia.
Seorang lelaki yang berkelubung hitam menuju ke pintu kurungan dan imbas cap ibu jari pada alat di tepi pintu. Pintu bergerak ke tepi. Dia melangkah masuk dan melihat setiap muka di situ. Matanya terhenti pada si arnab lalu dia menuju ke dia dan mengambilnya.
"Apa kau nak buat dengan dia?!", jeritnya. Dia tak boleh biarkan mereka apa-apakan si arnab.
Lelaki itu tidak mempedulikan jeritan dia dan terus pergi ke pintu. Dia menarik kasar baju dia, membuatkan kelubungnya tertarik.
Lelaki itu menendang badan dia beberapa kali dengan rasa geram. Dia mengerang kesakitan. Sudah beberapa hari dia tak makan, nak lawan pun tak mampu.
"Kalau kau tak nak jadi yang seterusnya baik kau diam",dia memberi amaran. Telinga si arnab kuyu melihat keadaan dia.
Dia hanya mampu memandang lelaki itu membawa si arnab pergi. Dia menggenggam tangan, rasa lemah sebab tak mampu nak halang lelaki itu. Demi-human yang lain langsung tidak mahu ambil peduli sebab takut mereka yang akan dibawa. Dia tak tahu apa yang 'mereka' akan buat pada si arnab.
Lelaki itu menaiki tangga di hujung koridor. Sampai di anak tangga terakhir, dia berhenti dan melihat si arnab. Si arnab yang masih tidak sedar dengan situasi kini hanya memandang lelaki itu dengan rasa ingin tahu. Dia mengusap pipinya dengan lembut.
Dia tak tahu apa yang Tuan nak buat pada si arnab. Tuan hanya menyuruh dia mengambil seorang kanak-kanak. Dia menuju ke bilik yang terletak di tengah-tengah laluan. Pintu diketuk lalu tombol dipulas.
Seorang jejaka berambut kelabu cair mengangkat muka. Dia menuju ke lelaki itu dan mengambil arnab dari pangkuannya. Senyuman terukir di bibirnya.
'Comelnya dia ni', fikirnya bila melihat mata si arnab yang membulat. Lelaki itu tunduk dan berlalu keluar.
Dia menuju ke meja di mana ada tiga orang turut berada di situ. Mereka memandang si arnab dengan dingin.
"Kenapa Tuan bawa dia sini?", kata salah seorang daripada mereka. Dia melihat sepasang telinga arnab yang gebu itu dengan rasa jijik.
"Hmm. Saya nak suruh dia pilih tempat seterusnya", senyum jejaka itu. Si arnab melihat peta di atas meja. Terdapat beberapa tempat ditanda dan ada yang telah dipangkah. Dia mendekati meja dan letak si arnab di tepi meja.
"Boleh kamu pilih satu tempat untuk abang?", tanyanya sambil mengusap rambut si arnab.
Si arnab melihat tanda di peta dan menyentuh salah satu tanda. Dia melihat lokasi yang dipilih si arnab.
"Heh~ Sini ke? Kamu ni pandai betullah", katanya lalu mengusap rambut si arnab yang tersenyum bila dipuji.
"Giliran kamu pula", katanya pada lelaki yang berdiri di sisi sebelah meja.
"Saya tak akan kecewakan Tuan", balasnya dengan yakin.
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Dua orang wakil dari pertubuhan Demi-human sedang duduk menunggu di ruang tamu Unit Elit. Max melangkah masuk sambil membawa 'si kucing' dalam pangkuan. Mereka berdua mengangkat muka. Bila melihat 'si kucing' barulah mereka pasti dia dari puak itu. Max letak dia di sisinya pada sofa.
"Kami berterima kasih dengan Tuan sebab jumpa dia. Sudah beberapa minggu kami cari dia", kata salah seorang wakil dari puak Husky dengan rasa lega.
"Jadi dia ni..."
"Dia dari puak Serigala Biru", Max melihat bulu si serigala yang kelabu-biru.
"Ohh", mula-mula memang Max sangka dia kucing tapi hairan juga bila melihat telinganya.
"Puak Serigala Biru adalah puak yang terancam dan dilindungi oleh pihak kami. Saya harap Tuan boleh serahkan mereka pada kami", jelasnya. Apa-apa kes yang melibatkan Demi-human diuruskan oleh mereka.
"Saya akan maklumkan pada Kapten secepat mungkin"
"Baiklah. Kami akan tunggu balasan dari pihak Tuan"
"Mereka datang nak bawa kamu pulang. Kamu ikut mereka ya?", kata Max. Si serigala melihat muka Max dan melihat muka mereka berdua. Dia memaut lengan Max.
"Dia manja dengan Tuan ya", kata si Husky.
"Ya. Saya yang jaga dia", Max mengusap lembut rambut dia.
"Janganlah takut. Saya bawa kamu pulang ya", katanya, memujuk si serigala. Dia menghampirinya dan cuba menyentuh si serigala tapi dia menarik baju Max sambil membuat muka kasihan.
"Kamu budak baik kan? Budak baik kenalah ikut cakap abang", pujuk Max pula. Mungkin dia takut sebab tak kenal mereka.
Telinga si serigala kuyu mendengar kata-kata Max lalu melihat si Husky yang tersenyum nipis. Dia melepaskan pegangan pada baju Max. Wakil itu memangku dia. Mereka berdua menuju ke pintu sementara Max membuka.
Sebelum mereka masuk dalam kereta, Max memberi plushie serigala kepadanya. Dia tersenyum menerima pemberian Max dan terus membelek-belek plushie. Max mengusap rambutnya untuk kali terakhir dan melihat kereta berlalu pergi.
Dia pergi ke pejabat Azrien dan pasang alat komunikasi yang terletak di meja. Hologram terpancar.
"Kenapa kau call ni?"
"Mereka dah bawa dia pergi dan minta kita serahkan OKT yang terlibat", jelas Max.
"Kau serahkan pada mereka dan beri aku senarai profil mereka"
"Baik Kapten", Max memutuskan talian. Dia perlu sediakan semuanya segera.
Azrien melihat kesatria-kesatria yang sedang mengemas dan menyimpan barang. Dante duduk dengan tenang di sisinya.
"Siapa call tadi Kapten?", tanya Louie.
"Max. Wakil dari pertubuhan datang nak ambil dia dan minta saya serahkan OKT kepada mereka"
"Jadi betullah dia dari puak Serigala Biru"
"Ya", sebab inilah dia tak mahu uruskan kes yang ada kaitan dengan demi-human.
"Kalau sudah kita bertolak sekarang"
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Erun melangkah ke pejabat Chris setelah mendapat semua mklumat yang diperlukan. Di tangannya penuh dengan sekotak fail sampai tak nampak apa-apa. Agak lama juga masa dia gunakan untuk cari semua ini.
Dengan tangan sebelah memegang kotak, dia mencapai tombol pintu. Ada seseorang memulas dahulu lalu dia menoleh.
"Terima kasih Kapten", katanya pada si kesatria beruniform.
Erun memberi ruang untuk dia menolak pintu sebelum dia masuk. Kotak diletak atas meja. Si Kapten menghulurkan fail kepada Chris dan terus pergi sambung menjalankan tugas.
Chris membaca dengan teliti setiap laporan dari beberapa buah pasukan yang diarahkan untuk membuat rondaan secara harian di beberapa buah perkampungan demi-human yang berdekatan dengan sempadan. Dia turut menyatakan cadangan kepada Andrew untuk mengetatkan rondaan bagi mengenalpasti apa-apa yang mencurigakan dan tingkatkan keselamatan penduduk.
Selepas selesai, Chris melihat jam. Sudah sampai waktu untuk perbincangan dengan Andrew. Dia mencapai senarai dokumen yang telah disediakan dan menuju ke pintu.
"Erun. Saya pergi dulu"
"Okay", Erun melihat Chris keluar. Dia melihat timbunan fail atas meja. Lama lagilah dia perlu hadap semua ni.
"Tuan. Saya rasa lebih baik kita maklumkan perkara ini pada mereka", kata Chris. Dia dapat rasa kes ini akan jadi lebih besar. Kalau kes ini dilaporkan, dia boleh dapatkan bantuan dari mereka.
"Saya setuju. Sudah 2 kampung diserang. Kita tak boleh tangguh lagi"
"Saya tahu Tuan akan bersetuju. Saya dah hantar laporan kepada mereka semalam", senyum Chris.
"Baguslah. Kamu ada mohon bantuan juga?"
"Semestinya. Lagipun mereka tak dapat tolak sebab ini melibatkan mereka juga", Chris bersandar.
Erun melihat tanda pada peta yang dilekat di papan. Di kawasan sempadan sahaja ada 10 buah kampung, masing-masing dengan jarak yang berbeza.
Mereka tak tahu kalau 'mereka' menyasarkan puak tertentu atau serang mana-mana puak. Dia melihat tanda pada tempat yang telah diserang. Kedua-duanya dari puak berbeza. Jarak antara dua kampung sangat jauh.
Persamaan yang mereka dapat setakat ini hanyalah genshi yang digunakan dan keadaan tempat kejadian. Apa yang berbeza adalah kes Andrew ada mangsa diculik. Erun menoleh bila Chris masuk.
"Kamu dah habis cari?", dia menuju ke meja.
"Saya letak atas meja tu"
Chris mencapai kepilan kertas dan melihat senarai dan jumlah penduduk setiap tempat. Andrew ada beritahu maklum balas dari pangkalan lain. Mereka kata tak mungkin kedua-dua tempat dilakukan oleh orang yang sama, berdasarkan pada jarak antara dua lokasi. Cuma dia dan Andrew sahaja tahu kebenarannya.
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Raphael menuju ke taman dengan pedangnya. Dia melihat Arth memberi biskut kepada beberapa orang arnab.
"Kamu beri mereka biskut setiap hari?", dia selalu melihat pembantu peribadi Vyrut di sini setiap pagi.
"Selamat pagi Cik muda. Ya. Mereka selalu datang setiap hari jadi saya bagilah", Arth menoleh. Si arnab menggigit biskut.
"Dari mana mereka datang?", Raphael melihat si arnab yang bertompok bulunya. Di kediamannya dia tak pernah lihat arnab yang bertompok begini.
"Ada kampung puak arnab dekat-dekat sini", selepas memberi biskut kepada arnab-arnab yang lain, Raphael menuju ke padang latihan, tempat berlatih memanah.
Dalam perjalanan ke sana dia terlihat Adam sedang berlatih. Sudah hampir seminggu dia di sini. Kemahiran dan teknik pedang Adam semakin bagus kian hari sejak Raphael mengajar dia.
Selepas berlatih selama sejam setengah, Raphael berehat di bawah pokok. Seorang spirit bunny tiba-tiba melompat keluar dari pokok lalu mendekati Raphael sambil tersenyum.
Hmm? Ni yang mana pula? Ke mana dia pergi mesti jumpa dia. Si arnab memberi sesuatu kepadanya. Raphael membelek-belek kristal yang si arnab beri. Si arnab melihatnya dengan mata bersinar-sinar.
"Ahh. Terima kasih", Raphael mengusap rambutnya, si arnab tersenyum. Dia lantas duduk di sisinya.
Dari mana dia dapat ni? Kristal di tangannya bersinar dengan warna pelangi. Kristal genshi ini memiliki kepekatan genshi yang tinggi. Cuma ada beberapa tempat yang dia boleh fikirkan yang merupakan lombong Kelas I atau si arnab ambil dari tempat lain. Shawn yang melihat Raphael dari jauh, melangkah ke dia.
"Raphael", dia menoleh.
"Kamu nak ikut saya nanti?"
"Pergi mana?", Shawn duduk di akar pokok.
"Saya nak beli sesuatu untuk ayah dan adik-adik saya", si arnab melihat Shawn dengan rasa hairan. Lama dia merenung.
'Kenapa dia tenung macam tu?', si arnab melihat sesuatu dalam diri Shawn, tapi tak pasti apakah ia. Shawn mengusap rambut si arnab. Dia terlihat kristal genshi di tangan Raphael.
"Dari mana kamu dapat tu?", dari kilauan saja dia dah tahu ia berkualiti tinggi.
"Dia bagi. Tak tahu dari mana dia ambil", Shawn melihat si arnab. Dia tahu Raphael kadang-kadang meluangkan masa dengan mana-mana arnab yang datang ke kediaman mereka. Si arnab ni tak nampak macam datang dari sini.
Pembantu peribadi Raphael melihat si kucing yang sedang menyelongkar almari. Selepas dapat apa yang dicari, dia ambil keluar. Dia melihat balang biskut di tangan si kucing. Si kucing cuba meletak balang atas meja tapi tak sampai.
Dia menghampiri si kucing . Telinga si kucing terus tegak bila melihatnya. Dia mengambil balang dari si kucing dan meletak beberapa biji biskut dalam beg kertas. Dia hulurkan kepada si kucing. Si kucing menyambut sambil tersenyum lebar lalu terus menggigit biskut. Dia tersenyum melihat si kucing.
"Kamu dekat sini ya", kata Ian dari muka pintu. Siapa bagi dia biskut? Ian melihat balang atas meja sebelum melihat dia.
'Dia ni pembantu peribadi Cik Raphael kan?'
Dia terkulat-kulat berdiri di situ bila dia perasan Ian melihat si kucing. Dia tak boleh bagi si kucing biskut ke?
"Ahh. Saya bukannya marah kamu bagi dia biskut. Dia ni kalau tak dapat apa dia nak mesti dia ambil sendiri", senyum Ian.
"Kamu nak ikut saya? Saya bawa kamu jumpa kesatria kami", Ian menepuk bahu dia. Selalunya dia bersama Raphael atau seorang diri.
Dia tak ada benda nak buat jadi dia mengangguk saja. Ian membawa dia ke bangunan kesatria. Penolong Ian terlihat mereka berdua semasa dia sedang berlatih. Siapa tu? Si kucing turut mengikut sambil dipimpin Ian.
Arka, penolong Ian mengarahkan semua kesatria untuk berehat sebentar. Mereka semua menoleh bila melihat si kucing di sisi Ian. Si kucing tersenyum bila perasan pandangan mereka.
Mereka rasa nak usap rambut si kucing. Kapten okay saja tapi bukan penolong dia yang sentiasa serius tu. Ian memperkenalkan dia kepada semua kesatria.
"Kapten. Siapa dia?" tanya Arka.
"Dia pembantu Cik Raphael. Apa nama kamu?", terangkat kening Arka mendengar pertanyaan Ian. Dia sendiri pun tak tahu.
"Kamu boleh panggil saya Yuda"
"Saya Ian Skyrish. Si muka bengis ni Arka", kata Ian dengan selamba. Dia tersengih melihat kerutan di muka Arka.
"Ian. Stok baru dah sampai?", tanya Emylle sambil melangkah ke mereka. Dia melihat si kucing yang sedang makan biskut.
"Baru sampai tadi. Ahh. Bukan saya bagi dia", terus Ian kata bila melihat muka Emylle berubah.
"Habis tu siapa?"
"Tak payahlah marahkan dia. Dia tak tahu apa-apa", kata Ian sambil memeluk bahu Yuda dengan sebelah tangan. Emylle mengeluh. Dia melihat adiknya yang sedang makan biskut dengan gembira.
"Aku dah nak pergi. Tolong jaga dia untuk seminggu ni"
"Okay"
"Jangan bagi dia makan banyak sangat biskut", pesannya lagi.
"Ya~ Tahulah aku", Ian memangku si kucing.
"Nak ikut abang pergi jalan-jalan?", tanya Ian. Si kucing mengangguk. Emylle melangkah pergi.
"Jom Yuda"
"Kapten. Siapa nak siapkan semua kertas atas meja tu kalau Kapten pergi", kata Arka.
"Malam nanti saya siapkan semua", Ian terus pergi ke kandang kuda di belakang dengan Yuda. Arka mengeluh perlahan.
Yuda menghulurkan si kucing kepada Ian yang menunggang kuda. Dia letak si kucing di pangkuannya. Yuda mendekati seekor kuda hitam dan menunggang ia. Dari situ mereka menunggang ke padang latihan dan menerusi tebing untuk menuju ke pantai. Yuda dapat melihat laut biru yang terbentang luas. Setelah berjalan seketika Ian menuju ke sebatang jalan yang membawa mereka ke pantai. Kuda ditunggang dengan perlahan di sepanjang jalan yang agak curam.
Yuda kawal kuda dengan berhati-hati. Dia tak pernah tunggang kuda di kawasan cenuram. Setelah dekat dengan tanah baru dia melepaskan nafas lega.
Mereka turun dari kuda dan berjalan ke gigi air. Si kucing mencangkung dan bermain dengan air. Ian melihat pangkalan kesatria Laut DiRaja. Dia ada dengar khabar yang Tuan akan balik tak lama lagi. Macam manalah reaksi dia bila kenal Adam nanti. Dia risau juga sebab memang tahu sangat Tuan yang seorang itu.
Yuda melipat kaki seluar ke paras lutut dan berjalan ke dalam air. Dia memejamkan mata, merasa bayu laut yang bertiup lembut. Bila melihat laut, baru dia sedar betapa luasnya dunia ini.
"Kamu suka laut?", Ian turut menyertai dia.
"Ini kali pertama saya tengok laut", susah nak pergi ke pantai di L'avreno sebab ia jauh dari laut.
"Ohh. Bolehlah kamu melawat ke sini kalau kamu nak ke laut lagi", cadang Ian.
Yuda tak membalas. Dia merenung laut. Perkara itu rasa seperti mimpi bila melihat dirinya di sini. Kalau boleh dia nak ia kekal sebagai mimpi tapi memori pada masa itu masih segar di ingatannya.
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Azrien menuju ke pejabat sebaik sahaja mereka sampai. Dia memberitahu Max untuk tidak membenarkan sesiapa mengganggunya. Dia duduk di sofa kulit dan membuka pancaran hologram. Setelah talian bersambung Azrien bersedia dengan segala yang diperlukan.
Ludric hanya bersandar pada dinding sel sambil melihat siling. Berapa lama lagi dia perlu berada di sini? Seorang kesatria membuka pintu sel dan menyuruh Ludric mengikut dia. Ludric ingatkan sudah sampai masanya tapi hairan bila sampai ke destinasi. Kesatria itu membawa dia ke sebuah ruang bawah tanah. Bila dia membuka pintu, Azrien dan juga pemimpin sedang menunggu. Si kesatria meninggalkan dia bersama mereka.
Ludric melangkah ke mereka berdua. Dia melihat beberapa barang yang diletak atas meja dan melihat muka Azrien.
"Kenapa kau bawa aku sini?"
"Dia nak batalkan perjanjian tu", kata Azrien lalu melihat bahagian dada kiri Ludric di mana formasi itu terletak.
Ludric terkejut mendengar kata-katanya. Dia menoleh ke pemimpin. Dia nak lepaskan aku? Si pemimpin mengangguk. Azrien meninggalkan mereka berdua dia situ. Upacara ini akan ambil masa lama dan dia masih ada kerja perlu diselesaikan.
"Duduklah", dia tunjukkan kerusi di sisinya. Ludric duduk dan tanpa sebarang arahan dia membuka baju. Pemimpin melihat formasi merah itu. Proses membatalkan formasi ini sangat perit sebab ia diukir terus pada kulit. Apa yang dia perlu buat adalah putuskan ikatan genshi antara dia dan Ludric pada formasi itu.
Dia menyentuh formasi dan mengalirkan genshi padanya lalu menarik keluar sesuatu. Mata Ludric terbuntang bila jantungnya berdenyut kuat. Formasi terapung di hadapannya. Pemimpin membuat sesuatu padanya dalam masa yang sangat lama. Apa yang pasti setiap perbuatan dia membuatkan jantung Ludric rasa sakit. Kening dia berkerut menahan sakit. Nafas dia mula tak sekata.
Peluh mengalir ke pipi setelah hampir sejam dia cuba membatalkan formasi. Setelah hampir berjaya dia menggerakkan simbol terakhir. Ludric dapat rasa kesakitan yang menjalar ke seluruh tubuhnya. Dia memejamkan mata dengan tangannya menggenggam kerusi. Selepas kesakitan itu mula hilang perlahan-lahan dia melepaskan nafas yang dia tahan tanpa sedar.
Dia tercungap-cungap mengambil nafas. Dadanya masih rasa sakit setiap kali dia bernafas. Pemimpin menyentuh pipinya dengan telapak tangan dan mengusap lembut. Ludric membiarkan saja. Dia tak mahu ucapkan terima kasih atau kata apa-apa kepadanya. Dia mengambil sebotol pil dan hulurkan kepada Ludric.
"Kamu makan ni dua kali sehari. Ia untuk hilangkan sisa genshi dari formasi tu dalam badan kamu. Ia akan ambil masa lama sebab dah beberapa tahun berlalu", jelasnya.
Ludric mencapai t-shirt lalu disarung. Setelah rasa sakit berkurangan dia bangun dan menuju ke pintu. Meninggalkan dia di situ. Kesatria yang menunggu di luar membawa dia ke wad pesakit untuk rawatan lanjut. Doktor memberitahu dia untuk berehat di wad untuk beberapa hari selepas pasti tiada kesan sampingan yang bahaya pada dirinya.
Ludric bersandar pada kepala katil dan melihat ke luar tingkap. Rasa macam tak percaya yang dia bebas dari belenggu yang sudah lama menghantui hidupnya. Kini barulah dia tahu erti kebebasan yang dicarinya selama ini.
Azrien melangkah masuk dan duduk di kerusi tepi katil. Ludric menoleh. Apa yang dia nak sekarang?
"Ludric. Kau masih ingat apa yang kau cakap masa aku tanya kalau kau diberi peluang kedua?", kata-kata Azrien membingungkan dia tapi dia membalas saja.
"Ya. Kenapa?"
"Sebelum itu, saya nak maklumkan yang kamu tak akan menjalani hukuman"
"Apa maksud kau? Macam mana dengan yang lain?", tanya Ludric dengan sangsi.
"Kau saja yang tak. Mereka yang lain akan tetap diberi hukuman. Tapi ini tak bermakna kau bebas. Kau akan berada di bawah pemerhatian kami selama dua tahun", jelas Azrien. Dia bersandar pada kerusi sambil bersilang tangan.
"...", Ludric tak kata apa-apa. Kenapa dia saja yang berada di bawah pemerhatian mereka?
"Ludric. Aku beri kau dua pilihan. Sama ada jadi salah seorang kesatria aku atau duduk di pusat pemulihan. Pilihan di tangan kau"
"Apa?", dia diberi pilihan? Tapi kenapa?
"Kau tak perlu beritahu aku sekarang. Fikirlah dulu", Azrien berlalu pergi. Ludric termenung. Lama dia memikirkan sebab Azrien buat begitu. Dia mengeluh lalu melihat siling.