Azrien melangkah dengan perlahan di dalam gelap. Memeriksa keadaan sekeliling mengambil masa yang lama disebabkan kegelapan yang menyelimuti ruang bawah tanah ini. Tambahan pula dia terpaksa menggunakan teknik bebenang genshi untuk melakukannya dalam keadaan di mana alat anti-genshi masih aktif.
Azrien memejam mata. Menggunakan genshi dalam keadaan begini membuatkan kepalanya rasa pening. Dia merenung ruang kosong di depan. Dari penemuan setakat ini, ruang bawah tanah ini sangat luas.
Tang!
Dia menghalang pandangan dengan lengan bila keadaan berubah terang tiba-tiba. Mata dia terkelip-kelip cuba membiasakan diri dengan cahaya yang menyuluh. Azrien melihat sekeliling. Sekarang barulah dia dapat melihat dengan jelas tempat ini.
Dinding dicat warna coklat muda dengan lantai berjubin kelabu. Lampu putih menerangi ruang yang tadinya gelap gelita.
'Kenapa lampu tiba-tiba menyala?', detik hati Azrien. Ada orang ke sini? Dia membatalkan benang genshi dan mula melangkah dengan lebih berhati-hati.
Dari jauh dia dapat melihat laluan membelok ke kiri. Kenapa dia rasa ada benda lain di sini?
Tiba-tiba dia mendengar bunyi pintu ditolak dan derapan langkah seperti sesuatu yang besar sedang berjalan. Azrien mencapai hulu pedang dan melangkah dengan cepat tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Laluan di hadapan berpecah dua. Azrien bersandar pada dinding sebelah kiri lalu menoleh ke kanan. Tiada apa-apa. Tapi bila dia menoleh ke kiri matanya terbuntang.
Grrrr..
Raksasa itu menderam rendah. Bulunya serba hitam dengan ketinggian yang mencecah hampir dua meter serta mata emas yang berkilau membuatkan ia nampak megah dengan badannya yang tegap.
Ia adalah seekor singa hitam. Kenapa makhluk ni ada di sini? Habitat asalnya berada di ribuan kilometer. Azrien menyorokkan badannya sambil melihat gerak geri sang singa. Ia berhenti melangkah dan duduk di tengah laluan seperti seorang penjaga.
'Mereka letak ia di sini untuk jaga tempat ini ke?'
Aku tak dapat nak pergi mana-mana kalau ia tak berganjak. Perlu ke dia lawan raksasa itu? Dia menggenggam erat hulu pedang.
~Di atas~
Louie mengarahkan Alicia untuk menghentikan pencarian. Semua mage masuk ke dalam, meninggalkan Louie, Alicia dan Ricky.
"Apa kita perlu buat sekarang Kapten?", tanya Alicia bila melihat Louie hanya mendiamkan diri seperti sedang memikirkan sesuatu sejak dia memberitahu mengenai alat anti-genshi.
Louie mengangkat muka lalu menoleh ke arah mekanisme. Ricky turut melihat apa yang diperhati Louie.
"Jangan cakap yang Kapten nak..."
"Cuma ada satu saja laluan masuk ke situ"
"Kapten nak aktifkan mekanisme tu?", tanya Alicia walaupun dia dah tahu jawapannya. Louie mendekati mekanisme.
"Biar saya saja yang pergi", Louie mendekatkan tangan pada batuan genshi.
"Saya nak ikut Kapten juga. Takkanlah Kapten nak pergi seorang diri", Ricky menawarkan diri.
"Saya nak kamu berdua ambil alih tugas saya untuk sementara waktu. Kamu nak cakap yang saya seorang tak cukup untuk selamatkan Kapten Azrien?", dia melihat ke dalam anak mata Ricky.
"Saya tak bermaksud macam tu-"
"Saya tahu kalau ada sesuatu berlaku Kapten Azrien tak dapat gunakan kristal dia. Tapi tak bermakna dia tak dapat lindungi diri sendiri. Kamu pun tahu kan?"
Sebagai seorang kesatria di bawah unit Azrien, Ricky sendiri tahu kemampuan dia tapi dia juga tahu Kapten Azrien selalu ambil risiko lebih dari yang dia mampu. Dia risau kalau itu berlaku lagi.
"Saya pergi dulu. Kamu dan Alicia ambil alih tugas saya sekejap"
"Baik Kapten", balas Alicia. Ricky pasrah sahaja dengan arahan Louie. Dia menganggukkan kepala.
Louie menyalurkan genshi pada batuan genshi dan formasi yang sama menyala di bawah kakinya lalu dia menghilang dari pandangan.
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Lebih dari sepuluh minit sudah berlalu tapi sang singa langsung tidak berganjak. Azrien rasa tak senang duduk menunggu dari tadi. Nampaknya dia perlu ambil tindakan daripada membazir masa begini. Azrien menarik nafas dan mengeluarkan pedang lalu melangkah keluar dari tempat persembunyian. Sang singa yang tadinya nampak tenang terus merenung tajam ke arah Azrien.
Tapi ia tak bergerak walau sedikit pun. Seolah-olah dia memandang rendah pada Azrien.
Kalau alat itu tak ada sudah lama dia gunakan genshi untuk menyerang dari jarak jauh. Pilihan yang dia ada sekarang hanyalah menyerang pada jarak dekat. Azrien berlari ke sang singa. Bila ia melihat dia mahu menyerangnya sesuatu berwarna hitam terbang laju ke arahnya. Azrien mengelak ke tepi.
Boom!!
Ia menghentam dinding lalu ia jatuh berkecai. Azrien merenung tajam raksasa yang masih kelihatan tenang. Menurut kajian oleh para penyelidik raksasa, si singa ini ada tahap kepintaran seperti manusia dan ia juga termasuk dalam senarai tersebut bersama beberapa spesies lagi. Pertarungan kali ini akan menjadi lebih sukar dan yang lebih membingungkan adalah bagaimana ia mampu menggunakan genshi dalam keadaan begini?
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Louie membuka mata dan meneliti keadaan sekeliling. Dia sampai di bilik elektrikal. Terdapat banyak kotak panel yang berselirat dengan wayar dan sebuah generator di sudut bilik. Pintu dituju lalu tombol dipulas. Aku perlu cari Kapten Azrien cepat. Louie berlari-lari anak sambil matanya memerhati apa-apa bahaya yang menanti.
Perlu ke dia periksa setiap bilik? Louie dapat melihat pintu kelabu berkembar dari jauh. Dia menolak sebelah pintu. Bilik apa ni?
Terdapat banyak peralatan yang bercahaya dan mengeluarkan bunyi. Ada beberapa tabung uji kaji yang mampu memuatkan orang dewasa yang penuh dengan cecair lutsinar. Setiap tabung bersambung dengan hos dan wayar yang tidak diketahui fungsinya.
Louie melihat tabung uji kaji yang ketara berlainan dari yang lain. Saiznya jauh lebih besar dan diletakkan di tengah makmal. Bahagian hadapan telah pecah membentuk lubang yang agak besar. Lantai basah dek cecair yang melimpah keluar. Setelah mendekati baru dia perasan ketebalan kaca itu. Berapa kuat makhluk itu sehingga mampu memecahkan dinding kaca setebal ini?
Ahh! Dia tak ada masa untuk benda ni. Louie lantas keluar dan berlari-lari anak menyusuri koridor. Dia hanya melimpas bilik lain. Berapa luas ruang bawah tanah ni? Rasanya sudah lebih dari 10 minit sejak dia sampai.
Dia membelok ke kanan. Di penghujung laluan ia berpecah dua. Tanpa berfikir panjang dia terus membelok ke kanan. Tiada laluan lagi melainkan hanya dua buah bilik. Dia berpatah semula dan menuju ke laluan satu lagi. Terdapat lif di sebelah kiri dan pintu rintangan api yang menuju ke tangga di sebelah kanannya.
Louie memilih untuk menggunakan tangga daripada menunggu lif. Daun pintu ditolak kasar. Dia mengambil nafas sekejap. Dia membelok ke kiri. Kali ini dia hanya melangkah dengan pantas. Kedengaran bunyi sayup-sayup. Louie berhenti dan memasang telinga. Cuba mencari dari arah mana ia datang.
Tang!
Bunyinya seperti sesuatu berlanggar. Louie mula bergerak, menuju ke arah bunyi itu. Dia membelok ke kiri. Bunyi itu semakin kuat. Tahulah dia sudah mendekati lokasi asal. Sepanjang dia melalui laluan di tingkat bawah tanah tadi tiada kehadiran orang hatta sebarang bunyi. Dia pasti sebaik sahaja sampai Azrien ada di situ.
Langkah kakinya terhenti bila ada gegaran sederhana kuat berlaku. Dia lantas berlari, peluh merenek di dahi. Kenapa bergegar tiba-tiba? Setelah dia melalui laluan ke kiri dia dapat melihat belakang Azrien. Louie terasa lega bila sudah menjumpai dia. Baru sahaja dia mahu meneruskan langkah, sekali lagi dia terhenti dan mengelip mata dua kali. Memastikan apa yang dilihatnya adalah benar atau tidak.
Sang singa mengaum. Suara ngauman yang maha kuat dapat didengari dengan jelas walaupun dia masih agak jauh dari Azrien. Louie dengan pantas berlari pecut dan memanggil Azrien.
"Kapten Azrien!!"
Azrien menoleh sebentar sebelum kembali melihat hadapan. Louie mengeluarkan pedang dan mengambil posisi di sebelahnya. Muka sang singa yang kelihatan bengis membuatkan Louie kecut perut tapi pada masa yang sama dia cuba menenangkan diri dengan menarik nafas beberapa kali. Dia tertanya-tanya kenapa makhluk ini berada di sini. Louie melihat Azrien dari ekor mata.
Uniform dia yang serba hitam terkena debu. Dinding sekeliling mula retak dan ada lubang-lubang besar. Terdapat banyak serpihan batu di lantai. Ada beberapa kesan luka di kaki hadapan sang singa tapi tidak terlalu dalam.
"Kenapa kamu datang?", tanya Azrien tanpa melepaskan pandangan.
"Kami cuba cari jalan lain untuk masuk ke sini dan ada mage dapat tahu ruang bawah tanah ini ada alat anti-genshi. Kapten memang dah tahu cuma ada satu jalan masuk kan?", dia ada memikirkan kemungkinan itu. Dia rasa hairan juga bila teringat masa Azrien mahu pergi seorang diri.
"Mekanisme cuma ada satu laluan masuk. Kita perlu cari jalan keluar dari dalam dan singa tu boleh gunakan genshi"
"Apa-", Louie melihat sang singa dengan resah. Macam mana mereka berdua nak berlawan dengan ia dalam situasi begini?
"Kamu alihkan perhatian dia. Aku nak cuba sesuatu", Louie mengangguk dan menghayunkan pedang.
Pelindung genshi yang berwarna hitam muncul dan menghalang serangan Louie tapi dia tidak berhenti dan menyerang bertalu-talu. Azrien menuju ke sebelah kiri singa yang tidak dilindungi pelindung. Azrien menghunus pedang pada bahagian tepi badan singa. Sang singa menyerang Azrien dengan cakaran. Kukunya yang tajam dan panjang menghentam pedang Azrien sehingga dia terdorong ke belakang.
Dekat situ ke? Sekarang dia cuma perlu cari peluang untuk menyerang. Azrien menghantar isyarat mata pada Louie. Louie menghentak pelindung beberapa kali dan ia retak sedikit. Dia mencucuk bahagian retakan lalu ia berkecai. Louie melibas pedang pada bahagian tepi badan singa tapi ia hanya mampu melukakan ia sedikit sahaja. Bila bilah pedang cuba menghiris kulit dia rasa seperti sedang cuba memotong batu. Kulitnya sangat tebal dan keras sehingga tiada setitis darah pun keluar.
Mereka berdua menyerang dari kedua-dua arah. Riak muka sang singa berkerut seperti sedang marah lalu beberapa bilah genshi yang tajam terbang laju ke serata arah.
"Sini!!", jerit Azrien pada Louie lalu dia berlari sambil mengelak bilah yang tajam lalu lantas menuju ke belakang Azrien.
Azrien mencucuk pedang ke lantai. Bila bilah genshi itu menghentam pedangnya Azrien menggerakkan pedang ke tepi untuk menukar arah tuju bilah itu. Berlaku gegaran bila ia menghentam dinding. Garisan yang dalam terhasil. Azrien melakukan perkara yang sama bila bilah yang lain terbang laju ke arahnya.
Debu berterbangan sehingga mereka tidak nampak sang singa. Azrien dapat melihat muka ia bila debu berkurangan. Dia perasan mata keemasan itu kelihatan sedih.
Sedih? Tak. Ia seperti mahu memberitahu sesuatu pada Azrien. Dia sudah berlawan dengan sang singa ini sejak tadi dan perasan gerak geri dan serangan yang ditujukan padanya. Setiap serangan ia tiada niat untuk membunuh mereka berdua. Sang singa hanya duduk membatu di tempat yang sama. Apa yang dia sedang jaga?
Azrien menarik keluar pedangnya. Dia memberitahu Louie untuk teruskan serangan. Louie mengangguk. Azrien menjarakkan diri daripada raksasa itu. Dia sudah tahu apa dia perlu lakukan. Dari jarak kira-kira 10 meter Azrien melihat Louie sedang menyerang tanpa henti. Sang singa mencakar Louie dan dia menghalang dengan pedangnya tapi yang keluar dari tapak kaki singa itu adalah empat cakaran genshi yang terbang laju satu persatu.
Louie menggunakan mata pedang untuk menepis ke tepi setiap satu cakaran. Ia mengena siling dan dinding. Dia mengelak ke tepi bila cakaran terakhir terbang ke arahnya tapi bahagian hujung menghiris lengannya. Darah mengalir keluar membuatkan lengan bajunya bertukar merah. Debu berterbangan menghalang pandangan Azrien tapi dia tahu raksasa itu tak bergerak hatta seinci.
Dia mencucuk lantai dengan hujung mata pedang. Mata pedang yang tadinya gelap menyala merah. Genshi dari dalam pedang mengalir masuk ke dalam lantai dan bergerak menuju ke makhluk di hadapannya. Azrien menggenggam pedang dengan ketat. Dia perlu fokus untuk mengawal aliran genshi. Apabila genshi sampai di bawah raksasa dia tumpukan genshi pada arah yang dia inginkan. Ceracak kristal merah tumbuh dan dengan pantas mencucuk bahagian kiri badan sang singa.
Ia tak sempat mengelak dari serangan hendap Azrien selepas beberapa lagi ceracak kristal muncul dari arah lain. Darah merah membasahi lantai. Terbuntang mata Louie melihat jumlah kristal merah yang muncul dan menoleh ke belakang. Azrien menyimpan pedang dalam sarung. Dia mendekati sang singa dan melihat mata keemasan yang berkelip lemah. Ia merenung Azrien sebelum menutup mata.
"Kapten Azrien. Kamu okay ke?", kata Louie dengan risau. Macam mana dia gunakan genshi tadi?
"Kita kena cari jalan keluar dulu. Kamu dihantar ke mana?", Azrien mengorak langkah menjauhi badan raksasa.
"Bilik elektrikal dekat tingkat bawah", dia berjalan di sisi.
"Tingkat bawah?", ada berapa tingkat tempat ni?
"Ikut saya", Louie mendahului. Dia menolak pintu menuju ke tangga dan turun ke bawah.
"Kita perlu tutup alat anti-genshi dahulu. Kamu tahu selok belok tingkat ni?"
"Bolehlah", mereka menuju ke kanan dan melihat ke dalam dua buah bilik di hujung. Kedua-dua bilik telah dikosongkan. Louie melangkah ke jalan tengah dan membelok ke kanan. Dia menolak sebelah pintu berkembar. Di dalamnya terdapat beberapa biji sangkar yang agak besar. Bilik bertentangan pula kelihatan seperti bilik pembedahan. Mereka hanya meninggalkan meja besi dan barangan lain kecuali peralatan bedah.
Azrien melihat setiap ceruk memastikan mereka tidak terlepas pandang. Kalau ada mage sudah lama mereka jumpa alat itu. Sebab mage sangat sensitif dengan keadaan atau perubahan pada genshi di sekeliling. Louie berjalan ke laluan sebelah dan membuka pintu. Ada beberapa tabung uji yang diletak pada rak tabung uji dan retort di atas meja. Rak kaca di sebelah kiri kosong hanya meninggalkan beberapa biji botol kaca yang kosong. Setelah tidak menjumpai apa-apa mereka menuju ke bilik seterusnya.
Mereka terserempak dengan Alicia bila mereka menuju ke laluan seterusnya.
"Kenapa kamu di sini Alicia?"
"Saya tahu Kapten mesti sedang mengalami kesukaran untuk cari lokasi alat itu. Jadi saya buat keputusan untuk datang sini", senyum Alicia. Dengan bantuan dia lebih cepat mereka dapat kesan keberadaan alat tersebut.
Dia tak perlu gunakan genshi untuk mencari tetapi menggunakan deria seorang mage yang sensitif dengan kehadiran genshi.
Alicia mendahului di hadapan. Mata dia melilau melihat sekeliling sambil mengesan gelombang yang dihasilkan alat anti-gensi.
Selepas 10 minit, mereka sampai di makmal yang Louie mula-mula masuk. Alicia tak ambil peduli keadaan makmal dan menuju ke tabung uji kaji di mana dia kesan gelombang yang kuat iaitu tabung uji kaji paling besar. Alicia melihat ke dalam di bahagian tapak. Louie dan Azrien mendekati dan melihat dari luar.
"Kamu kesan di sini?", tanya Louie. Kalau dia tak ada mesti mereka langsung tak jumpa.
"Ya", Alicia mengangguk.
"Kamu ke tepi dulu", Louie masuk ke dalam dan melutut. Melihat sama ada ia boleh dibuka. Dia melihat ruang antara penutup besi dan tapak.
Louie mengambil pisau dari sarung di pinggangnya. Mujurlah dia ada bawa. Dia cuba mengorek di antara ruang dan tolak ke atas. Selepas beberapa minit, Louie cuba membuka dengan menggunakan seluruh tenaga untuk menarik tapi tak dapat.
Azrien masuk dan turut menarik penutup. Setelah mereka bergabung tenaga barulah ia terbuka. Mereka angkat dan letak tepi penutup. Louie dan Azrien dapat melihat sebuah alat berbentuk bulat dengan bahagian tengah mengandungi kristal genshi hitam yang ditutup dengan kaca.
Ada formasi diukir di bahagian badan. Ia bercahaya menandakan alat tersebut sedang aktif. Alicia masuk ke dalam dan melihat alat itu. Dia tak pernah lihat alat anti-genshi sebesar ini. Ia meliputi kira-kira 70% ruang tapak.
"Macam mana nak tutup alat ni?", tanya Louie. Kepala dia rasa berpinar-pinar sejak mereka mendekati alat ini.
Azrien yang mencangkung di sebelah Louie menundukkan kepala. Dia rasa nak pitam. Mungkin sebab dia gunakan genshi tadi.
"Kapten okay?", tanya Alicia.
Azrien mengangkat kepala. Louie dapat melihat wajah Azrien yang pucat sedikit.
"Kapten tunggulah dekat luar. Saya akan tutup alat ini secepat mungkin", dia tak tahu apa yang terjadi sebelum ini. Alat ini perlu ditutup, makin lama dia dekat dengan ia, kepala dia rasa sakit.
"Tak apa. Saya dengan dia", kata Louie pula. Dari tadi dia risau dengan Azrien selepas dia menggunakan kristal yang agak banyak.
"Saya tunggu di luar ni", Azrien menunggu ke luar tabung uji kaji. Dia nak tahu cara nak tutup alat itu.
Alicia meneliti setiap formasi yang diukir. Terdapat 4 formasi utama dan 8 formasi sokongan yang saling berkait. Dia mencari yang mana adalah untuk mengaktifkan formasi. Dia perasan seperti ada sesuatu terukir pada permukaan kaca dan melihat lebih dekat lalu disentuh.
Setelah pasti ia adalah formasi. Alicia menyalurkan genshi. Ia bercahaya dan tersebar ke semua formasi sebelum cahaya terpadam. Alicia melepaskan nafas lega. Badan dia rasa ringan dan tidak seperti tadi. Mereka berdua berdiri dan melangkah keluar.
"Alicia. Boleh kamu cari jalan keluar?", tanya Azrien.
"Baik Kapten", mereka menuju ke koridor, Alicia menyebarkan genshi ke setiap tingkat dan pelusuk yang ada.
Selepas 10 minit mencari, Alicia menuju ke lokasi tersebut. Mereka naik ke tingkat atas. Alicia terkejut melihat badan raksasa yang ditusuk dengan beberapa batang kristal merah. Dia menoleh ke Louie. Louie sekadar mengeluh perlahan. Alicia membawa mereka ke satu-satunya jalan mati di tingkat ini.
Azrien mendekati dinding dan meraba-raba permukaan, mencari selak. Tak ada? Azrien berkerut kening, hairan. Kali ini dia cuba cara lain dengan menyebarkan genshi ke seluruh permukaan.
Garisan berbentuk pintu bercahaya dan formasi sebesar penumbuk muncul di tengah-tengah. Dinding bergerak ke tepi, menampakkan sebatang tangga.
"Kamu tunggu sini. Kami pergi bawa mereka", kata Louie. Alicia membalas. Mereka berdua menaiki tangga.
Bila keluar mereka berada agak jauh dari markas. Azrien menoleh ke ruang kosong di tanah. Mereka bergerak ke markas dan terus memberitahu tiga pasukan akan menyiasat ruang bawah tanah sementara pasukan selebihnya menunggu.
"Kapten", Ricky dengan pantas menuju ke Azrien. Dari dekat barulah dia perasan wajah Azrien yang pucat. Ricky menoleh ke Louie.
"Kapten duduklah dulu. Serahkan yang lain pada kami", kata Ricky. Azrien duduk di ruang tamu sementara dia dan Louie bercakap di luar.
"Kapten ada jumpa apa-apa?", dia maksudkan apa yang mereka jumpa sampai Azrien kelihatan pucat begitu.
"Hmm. Lebih baik kamu tengok sendiri", balas Louie. Dia pun tak sangka akan ada benda itu di situ.
Azrien melihat jam pada gelang. Sudah hampir tengah malam. Dia bersandar pada sofa. Ricky menghampiri dan memberi sebotol air.
"Thanks", penutup botol dibuka lalu diteguk.
"Saya nak pergi sana dulu", kata Ricky. Dia nak tengok apa yang dimaksudkan Louie.
"Okay", Ricky menundukkan kepala. Louie duduk di kerusi bertentangan dengan Azrien. Luka di lengannya telah dirawat.
"Suruh mereka pasang khemah. Kita bermalam di sini saja. Kalau boleh esok kita sudah bertolak ke pangkalan", arah Azrien. Dante tiba-tiba keluar dan menggosok kepalanya pada kaki Azrien. Ia rasa gelisah sejak tahu tuannya dalam bahaya dan Dante tak dapat keluar untuk tolong dia. Azrien mengusap kepala Dante sambil tersenyum nipis.
"Baiklah", Louie terus pergi memberitahu kesatria yang lain. Mereka memasang khemah yang cukup untuk semua orang. Kesatria-kesatria yang datang dari ruang bawah tanah membawa segala barang yang dijumpai. Dengan bantuan mage mereka dapat mengeluarkan barang degan lebih cepat dan efisyen. Kesemua diklasifikasikan terus malam itu juga.
Mereka semua terkejut melihat badan raksasa di tengah koridor. Kristal yang menusuk badan ia dipotong sebelum ia disimpan di dalam ruang penyimpanan. Ia akan diserahkan kepada pihak kajian raksasa sejurus mereka kembali esok. Azrien menyelak kanvas khemah.
"Kita bertolak awal pagi esok?"
"Ya. Dalam pukul lapan kita bertolak"
"Kamu ada nak cakap apa-apa lagi?", tanya Azrien bila dia rasa Louie seperti ingin kata sesuatu.
"Tak ada apalah. Saya pergi dulu. Selamat malam", dia mesti akan tanya fasal Azrien bila mereka sampai nanti. Hmmm..