Chereads / Hello Miss Devil / Chapter 27 - Dinner Together

Chapter 27 - Dinner Together

27.

Clink!

Clunk!

Clink!

Clunk!

Bunyi dentingan garfu dan pisau berlaga atas pinggan menghuni seluruh ruangan restoran mewah malam itu. Para pengunjung terlalu enak menjamu selera dengan hidangan masing-masing. Sementara pelayan berjalan ke hulu dan hilir menguruskan pelanggan lain dengan pesanan mereka.

Antara ramai-ramai di situ, kelihatan la dua beranak yang saling duduk menghadap antara sama lain. Betul-betul di hadapan sebuah lampu gantung di atas siling.

           "So~?"tanya Encik Davis dengan meleret kepada Airis, menunggu reaksi dari anaknya itu.

            "Apa yang so?"soal Airis sambil menyumbat mulut dengan daging panggang dan brokoli kukusnya.

            "Kamu dekat sini?Macam mana?Okay?"

Airis ketawa kecil, dia menjungkit bahu. Tidak tahu hendak kata apa. Dia membetulkan kedudukannya yang mana ketika itu sedang bersila di atas kerusi dalam restoran mewah berbintang lima itu. Sama sekali tidak mempedulikan renungan pelik yang diberikan kepadanya oleh pelanggan disekitarnya sejak dia berbuat begitu.

             "Macam biasa....tak ada apa-apa yang istimewanya.."ujarnya dengan bersahaja.

              Encik Davis menilik wajah Airis. Dia boleh baca dari air muka itu. Tanpa menunggu Airis menjelaskan lebih lanjut, Encik Davis boleh mengesan serta merta yang memang ada sesuatu yang Airis sedantg sembunyikan dari dia. "Airis..."panggil Encik Davis yang mahu memulakan syarahannya pada Airis namun dihalang Airis.

Gadis itu mengangkat tapak tangannya di depan muka Encik Davis.

             "Stop."arah Airis."Papa tak perlu susah payah beritahu Airis apa yang Airis kena buat."

             "I didn't say anything yet."

             "But I already know what it is.."

             "Dengar dulu apa yang papa nak-"

Airis mengggeleng kepala.

             "Papa..biar Airis beritahu papa ya. Tak kira apa sekalipun keadaan, Airis tak boleh terima Adriana sebagai ibu Airis. Dan Airis tak benarkan dia jejak kaki ke dalam hidup Airis. Dan paling penting Airis tak peduli dengan keluarga mereka...so apapun yang papa cuba katakan, just simpan. Airis tak nak dengar."

Davis hilang kata-kata. Susah betul nak berurusan dengan anak gadisnya yang seorang ni. Sememangnya keras kepala dan berego tinggi. Ego terlalu tinggi mengalahkan Great Wall of China.

             "Mama kamu...dia cuba tebus semula kesalahan dia Airis..kerana itu papa hantar kamu ke sini. Supaya kamu boleh lebih terbuka....papa tahu dia buat silap..tapi setiap manusia yang buat silap berhak untuk menebusnya semula kesalahan mereka."

            Airis menggeleng kepala."No...Airis tak nak. Why?Sebab Airis boleh rasakan, she will never change. Airis tak nak if one day...bila Airis mula terima mama dalam hidup Airis, she just gonna ruining me once again."

Encik Davis melepaskan hela nafas mengalahnya sebaik dengar. Dia tidak boleh hendak berbalah sekarang. Mereka berdua baru sahaja bertemu selepas berpisah lama. Tak mungkin la dia nak rosakkan makan malam mereka dengan pertengkaran.

             "Fine....kalau macam tu tentang hal kolej kamu pula. Adakah kamu sudah mula membuat hal atau belum lagi?"soal Encik Davis yang seperti tahu-tahu sahaja sikap Airis bagaimana. "Memandangkan tiada panggilan mahupun makluman mengenai kamu membuat hal atau terlibat dalam masalah dari pihak kolej atau dari pihak mama kamu....it's kind of scary. Keadaan senyap kamu ni, ianya buat papa risau.."

            What!Serius la!Airis ketawa kecil. Sambil mengunyah dia mengangguk kepala. "Can be, it's just started..."jawabnya tetapi dengan nada tidak pasti.

           "Apa maksud kamu?Why you sound unsure but confident at the same time?"

           Airis ketawa lagi. "Baru mula nak terlibat dalam masalah..."

            "Serius la?"mata Encik Davis terbuka luas."Airis!!!"panggil dia dengan nada kesal. Bersandar lemah pada kerusi kerana tidak menyangka yang Airis benar-benar maksudkannya.

            "Ahahahah...chill papa don't freak out..."ketawa Airis sambil menggeleng kepala sewaktu tunduk memotong daging di pinggan.

            "Chill apanya bila kamu cakap macam tu!"

            "Hahahah....papa ni kelakar lah. Relaks okay. Airis takkan buat benda yang salah. Melainkan kalau perkara tu perlu okay. Sekalipun Airis dibuang dari kolej kali ni...Airis tak kisah...lagipun Airis boleh jer kerja dekat kafe...."

Davis menyilang tangan sebelah tangan sementara sebelah lagi naik memicit batang hidung. Matanya terpejam rapat.

             "Oh god!"lafaznya begitu sesak dada dibuat   sikap selamba Airis. "Apa papa nak buat dengan kamu ni?"soal Encik Davis.

Sambil tersengih Airis menjungkit bahu.

              "Sayangkan Airis lebih lagi?"aju Airis dengan sengih meleretnya.

              "Dalam mimpi.. " Encik Davis mengangkat kepala. Memberi renungan tidak puas hati ke arah Airis.

Airis ketawa kecil dengan reaksi Encik Davis. Ada masa papanya marah. Ada masanya papa dia mesra. Kadang-kadang Airis menganggap Encik Davis lebih kepada kawan baiknya sendiri dari seorang bapa. Sebab setiap kali bersama Encik Davis, pasti dia akan bergaduh tapi pada masa yang sama mereka akan berbaik semula seperti tiada apa-apa yang berlaku.

              "Papa nak ke tu...."tunjuk Airis dengan garfu ke pinggan makanan Davis.

Sambil menarik garisan nipis dibibir sebab tidak terkata dengan sikap Airis, Davis menggeleng kepala.

             "Makan la kalau kamu mahukannya."

             "Yeay!Thanks...."