Chereads / Hello Miss Devil / Chapter 33 - Hari Kebajikan

Chapter 33 - Hari Kebajikan

33.

Keesokan paginya Airis bangun awal untuk menyiapkan Jennie dan Lissa bagi menghadiri majlis charity di tadika kanak-kanak itu. Disebabkan orang tua mereka tiada di rumah, Airis yang paling dewasa mengurus semuanya seorang diri.

Sementara Aron telah pun menghilangkan diri awal-awal pagi. Ketiadaan Aron disedari Airis sewaktu Airis mencari lelaki itu di bilik yang mana telah kosong dan sedia kemas.

Sambil membutangkan baju blaus lengan pendek warna purple iaitu baju sukan tadika di badan Jennie, Airis mengepit telefonnya dengan telinga dan bahu kirinya.

            "Apahal tak beritahu aku awal-awal kau ada latihan besbol...habis tu aku nak pergi macam mana...aku bukannya tahu sangat tempat ni.." ujarnya sambil melipat kolar baju Jennie.

Lissa muncul dengan reben di tangan saat jalan mendekati Airis. Dia berdiri di depan Airis yang sedang duduk di atas sofa sibuk bercakap melalui telefon. Lissa pun menyua reben itu ke muka Airis.

Airis mencapai reben itu dengan renungan mencerun taktala mendengar penjelasan Aron dalam panggilan.

            "Aku sendiri pun baru dapat notifikasi dari couch awal pagi tadi..."kata Aron dalam panggilan.

Airis melepaskan keluhan. Dia mengisyaratkan kepada Jennie untuk mendapatkan sikat yang ada di meja kopi depannya sewaktu menarik Lissa ke celah kakinya. Berdirikan kanak-kanak itu membelakangkannya.

Tidak lama selepas itu Jennie menyerahkan sikat itu kepada Airis.Yang mana disambut oleh Airis dengan muka tidak puas hati.

            "Aku datang sini nak belajar kau tahu tak!"sungut Airis sambil menyikat rambut Lissa."....bukan nak jadi baby sitter. Melampau betul lah family kau ni....dah macam orang gaji pun ada aku ni..."sungut Airis sambil mengikat satu rambut Lissa lalu melilitkan reben putih itu pada ikatan tersebut dan menghasilkan satu ikatan reben yang kemas.

Lissa yang menjadi budak baik diam berdiri sambil memerhati Jennie duduk di atas lantai bermain dengan stokin.

           "Sorrylah...bukannya aku sengaja. Lagipun macam tu lah aku kalau kau tak ada"

Airis menjuling mata saat menukar kedudukan telefonnya ke telinga sebelah lagi.

            "Habis tu macam mana?Kita orang pergi naik apa ni?Teksi?"soal Airis sewaktu bangun dari sofa.

Meninggalkan Jennie dan Lissa yang telah siap didandan duduk diam di sofa sementara dia pergi ke dapur untuk mengemas beg dan bekalan untuk mereka.

             "Lucas datang bawa kau orang nanti...aku tak percayakan orang lain untuk jaga kau orang. Cuma dia jer harapan aku....aku harap kau tak kisah...berbaik lah dengan dia. Dia tu pun sama macam kau perangainya...depan macam batu belakang lembut macam gula-gula kapas... sepadanlah..."komen Aron dalam panggilan dimana suara bising kedengaran dari latar belakang panggilan.

Kening Airis mencerun.

             "Apa kau kata?Batu?"soal Airis tidak puas hati saat memasukkan tiga balang biskut, botol air ke dalam beg berasingan.

             "Dah lah... coach panggil aku ni...jaga dia orang elok-elok. Bye..."pamit Aron sebelum memutuskan panggilan.

Meninggalkan Airis seorang diri di dapur dengan muka penat dan kejengkelan.

Serius bengang betul la!

Setelah memastikan segalanya lengkap, Airis bergerak ke arah ruang tamu. Melihat Jennie dan Lissa sedang bermain sep-sep tom-tom sesama mereka sebelum loceng rumah kedengaran.

Kepala Airis tersentak ke arah bunyi itu. Dia kemudiannya mendapatkan Jennie dan Lissa bersama tangan yang penuh dengan barang.

             "Okay...dah jom..."ajak Airis sambil menyandang beg galas dan memegang beg kecil berisi balang biskut di tangan kiri sewaktu menuju ke pintu. Belum sempat Airis mendapatkan pintu. Pintu itu terbuka dengan sendiri ke dalam saat Jennie berdiri di depan Airis tidak berkasut.

Kelihatan segak seperti biasa, Lucas berjalan masuk ke dalam. Lelaki itu memandang Airis dengan senyuman di bibir.

             "Hei Pretty..."sapa Lucas pada Airis saat tunduk bercakung di depan Jennie. Memakaikan kasut pada kaki kanak-kanak itu. "Sorry...tak lambat kan?"

Airis terkutik mendengar ucapan itu sebelum membalasnya. Teragak-agak juga dia hendak bersuara.

             "Hai Handsome. Taklah. Awak datang pada masanya.."ujar Airis sambil memandang Lucas yang berdiri tegak menghadapnya selepas selesai memakaikan kasut untuk Jennie.