30.
After a hell whole hell week!
Hujung minggu!
Akhirnya!
Hari paling dinanti oleh manusia bergelar pelajar. Sekolah dan kolej merupakan tempat yang mana merupakan 'penjara' buat mereka. Jadi bila tiba hujung minggu ianya seperti hari kebebasan mereka dari jadual yang padat, syarahan yang menepukan kepala otak. Kerja dan tugasan tanpa henti.
Jam menunjukkan waktu masuk 9 pagi sewaktu pintu bilik Airis terbuka dan dua orang kembar yang mengenakan dress lengan pendek bunga-bunga masuk ke bilik. Naik ke atas katil yang mana terlalu tinggi untuk anak lima tahun mendakinya dengan kaki pendek mereka.
Seperti sudah menjadi kebiasana dan rutin mereka berdua untuk singgah ke bilik tidur kakak Airis mereka.
Creak!
Creak!
"Kakak Airis bangun..."kejut Jennie sewaktu merangkak mendekati kakaknya yang tidur meniarap sambil memeluk bantal dekat dengan dada." Hurry up! Kakak Airis...bangun..tolong kami buat biskut." kejut Jennie lagi sambil mencubit pipi Airis saat tunduk cuba memandang wajah yang bersepah dengan rambut.
Airis menepis tangan itu dengan mata terpejam dan kening berkerut.
"Keluarlah..."arahnya dengan nada suara mengantuk.
Lissa kemudiannya naik ke belakang Airis. Menghenjut-henjut belakang badan gadis itu seperti menungang kuda.
"Cepatlah kakak..bangun..buatkan kami biskut."
Ugh!
Ingatkan dekat kolej dah cukup stress kan dia..
Rumah ini pun tiada bezanya.
Perlahan-lahan Airis membuka mata, menjeling geram ke dua makhluk penggangu ketenteraman dia. Memangnya mereka ini tiada orang lain apa nak dicari. Balik-balik muka dia jugak yang mereka nak dapatkan!
Letih betul!
Airis mengerang kejengkelan.
"Ugh...kau orang ni kan tak reti nak menyabar ke hah?"soal Airis sewaktu bangun dari baring. Menggaru kepala kerana kelesuan. Baru nak membuta sampai tengah hari kut!
"Kakak dah janji nak bake kami biskut.."
"Betul tu...betul tu..."
"Kenapa aku jugak?Kau orang berdua ada abang...ada mama...lain kali cakap dengan dia orang bukan dengan aku!"
Jennie menarik muncung rajuk. "ayah dengan mama selalu sibuk....Aron selalu tak ada...macam mana Jennie nak beritahu..."
"Kakak Airis selalu ada dekat rumah dengan Lissa...dengan Jennie...selalu ceritakan cerita princess...sebab itu Lissa dengan Jennie mintak kakak buatkan."
Pandai la bercakap tu.Airis tidak membalas sebab ada betulnya. Keluarga ni terlalu sibuk sampaikan dua kembar ni sering terabai. Serius dia tak faham!
Lissa merangkak di depan Airis sebelum dongak memandang wajah baru bangun tidur Airis dengan mata bulatnya. Rambut serabut, muka grumpy, pakaian kedut sana sini. Mulut berbau! Pemandangan itu membuatkan dua orang kanak-kanak itu kelihatan kagum.
Dek perasan diperhatikan oleh dua kembar seiras di hadapannya, Airis memandang pelik akan dua kembar yang sedang memerhati dia seperti dia di tumbuhi tanduk unikorn di kepala dengan kening berkerut.
"Apahal kau orang..pandang aku macam tu..tak pernah nampak orang bangun tidur ke?"sergah Airis bernada jengkel.
Jennie dan Lissa tersengih sendiri melihat wajah kelakar milik Airis.
"Kakak macam singa dekat channel National Geo tu..."komen Lissa. "Rambut gerbang-gerbang..."
"Hahaha....kakak cantik bila pakai cantik-cantik..tapi sekarang kakak nampak tak cantik.."beritahu Jennie pula.
Kening Airis berkerut, dia mengecilkan mata merenung mereka. Terus dia bertukar mode, menjadikan jarinya seakan kuku singa. Menayangkan gigi seperti mahu menerkam. Berolok-olok menjadi singa.
"Aumm...singa nak makan... aumm..."sakat Airis yang menggeletek perut dua orang itu serentak dengan kedua-dua tangan.
Kedua-dua itu terkekek ketawa sampai terbaring mereka kebelakang di atas katil.
Bersama sisa ketawa Airis melepaskan mereka. Mujur la comel. Kalau tidak memang dah di campak keluar dari biliknya.
"Dahlah tunggu situ diam-diam...aku basuh muka dulu. Mengacau betul...."arah Airis sewaktu masuk ke dalam bilik air. Meninggalkan dua orang itu berbual dan ketawa sendiri atas katilnya.
Airis mencuci muka, menggosok gigi dan menyisir rambutnya dengan kemas sebelum disanggul malas. Membuatkan anak-anak rambutnya jatuh ke tepi telinga, sekitar dahi dan lehernya. Selepas selesai, dia menguruskan 'bisnesnya'. Tidak lama kemudian dia keluar dari bilik. Ketika Jennie dan Lissa sedang berborak akan sesuatu di atas katil.
"Dah jom..."ajak Airis.
"Yeah!"sorak mereka sewaktu turun dari katil lalu berlari keluar dari bilik tersebut.
Sambil diperhatikan oleh Airis kedua-dua kembar itu turun tangga untuk tingkat bawah. Masuk ke dapur untuk membuat biskut, janji Airis pada dua kembar itu untuk temani mereka membuat biskut untuk di jual biskut pada hari charity yang tadika mereka anjurkan nanti .
Memandangkan David outstation manakala Adriana sering sibuk dengan syarikat permodelan dan fesyen. Nak harapkan abang mereka yang seorang itu jangan haraplah. Nak tak nak kembar dua orang ini pun meminta pertolongannya.