32.
Selepas menyiapkan tiga bekas penuh dengan biskut, Airis masak untuk makan tengah hari yang mana bertemakan makanan laut.
Disebabkan keluarga itu gemar makan makanan laut Airis masak udang tumis dengan kacang peas, ikan panggang berinti tuna pedas dan scallop goreng.
Sedang Airis sibuk memasak, kembar dan Aron menyusun atur meja. Sementara Lucas membantu Airis mengemas dan mencuci pinggan.
Selesai memasak, Airis mengumpul semua bekas dan pinggan kotor lalu di letakkan ke sinki dimana Lucas sedang berdiri. Dia membantu Lucas membilas bekas yang telah siap disabun oleh lelaki itu. Membuatkan jarak mereka dekat dan lengan mereka berlaga sekali sekala.
Airis yang sepertinya terkesan dengan semua itu hanya diam membisu. Sementara Lucas di sisi tenang selamba menyental pingan mangkuk di situ.
"Tak sangka kau ada side ni?"tanya Lucas sewaktu tunduk menyental kuali leper.
"Side apa?"tanya Airis sambil membilas sudu dan pisau di tangannya sebelum di telangkup atas rak sebelah sinki.
"Yalah...semua orang dekat kolej fikir kau ni gadis berwajah dingin tidak berperasaan dan tiada hati perut berdasarkan layanan kau terhadap orang sekeliling. Tapi bila tengok kau yang selamba berpakaian macam ni walaupun depan tetamu lelaki...berbual dengan budak-budak macam dia orang kawan kau..." jelas Lucas lalu menjungkit bahu
Airis menarik senyuman nipis. Dia memalingkan kepala ke arah Lucas. Membuatkan dia yang tinggi paras dada lelaki itu terasa kerdil berdiri di sisi Lucas.
"Oh really?Dan memandangkan awak sedar semua tu..adakah awak memerhati saya?"tanya Airis dengan kening terangkat.
Lucas berpaling, dia menarik senyuman yang menimbulkan dua lesung pipi terbentuk dalam di kedua-dua belah pipinya. Membuatkan wajah lelaki itu kelihatan manis bila dipandang.
"Boleh dikatakan macam tu...bukan aku je yang perhatikan kau...kalau kau nak tahu...sebenarnya kau boleh tahan jugak
popular orangnya..."
Airis kembali membilas pinggan terakhir dan kuali leper lalu diletakkan atas rak.
"Di kolej atau di rumah...saya tetap sama. Tak ada side mana-mana....Cuma bezanya layanan saya terhadap orang di sekeliling saya...awak kasar saya kasar, awak sweet saya sweet, awak berperangai menyakitkan hati saya dua kali ganda menyakitkan hati.."gadis itu kemudiannya berpaling dari situ.
Airis mendekati dining table untuk menghidangkan makanan di atas meja makan. Dimana Jennie dan Lissa sedang duduk. Sementara Aron sedang menuangkan air kosong ke dalam gelas.
Sebaik sahaja mereka berempat duduk dan makanan berada di pinggan. Airis meminta diri untuk naik ke atas.
Lucas yang lihat memandang pelik ke arah Aron. Dia menarik kerusi sambil memerhati langkah Airis berjalan keluar dari dapur.
"Airis tak makan sekali?"tanya Lucas semasa menarik kerusi dengan muka kehairanan.
Lauk di senduk masuk ke dalam pinggan oleh Aron sewaktu dua orang kembar itu sedang berbual dan ketawa sesama mereka.
"Dia tak makan makanan laut..."jawab Aron sambil mengasingkan benda yang boleh dimakan dan tak boleh dimakan untuk Jennie dan Lissa.
Lucas memandang setiap hidangan di situ dengan muka tidak percaya. Keningnya berkerut.
"Kalau macam tu kenapa dia masak semua ni?Kalau dia tak makan makanan laut?"soal Lucas bernada terkejut.
Aron mengangkat kepala. Dia memandang Lucas. Lalu menjungkit bahu tidak tahu. Satu pinggan disuakan Kepada Lissa, satu lagi masih dipegang oleh Aron.
"Serius aku beritahu kau.... sepanjang aku tinggal dengan dia...sikit pun aku tak boleh nak faham apa dia fikir....." ujar Aron sambil menyerahkan pinggan pada Jennie.
Lucas duduk menghadap makanan itu dengan perasaan serba salah. Yalah mereka dekat sini sedap makan. Airis yang sejak tadi sibuk siapkan biskut tanpa rehat dan terus masak tidak makan pula.