Chereads / Hello Miss Devil / Chapter 28 - Jangan Risau

Chapter 28 - Jangan Risau

28.

Selepas makan malam Encik Davis membawa Airis untuk menonton wayang. Setelah itu menghantar Airis pulang ke rumah Adriana sewaktu jam masuk 11 malam.

Kereta hitam sewa Encik Davis diparkir depan rumah. Dengan girang Airis melambai tangan ke arah Encik Davis sewaktu kereta itu berlalu pergi sebelum berjalan masuk ke rumah sambil menyanyi kecil. Sedang dia tunduk menanggalkan kasut, Encik David berdiri di depan tangga dengan tangan bersilang.

            "Lewat kamu balik?"soal Encik David.

Kepala Airis tersentak memandang Encik David. Keningnya terangkat.

            "Papa ajak tengok wayang tadi.."jawab Airis sambil menyarung selipar dalam. Melintasi Encik David saat mendaki tangga. Baru sahaja dia hendak pijak anak tangga ke lima, Encik David memanggilnya.

            "Tunggu sekejap Airis..."

Membuatkan Airis berpaling, tunduk memandang ke bawah tangga dimana Encik David sedang berdiri.

             "Ya?"

Encik David memandang wajah ingin tahu Airis dengan lama, sedang berkira-kira apa yang dia cuba hendak sampaikan.

            "Airis...saya tahu kalau yang saya minta ni  agak terlebih. Tapi tak boleh ke kamu berikan peluang kepada Adriana untuk jalankan tanggungjawab dia sebagai seorang ibu kepada kamu?" soal Encik David dengan perlahan. "Sampai bila kamu nak terus menerus berkelakuan dingin terhadap mama kamu sendiri?"

Airis tersenyum. dia memandang kasihan akan Encik David. Cinta mati betul lelaki ni pada Adriana. Serius beritahu, dia tak pernah berharap keluarga ni terima dia, tapi tolong jangan paksa dia untuk terima mereka.

             "Serius saya cakap...memandangkan Uncle David beria sangat nak bercakap dengan saya. Biar saya beritahu uncle ya. Sebenarnya saya tak suka duduk sini. Apatah lagi untuk bonding dengan Adriana. Sejak dia tinggalkan saya, saya tak pernah consider yang saya ada ibu..."ujar Airis dengan nada biasa. Tidak marah tidak sedih. "Saya berada di sini pun kerana permintaan papa. Saya masih cuba untuk berkelakuan baik pada semua orang di rumah ini kerana papa saya. Saya tahu niat uncle baik...tapi ada certain perkara tu tak semuanya boleh dipaksa..."

Wajah David tegang, lelaki itu mengetap gigi.

              "Memang betul...tapi bukan Adriana yang meninggalkan kamu tapi papa kamu yang rampas kamu dari dia?"tuduh Encik David.

Hah...serius?Itu yang mamanya beritahu mengenai papa dia? Airis menggeleng kepala dengan senyuman di bibir.

Semakin kasihan Airis pada Encik David. Macam manalah lelaki kaya dan berpengaruh ini boleh ditipu hidup-hidup dengan Adriana. Mungkin kata orang betul, cinta ini buta. Bila kita dah sayang, baik buruk orang tu dah tak Nampak langsung.

Airis menjungkit kening, menyilang tangan ke dada.

             "Oh...really?Itu yang Adriana beritahu uncle sebelum dia bersama dengan uncle tentang saya dan papa saya?"soal Airis dengan sopan.

              Encik David mengangguk kepala."Lepas kami kahwin..dia beritahu saya yang dia ada anak perempuan..."jawabnya. "Tapi dirampas oleh bekas suaminya selepas mereka bercerai. Alasan kenapa saya terima permintaan ayah kamu untuk menghantar kamu tinggal menetap bersama kami di sini..."

Well a manipulative always being a manipulative! Airis melepaskan hela nafas panjang. Menarik garis nipis di bibir kerana tidak terkata.

             "Jangan libatkan papa saya dalam hal ni...Uncle David dah buat yang terbaik untuk benarkan saya tinggal di sini...tapi ada satu perkara yang uncle perlu tahu...saya tak boleh terima Adriana lagi...." ujar Airis dengan renungan redup dan senyuman mesra di bibir. "Maafkan saya...."

Sejak Adriana tinggalkan Airis seorang diri demi mengejar kerjaya sebagai model, dan Adriana menyalahkan kelahirannya sebagai pembawa masalah buat Adriana. Airis telah berikrar pada dirinya untuk menghapuskan Adriana dari kamus hidupnya.

             "Tapi-"Encik David hendak bersuara tetapi dipotong serta merta.

             "Jangan risau. Saya akan cuba untuk tidak membebankan keluarga ni. Saya akan cuba berkelakuan baik kalau itu yang uncle risaukan..."

Airis terus melangkah naik ke tingkat dua sebelum dia terkedu memandang ke arah Aron yang sedang berdiri di tepi rel penghadang sebaik tiba di puncak anak tangga di situ.

Aron membalas renungan dingin Airis tanpa berkedip. Seakan ingin memberitahu sesuatu di balik tatapannya itu.

Taktala Airis melihat Aron di situ dia yakin bahawa mungkin Aron telah dengar perbualannya tadi. Yang mana dia tidak kisah pun sekiranya lelaki itu dengar atau tidak perbualannya dengan Encik David tadi.

Tanpa menghiraukan renungan Aron, Airis terus bergerak ke arah pintu biliknya. Menolak daun pintu itu ke dalam sebelum berdiri melihat bilik yang gelap gelita untuk beberapa saat. Namun dia cepat-cepat mencari suis. Suis lampu yang ada di tepi pintu di tekan.

Flick!

           "Airis...."pada masa itulah Aron bersuara sewaktu Airis bergerak hendak masuk ke dalam bilik.

           "Hm...?"toleh Airis serta merta.

           "Aku dengar kau buat kumpulan Mandy marah pagi tadi?"soal Aron sambil bersandar pada rel di belakangnya.

Soalan tersebut membuatkan Airis secara natural menyilang tangannya ke dada. Memandang judging akan Aron. Oh...dah ketahuan ke!?

           "Dah tu?"Airis menjungkit kening sebelah kiri.

Aron tunduk melepaskan keluhan sebelum mengangkat kepala untuk memandang letih ke arah Airis.

           "Berhenti timbulkan masalah boleh tak?" minta Aron.

Dengan muka tak ada perasaan atau sebarang emosi, Airis menjungkit bahu.

           "Depends pada situation. Kau tak boleh kawal aku Aron..."ujarnya sebelum berjalan masuk ke dalam tanpa lama-lama di depan pintu.