Chereads / Hello Miss Devil / Chapter 29 - Terlalu Toxic

Chapter 29 - Terlalu Toxic

29.

Kening Aron mencerun tajam. Rahangnya berketik kerana cuba menahan sabar melihat sikap bersahaja Airis. Dia tidak dapat hendak beri kata titik pada karakter Airis yang kadang kala Nampak kasihan, kadang kala tu mengundang marah.

              "Kalau kau berterusan buat hal...aku risau kau takkan dapat duduk lama dekat sini.."pesan Aron dengan nada dingin. Lelaki itu memandang serius ke arah Airis.

Airis terus buat reaksi seakan tergamam, dia menekap kedua-dua tangan ke dada. Keningnya berkerut seperti tersentuh hati dengan kata-kata Aron.

               "Oww...you so sweet, kau risaukan aku ke?" ujar Airis sebelum tersengih. Yang mana sesaat kemudian dia embali kepada reaksi tenang tidak pedulinya. "Should I care about that?"soalnya.

Renungan Aron mencerun tajam.

                "Aku serius Ris..."tegas Aron saat jalan mendekati Airis. Dia berdiri melangit di depan gadis yang boleh di consider kan sebagai kakak untuknya. Walaupun mereka hanya beza beberapa bulan sahaja.

Airis dongak memandang Aron, melihat renungan serius yang mana menunjukkan Aron benar-benar sedang serius.

Tapi ianya sedikit pun tidak membuatkan Airis goyah.

Airis menjadi Airis, dia sikit pun tidak gentar dengan renungan Aron. Malahan dengan selamba Airis menepuk bahu Aron.

                "Thanks bro....sebab risaukan aku..tapi aku okay. Jangan risau...aku tahu apa aku buat."

Kening Aron berkerut, dia memandang tidak percaya ke arah Airis.

                "Aku bukan risau pasal kau..aku risau kau akan rosakkan nama baik keluarga ni dengan perangai bermasalah kau tu..."jelas Aron dengan kening berkerut.

               "Kalau tiada siapa tahu kita berdua adalah keluarga, tiada siapa kisah. Dan aku tak sangka pulak kau akan anggap aku sebagai keluarga kau?"sengih Airis meleret saat memandang mengejek ke Aron.

              "Hah?Kalau bukan keluarga habis tu kau anggap kita orang ni siapa?Orang asing?"Aron tercengang.

Haish!Airis memejamkan mata seketika lantas berkata.

              "Dengar...aku tak ada tenaga nak bertekak dengan kau tentang hal ni. So apa kata, kita deal urusan kita sendiri. Masalah aku, aku uruskanan, masalah kau, kau uruskan. Just anggap kita macam roommate. All right. So that kau tak perlu rasa terbeban dengan merisaukan aku sepanjang masa."jelas Airis.

              Aron berdengus tak percaya. Keningnya  berkerut kecewa dengan jawapan Airis. "Sebenci tu kau pada kita orang??"

Airis pandang tatapan terkilan Aron dengan renungan dinginnya. Bukan dia benci, dia cuma takut nak terima masuk ke dalam keluarga ni. Dia takut andai satu hari nanti dia akan musnahkan keluarga ni. Jadi sebelum hal jadi serius, sebaiknya dia jauhkan diri dan elak dari rapat dengan sesiapa. Sebab dirinya ini sudah broken. Dia tak boleh nak berasa perikemanusiaan atau bertimbang rasa lagi apalagi bersikap kasih sayang. Kekasaran adalah nature dia.

Airis mengangguk kepala.

             "Boleh dikatakan macam tu...tapi jangan risau. Aku akan cuba mudahkan urusan kau orang sehingga aku keluar dari sini."pesan Airis sebelum bergerak masuk ke dalam bilik.

Kemudiannya dia melemparkan badan ke atas katil sebelum mencapai telefon. Menghantar pesanan kepada Encik Davis. Supaya papanya menghantar pesanan ringkas padanya sebelum berlepas nanti.

Masa itulah Aron melangkah masuk ke dalam bilik Airis. Lelaki lampai itu berdiri di tepi katil. Dia tunduk memandang Airis yang sedang tersenyum. Senyuman ikhlas yang jarang dia nampak dari bibir Airis selama ini.

Airis perasan tetapi dia sekadar mengerling sekilas sahaja sebelum Kembali menyambung perbualannya dengan Encik Davis melalui WhatsApp.

               "Kau tak tahu dengan siapa kau berurusan Airis...aku pesan sebab risau kau akan dicederakan mereka. Mandy tu mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pelajar lelaki di kolej."jelas Aron.

Airis memandang bosan ke arah Aron. Dia menurunkan tangan yang memegang telefon ke sisi.

              "So what?"soal Airis. "Sekalipun dia owner kolej tu aku tak hairan lah..."

               "Ris-"

Airis mengerang kejengkelan.

               "Ughh!Kau ni kan kecoh macam papa aku tahu tak...overeact untuk setiap benda....dah aku kata jangan risau ya jangan risau. Tak faham bahasa ke?Nak aku cakap bahasa apa dengan kau biar kau faham?Jerman?British?Ke bahasa Alien?" marah Airis. "Apa lah masalah dengan orang dekat sini...susah betul nak faham bahasa..."gerutunya dengan kening berkerut." Dah... keluar sana. Memekak jer dari tadi..."Airis kembali mengangkat telefonnya. Membaca pesanan yang baru sahaja diterima dari Encik Davis.

Aron mengepal penumbuk menahan sabar. Renungannya mencerun kerana tidak puas hati.

             "Bukan orang dekat sini yang bermasalah. Tapi perangai kau tu yang terlalu toxic dan tak guna!"komen Aron. "....matanglah sikit!" balas Aron dengan geram.

Sambil menaip di skrin telefon Airis bersuara. Wajah gadis itu tidak menunjukkan sebarang emosi

            "Dah tu yang kau peduli sangat dengan aku kenapa?Buat tak tahu sudahlah. Menyemak!" jelingnya tidak puas hati.

Aron memandang Airis dengan muka fed up sebelum berpaling keluar dari situ.

             "Hairan aku macam mana perempuan lawa macam kau boleh berperangai menyakitkan hati mengalahkan syaitan sendiri!"gerutu Aron sewaktu masuk ke dalam bilik dia.

Airis melirik ke arah pintu selepas Aron tiada sebelum menggeleng kepala hairan. Entah apa-apa. Itupun nak over react sangat. Kalau la Aron tahu apa yang Mandy lakukan pada pelajar malang tu, lelaki tu takkan beria  back up si Mandy tu!

Ugh!