23.
Keesokan paginya Airis bangun paling awal, dia yang sediakan sarapan sewaktu ahli keluarga rumah itu seorang demi seorang bangun.
Memeriahkan keadaan rumah itu dengan suara kanak-kanak merengek, suara si ayah yang sibuk mencari sesuatu, suara si ibu yang sibuk menguruskan anak-anak dan memanggil bangun anak lelakinya.
"Mama...Lissa tak nak school...."rengek Lissa yang tidak berbaju. Enggan mandi sementara Puan Adriana di depan tangga mencekak pinggang.
"Apa masalah kamu ni...cepat. Mama ada kerja nak buat ni..mandi sekarang!"arah Puan Adriana sewaktu Encik David muncul dari bilik belakang dan memasuki dapur sewaktu Airis sedang menghidangkan pinggan berisi sunny side egg di atas meja.
"Morning~~"sapa Encik David meleret apabila dia melihat meja makan itu kemas tersusun dengan sarapan. Dia mengambil tempat di kerusi hujung sebelum mencapai cangkir berisi kopi hangat lalu di hirup. "Kamu yang sediakan sarapan, Airis?" tanya Encik David melirik ke arah Puan Adriana yang muncul bersama Jennie di sisi. Wanita itu mendudukkan Jennie di kerusi dimana Airis sedang berdiri.
Jennie menarik muncung merajuknya saat Puan Adriana mengerling ke meja makan lalu ke Airis. Sambil tu dia usap rambut Jennie.
"You did Airis?"
Airis mengerling ke Puan Adriana yang sedang serabut itu sebelum kembali memandang Encik David. Langsung tidak mempedulikan mamanya itu.
"Mm." balas Airis pendek sambil meletakkan pinggan berisi penkek depan Jennie.
"Kakak...Jennie nak cereal.."rengek Jennie pada Airis sambil menarik-narik kain baju Airis di sampingnya ketika itu.
Kepala Airis tertunduk ke bawah. Dia pandang tangan kecil Jennie lalu ke muka merajuk Jennis dengan kening berkerut tidak puas hati.
Budak-budak dan rengekkan berpisah tiada.
"Makan apa yang ada jer...jangan nak banyak bunyi boleh tak..."balas Airis yang menuangkan jus oren lalu menyua pinggan berisi penkek ke depan Jennie. Selesai sahaja, dia duduk dan mencapai roti bakar dan telur mata kerbaunya ke pinggan, Airis mula menjamah makanannnya.
Jennie menarik muncung tidak puas hati bila keinginannya tidak tertunai. Tetapi tidak protes sebelum tunduk menikmati penkek bersama coklat itu tanpa bersuara.
Tidak lama kemudian Puan Adriana muncul bersama Lissa yang masih merengek. Kanak-kanak itu menyilang tangan ke dada tanda protes enggan makan selepas didudukkan secara paksa oleh Puan Adriana di kerusi sebelah Jennie.
"Lissa tak nak school!"
"Mama....nak susu!"laung Jennie pada masa yang sama.
Puan Adriana menarik senyuman nipis kepada Airis sewaktu dia nampak Airis memandangnya. Yang mana hanya mendapat jelingan menyampah dari Airis.
"Terima kasih tolong mama sediakan sarapan...kalau Lissa tak buat perangai mama sediakannya..."ucap Puan Adriana.
Tetapi Airis tidak menunggu Puan Adriana habis bercakap. Dia malahan terus Airis bangun dari duduknya sambil mencapai pinggan dan gelasnya yang telah kosong hendak dibawa ke sinki.
"Tak apa...aku kan menumpang dekat sini. Sekurang-kurangnya aku patut lakukan sesuatu yang berguna..."ujar Airis sambil menyental permukaan pinggan. Setelah selesai dia bilas semuanya sebelum di letakkan ke rak sebelah sinki.
Sewaktu dia berpaling dia perasan Puan Adriana berdiri di sebelah kerusi David, memandang Airis dengan kening berkerut.
"Kenapa kamu cakap macam tu Airis?"tanya Puan Adriana dengan kening berkerut."Mama tak pernah pun anggap kamu menumpang..."
"Buktinya kau tak setuju aku datang sini sebaliknya suami kau yang setuju dulu...."
"Airis-"
"Tak payah nak explain. Aku tak peduli.."
"Still mama cuba nak perbaiki hubungan kita..."
Airis mengesat tangan pada tuala lap tangan dengan muka tidak kisah.
"Apa-apa jer lah...."balas Airis sewaktu jalan ke kerusi tadi dan tunduk mencapai beg galas kelabunya sebelum bergerak keluar dari dapur. "Beritahu Aron aku pergi dulu..."maklum Airis dari balik bahu.
Meninggalkan Puan Adriana yang terasa dengan kata-kata Airis. Sebaik sahaja dia menoleh memandang suaminya, lelaki itu hanya memberi tepukan lembut pada lengannya