Chereads / Hello Miss Devil / Chapter 26 - Anak Papa

Chapter 26 - Anak Papa

26.

Ding!

Dong!

Bunyi loceng pintu kedengaran.

Membuatkan Puan Adriana yang berada di dapur sedang sibuk menyiapkan makan malam terus bergegas ke depan pintu. Membukanya untuk lihat siapa yang datang malam itu. Sebaik sahaja pintu terbuka luas, mata Puan Adriana turut terbuka luas, dia memandang terkejut ke arah orang yang sedang berdiri di depannya.

            "Ah-hai..Davis..apa yang awak buat dekat sini?"tanya Puan Adriana dengan muka terkejut melihat bekas suaminya sedang berdiri di situ.

Mata Encik Davis apatah lagi, dia terus melihat ke dalam rumah. Mencari bayang seseorang. Langsung tidak peduli untuk memandang Puan Adriana lama-lama."Airis ada?"tanya lelaki itu.

            "Oh Airis ya...ada. Masuk la dulu."Puan Adriana mengangguk kepala dengan kekok, dia kemudiannya memberi ruang kepada Encik Davis. Mengalukan lelaki itu supaya masuk ke dalam.

             "Terima kasih.."ucap Encik Davis sewaktu melangkah masuk. Selang beberapa saat selepas dia menjejak kaki ke dalam, waktu itulah dia melihat dua orang anak kecil berlari turun tangga terkekek-kekek ketawa sambil diekori seseorang di belakang.

              "Sini kau orang! Pulangkan balik!"arah suara yang dirindui oleh Encik Davis sewaktu gadis itu turun dari tangga dalam keadaan tergesa-gesa. Ingin mengejar anak kecil dua orang tadi. "Jennie..Lissa.." panggil Airis yang membuatkan Puan Adriana berpaling memandang anak perempuannya itu sebelum memanggilnya.

              "Airis..."panggil Puan Adriana yang mematikan langkah Airis yang mahu belok masuk ke ruang tengah. Serta merta Airis menoleh.

Mulanya air muka gadis itu keruh. Namun mata gadis itu terbutang sebaik sahaja nampak Encik Davis.

Air muka gadis itu terus menjadi bersinar ceria. Senyuman lebar terukir di bibir. Menampakkan barisan gigi yang tersusun rapi dan putih.

 

             "Oh my god! Papa!!"jerit Airis dengan girang saat berlari ke arah Encik Davis. Dia menerpa ke arah lelaki itu. Tangannya mengelilingi leher Encik Davis sebelum dia tergantung beberapa inci di udara saat Encik Davis mendukungnya."Bila papa sampai?"tanya Airis dengan nada teruja.

Puan Adriana hanya memerhati betapa gembiranya Airis ketika itu. Ini kali pertama dia lihat Airis tersenyum buat kali pertama sejak tiga minggu yang lalu Airis tiba di sini. Dan bila dia lihat wajah Encik Davis, renunganya menjadi mendung.

Baguslah kalau Airis dan Davis mempunyai hubungan yang baik.

             "Baru jer...."jawab Encik Davis sambil memegang belakang kepala Airis dengan kemas.

Airis turun dari dukungan itu.Namun masih merangkul erat lengan lelaki itu. Adakah papa dia mahu bawa dia pergi dari sini!?

              "Airis ingat papa gurau tentang nak ke sini..." Airis menyandarkan kepala ke lengan Encik Davis.

 

               "Mana ada...of course papa akan jenguk anak papa di sini.."

                "Mana la tahu kan?"

  

                "Memangnya kamu kejarkan apa tadi dengan  mereka berdua?"

                Airis tersentak. Baru dia teringat akan Jennie dan Lissa yang telah melarikan dua getah rambut hitam miliknya. Sudah la ambil tak beritahu, bolehnya di bawa lari!Bertuah sungguh! "Tak ada apa-apa...saja bergurau."

Encik Davis tunduk mengusap pipi Airis sebelum memandang Puan Adriana.

              "Saya nak bawa Airis keluar makan...kalau awak tak kisah.."maklum Encik Davis.

              Puan Adriana mengangguk kepala sambil menarik senyuman nipis. "Sure. Why not."

Airis sama sekali tidak menghiraukan Puan Adriana. Di mata Airis pada masa itu hanya ada Encik Davis sahaja. Sekalipun mamanya merayu dia agar tidak pergi, dia masih akan tetap memilih papanya!

             "Berapa lama papa akan berada dekat sini?"tanya Airis sewaktu dia berjalan keluar dari rumah bersama Encik Davis dari situ. Gadis itu kelihatan begitu gembira dan ceria.

               "Sekejap jer...ini pun papa baru balik jumpa klien....subuh nanti papa bertolak balik."jawab Encik Davis.

Dua orang itu berborak sesama mereka dengan riang sampaikan tidak peduli hendak mengerling ke Puan Adriana atau pamit meminta diri kepada wanita tersebut.

Sedang Airis berjalan bergandingan tangan Bersama Encik Davis, Puan Adriana berdiri di depan pintu, melihat belakang dua beranak itu dengan hati terkilan. Berfikir sekiranya Airis turut menunjukkan emosi yang sama kepadanya setiap kali bersama.

Sama seperti mana gembiranya Airis di sisi Davis. Seperti itu yang dia mahukan dari Airis. Tapi Puan Adriana tahu semua ini tidak akan berlaku, ini kerana Airis benar-benar terluka kerana tindakan lampau dia. Puan Adriana tidak menyalahkan Airis dalam hal ini. Kerana semuanya bermula dari dia sendiri. Dia yang buang Airis gara-gara mengejar keduniaan. Sehingga anaknya yang tidak bersalah menjadi mangsa.

Waktu itu Puan Adriana melihat Airis melompat girang di depan Encik Davis sewaktu lelaki itu membuka pintu kereta untuknya. Sibuk berkata sesuatu saat tangan Encik Davis berada di atas kepala Airis untuk elakkan gadis itu dari terhantuk dan mendorong gadis masuk ke dalam kereta.