Chereads / Hello Miss Devil / Chapter 3 - Teksi

Chapter 3 - Teksi

03.

Sebuah teksi berhenti tepat di depan rumah banglo tiga tingkat dengan halaman luas, berkolam renang mewah serta dua buah kereta mewah bertapak di depan garaj. Malam telah pun lewat sewaktu gadis itu pulang ke rumah. Yang mana disambut oleh penjaganya yang sudah menunggu selama berjam lama sejak menerima panggilan dari pihak kolej.

Which is, once again for this week!

Airis menutup pintu dengan perlahan sebelum satu suara dari tepi menyentak dia.

"Ke mana kamu pergi hingga lewat malam macam ni baru balik?Papa pesan balik sebelum makan malam kan?"

Disebabkan letih dan mengantuk Airis memandang sekilas lelaki yang masih berkemaja pejabat itu. Lelaki itu sedang bersilang tangan ke dada semasa berdiri di depan pintu masuk ruang tamu masa dia jalan hala ke tangga.

Tanpa menghiraukan orang tuanya, Airis jalan mendekati tangga.

"Ke mana kamu pergi?Kenapa tak jawab call?"tanya Encik Davis, 45 tahun.

Ayah kepada Airis. Bekerja difirma guaman terkenal. Seorang daripada peguam terkenal di negara. Satu-satunya orang yang dapat bebaskan Airis dari dibelengu dengan rekod masalah disiplinnya tak sampai 24 jam. Yang mana di ambil kesempatan oleh Airis sendiri.

"Apa lagi masalah yang kamu timbulkan kali ni?" Encik Davis mendekati Airis. Kening lelaki itu mencerlung marah.

Airis mengerang kebengangan. Ugh!Please la, bosan tahu tak!"Mana ada orang buat apa-apa. Dah lah orang penat."balas Airis dengan nada jengkel.

"Papa belum habis cakap dengan kamu Airis.."marah Encik Davis dengan nada tegas. "Apapun yang kamu cuba lakukan, papa nak kamu berhenti sebelum kamu mendapat masalah..."

Airis yang berdiri membelakangkan Encik Davis memejam mata. Bertafakur dalam hati supaya bertenang. Dia tidak mahu tinggikan suara dekat orang tuanya itu. Jari jemari dia menggengam erat rel besi penghadang tangga itu untuk mendapatkan sokongan. Kenapa!?Kenapa semua ni menimpa diri dia?

"Papa dah bosan lah dengan semua ni...baru semalam kamu ditangkap sebab merosakkan harta benda orang lain. Mujurlah ianya cuma kereta. Dan hari ni kamu dah menyebabkan seseorang cedera dan patah riuk. Apa nak jadi dengan kamu ni? Hari-hari papa dapat call dari kolej. Muak tahu tak...muak!"luah Encik Davis sehingga timbul urat di lehernya.

Perlahan-lahan Airis membuka mata, mengawal deru nafasnya supaya bertenang dan tidak melenting pada lewat malam begini.

Kalau papanya muak, apatah lagi dia.

Airis berpaling ke belakang untuk menghadap Encik Davis. Merenung wajah letih papanya dengan kasih. Berbuih mulut dia nak ulang benda yang sama.

"Airis tak tolak dia papa. Malah Airis tak tahu macam mana dia boleh jatuh. Tentang kejadian kereta tu, Airis dah beritahu papa, Airis kebetulan lalu dekat situ sewaktu mereka nampak kereta tu telah dicalarkan...."jelas Airis dengan nada mengalah. Dia dah penat nak beri penjelasan untuk perkara yang dia sendiri tak buat. "Airis tak peduli sama ada papa percaya atau tak. Sebab Airis tak pernah menipu."jelas Airis dengan kening mencerlung.

Encik Davis menggeleng kepala. Dada lelaki itu naik turun mengawal marah.

"Itu semua kerana kamu yang mulakan Airis..Kamu buat orang bencikan kamu!Kerana itu mereka sedaya upaya mahu lihat kamu susah..." luah Encik Davis dengan marah. "Sebab tu papa pesan supaya berhenti jadi jahat pada orang sekeliling kamu!"marah Encik Davis lagi kerana kesal. "Tiada kolej lagi dalam tempat ni akan terima kamu sekiranya kamu berterusan begini".

Airis ketawa kecil, dia berdengus pendek sebaik mendengarnya.

"Siapa yang buat Airis macam ni cuba papa jawab...siapa yang tanamkan perasaan benci ni pada diri Airis?"Airis menunding dadanya sewaktu memandang mengejek ke arah Davis. "Don't you easily put the blame on me...as you know. Seorang anak itu akan menunjukkan sikap seperti mana ibu bapa dia bentuk padanya.."balas Airisi dengan sinis. "Jangan nak perasan bagus sangatlah...papa tu bukannya baik sangat pun" Dia berpaling lalu naik mendaki tangga ke tingkat atas.

Mulut Encik Davis ternganga saat terkesima mendengarnya.

"Airis Ariana!"panggil Encik Davis dengan bengang.