Chereads / Hello Miss Devil / Chapter 5 - Candy Crush

Chapter 5 - Candy Crush

05.

Lagu tema Candy Crush menghuni ruang legar pejabat sewaktu gadis bersanggul duduk di kerusi depan pejabat bermain aplikasi tersebut. Meluang masa saat menunggu perjumpaan ibubapa selesai membincangkan permasalahan yang timbul di antara anak-anak mereka dalam pejabat selesai.

Sebenarnya sudah dua jam berlalu. Dan begitu la keadaan sejak tadi.

Suara seseorang berdengus menarik perhatian Airis. Dia mengangkat kepala, hanya untuk bertentang mata dengan Tiara yang bersimen pada lengan. Gadis itu duduk di kerusi bertentangan dengannya.

Tiara menarik senyuman bangga taktala Airis memandang ke arahnya dan jelas-jelas gadis itu baik-baik sahaja.

"Sekarang kau nak buat apa?""soal Tiara dengan senyuman kemenangan.

Airis kembali tunduk memandang skrin telefon. Malas nak bercakap dengan perempuan sewel berbibir tebal tu. Kalau Tiara mampu buat pembedahan untuk bibir kenapa tak buat untuk otak sekali. Plastikkan otak tu sekali biar tak sewel sangat. Yalah dalam sain ada mengatakan otak manusia ni pun ada jangka hayat dia sendiri. Mana la tahu kan otak Tiara tu dah expired sebab sel-sel neuron tak dapat nak bersambung.

Bagaimanalah rupa Tiara nanti kalau perempuan itu nyanyuk. Pasti kelakar. Memikirkan hal itu sendiri membuatkan Airis ketawa kecil.

Tiara yang mengesan tawa itu berasa jengkel.

"Kau ketawakan apa hah?Kelakar sangat ke?"

Airis melepaskan hela panjang, dia membuat muka menyampah. Terus dia matikan aplikasi Candy Crushnya dan menyimpan telefonnya ke dalam poket.

"Hei!Aku tahu la kau tu dungu...tapi takkan la tuli jugak?Tak dengar apa aku cakap tadi ke!?"

Airis pandang ke arah Tiara dengan renungan mengejek. Renungan yang mana boleh membuatkan sesiapa sahaja berasa jengkel. Senjata senyap yang biasa dia guna dekat manusia yang pantang dicabar. Seperti Tiara.

Dia tak faham tau sebenarnya. Apa yang Tiara mahukan dari dia dari awal sampai sanggup sakiti diri sendiri seperti ini?

Is it worth it?

Semata kerana membencikan dirinya ini?

Airis masih tidak mengatakan apa-apa. Dia sekadar merenung Tiara.

Tiara membalas renungan itu, enggan mengalah. Namun tidak lama, gadis itu menjadi jengkel. Berasa sakit hati kerana rimas dipandang begitu. Teringin tahu apa yang membuatkan Airis pandang dia macam tu dan apa yang Airis ketawakan.

"Kau sedar tak kau dalam masalah besar sekarang!?Kau dah buat satu-satunya anak perempuan Kaunselor cedera dan kau tahu apa akan jadi lepas tu kan"luah Tiara kejengkelan. Dia mahu Airis melenting, atau apa sahaja untuk burukkan lagi reputasi Airis. Dia benci pada Airis sebab tidak kira buruk macam mana sekalipun reputasi Airis di kolej ini, semua pelajar lelaki di sini lebih suka pada Airis. Jadi dia rancang untuk hapuskan Airis dari sini. Dengan mencederakan dirinya sendiri, jatuhkan diri dari tangga sewaktu Airis datang dekati tangga.

Dan BAAM! Rancangannya berjaya!

Airis menjungkit bahu. Tanda dia tidak peduli dengan semua itu.

"Arghhh!!"teriak Tiara kejengkelan yang bangun dari duduknya. Bergerak ke arah Airis sebelum dia sempat hendak berbuat apa-apa pintu pejabat terbuka. Ibu Tiara dan Davis keluar bersama dekan di belakang. Memandang terkejut ke arah Airis yang tenang di tempat duduk sementara Tiara sudah merah padma wajahnya berdiri di depan Airis.

"Apa yang sedang berlaku ni?"tanya Ibu Tiara sewaktu berdiri di sebelah Tiara. Matanya liar memeriksa keadaan anak perempuannya. Takut kalau Airis apa-apakan dia.

Airis bangun dari duduknya. Dia memandang Encik Davis, berdasarkan kerutan pada kening, dan rahang terketap tegang ayahnya menunjukkan keadaannya tidak berakhir dengan baik.

"Mama! Tengok perempuan ni berani betul dia sakitkah hati Tiara..."rengek Tiara.

Ibu Tiara memandang berang ke arah Airis.Tanpa amaran, Ibu Tiara mengangkat tangan sebelum satu tamparan padu hinggap di pipi kiri Airis.

PANG!

Membuatkan kepala Airis berpaling ke kanan. Bertembung mata dengan beberapa orang staf yang mungkin sejak tadi menjadi pemerhati. Melihat mata mereka, Airis tahu mereka tidak akan ambil peduli atau bersusah payah hendak membela dia.

Encik Davis membuka mulut hendak bersuara tetapi Airis mengalahkannya terlebih dahulu.

"Puan boleh tampar saya...boleh hina saya. Tapi biar saya beritahu puan satu perkara. Bagaimana perangai seorang anak itu, itulah perangai ibubapanya...dan puan tahu macam mana perangai anak puan ni?"soal Airis sambil menarik sengih sinis walaupun pipinya yang ditampar sudah berbirat. "Like a b*tch!"ujar Airis memandang mengejek akan Ibu Tiara. "That who you are madam..."

Tiara yang dengar ternganga luas. Mulutnya melopong seperti baru ditampar.

Encik Davis hanya mampu menggeleng kepala kekesalan. Tak tahu la dia nak cakap apa lagi.