Chereads / Hello Miss Devil / Chapter 6 - So....

Chapter 6 - So....

06.

Keluar saja dari bangunan Encik Davis dan Airis gerak ke tempat parkir. Mereka naiki kereta terus untuk pulang ke rumah memandangkan keputusan perbincangan ibubapa tadi berpihak pada siapa.

             "So apa cerita?"tanya Airis.

Untuk seketika, Encik Davis mendiamkan diri. Lelaki itu sepertinya sedang memikirkan sesuatu kerana sedang menung memandang ke depan.

              "Papa?"

              "Mereka ambil keputusan untuk buang kamu dari kolej..."maklum Encik Davis tanpa mengalihkan pandangannya dari pemanduan.

Sementara Airis di sebelah tempat pemandu pula sibuk mengunyah gula-gula getah di dalam mulut sambil bermain game driving race menggunakan ipad milik Encik Davis yang diambil dari tempat duduk belakang, dalam suit case lelaki itu.

Mata gadis itu fokus ke skrin dimana sedang memaparkan jalan raya. Ipad itu digerak kanan dan kiri untuk mengawal keretanya supaya tidak terbabas dan kehilangan markah dan rekod.

                "Oh.."balas Airis yang kedengaran tidak berminat.

                 "Ini bukan gurauan lagi Airis. Berapa kali kita perlu lalui proses yang sama berulang kali? Don't you feel tired with all this? If you don't...but I'am.."

Airis tidak mengatakan  apa-apa lagi. Dia letih hendak membela diri sendiri. Peduli la apa nak jadi. Pindah ke. Di buang  ke. Di gantung ke...dia dah terima hakikat yang hidup dia ni akan sentiasa porak peranda tak kira la  apa yang dia buat.

                 "Papa dah uruskan semuanya untuk kamu. Hujung minggu ni juga kamu akan berpindah ke tempat mama kamu. Kamu akan belajar di sana." maklum Encik Davis dengan nada mendatar. "Kalau kamu rosakkan juga yang ni...papa tak tahu nak buat macam mana lagi."

Airis menarik sengih meleret.

                   "Hooray!Akhirnya!"soraknya tiba-tiba. "...papa buang jugak Airis..."komen Airis sambil memandang skrin ipad.

Encik Davis mengeratkan cengkamannya pada stereng kereta.

                   "Papa tak buang kamu Airis...papa cuma tak tahu macam mana nak handle kamu lagi.Papa dah penat tahu tak...nak tutup dan tapis semua masalah kamu agar tidak menjejaskan profil kamu. Papa ada banyak benda nak fikir selain memikirkan masalah kamu yang tiada penghujungnya ni..."luah Davis. "Kalau papa nak buang kamu papa dah lama buang kamu dari awal lagi...bukan sekarang..."

Airis ketawa kecil. Dia mengangkat kepala. Memandang tepi wajah Davis yang tegang dan kelihatan berang itu.

Oh please....tak perlu nak berbasa basi dengan dia seakan ianya bukan perkara paling obvious dekat sini! Ayahnya sanggup bela dia semata hendak menjaga nama baik sebagai peguamnya aje.

Cakap aje la, yang dia ni cuma beban sejak awal lagi.

Tak perlu nak acah peduli dan hantar dia ke tempat mamanya yang dia sudah tidak ingat rupanya tu bagaimana.

                  "Bila papa cakap dengan mama tentang hal ni? "tanya Airis. "I don't think she dumb enough to agree immediately ....Airis tak rasa yang dia akan setuju dengan semua ni macam tu jer?"

                  "Dia tak setuju tapi suami dia setuju.."

Kening Airis terangkat. Dia berpaling, memandang tidak percaya ke arah Davis.

                "She's married?What a surprise...."balas Airis bersahaja. Dia mengesan reaksi kecewa dari wajah Encik Davis. Memang ayah dia ni menyakitkan hati. Tapi jauh di sudut hati lelaki ini Airis tahu, Encik Davis seorang suami dan ayah yang baik. Cuma itulah. Menyakitkan hati. Kerja je tahunya! "Papa nak Airis susahkan mama ke?"cadang Airis dengan senyuman nakal dia.

Encik Davis berpaling. Memandang tidak percaya dengan apa yang baru dia dengar.  Anak perempuan dia ni kan kekadang buat dia menyesal mempunyai anak pun ada tau!

Perangai tu nak samseng sangat kenapa?Tak boleh je jado gadis yang normal!?Susah sangat agaknya.

                "Airis...?!""panggil Encik Davis bernada terkejut.

Airis ketawa. Dia pandang funny ke Encik Davis seketika sebelum kembali tunduk memandang skrin ipad.

                   "Hahahaha...gurau jer...manalah tahukan dalam diam papa hantar Airis sebab nak bagi mama rasa macam mana jaga seorang devil dalam rumah dia..."ketawa Airis.

Encik Davis menggeleng kepala tidak percaya. Dia kembali memandang ke jalan. Entah apa aje yang ada dalam kepala Airis ni selain vandalism dan violence?

Haih!   

                    "Jangan nak timbulkan masalah. Kamu tak tahu berapa lama papa minta persetujuan mereka untuk terima kamu ke sana dan hidup bersama mereka Airis..."pesan Encik Davis.

                   "So what...They are not my family after all..besides..Airis tak pernah buat masalah melainkan mereka sendiri yang minta. Tak kira papa hantar Airis ke mana sekalipun Airis takkan berubah. Sebab Airis adalah Airis..."dia tunduk memandang ke skrin. Kembali menyambung perlumbaan keretanya.

Davis mengerling ke arah Airis, wajah sedih jelas terpancar padanya. Mata lelaki itu kelihatan berkaca dalam diam.

Tahu. Encik Davis tahu Airis adalah anak yang baik. Cuma dia tidak dapat mengakui setiap kekurangan yang ada di Airis adalah kesilapannya sendiri.