Chereads / Hello Miss Devil / Chapter 9 - Dinner Together

Chapter 9 - Dinner Together

09.

Buat pertama kalinya dalam seumur hidup dia, Airis makan di meja makan yang dipenuhi dengan suara sibuk dan makanan buatan air tangan ibu.

Biasanya la kan, dia makan maggi atau take out sahaja sebab tiada siapa di rumah yang suka nak memasak, apalagi nak makan. Penghuninha cuma dua orang. Nak harapkan dia aje yang makan, memang tak kuasa la dia nak memasak. Disebabkan papanya pulla jarang pulang ke rumah, lagi la Airis jarang nemasak melainkan dia nak sangat makan makanan tertentu.

So, bila dah makan malam bersama dan berkumpul begini, Airis merasakan dirinya begitu asing sangat.

Suara bising dan celoteh menghuni meja makan itu sementara Airis hanya duduk di situ. Menjadi pemerhati seperti rusa masuk kampung.

Begini ke kehidupan berkeluarga?

               "Kakak...kenapa kakak tak makan?"tanya si kembar yang Airis sendiri masih tidak pasti namanya. Sebab sama sahaja rupa mereka. Nak membezakan tu susah sikit. Mana Jennie. Mana Lissa. Entahlah...macam la dia kisah.

                "Kakak tak suka ke?Mama pandai masak kakak tahu...sekali rasa menjilat jari..."kembar itu membuat thumbs up lalu mencium ibu jari itu dan di bawa ke depan muka Airis.

Untung la!

Airis tunduk memandang pinggannya dimana hidangan malam itu bersumberkan makanan laut. Makanan yang dia alergik. Apa saja makanan bercengkerang, dia tak boleh nak makan. Oleh kerana dia masih kekok dan segan. Mulutnya berat sekali hendak bersuara.

Si kembar mencucuk seekor udang kukus dengan garfu sebelum di sua ke mulut Airis.

                   "Aaa...makan lah..."suanya.

Airis menggeleng kepala. Dia mengetap mulut lalu menolak tangan kecil itu jauh dari mulutnya.

                  "Makanlah...sedap..."desak budak itu lagi apabila udang itu menyentuh bibir Airis. Refleks hendak selamatkan diri, tanpa sengaja Airis menepis tangan itu dengan kasar sehingga membuatkan garfu itu jatuh ke lantai. Dan udang itu terpelanting entah ke mana.

Semua yang ada di meja makan kaku terdiam. Memandang terkejut ke arah Airis. Oleh kerana kekok Airis tertinggikan suara.

                  "Tak faham ke dah orang tak nak ya tak nak!" marahny dengan kening berkerut. 

Suara marah Airis membuatkan si kembar tadi menangis dan diikuti kembar seorang lagi. Dua-dua menangis.

                    Hish!Tak memasal betul! Airis bangun dari situ dengan marah."Bingit betul!"renggusnya sebelum berlalu keluar dari ruang makan untuk naik ke biliknya tanpa mengerling  ke arah sesiapa di meja makan tersebut.

                  "Airis! Kenapa dengan kamu ni!?" panggil Puan Adriana yang berdiri untuk mendapatkan si kembar pertama iaitu Jennie yang cuba hendak suapkan Airis tadi,  sementara kembar kedua iaitu Lissa di pujuk oleh si ayah yang duduk bersebelahan dengan kembar tersebut.

Aron memandang ke arah keluarganya sebelum ke arah tangga. Kening lelaki itu mencerun geram. Terus dia bangun dari situ. Mendaki tangga untuk mendapatkan Airis. Ingin membuat perhitungan dengan pendatang baru keluarganya itu.

Sudah la tetamu, bolehnya buat perangai tak guna pada hari pertama datang. Kurang adab betul!

Tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu Aron terus membuka pintu bilik Airis. Mendedahkan bilik yang mana seluruh hiasan dalaman berwarna  putih, dari langsir dan segala perabot dan barang di situ berwarna putih.

Matanya terus terarah pada Airis yang sedang duduk di birai katil membelakang pintu masuk.

                  "Apa yang berlaku dekat bawah tadi?"soal Aron bernada serius sambil tunding jari keluar pintu.

Airis tidak menjawab. Gadis itu hanya diam termenung memandang dinding di depannya. Nafasnya naik turun. Dia terkejut okay. Bukannya dia sengaja nak meninggikan suara!

                 "Kau sedar tak...kau tu baru aje jejak kaki ke dalam keluarga ni...dah buat perangai. Tak reti ke nak beradab?Kalau kut ya pun tak suka, jangan la kau lempar makanan tu..."

                  Airis mengetap gigi.

                 "Budak-budak aje pun. Yang kau benci sangat kenapa?Kau tak nampak ke family ni-"

                "Berhenti!"arah Airis serta merta sebelum Aron menghabiskan kata-kata. Dia berpaling memandang Aron dengan kening mencerun."Aku tak nak dengar apa-apa!Aku tak peduli!Dan aku tak kisah dengan kau orang semua!"tekan Airis dengan keras. "Jadi jangan pedulikan aku...jangan sibuk nak bonding dengan aku. Apa lagi bawa aku blending dalam keluarga kau. Sebab apa?Sebab aku tak perlukannya!"arah Airis sampai tegang urat belirat leher dia masa bercakap.

                "Sekurang-kurangnya janganlah bersikap macam kakak tak guna...benci mana sekalipun kau dekat keluarga ni...dia orang tetap darah daging kau."ujar Aron bernada pesan tetapi tegas. "Bukan semua orang dalam dunia ni tak ada perasaan macam kau la...ingat sikit .kalau bukan sebab ayah aku yang izinkan kau ke sini...tak adanya kau menetap bersama kami sekarang!"

Airis bangun dari duduknya di katil dan berjalan ke arah Aron dengan marah. Dia menujah-nujah dada Aron. Membuatkan lelaki itu jalan undur ke belakang setiap tujahan itu.

                "Siapa kau nak cakap macam tu dekat aku!Huh?!"kening Airis mencerun tajam. "Kau tak tahu apa-apa pasal aku...jadi jangan cakap dengan aku macam kau tahu segalanya!"deram Airis dengan keras sebelum menolak Aron keluar dari bilik.

Hampir hendak tersandung Aron semasa dia ditolak begitu sekali.

Dengan wajah berang, Airis pandang Aron buat kali terakhir. Pintu itu kemudiannya dihempas kuat tepat di depan muka Aron sehingga lelaki itu memejam mata, refleks taktala angin hempasan pintu itu menerpa wajahnya.