07.
Flashbacks
"Papa dah siapkan semuanya. Kamu hanya perlu ke lapangan terbang dan sampai di sana terus hubungi papa..."
Sekadar masuk kanan keluar kiri, pesanan Encik Davis itu hanya didengari oleh Airis secara sambil lewa. Gadis tersebut tidak fokus sama sekali kerana asyik dengan makanan dalam tangannya.
"Adakah kamu dengar pesan papa tadi?"
"Why you even bother ask me to called you? Papa yang buang Airis kan....so act like you never care. Stop asking..."
"Jangan nak mulakannya Airis. Papa tiada masa nak bertekak dengan kamu di sini...."
"What ever...."Airis menjuling mata menyampah.
"Call me."
End of flashbacks.
Pusat Lapangan Terbang Antarabangsa sibuk dengan para penumpang dan pekerjanya. Go cart pemunggah sibuk ke hulu dan hilir bangunan membawa bagasi dan penumpang.
Antara ramai-ramai di situ, kelihatan gadis mengikat tinggi rambut ke belakang. Ringkas dengan t-shirt button up dan seluar pangkal peha sepadan warna putih jalan seorang diri. Back pack terpasang di belakang badan.
Panas dan kering!
Itulah yang dia rasai sebaik sahaja Airis menjejak kaki di kaki lima lapangan terbang.
Angin yang bertiup tidak terasa sejuk. Menerbangkan anak rambutnya ke belakang tanpa amaran.
Shade hitam branded terpasang pada wajah, melindungi mata dari pancaran terik musim panas tempat tersebut.
Musim paling tidak disukai Airis.
Bukan setakar gerah, malah cuaca panas lembab ini sangat la sensitif buat kulit dia yang mengada-ngada ini. Kalau bukan ruam yang naik, memerah seperti udang rebus la jawabnya nanti.
Selepas penerbangan tiga jamnya, kini Airis berada di bandar yang terkenal dengan monumen bersejarah dan dunia fesyen. Bandar yang dikatakan tempat tinggal ibu kandung yang telah membuangnya lama dulu.
Ajaibnya walaupun persiapan yang dibuat secara mendadak, segalanya berjalan dengan lancar.
At least itu la yang fikirkan oleh Airis selepas sampai tadi.
Selepas menunggu beberapa minit di hadapan pintu masuk lapangan terbang, sebuah kereta SUV hitam pun berhenti di depannya.
Untuk seketika, Airis sekadar memandang kereta itu dengan curiga sewaktu cermin kereta secara tiba-tiba turun dari pintu tempat pemandu. Menghadapnya.
"Airis Airiana?"tanya lelaki berkaca mata hitam sepertinya dari dalam kereta dengan serta merta.
Airis mengangguk kepala dengan kening berkerut. Masih bingung kerana lelaki di depannya ini sungguh selamba. Tak ada hai tak ada hello tetiba sergah soalan begitu sahaja.
"Masuklah..."ajak lelaki itu kemudian.
Well...good start.
Tegur terus tak bagi nama tak intro. Cakapacam dah kenal.
No manner. No banter.
Just straight to the point.
Walau teragak-agak, Airis membuka pintu tempat duduk belakang. Memasukkan bagasi hitam kelabu ke dalam sebelum masuk ke tempat duduk sebelah pemandu. Tali pinggang dipasang dengan kemas sesaat kereta tersebut keluar dari laman lapangan terbang tersebut.
"Panas?"soal lelaki di sebelah Airis setelah keadaan diam dan kekok buat beberapa minit.
Airis tidak menjawab, gadis itu hanya menopang dagu dengan tangan kanan, sementara siku direhatkan pada pintu.
Baru nak tanya?
Duhh! Mestilah.
Oleh kerana Airis mengenakan kaca mata hitam, lelaki itu tidak tahu sama ada Airis tidur atau apa. Tanpa menunggu jawapan dari Airis, lelaki itu menekan butang tutup tingkap. Memasang air cond dan meneruskan pemanduan itu tanpa bersuara. Hanya ditemani suara penyampai radio yang seronok berbual mengenai karnival dan segala benda menarik untuk dilakukan pada musim panas di situ.
Selepas pemanduan selama sejam. Kereta tersebut berhenti di depan garaj sebuah rumah banglo tiga tingkat berhalaman luas dan dikelilingi deretan rumah yang sama jenis dengannya. DI dalam kereta, lelaki itu menggoyangkan bahu Airis. Mengejutkan gadis yang sudah terlena sepanjang perjalanan tersebut. Mungkin letih dan jet lag.
Airis menggeliat disaat dia bangun dari tidur. Dia mengurut tengkuknya sewaktu sedar dari mamainya.
"Kita dah sampai..."maklum lelaki itu. Lelaki itu keluar dari kereta. Menunggu sehingga Airis keluar dari kereta dan mengeluarkan bagasi dari kereta dengan sendiri. Apabila Airis berjalan mengelilingi kereta dan berdiri di sisinya, lelaki itu terus menanggalkan kaca mata hitam lalu di gantung pada kolar t-shirt round neck putih longgarnya.
Lelaki lampai berambut coklat gelap itu berjalan ke arah pintu lalu membuka pintu rumah tersebut. Memberi ruang kepada Airis untuk masuk sebelum dia menutup pintu itu ke belakang.
"Kami dah balik..."laung lelaki itu dengan lantang sambil meletakkan kunci di dalam mangkuk kaca atas almari kasut dan menanggalkan kasut. Setelah itu dia menyarung selipar dalam yang tersusun di depan pintu masuk.
Airis yang lihat hanya mengikut tindakan lelaki itu. Masih kekok dan janggal. Ditambahkan lagi dengan motion sickness dia yang membuat kepalanya pening belum hilang, tanda dia enggan bercakap mahupun bergaul dengan sesiapa.