10.
Chirp!
Chirp!
Kicauan burung bernyanyi-nyanyi di awal pagi dapat didengari dari jendela bilik berlangsir putih yang tidak bertutup. Membenarkan cahaya matahari pagi memancar tepat ke arah katil dimana Airis berbaring.
Swift!
Swift!
Kening Airis berkerut-kerut tidak selesa, matanya sedang terpejam rapat. Sesuatu lembut yang menggelikan naik menjalar sekitar wajah membuatkan dia rasa kegelian.
Nyamuk tak guna! Masa sekarang ni jugak nak kacau orang tidur.
Airis menepis-nepis pipinya. Cubaan hendak menghalau apa saja yang hinggap di wajah. Berharap benda itu pergi. Namun tidak lama kemudian benda tersebut sekali lagi menyapa pipinya.
Swift!
Swift!
"Urm..."ngerang Airis yang menarik selimut menutupi wajahnya.
Tidak semena suara kecil bernada tinggi yang menjengkelkan kedengaran. Menjelaskan punca kenapa lenanya terganggu!
"Kakak...kakak!"Lalu diikuti dengan katil mula terhenjut-henjut apabila suara kecil tersebut menyapa telinga. Membuatkan Airis terus menyelak selimutnya turun dari muka marah-marah.
Alah-alah!
Apahal pulak budak dua ekor ni masuk bilik dia! mana mak bapak dia orang ni!Tak nampak ke orang nak tidur ke nak berehat sekarang ni!
Airis bercemberut tidak puas hati ke arah dua makluk kecil di atasnya sebaik saja membuka mata.
Sedang melompat-lompat pulak!
"Apa kau orang buat ni...turun sekarang!" arah Airis dengan marah.
"Mama suruh bangun sebab kakak kena pergi school. "maklum si kembar bersanggul sebunjut di atas kepala. Masih melompat-lompat. Sementara seorang lagi sudah tersembam jatuh di sebelah Airis.
Ugh!
Merimaskan betul!
Airis mengerang bengang sambil mencengkam geram rambutnya. Bersama keluhan jengkel dia bangun dari baringnya lalu menerkam badan si kembar yang sedang melompat-lompat itu lantas dibaringkan atas katil. Menggeletek perut itu sehingga membuatkan kanak-kanak itu terkekek-kekek ketawa.
"Yeah...main Tickley Bear...!" laung kembar yang bertocang rambut sebelah kanan sebelum naik ke belakang Airis.
"Haahaha...jangan..geli!!hahahaha..."gelak si kembar sewaktu digeletek Airis.
"Ini balasan kau orang sebab kau tidur aku!"agah Airis kegeraman saat menggeletek sekitar perut dan bawah lengan Jennie.
"Yeah...geletek lagi..."sorak si adik yang masih memeluk leher Airis sementara kakinya memeluk badan Airis dari belakang.
Airis menarik senyuman lebar saat mendengar suara kecil itu ketawa seronok sehinggalah bunyi ketukan pintu kedengaran di depan pintu. Airis memalingkan kepala ke arah pintu dengan sisa senyuman di bibir.
Encik David yang dikenali Airis sewaktu makan malam tadi berdiri di bingkai pintu sambil bersandar padanya.
"Dah cukup kamu berdua...turun. Sarapan dah siap." arah Encik David kepada Jennie dan Lissa.
"Alahhh...."sungut mereka berdua saat terkedek-kedek turun dari katil saiz queen Airis.
Sewaktu dua orang itu jalan berselisih dengan Encik David, sempat lelaki itu mengusap kepala setiap orang sekejap sebelum matanya terarah pada Airis yang duduk bersila atas katil.
"Baik kamu bersiap...kelas kamu akan bermula jam 9 pagi. Aron akan hantar kamu ke kolej..."maklum Encik David sebelum bergerak hendak beredar.
Namun Airis menghalang. Gadis itu lekas-lekas bersuara.
"Kenapa?"tanya Airis pendek. Tapi penuh dengan isi. Dia memandang wajah Encik David yang sedang menatapnya denga renungan dalam.
"Apa maksud kamu?"soal Encik David.
"Terima saya..?"tanya Airis dengan nada 'duhh'. "Kalau saya jadi encik la kan...saya takkan cuba gali kubur sendiri. I don't know what both you and my dad talking with each other. But here some advice, stop trying. It's not working."
Encik David menarik senyuman nipis. Tidak terasa dengan ujaran Airis itu. Namun dia tidak membahasnya.
"Siap cepat...Aron jenisnya tak suka lewat." ujar David sebelum beredar dari situ.
Meninggalkan Airis yang kejengkelan kerana tidak mendapat jawapan.
"Well suite yourself...jangan satu hati nanti kau salah kan aku sebab ke sini sudah!"gerutu Airis sewaktu memerhati Encik David turun tangga untuk ke tingkat bawah dengan kening mencerun.
Balik-balik bila ada masalah dirinya yang akan disalahkan.
Tengok aje la nanti.
Tak sekarang, atau nanti.
Masalah akan timbul. Dan bila timbulnya masalah tu, semua jari akan terarah kepada dia.
Sebab apa?
Ya sebab dia ada di sini la! Sebab apa lagi kan!