Chereads / Hello Miss Devil / Chapter 16 - Buku Dan Krayon

Chapter 16 - Buku Dan Krayon

16.

Bersama buku dan krayon di tangan. Jennie dan Lissa berjalan naik tangga dengan kaki pendek mereka. Dua orang itu jalan mendekati bilik yang mana pintunya sentiasa terbuka sebaik tiba di tingkat atas tersebut.

Mereka berdua menjengah kepala dari tepi bingkai pintu. Dua kepala itu terjegul melihat tuan bilik tersebut yang mana sedang duduk di atas katil sambil menghadap laptop.

Setelah itu, dua orang kembar tu mula saling tolak menolak, Menunding jari siapa yang kena cakap dulu.

Airis yang sejak tadi perasan akan kehadiran dua orang buat don't know je. Malas nak peduli. Matanya lebih terarah pada skrin laptop.

Jennie menujah tepi lengan Lissa. Menyuruh kembarnya itu maju terlebih dahulu.

Tapi Lissa buat muka lantas menggeleng kepala tidak mahu. Malahan dia yang menolak badan Jennie supaya masuk terlebih dahulu.

Berasa jengkel dek kerimasan kerana dua budak tersebut tidak mahu pergi dan enggan berhenti dari memaksa antara satu sama lain, Airis akhirnya bersuara.

"Nak apa kau orang..."tegur Airis tanpa mengalihkan pandangannya dari skrin laptop. Sementara dia menaip. Dia melihat kertas dan buku yang terbuka luas di atas katilnya sikih ganti sewaktu menaip.

Tersentak kembar dua orang itu kerana terkejut. Lalu dua-dua tersengih.

"Kakak...nak main sama tak?"tanya Jennie.

Laju-laju Lissa mengangguk kepala dengan bersemangat.

Langsung tidak berfikir panjang dia terus membalas."Busy..."balas Airis mendatar tanpa perasaan.

Jennie pun menarik muncung. Dia pandang Lissa. Menggunakan kuasa kembar mereka iaitu bercakap tanpa bersuara yang mana hanya kembar sahaja boleh faham bahasa mereka.

Twin Telepathy.

"Macam mana ni?

"Mana aku tahu.."

"Cuba la ajak lagi.."

"Kau la..."

"Kenapa aku, kau la..."

"Dah la...cepat..."

"Tak nak nanti kakak Airis marah..."

"Kau lah.."

Bisikan itu membuatkan Airis menjeling geram, dia pandang dua mahkluk kecil depan pintu biliknya dengan jelingan tidak puas hati. Rimas betul. Tak boleh ke tinggalkan dia sendirian?

"Hish!Kau orang nak apa lagi!" sergah Airis menyentak mereka berdua. Sampai melompat terkejut dua orang kanak-kanak itu.

Dengan serentak kepala itu berpaling memandang Airis.

"Amm...um....Jennie ni....dia nak kakak bacakan buku cerita sebelum tidur ...saya cakap kakak tak nak..dia nak jugak..."tunjuk Lissa pada Jennie di muka pintu.

"Suruh lah abang kau orang...."Airis kembali memandang skrin laptop dengan kening mencerun.

Sambil menguis-nguis kulit buku cerita Jennie bersuara sambil menarik muncung.

"Aron dia tak ada....keluar...mama tak balik lagi. Papa tidur..."

Airis mengaru lehernya kerana gatal. Membuat muka tak suka sebelum melepaskan keluhan malas.

Hish!

Malas betul la.

Ini mesti selagi dia tak setuju selagi tu la dua minion ni sibuk nak menganggu ketenteraman dia.

"Dah lah cepat..."panggil Airis marah-marah menutup bukunya dan menolak ke tepi semua barangnya untuk beri ruang pada dua mahkluk itu naik di atas katil.

Jennie melompat kegirangan. Sementara Lisa menarik senyuman lega. Setelah dua orang itu bersusah payah naik ke katil, mereka berdua baring meniarap di depan Airis. Menopang dagu pada kedua-dua tangan. Sementara kaki mereka bergerak secara seragam ke atas kebawah.

Airis tunduk membaca tajuk buku cerita tersebut. dengan riak kengerian.

"Seriouslah...Rapunzel?"soalnya menilik dua wajah serupa di hadapannya.

Jennie tersengih menampakkan barisan giginya.

Lissa pula mengangguk-angguk kepala keterujaan.

"Banyak-banyak cerita..princess jugak kau nak jadi. Silap masa bukan kau orang yang tidur dulu...tapi aku sebab baca cerita bosan kau orang ni..."

"Cepatlah.." rengek Jennie sambil menggoyangkan lengan Airis.

"Ish...tak reti sabar betul. Nak baca lah ni, hah dengar ni..."Airis membuka muka surat pertama. "Ada pasangan suami isteri ni dia orang kaya raya....dia orang ada semua.....kecuali satu.."cerita Airis dengan nada tidak berminat.

Namun tak lama. Airis terus dipotong bicaranya oleh Jennie yang tidak berpuas hati dengan cara Airis bercerita.

"Alahh....betul-betul lah kak.."sungut Jennie.

"Dah betullah ni...nak macam mana lagi.." sungut Airis dengan wajah bercemberut. "Jangan nak demand sangat boleh tak...aku tak bacakan nanti baru tahu..."

"Macam mama buat..."jawab Lissa.

Perut Airis memulas sebaik mendengarnya. Terasa dengan kata-kata itu. Bertuah betul budak dua orang ni. Dia sendiri pun tak pernah dibacakan cerita oleh mamanya.

"Kalau macam tu suruh mama kau cerita lah...banyak pulak songehnya.."gerutu Airis sambil menutup buku itu tidak suka.

Lissa terus membuka buku itu semula.

"O...okay-okay. Kakak cerita. Kita orang senyap."pujuk Lissa.

Airis menarik muncung tak puas hati saat menyelak muka surat buku cerita itu.

"Complaint lagi...aku tak nak cerita eh.."ugut Airis sambil memberi renungan amaran pada mereka berdua.

Dengan patuh kembar serupa dengan wajah puppy face itu mengangguk kepala.